Ayah aku baru balik kerja mengucap tengok kak ipar tidur depan TV dlm keadaan ‘aib. Ayah buat keputusan

Aku salahkan abang sebab curang masa kak ipar mengandung. Kerana rasa bersalah umi ajak kak ipar duduk rumah kami. Sejak itu aku perasan per4ngai pelik kak ipar. Dah memang sah, inilah penyebab abang aku curang. Aku tak salahkan abang aku yang curang..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum para pembaca sekalian. Ini kali pertama aku confess dekat page ni dan mungkin kali terakhir juga sebab aku bukanlah seorang yang suka menulis. Kali ni sebab aku nak meluahkan, meminta ruang pendapat dari pembaca dan jika nak bash sekalipun dipersilakan.

Aku cuba mencari medium terbaik untuk menegur tanpa sesiapa ada rasa kecil hati. Sebenarnya, aku mempunyai seorang kakak ipar yang amat aku sayangi dan awalnya boleh dik4takan ‘sekepala’. Usia perkahwinan abang aku dah masuk tahun ke 3.

Dia biasa – biasa sahaja orangnya, tak bekerja, anak yatim piatu dan tinggal bersama abang aku di Melaka. Untuk pengetahuan pembaca, kakak ipar aku pernah mengalami kehilangan anak pertama kerana komplikasi kelahiran dan pernah mengalami kemurungan tetapi dijaga baik oleh family kami sehingga pulih.

3 tahun berlalu, akhirnya kakak ipar aku disahkan mengandung lagi. Kami teruja dan juga sedikit gusar kerana kakak ipar yang mempunyai sedikit masalah kesihatan tapi alhamdulillah setelah beberapa kali ikhtiar sekarang m4kin sihat.

Alam rumah tangga mana yang tidak bergoyah, selama tempoh perkahwinan beberapa kali juga abang aku kant0i bermesej dengan perempuan lain. Tapi kami sekeluarga tetap berpegang yang salah tetap salah. Namun setelah Umi dan Ayah masuk campur akhirnya mereka rukun semula.

Awalnya aku menyangka ‘ini mesti sebab abang aku yang gatal!!’, tapi setelah melihat dan menyelidik tanpa sedar ada beberapa faktor dari kakak ipar aku yang mungkin menyumbang pada keretakan rumah tangga mereka.

Terbaru abang aku buat hal lagi, jadi Umi meminta kakak ipar aku balik kampung untuk menenangkan fikiran memandangkan yang dia pun sedang hamil 3 bulan. Apa yang aku nak utarakan di sini ialah per4ngai kakak ipar aku yang suka tidur.

Tidur bukan tidur biasa, tidur yang berpanjangan masa siang. Contoh, bangun subuh lepas tu tidur balik sampai tengahari, bangun mandi lunch dan tidur balik sampai petang atau kadang – kadang hingga maghrib. Kami diamkan saja kerana fikir mungkin pembawakan budak.

Kerja rumah langsung tak bersentuh dan bilik bersepah seperti tongkang pecah. Mungkin juga faktor str3ss yang menyebabkan dia mengalami tidur melampau tapi entahlah aku pun tak tahu. Untuk pengetahuan, hanya aku (sudah bekerja) dan ada 2 orang lagi adik aku yang masih bersekolah.

Oleh itu Umi lah yang mengurus hal ehwal rumah setiap hari. Kami hanya membantu pada hujung minggu. Sejak pulang, per4ngai kakak ipar aku m4kin menjadi. Kuat tidur sehinggakan Umi kadang – kadang perlu k3jutkan dia jika nak ke keluar.

Aku tahu, Umi aku bukanlah jenis mentua yang cerewet dan suka perli atau mengata anak menantunya. Umi diamkan saja jika ada yang salah. Sesekali dia menyuarakan juga perihal kakak ipar di rumah waktu aku sedang bekerja.

Aku kesian kat Umi, seharian penat buat kerja rumah dan memasak, sekurang – kurangnya tolonglah ringankan tangan untuk basuh pinggan, kemas rumah atau basuh baju. Ironinya, baju dan seluar kecik dia pun Umi yang basuh dan jemurkan.

Tapi tak apalah kami masih faham bukan senang nak biasakan diri di rumah mertua. Tapi bagi aku ini juga bukan alasan untuk goyang kaki. Mungkin menjadi seorang yang ‘hipokrit’ saat di rumah mertua masih wajar untuk situasi ini.

Banyak kali juga aku berbincang dengan Umi bagaimana cara nak tegur kakak ipar aku tanpa dia terguris. Kami sedar dia bukanlah seorang pembersih. Waktu kami ke rumahnya di Melaka, rumah bersepah, baju tidak berlipat kadang – kadang baju yang dibasuh dibiarkan 2 hari.

Satu hal lagi kami tengok layanannya pada abang aku tidak seperti masa awal perkahwinan. Abang nak pergi kerja dia belum bangun, air untuk sarapan abang aku buat sendiri, bilik tidur tak berkemas, kadang – kadang setelah abang pulang kerja pun dia masih belum mandi seharian.

Kami pernah minta abang nasihatkan dia tentang perihal rumah tangga namun abang kata pasti akan berakhir dengan perg4duhan. Dan sejak itu abang cuma redha. Tapi aku tahu mungkin ini juga punca abang cari lain.

