Aku perasan, ayah selalu ikut belakang motor sorang perempuan ni. Bila nak dekat satu simpang ayah akan p0tong sambil senyum – senyum. Kalau motor tu dah jauh dekat depan, ayah sanggup bawak moto lajjjuuuu. Masalahnya, perempuan tu mak kawan aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua warga FB. Pertama sekali aku nak mengaku, aku ni tak pandai nak bercerita sangat. Aku menulis ni pun sebab nakkan pendapat korang yang berpengalaman dan nasihat apa yang perlu aku buat. Aku dah buntu.. Sebab benda ni dah lamaaaa.. Sangat – sangat lama.
Seperti tajuk di atas. Cerita ni pasal ayah aku. Ayah aku yang miang keladi. Aku tak nak family yang lain tahu, cukuplah kami adik beradik sahaja. Aku nak bagitahu awal – awal cerita aku sedikit panjang. Terima kasih untuk korang yang baca sampai habis. Semoga Allah mudahkan urusan korang dunia akhirat. Aamiin..
Sebelum tu aku cerita sikit latar belakang family aku sebab benda ni akan ada kena mengena dengan cerita yang aku nak sampaikan. Ayah aku pesara tent3ra manakala mak aku suri rumah. Jadi faham – fahamlah, pesara tent3ra ni kalau pencen pun tak banyak pendapatan sebab ayah aku tak berpangkat tinggi pun.
Aku tak pasti ayah aku pencen waktu aku umur berapa tahun tapi yang pastinya, sejak aku tadika ayah aku dah bekerja sebagai pengawal keselamatan. Kami cuma ada 3 beradik dan semua perempuan. Aku anak bongsu. Kakak aku yang sulung dah kahwin.
Yang belum berkahwin cuma kakak aku no.2 dan aku. Sekarang aku dah berumur 24 tahun. Untuk pengetahuan pembaca, kami duduk rumah taman. Sebab apa aku bagitahu? Sebab ada kaitan. Ayah aku ni seorang yang panas baran, perengus.
Tak boleh ditegur tambah – tambah lagi kalau yang menegur tu mak aku. Dia memang akan melenting. Dan ayah aku ego dia tinggi ya. Ayah aku ni seorang yang tak pandai bergaul dengan orang. Tak pandai sembang orang kata.
Aku dan kakak – kakak aku pernah berdoa yang kami tak nak suami macam ayah. Kami dah cukup tr4uma. Korang boleh bayangkan tak, dari kami kecil sampaiiii lah sekarang, ayah aku suka marah – marah. Selalu bertengkar dengan mak aku.
Kadang – kadang sebab benda kecik ja tapi ayah aku memang tak boleh dibawa bincang. Dia mesti akan marah mak. Kami dah penat sangat dengan per4ngai ayah. Pernah kami duduk berkumpul, nasihat mak ayah. Berbaik la sekejap lepastu jadi balik per4ngai.
Okay cukup sampai situ dulu pasal per4ngai ayah aku. So next aku nak cerita tajuk utama.. Perkara ni dah berlaku sejak aku sekolah rendah sampaiiiii lah sekarang ya. Aku tak tau la kenapa. Aku lah orang pertama yang akan dapat tau dulu.
Ayah aku ada scandal. Aku sangat – sangat anti dengan isu ni. Aku benciiiii. Aku rasa Allah ni sengaja takdirkan aku sorang untuk dapat kesan dulu kecurangan ayah aku dan apa yang dia buat di belakang kami. Dari dulu yaa..
Korang bayangkan aku masatu masih sekolah rendah. Nerd.. Budak – budak yang tak tau apa – apa tapi aku pelik kenapa hati aku rasa terjentik untuk rasa ada sesuatu yang tak kena dengan per4ngai ayah aku. Korang tau, di usia semuda itu aku mula siasat.
