Suami saya m4ti acciident. Yang saya pelik dia kemaIangan semasa jalan balik ke tempat kerjanya dari kawasan saya duduk. Sedangkan minggu tu dia tak balik rumah pun. Bertambah pelik motor yang dinaiki adalah motor perempuan. Ada satu perkara yang saya tak akan maafkan arw4h sampai bila – bila. Jantan tak guna!
#Foto sekadar hiasan. Hi, Saya Jini. Umur diawal 40-an. Berkerja sebagai kakitangan profesional. Telah berkahwin dan mempunyai 3 orang. Saya dan suami PJJ. Ok itu sahaja pengenalan diri saya. Tulis lebih – lebih nanti orang kenal.
Saya berkahwin selama hampir 15 tahun. Sepanjang perkahwinan suami saya namakan Amad (bukan nama sebenar), dia pernah kant0i tidur dengan isteri orang. Isteri orang tersebut sampai mengandung tapi digugurkan bayi tersebut.
Saya minta cerai. Saya nekad nak pergi mahkamah minta Fasakh. Tapi satu ayat yang saya terp4ksa terima dia semula. ‘Cuba tengok anak kita yang. Kesian diorang’. Oklah saya terima. Saya maafkan. Saya cakap ‘Takpe, I memang tak pernah check phone u, I tak check u kat mana, Tapi u kena ingat, Allah tu ada. Kalau Allah nak tunjuk dia akan tunjuk. Lagi sekali u buat, I doakan u m4ti acciident.”
Dipendekkan cerita Amad m4ti acciident. Dan yang saya pelik dia kemaIangan semasa jalan balik ke tempat kerjanya dari kawasan saya duduk sedangkan minggu tersebut dia tidak balik ke rumah pun. Bertambah pelik motor yang dinaiki adalah motor perempuan.
Disebabkan Amad baru sahaja meninggaI saya senyapkan perkara itu. Setelah sebulan saya siasat. Saya beli phone baru masukkan simkad Amad. Saya buka fb dia. Saya jumpa mesej ber Abang Sayang dengan perempuan tersebut, saya Namakan Zati.
Setelah menyiasat, sebenarnya Amad bermalam di rumah Zati, satu negeri dengan saya. Mereka sudah lama menjalinkan hubungan seperti suami isteri. Sudah bertahun – tahun. Jadi benarlah, Amad m4ti acciident selepas bermaksi4t.
Saya call Zati. Dengan bangganya dia kata dia tahu Amad sudah berkahwin. Tetapi setiap kali dia putuskan Amad akan datang memujuk merayu – rayu. Kemudian Zati forward kepada saya mesej – mesej Amad kepadanya. Zati berumur 38 tahun masih Bujang.
Zati mengaku hubungan mereka sudah seperti suami isteri. Amad selalu balik bermalam di rumah Zati. Hati saya sangat luluh. Sedangkan saya duduk di satu negeri dengan Zati. Saya jaga anak sorang – sorang. Bersalin saya pantang sorang – sorang. Tapi Amad berp0ya – p0ya dengan betina sundaI.
Untuk pengetahuan Amad bukanlah scandal pertama Zati. Dia pernah berscandal dengan suami orang lain juga sebelum ini. Juga gambar b0g*l Zati pernah tersebar. Adakah perempuan seperti ini yang Amad ċari? Dari mesej – mesej yang Zati forward ada satu mesej buat saya tak akan maafkan Amad sampai bila – bila.
Abang janji abang tak sentuh bini abang.
Abang tak ma*n pun dengan bini abang.
Abang tak pegang tangan bini abang.
Abang cuma layan anak – anak.
Saya terus m4ki. Jantan siaI!
Saya rasa menyesal telah k0rbankan 15 tahun hidup dengan dia. Sanggup dia junjung scandal dia dan isteri sah jadi pemijak kaki. Saya perasan. Dengan Zati dia jadi macam orang b0doh. Cuma mengikut sahaja. Setiap kali Zati merajuk Amad terus datang jumpa Zati walaupun 4 jam perjalanan untuk memujuk.
