“Awak yang nak sangat makan kat sini, awak jagalah”

Kejadian yang berlaku di KFC, si isteri yang sarat mengandung bertungkus lumus jaga anak 3 orang. Sedang isteri beratur untuk beli makanan anak – anak yang sedang berlari – lari terjatuh. Bila isteri panggil dan minta tolong ayah, ini je yang ayah baIas. Sampai terk3jut orang yang ada dekat situ..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Admin. Sudilah kiranya tolong siarkan cerita ini. Mohon kesed4ran para suami di luar sana. Tak perlu gambar, bayangkan je.

Melihat satu situasi di sebuah restoran makanan segera. Sebuah keluarga, mak ayah dalam usia awal 30-an. Bawak 3 orang anak, masih kecil dan usia yang agak rapat dalam lingkungan 7 tahun, 5 tahun dan 2 tahun. Si emak sarat mengandung, melihatkan saiz baby bump, mungkin sekitar 7-8 bulan, atau mungkin juga menunggu hari. Nampak gaya tu si emak macam seorang suri rumah.

Sebaik masuk dalam restoran, si ayah terus duduk di sebuah kerusi, mengeluarkan hp dan terus membeIek hp. 3 orang anak mengikut mak pergi beratur di kaunter. Orang pulak ramai. Mula – mula anak tu diam le. Bila dah lama, mulalah si abg usik adik, si adik kejar abang. Mak suruh diam, mak dukung anak kecil yang usia 2 tahun.

Dua lagi anak mula main kejar – kejar di ceIahan orang yang sedang beratur. Tiba – tiba si adik terjatuh. Ayah masih duduk dengan telefonnya. Si emak serba salah. Nak tinggalkan barisan nanti kena beratur dari belakang semula. Lalu dipanggilnya si ayah minta tolong tengokkan anak yang 2 orang tu. Si ayah angkat muka dan baIas, “Awak yang nak sangat makan kat sini, awak jagalah,” dan dia kembali tunduk memandang telefonnya. Beberapa orang yang melihat keadaan itu gelengkan kepala memandang si emak dengan pandangan kesian.

Saya yang tengah makan jadi hilang sabar pulak. Bangun, pergi dekat si emak, beratur bagi pihaknya. Suruh si emak jaga anak yang lagi 2 orang. Dan rezeki nak baik, terus orang yg beratur di depan bagi laluan agar terus ke kaunter. Baiknya hati mereka. Tolong si emak ambik order, setelah si emak bayar, tolong angkat semua hidangan dan hantar ke meja di mana si ayah sedang leka dengan telefonnya. Nak saja rasanya menghemp4s dulang tu. Tapi bila melihatkan si emak tak putvs – putvs berterima kasih dan minta maaf berbeIas kali, taknak lah keruhkan lagi keadaan dia.

Si ayah kerling dari hujung mata je, konon tak nampak. Huh!!!! Memang dia tak rasa apa – apa ke? Masa makan, saya perhati je si ayah. Makan sambil tengok telefon. Si emak le yang layan anak – anak sambil senyum penuh sabar. Boleh kira berapa suap je yang masuk mulut si emak.

Isteri tu kadangkala ajak makan kat luar bukan sebab dia nak sangat makan kat luar. Dia pun tahu susahnya bawak anak makan kat luar. Tapi ada masa dia teringin tengok anak – anak seronok makan di suasana lain dari rumah. Bukan selalu dia mintak, bukan hari – hari macam dia jaga rumah, jaga anak – anak, memasak. Nak pulak kalau betul dia suri rumah, dunianya hanya dalam rumah dengan anak – anak. Tu yang dia mengajak keluar. Sekali sekala je pun, itupun bukan untuk dia, tapi untuk  anak – anak.

EMAK, perkara yang selalu dia tipu ialah bila dia kata “mak ok, mak tak apa, mak tak kisah,” sedangkan betapa hatinya menyimpan pelbagai rasa, betapa hatinya terpecah seribu, demi nak bahagiakan orang – orang yang dia sayang, walaupun hatinya bagai dihiris dan dicurahkan garam. Hanya yang bergelar EMAK je yang tahu perasaan tu.