Aku tak salahkan abang. Jika aku sebagai perempuan pun sudah ‘berbulu’ mata melihat kelakuan kakak ipar sendiri. Apalagi abang aku yang mengenali isterinya luar dan dalam. Kami cuma risaukan keadaan dia yang sedang mengandung 3 bulan jika tinggal di rumah yang tidak bersih.

Bayangkan di dapur, t4hi lipas merata. Aku hairan apa yang dia buat seharian di rumah. Satu hal lagi, dia sangat suka pegang smartphone, setiap saat henfon selalu di tangan. Jika dah habis bateri terus di caj. Peliknya kerja lain tak bersentuh.

Aku pun kadang – kadang tengok dia ketawa sendiri sambil melayan henfonnya. Mungkin sedang bergurau dengan rakan – rakan di group whatsapp. Aku masih belum menikah, aku juga terfikir adakah ini kebahagiaan rumah tangga??

Oh ya, masa di rumah kami di kampung, kakak ipar aku ni sejenis yang tidur sampai terselak sana sini. Kadang – kadang dia suka hati je tidur di depan TV atau tidur dalam bilik tapi pintu tak bertutup. Sesekali ayah aku balik kerja mengucap panjang tengok menantu tidur tergolek terselak sana sini.

Ya Allah malunya aku. Sejak hari tu ayah pula yang segan untuk keluar bilik jika dia ada. Sudah beberapa kali terjadi macam ni. Dia tak ada ‘common sense’ pun macam mana manjaga adab di rumah mentua. Jadi sebab kami pun malu kat Ayah, Umi sendiri nasihatkan dia jangan lagi tidur selain di bilik.

Dari segi pemakaian, dia masih suka pakai baju fit. Kami bukanlah dari keluarga yang alim. Tapi Umi dan ayah selalu nasihatkan anak – anak pakai baju labuh dan tutup d4da bila bertudung. Umi secara halus banyak kali belikan baju yang labuh dan besar untuk dia tapi dia tak pernah sekali pun pakai apa yang dihadiahkan Umi.

Aku tau Umi kecik hati seolah tak hargai pemberian Umi dan rasa pakaian Umi bagi tu agak kolot. Korang boleh bash kami kenapa tak tegur direct, tak suruh abang tegur, kenapa sampai kena confess kat sini. Percayalah kami dah cuba tapi dalam nada bergurau.

Kadang – kadang kami jadikan teladan yang kami mengemas rumah dan memasak tapi tetap tak jalan dan kami tak sampai hati jika dia terasa bahawa kami tak suka dia ada dalam rumah tu. Takut dia ‘feeling unwanted’ sedangkan bukan itu niat aku.

Aku ingin keluarga aku harmoni, Umi tak tersinggung dan dia pun dihorm4ti sebagai kakak ipar yang punya sifat – sifat isteri yang baik. Sungguh aku jenis ipar yang tak sampai hati. Aku terpanggil buat confession ini sebab aku kesiankan Umi.

Dia cuma kakak ipar aku tapi yang tersinggung itu Umi aku yang macam orang gaji jaga dia. Umi lah yang masak, basuh baju, belikan apa – apa yang dia nak makan kalau mengidam, belikan baju tapi dia sikit pun tak menghargai.

Sebenarnya bukan beberapa hari je per4ngai dia macam ni sebenarnya dari awal perkahwinan lagi. Aku dan ayah bekerja. Malam dan hari minggu sahaja ada masa. Kadang – kadang tidur awal kerana kepenatan. Aku cuba membantu kemas – kemas dapur sebelum masuk tidur.

Aku tahu, Umi faham dan tak kisah semua tu tetapi mungkin ‘timing’ kena tepat dan cubalah ambil hati mentua untuk ada di dapur jika Umi sedang memasak atau buat kerja rumah. Ringankan mulut dan tangan untuk tanya Umi masak apa harini?

Atau ada yang boleh saya bantu?? Sekadar p0tong bawang, siapkan meja untuk makan atau buatkan air jika tak mahu tolong masak. Ia tak akan jejaskan kesihatan pun kalau sekadar bancuh air seteko dan duduk di meja makan.

Kami memang faham kesihatan dirinya dan bukanlah meminta dia buat kerja yang berat. Tapi sungguh dia seolah – olah tak ada rasa malu ada di rumah mentua. Mungkin Umi tak pernah menegur secara direct dan itu membuat dia merasa selesa dan syok sendiri yang kami ‘tak kisah’ padahal kami dah meluat!!!

Pesanan untuk gadis – gadis di luar sana yang masih belum berkahwin, juga untuk aku. Tolong sangat untuk tidak ‘take for granted’ atas kebaikan layanan orang. Mungkin kita terlampau selesa sampai tidak sedar menyusahkan orang atau meny4kitkan hati mereka.

Dan jadilah isteri penyejuk hati dan mata sang suami supaya kita juga memperbaiki diri dan bukan hanya sekadar menyalahkan sumai jika mereka berlaku curang. Mungkin tanpa kita sedar, ianya berpunca dari diri kita yang melupakan apa seharusnya tugas dan adab sebagai seorang isteri dan menantu.

Aku berdoa rumah tangga mereka bahagia dan kakak ipar aku akan berubah dengan kelahiran anak saud4ra aku nanti. Jika korang ada pendapat dan idea yang membina silakan di ‘share’ supaya sama – sama kita ambil pengajaran. Sekian, terima kasih. Yang tak sampai hati; Miss S

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.