Kalau Zati s4kit terus datang jumpa. Eh, anak kau s4kit takde pulak kau datang tengok??? Dan Zati begitu bangga berkata yang Amad layan dia lebih dari isteri sendiri. Amad tak bahagia dengan isteri dia. Takde sekelumit pun rasa bersalah.
Zati juga taburkan Amad dengan harta benda. Phone, kasut NMD adidas, duit dan macam – macam. Kemudian claim dia banyak berk0rban untuk Amad. Halooooooo setanding ke dengan peng0rbanan isteri bert4rung nyawa melahirkan anak 3 orang?
Kemudian saya jumpa Zati. Sumpah tak lawa!!! Mukanya sangat tua walaupun umur 38 tahun. Badannya juga sangat kurus. Saya sangat pelik. Bagaimana Amad boleh tergiIa – giIakan Zati sampai sanggup buat macam – macam?
Disebabkan Amad dah m4ti. Jadi perkara ni masih misteri. Tapi saya tak akan maafkan Amad sampai bila. Apa dia buat kat saya adalah meny4kitkan. Dia h1na saya di depan scandal dia. Dia tipu saya bertahun – tahun. Dia tak ingat peng0rbanan saya. Biar dia ċari saya di akhir4t kelak.
Sambungan… Assalammualaikum. Sebenarnya saya terfikir – fikir nak tulis part 2 atau tidak. Tapi beginilah, saya tulis bukan untuk buka aib. Saya tulis untuk luahkan yang terbuku. Malah anak – anak saya pun saya tak beritahu mengenai kisah ini. Biarlah mereka anggap ayah mereka baik.
Juga untuk pengetahuan, masa scandal Amad yang pertama. Saya simpan aib dia sehingga keluarga saya dan teman rapat pun tak tahu. Yang tahu cuma adik beradik arw4h dan seorang kawan saya. Memang saya simpan sehinggalah kes dengan Zati baru saya beritahu keluarga saya dan beberapa orang kawan.
Saya rasa dah separuh giIa. Saya tak boleh tidur dengan betul. Saya tak boleh makan. Berat saya turun 5 kg dalam masa sebulan. Saya rasa hati saya pecah dan h4ncur. Jadi janganlah minta saya bersabar dan memaafkan sekira anda tidak berada di kasut saya.
Apa yang saya ceritakan disini cumalah 30% dari cerita sebenar. Yang sebenarnya lebih teruk dari yang saya tulis. Masalahnya, saya tidak buka aib Amad, tapi Zati yang buka. Lepas arw4h meninggaI dia bermesej dengan kawan Amad, beritahu dia Adalah girlfriend Amad. Cerita semua dekat kawan arw4h, Han.
Beritahu yang Amad kata hubungan dia dengan saya adalah fake. Terp4ksa demi anak – anak. Beritahu Amad kata dia tak bahagia hidup dengan saya. Screensh0t semua whatsapp Amad dengan dia. Kemudian, hari – hari selepas Amad meninggaI Zati upload status hari – hari meratab hiba, sedih kononnya. Upload gambar berpeIukan dengan Amad.
Bukankah itu membuka aib? Saya cakap dengan Zati, ‘Please respect Amad’s family. Kalau bukan saya, dia masih ada keluarga lain, ayah dan adik beradik’. Sebenarnya Zati banyak kali minta Amad berkahwin dengan dia.
Minta Amad buat pilihan antara dia atau saya. Amad kata dia pentingkan anak – anak. Berani dia gunakan anak – anak sebagai alasan? Dan yang paling mengh4ncurkan hati saya. Sebenarnya dia balik jenguk anak – anak hanya sebulan sekali kadang – kadang 5 – 6 minggu sekali sedangkan dia balik rumah Zati setiap minggu!
Dan setiap kali balik rumah saya pun dia akan balik rumah Zati juga. Yang luluh hati saya, masa birthday anak – anak, saya hanya sambut dengan anak – anak. Padahal pada masa tu dia ada di rumah Z. Dan rumah Zati tu satu negeri yang sama cuma 1 jam perjalanan.
Begitu juga masa anak s4kit, dia ada Bersama Zati langsung tak jenguk anak. Paling meny4kitkan, kereta yang dia guna untuk ulang alik rumah Zati tu kereta saya! Bila saya bising pasal balik sebulan sekali dia kata, kerja banyak. Balik guna duit banyak.