Aku rasa masa tu umur aku 11 tahun. Kalau korang nak cakap aku busybody aku tak kisah sebab ni soal maru4h mak dan kakak aku. Aku siasat dengan siapa ayah aku berhubung. Sejauh mana hubungan ayah aku dengan perempuan tu.
Zaman dulu telefon pun guna yang picit – picit tu kan. Fon tu boleh call dengan mesej ja kan? Aku cek semuaaaa.. Aku cek dengan siapa ayah aku mesej.. Dengan siapa dia call. Aku ambil no. Fon perempuan tu senyap – senyap.
Untuk pengetahuan korang, ayah aku memang takut kalau ada orang main fon dia. Sebab tu aku boleh hidu aku ni peka sikit dengan sikap orang jadi sebab tu aku lah yang paling alert dengan perubahan ayah aku. Sebab apa nak takut kalau tak buat salah betul tak?
Cuba teka aku buat apa dengan no tu? Aku call perempuan tu. Diumur 11 tahun ya aku dah berani. Sebab aku tak suka ayah aku buat macam tu dekat kami. Masa tu mak aku dah tau.. Mak tak terk3jut tapi aku tau mak sedih.
Aku buat macam takde perasaan padahal dalam hati h4ncur weh.. Bapak sendiri kot.. Aku siasat perempuan tu duduk dekat mana, ada suami tak, kerja dekat mana. Macam mana aku siasat? Aku pun dah lupa tapi yang pastinya aku dapat gambar perempuan tu.
Aku nak bagitahu.. Punya hebat Allah ni.. Aku pi supermarket dekat – dekat dengan rumah aku.. Allah maha besar aku terjumpa dengan perempuan tu. Sebenarnya aku tak tau tempat kerja sebenar perempuan tu cuma yang aku tau dia kerja dekat kawasan rumah aku ja.
Masa tu aku dengan mak aku. Aku lah yang dapat cam perempuan dulu perempuan tu. Masa tu aku speechless, tergamam. Aku jadi macam, “oooo dia ni la scandal ayah aku”. Tak cantik pun wei.. Tu baru sorang ya. Lepastu aku masuk ke sekolah menengah.. Ayah aku curang lagi dengan janda.
Macam mana boleh tau? Setiap hari ayah aku akan hantar dan ambik di sekolah naik motor.. Lepastu, aku terperasan. Ayah aku selalu ikut belakang sorang perempuan ni. Lepastu bila nak dekat satu simpang ni ayah aku akan potong dia sambil senyum – senyum.
Kalau moto tu dah jauh dekat depan, ayah aku sanggup bawak moto lajjjuuuu sebab nak duduk belakang perempuan tu. Macam b0doh ja kan per4ngai? Aku pun pelik la sebab apa ayah aku buat macamtu.. Rupanya ayah aku tengah tackle makcik tu.
Nasib baik makcik tu tak layan. Yang memaIukan aku. Makcik tu duduk setaman dengan kami dan mak aku kenal dia, anak makcik tu satu sekolah dengan aku. Malu wehh.. H4ng dah kenapa nak kejar moto orang lepastu nak buat – buat ramah.
Lepastu aku dah tak boleh tahan. Selepas beberapa kali ayah aku buat macamtu, aku pun bagitau mak aku. Apalagi wehhh mak aku sound la.. Terus berlaku per4ng dunia. Ayah aku memang tak la dia nak mengaku. Aku boleh bezakan la antara tegur sebab ramah atau nak menggatal.
Ayah aku bukan jenis tegur orang tau. Walapun orang tu ayah aku kenal dia takkan mulakan tegur dulu. Tapi kalau terjumpa perempuan yang dia kenal tak payah suruh. Lepastu.. ramaiii lagi scandal ayah aku yang berjaya aku siasat.
Tapi kemuncaknya adalah baru – baru ni. Kes kali ni memang aku betul – betul dah taktau nak buat apa. Memang paling melampau dan palinggg jijikkk yang pernah aku jumpa. Aku nak sambung lagi tapi macam dah panjang sangat la.
