Ayah aku selalu fitnah mak berz1na dengan lelaki lelaki lain. Baru ni aku dapat tahu, masa ayah masuk wad, dia kacau nurse

Dah umur 80an, tapi nafsu ayah masih bermaharajalela. Nak makan mahal – mahal, nak tengok perempuan s3ksi – s3ksi, muda – muda, tapi bila suruh baca Quran, katanya mata tak nampak. Aku baru dapat tahu dia kacau nurse dalam wad..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua.. Aku menaip ni, lepas dengar ayah aku mengumpat aku depan abang ipar aku. Suaranya sengaja dikuatkan supaya aku yang sedang masak, boleh dengar dan s4kit hati. Aku sangat – sangat str3ss, masa menaip ni, badan aku sa4kit sangat dan kejang – kejang.

Mohon maaf tapi aku doakan ayah aku cepat m4ti, dan sebelum m4ti, biar dia mengaku semua salah salah yang dia pernah buat, walaupun macam must4hil dia nak mengaku salah. Sikap dia yang pertama, anggap anak – anak dan isteri adalah pelaburan dan sumber pendapatan. Sorang anak, RM100, 6 orang anak, RM600 bulanan.

Dan apa yang dibelanjakan untuk rumah, dia akan ‘claim’ balik dekat mak aku. Sampai semua perbelanjaan, bil – bil rumah, nak letak, mesti letak nama dia, sebab dia suami, tapi bayar, mesti mak aku atau anak – anak dia yang bayar.

Kata dia, dia tak mau fikir apa – apa dah bila dah tua ni. Hakik4tnya, sejak berumah tangga dengan mak aku, memang dia tak fikir apa apa selain diri dia semata – mata. Kalau dulu, masa anak – anak membesar, satu masalah pun dia tak mahu dengar.

Hidup kami setiap hari makan ser4ngan kata – kata bertubi, lemah! Pengotor! Tak kira lagi kena ugvt dengan pis4u, disep4k diter4jang. Dan dalam masa yang sama jadi biawak hidup, dalam rumah yang dia renovate ikut suka hati dia guna semua duit mak aku, dia sangat suka mend3ra emosi ahli keluarga dengan kata – kata dia yang suka menc3la, mengh1na dan m4ki – m4ki.

Sampai satu tahap, dia dah sangat terbiasa memfitnah mak aku berz1na dan berbuat tak senonoh dengan siapa – siapa saja yang dia rasa nak tuduh. Menangis ni tak payah cakap lah rasa dah kering air mata dengan mulut jahat dia.

Per4ngai dia, memang buat kami semua jadi mental, tapi kami takda pilihan, jaga juga dia atas dasar tu ayah. Kami anak beranak bantu dia macam – macam, dia masih dengan per4ngai yang suka mend3ra emosi kami. Dan dia dah berani nak berkasar dengan mak aku waktu kami tak ada di rumah.

Dan aku baru dapat tahu, waktu dia jatuh s4kit dan masuk ke wad, dia ada buat s3xual h4rrasment dekat sorang nurse yang tengah ambik d4rah dia, sampai berubah muka nurse tu. Tapi, nurse tu tak report dan adik beradik aku baru saja bagitahu aku, dan aku kecewa sebab dah sangat lewat, perkara ni dah berlalu terlalu lama.

Dalam umur dia yang 80an, tapi nafsu masih bermaharajalela. Nak makan mahal – mahal, nak tengok perempuan s3ksi – s3ksi, muda – muda, tapi bila suruh baca Quran, katanya mata tak nampak. Tapi punggvng, d4da dan betis perempuan tak lepas mata memandang, dan pantang ada perempuan duduk dekat – dekat terus nak diajaknya berborak.

Ya, budak – budak perempuan anggap dia orang tua. Tapi diorang tak tahu, niat dia ajak diorang bersembang tu untuk apa sebenarnya. Ada lagi perkara yang dibuat terhadap ahli keluarga yang aku tak mampu nak ceritakan kat sini.

Sekarang, keluarga aku dah h4ncur, semua dah lari tinggalkan aku dengan dia kat rumah family ni. Yang jadi sas4ran kini adalah aku dan anak – anak aku, (aku ibu tunggal, ekonomi masih tak izinkan aku untuk sewa rumah lain)

Anak – anak aku sampai refer psik0logis dan aku sendiri dengan MDD, dah berbulan terputus ubat sebab utamakan makan minum harian dulu berbanding kesihatan. Bulan ni, aku betul – betul susah disebabkan kereta meragam dan gaji awal lagi dah habis buat repair kereta. Habis yang memang habis. Dan ayah aku tak habis habis menutut ‘hutang’ daripada aku..