Padahal setiap minggu dia balik jumpa Zati. Kalau Zati begitu penting kenapa gunakan anak – anak sebagai alasan untuk tidak berkahwin? Saya boleh bagi free je sebab sorry to say gaji saya 3 kali ganda gaji dia. Rumah nama saya, kereta dua – dua nama saya.
Saya tak kisah diceraikan. Dan banyak kali juga saya minta dia ceraikan saya. Tapi dia tak nak konon sayang. Tapi saya bersyukur. Allah itu maha adil. Sejauh mana dia menipu saya. Allah bukakan aib dia selepas dia meninggaI.
Saya menyiasat bukan untuk korek aib. Saya menyiasat untuk dapatkan jawapan untuk saya dan anak – anak. Kalau Allah tak bukakan jalan saya tidak akan tahu sampai bila – bila. Saya juga bersyukur, Allah hentikan penipuan dia ke atas saya dan anak – anak.
Allah juga hentikan kesengsaraan saya dari ditipu lebih banyak. Kepada Zati saya katakan, ye saya boleh maafkan. Tapi saya doakan Allah beri baIasan setimpal. Kepada Amad apa yang dia lakukan sungguh berat untuk saya maafkan buat masa sekarang.
Apa yang saya ceritakan hanyalah sedikit sahaja. Mungkin satu masa nanti saya akan maafkan. Tapi bukan untuk dia, tapi untuk diri saya dan anak – anak. Jangan risau, disebabkan saya insan terani4ya. Saya doa yang baik – baik untuk diri saya dan anak – anak.
Semoga kami bertemu bahagia satu hari nanti. Untuk yang membaca, terima kasih telah sama – sama s4kit hati seperti saya. Jadi ambillah pedoman dari cerita saya ini. – Jini (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Noor Hamidah Ramli : Allah bagi baIasan setimpal untuk arw4h husband puan di akhir4t. Memang pasti . Untuk Puan.. teruskan hidup. Allah sebenarnya sayang Puan. Dia buka satu satu aib sebenar arw4h suami untuk bagi Puan kekuatan untuk teruskan hidup tanpa dia.
Puan sebenarnya yang bertuah sebab Puan dah tak perlu hadap semua pembohongan arw4h. Allah tutup kisah sebenar semasa arw4h hidup sebab taknak bagi Puan d3rita waktu tu. Sekarang dia dah innalillah.. Puan dah boleh jalani hidup dengan tenang. Teruskan hidup Puan. Jangan toleh ke belakang. Allah ada untuk bantu Puan.
Ezd Airaniez : Betul puan, tak patut minta puan bersabar dan terlalu cepat memaafkan. Tapi apa puan kena buat sekarang, YOU MUST BE HAPPY. Puan kena cari kebahagiaan untuk diri sendiri dan anak – anak. Buat benda yang puan nak sangat buat masa kahwin, tapi tak dapat buat.
Tak salah jadi selfish demi kebahagiaan diri sendiri. Puan kena happy supaya anak – anak bahagia dengan puan. Saya tahu sebab mak saya pun pernah kena betrayed. Tapi alhamdulillah dia bahagia sekarang. Dah pencen, hidup tenang dan senang. Moga Allah swt pulihkan hati puan ya. Aamiin
Nurul Hafazah Abdullah : Komen before ni ramai kata puan buka aib suami. Bagi kami yang memahami hiruk pikuk, pedih jerih yang puan alami, ni bukan buka aib. Puan hanya meluah, dan ini bagus jadikan pengajaran serta pedoman buat setiap jiwa yang berumahtangga mahupun belum.
Abaikan komen yang tak munasabah tu puan. Dari penulisan puan ni pun nampak puan kusut dan terganggu dengan komen – komen sebelum ni. Mereka tak berada dalam kasut yang sama. Sedap berkata – kata.
Yang pasti puan insan hebat! Sabarnya insan seperti puan. Di akhir4t esok tuntutlah hak – hak puan pada suami. Abaikan mereka yang kata nanti lambat la, sukar la di SANA. Allah buka seluasnya kebenaran selepas arw4h pergi. Semuanya dalam rahmat Allah, puan dan anak – anak.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.