Mungkin kerna itulah syurga di bawah tapak kaki ibu, mungkin kerana itulah juga ibu mesti didahulukan sebelum ayah, mungkin kerana itu jugalah m4tinya h4mba Allah itu dibin @ dibintikan kepada ibu.

Dan mungkin sebab itulah anak – anak selalu melebihkan emak. Dari kecil hingga dewasa. Wallahuaklam.

Komen Warganet :

Ya Yaa Musa : Ya Allah, sambil baca aku dapat bayangkan suasana macam mana. Memang ramai suami macam tu. Tapi si isteri tak luahkan jer. Betul, hanya yang bernama emak je yang merasai apa yang tt tuliskan. Nak makan tak kenyang sebab dahulukn anak. Kadang – kadang beli makanan nak makan teringatkn anak , tak apelah simpan untuk anak je biar anak makan. Si ayah jarang berperasaan berfikiran macam tu, ayah makan dengan tenang sambil pegang hp.

Tidur tak ada  anak nak kacau sebab kita si emak ni la jage anak tak bagi  kacau ayah tidur. Masa emak tidur si anak k0rek mata, k0rek hidung, tak lena dibuatnya. Kepada isteri yang mempunyai suami yang ada sifat tolong menolong hargai la suami sebab bukan senang nak dapat nak jumpa suami macam tu. Kepada tt terime kasih sebab tolong ibu yang beranak 3 tu Semoga Allah membaIas kebaikkn berIipat ganda untuk tt..

Shida Omar : Di sini kita boleh lihat di mana keimanan seseorang. Maaf cakap mungkin si suami kurang pendidikan agama, dia tak tahu tanggungjawab dia, tak tau d0sa dan pahala. Berbanding si isteri yang sentiasa sabar dan melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Di sini letaknya keimanan seseorang. Semoga si isteri mendapat ganjaran di sana nanti, inshaaAllah.

Rizal Rodzuan : Maaf cakap, kalau ada suami sebegini yang hanya pandai menyumbang sperma tapi fail tang penjagaan anak, buat kerja rumah dan sebagainya tu tolong la jarakkan kandungan tu. Nanti yang letih hang juga, suami hanya tau bangga anak ramai bukti kejantanannya tapi tak menolong pun. Lepas tu bising rumah bersepah, badan isteri menggeIeber, isteri asyik letih nak layan suami dan sebagainya.

Eira Kasim : Ruginya si suami ni. Hilang satu keberkatan hidup. Tunaikan hasrat isteri tu besar ganjarannya. Saya tulis atas pengalaman sendiri. Pernah sekali suami ada masalah kewangan. Saya pulak teringin nak makan kfc. Dia bawak saya pergi makan walaupun saya kata takpe, tunggu la ada duit nanti. Esoknya, Allahuakbar, rezeki masuk macam air. Suami terk3jut. Dia kata punya la lama bisnes tak jalan, lepas tunaikan keinginan isteri, bisnes terus masyukkk.

Haryani Wan Hamad : Mintak maaf cakap la ye. Kaum suami yang macam ni selalunya lemak sebab isteri baik sangat. Kena bius dengan perkataan syurga di bawah tapak kaki suami. Syurga apa kalau suami perangai macam ni. Agak – agak kalau isteri jenis yang outspoken atau jenis terus terang suami boleh ke buat macam tu? Kita perempuan selalu dibuIi sebab kita beri ruang.

Tapi memang selalunya yang saya jumpa perempuan jenis baik susah nak angkat muka ni maIangnya memang selalunya jumpa jod0h dengan suami perangai macam s3tan ni. Bab jod0h ni tak boleh pertikai la sebab semua tu keje Allah. Tapi kaum isteri tolongggglah bukak mata. Janganlah bagi suami ruang untuk membuIi. Mereka membuIi sebab tau isteri ikut je. Kalau tak nak depr3ss sampai mengani4ya anak pulak bila tahap str3ss tu dah teruk. Tolonglah stand up untuk diri sendiri. Saya s4kit hati baca kisah – kisah macam ni. Saya pulak yang rasa nak k3tuk kepala si suami yang bebaI macam tu.

Apa kata anda?