Ayah banduan, aku dan mak kena halau sebab keluarga penjen4yah. Jauh kami lari, sehinggalah ada wartawan datang

Kami pindah jauh dari tempat lama, baru boleh bernafas sebab orang tak kenal siapa kami. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, tahun demi tahun dan akhirnya ada satu makhluk durjana. Seorang wartawan datang nak interview mak..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Antara benda dalam hidup aku dan keluarga aku yang paling meny4kitkan adalah ayah aku. Ayah aku buat satu jen4yah. Hukvman berat, je4yah dia ni senang cerita memang k3jam. Zaman sebelum internet rancak.

Ayah aku ni dekat rumah pun kami tahu jenis orangnya sy4itan. Aku adik mak sentiasa jadi m4ngsa kaki tangan ayah aku. Akhirnya dia ditangkap buat jen4yah berat. Kami bertiga ingat dah selamat sebab ayah dah tak ada. Tapi silap besar,

Orang sekitar kami jiran semua caci, m4ki, h1na kami cakap “keluarga penjen4yah” rumah kami jangan cakap lah. Kena macam – macam benda dekat depan tu. Kena pula rumah sewa. Tuan rumah tu bila dapat tahu suruh kami keluar cepat.

Kau bayangkan dengan banyak barang dia bagi 7 hari. Mak aku cakap kami tak ada tempat tinggal. Saud4ra mara semua duduk jauh. Tapi dia pekak kan telinga setakat “keluarga kau bah4ya” aku dengan adik jangan cakap sekolah memang tak pergi terus.

Dekat sekolah cikgu semua nak tak nak je bercakap. Akhirnya kami terp4ksa pindah. Penat sebab kena m4ki kena caci mak aku kena buang kerja. Padahal bukan salah aku adik dan mak. Tapi kami yang jadi m4ngsa. Keluar bawa baju, dokumen yang penting barang dekat rumah kami terp4ksa jual dengan harga terlampau murah dekat tuan rumah tu. Sebab tak boleh nak bawa angkut semua.

Lepas macam nak giIa selesai kan hal rumah, hal sekolah aku, hal duit lagi. Aku tengok mak dah macam tak bernafas tidur pun setakat sejam dua. Malam kami punya tingkap kena baIing dengan batu lagi. Kami semua pindah negeri lain.

Waktu ni agak syukur tak ada internet lagi zaman nokia baru lagi. Jadi beberapa tempat tu diorang tak tahu apa. Kami pun akhirnya dah pindah jauh dari tempat lama. Baru boleh bernafas. Waktu tu pindah ada satu cerek, satu kuali, cawan ada 3 pinggan 3 sudu apa semua yang kami balut pakai surat khabar. Hidup ala kadar tapi tenang.

Orang tak tahu. Yang tahu pengetua dan guru besar sekolah baru kami sahaja. Jadi hidup macam biasa tenang sebab ayah kami yang si jahat ni tak ada. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, tahun demi tahun dan akhirnya ada satu makhluk durjana.

Aku batal mentioned nama dia sebab dah meninggaI dunia pun. Seorang wartawan. Entah dari siapa dia dapat maklumat tapi dia jumpa mak aku kata nak interview. Mak aku cakap tak kenal. Tapi dia cari pula aku dengan adik aku.

Akhirnya macam yang korang boleh jangka sebab dia ni beria – ria sangat. Dia pun pergi interview pelajar sekolah kawan aku dan jiran kawasan rumah aku. Tanya pasal kes ayah aku. Dari penjiranan baru aku dan kawan aku yang tak tahu. Terus tahu, kawan aku dekat sekolah pula tanya “betul ke ayah kau yada yada?” Aku jawab tak lah orang lain.

Tapi diorang cakap baca surat khabar nama ayah aku sama. Aku pun cakap kebetulan. Mak aku siap suruh wartawan tu jangan datang kacau kami. Tapi sebab dia beria – ria sangat akhirnya bila masyarakat sekeliling dah tahu reaksi diorang kami dah boleh jangka.

Mula – mula sebulan dua kami boleh tahan masuk bulan 3 dah jadi malapetaka. Adik aku kena buIi sebab kes ni. Mak aku lagi sekali di berhentikan. Sebab orang datang asyik tanya pasal bekas suami mak iaitu ayah aku. Kami pun bertahan sampai sekolah mula cuti dan akhirnya sebab tak tahan pindah negeri lain. Kami pindah ke Johor.

Waktu pindah ni penat dia lain macam. Ingat lagi pukuI 1 pagi naik bas. Mak aku cakap “mak penat along” sambil dalam bas tu mak dengan adik aku tidur. Tapi aku tak boleh tidur. Asyik tertanya tanya kenapa salah ayah aku tapi yang siksanya kami.

Pindah negeri baru Alhamdulilah semua selamat identiti selamat tapi aku ingat lagi jodoh tak kesampaian sebab kes ayah aku. Bila keluarga perempuan check background aku dapat tahu pasal ayah aku. Selepas tolak tarik akhirnya aku cakap eloklah kita berpisah.

Bahagian kerja yang kena background check memang payah aku nak diterima sebab jen4yah ayah aku. Jujurnya kami bertiga setiap hari p4nik, anx1ety tu jangan cakap. Takut kalau ada orang tahu kami ni siapa. Arw4h mak pun hujung tahun 2022 selamat dikebvmikan.

Aku dengan adik end up jadi introvert yang melampau. Adik aku jangan cakap lah dia selalu ada p4nic att4ck. Kami berdua memang jarang giIa bersosiaI. Takut orang tahu kena pula zaman teknologi sekarang lagi cepat. Jadi both of us just keep hiding from the masses. – Jun (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Salmiah Mohd Sani : Kesiannya kat anak – anak dan isteri yang terpalit. Kuatkan semangat dik. Semoga Allah ketemukan awak berdua dengan orang – orang baik. Ramai je orang – orang baik dan ikhlas di sekeliling kita dik.

Norain Noordin : Kesian hidup TT adik beradik dan mak. Masyarakat memang judgemental. Kalau pindah ke luar negara mungkin boleh sembunyi identiti. Tapi apakan daya. Semoga TT dan adik baik – baik sahaja.

Bunga Sakura : Kesiannya awak dan keluarga. Teruknya masyarakat sekeliling pun. Kadang – kadang tak boleh hadam ada masyarakat macam ni sebab di sekeliling saya ada ja anak – anak murid yang ayahnya duduk dalam tapi guru – guru dan rakan – rakan sekelas pelajar ok ja. hmmm… semoga Allah permudahkan urusan adik ya.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.