Kata – kata m4kin t4jam. Dan fitnah m4kin hebat sebab aku dah tak mampu nak belikan makanan sedap sedap untuk dia. Barang dapur nak masak pun dah kehabisan. Dia pun, tak makan makanan biasa – biasa. Ikan bilis, ikan sardin tak makan. Makan ikan senangin dengan ikan bawal.

Daging kotak tak makan, tapi kambing makan. Ayam sup tak makan tapi ayam golek ayam bakar makan. Dan setiap kali habis makan, kena ada aiskrim atau dessert. Aku dah tak mampu nak sara gaya hidup dia. Dulu mak aku masih ada, boleh la ikan mahal – mahal, udang besar, ketam, seafood tanpa gagal ya.

Sekarang, aku bertahan dengan duit syiling sahaja. Dan apa yang aku mampu sediakan, buat dia mengeluh tak berhenti – henti. Sudahlah aku tengah susah, dik4tanya aku berhutang 27 ribu dengan dia. Diceritanya kat bekas suami aku pula, walhal bekas aku tu pun culas nafkah. Keperluan anak – anak tak pernah bayar langsung.

Hakik4tnya, hutang aku dekat dia aku dah lunas. Bulan – bulan aku bayar RM600 dan tiap kali balik kerja, beli cucur udang, char koay teow, nasi arab lah, roti arab lah, tak termasuk apa – apa benda yang dia request lagi.

Termasuk aku ada keluar 10k untuk repair tandas lepas dia s4kit dan berkerusi roda. Sudah selesai dan tak berhutang lagi dengan dia. Menjerit – jerit minta aku bayar hutang. Tak habis dengan tu, dia buka mulut hal – hal yang tak betul kepada ahli – ahli keluarga yang datang berziarah.

Dikarangnya episod – episod kejadian yang tak benar, sulam dengan fitnah – fitnah yang aku dan anak – anak aku dengar sampai naik giIa kami. Aku tak tahu apa nak buat lagi. Bagi aku, dia ayah yang jahat. Tapi, dengan adik beradik dan orang luar daripada rumah ni, yang tak tahu apa – apa, nampak dia adalah m4ngsa dan kami adalah orang yang mengani4ya bapa sendiri.

Mak aku pegawai kerajaan dan ayah aku berniaga di pasar. Mak dan kami, rela bangun seawal 2-3 pagi untuk bantu dia buat kerja. Pun, masih serba tak kena di mata dia. Tapi, bila berniaga rugi, kena tipu dengan pembekal, balik minta duit seribu dua untuk cover kerugian dari mak aku.

Pergi kebun, balik makan kenyang – kenyang kat kedai, kemudian bawa balik ikan yang orang bagi percuma suruh kami masak dan makan apa yang ada. Tapi bila time kami nak ke pasar, pantang tak oder yang mahal – mahal.

Banyak lagi yang dia buat, tapi semua ni, tak dapat aku hujahkan bila dia sedang cerita dengan orang – orang yang datang ke rumah. Aku hanya boleh diam. Dan aku minta anak – anak aku juga diam dengan apa saja kata – kata dia.

S4kit mana hati kami, kami percaya, setiap perbuatan dan kata – kata pasti ada baIasan. Terima kasih sebab sudi baca kegiIaan yang terjadi dalam hidup aku walaupun tak mampu nak ceritakan semua. Maafkan aku, aku terima saja kalau pembaca nak kata kami tak bersyukur atau apa, tapi kami sangat terani4ya Ya Allah, dengan sikap ayah yang maksum ini. Yang Benar, – Santi (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Azlina Harun Beratnya ujian.. kesian tt dan anak – anak. Moga – moga Allah makbulkan doa – doa tt. Kadang – kadang menang ada orang yang sangat bermasalah tapi dik4ta orang lain yang salah dan dijaja pula cerita tak elok kepada orang lain walau dah banyak kebaikan yang diberi.

Percayalah 1 hari nanti akan ada baIasan juga untuk orang macam tu dan masa tu mereka tak boleh buat apa – apa kecuali menyesal atas d0sa – d0sa dan terp4ksa mengharungi akibat perbuatan – perbuatan buruk mereka dahulu.

Salina Gunawi : Tinggalkanlah dia seorang sebab mungkin dia dah nyanyuk kot tapi nafsu besar. Biar Jabatan Kebajikan Masyarakat ambil dia. Daripada mental TT anak beranak tersiksa baik lari dari situ. GiIa punya bapak bila tanggungjawab dik4ta hutang!

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.