Aku berhenti dekat sini dulu okay? Nanti ada masa aku cerita kemuncak kesabaran aku selama ni. Sebelum part 2. Korang boleh komen dulu tau nanti aku baca. Terima kasih korang sebab sudi baca luahan dari sekeping hati anak yang berkecai. Anak yang terIuka, – Leeya (Bukan nama sebenar)
Komen W44ganet :
H4mba Yang Lemah : Aku pun nak cakap. Ayah aku dulu pun bekas askar. Sebijik laa macam cerita ni. Panas baran. Kuat marah. Tak pandai sosiaI. Asyik nak menang je. Mer0kok dalam rumah depan anak – anak. Suruh anak hidu lagi.
Mak ayah aku memang selalu g4duh. Mak pun selalu lari rumah bawa anak – anak. Ayah aku memang garang dan kaki pukuI anak – anak. Aku kecil – kecil rasa nak lari rumah. Cerita pasal perempuan. Ayah aku ni ada kawen no 2.
Masa aku umur 11 tahun. Perempuan tu selalu je ayah aku bawa balik rumah. Masa aku umur 6 tahun. Mak aku lari sendiri. Perempuan tu laa jaga kitorang. Pernah mak ayah aku keluar malam. Aku demam perempuan tu laa jaga kitorang.
Bawa pergi beli burger. Masa umur aku 5 – 6 tahun. Pernah juga ayah dan mak kami tinggal kan saya dan adik saya kat umah sewa perempuan tu. Dengan kata lain kami rapat je. Perempuan tu pelajar jurusan lawyer um. Ayah aku tu diploma pun takder. Macam mana dia ayat perempuan tu pun taktau.
Tapi umur 8 sampai 10 tahun. Tak jumpa perempuan tu. Sebab dia habis degree pergi latihan kot. So 10 tahun jumpa balik. Selalu ke rumah perempuan tu. Umur 11 tahun. ayah saya kahwen dengan perempuan tu. Saya sangat – sangat gembira.
Mak saya mungkin sedih tapi dalam sedih ada gembira juga sebab mak saya pun benarkan. Tau tak kenapa saya gembira. Sebab saya tak suka ayah saya balik rumah. Tak balik rumah lagi bagus. Buat apa kalau balik rumah marah – marah. Bagus lagi tak balik rumah.
Mak saya pun gaji besar dari ayah saya. Tanggung semua keperluan keluarga. So dengan harapan ayah saya kahwin lain. Dia tak balik rumah tapi sekali lain berlaku. Dia tak balik umah bini no 2. Asyik duduk dengan kitorang sahaja.
Mak saya terp4ksa cari umah sewa dekat dengan umah kami supaya ayah saya boleh balik umah bini no 2 tapi tak juga. Tapi umur saya 12 tahun. ayah saya ceraikan perempuan tu. Ayah saya ni per4ngai buruk. Dia d3ra mental mak saya, sampai mak saya s4kit mental.
Bila mak saya s4kit, bawak jumpa b0moh. B0moh cakap mak saya kena buatan orang. Buatan perempuan tu. Waktu saya kecil saya percaya laa tapi sekarang saya sedar. Mak saya pun sedar. Mak saya bukan kena buatan orang.
Mak saya s4kit sebab ayah saya jahat. D3ra mental mak saya. Jumpa b0moh memanglaa b0moh penipu. Supaya ada regular customer. Berapa ribu entah mak saya habis untuk b0moh. B0moh laa buat mak saya s4kit.
Menuduh – nuduh perempuan tu main ilmu hitam. Itu yang buat kita lagi hidup berpecah beIah. Mak saya ni ada masalah rahim jatuh. Sebab tu rahim kena buang. Salah satu masalah lepas pembedahan adalah kerap k3ncing. Mak saya selalu balik – balik pergi k3ncing sampai kena pakai pampers. Itu pun tuduh kena buatan sih1r. Padahal itu memang masalah yang boleh berlaku selepas pembedahan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.