Ayah marah bila aku bocorkan rahsia dia curang. Tapi aku pelik ayah nak rapat dengan aku, rapat dia agak pelik. Dia suka masuk bilik tidur aku ketika aku seorang diri. Kadang – kadang dia suka tutup lampu bilik aku ketika kami berdua di dalamnya. Dia selalu cakap nak tolong urut aku. Lepas 2 bulan aku bagitahu ibu..
#Foto sekadar hiasan. Nama aku Syasya (bukan nama sebenar). Tujuan aku buat confession ni pun sekadar untuk berkongsi cerita. Maaf ye jika kisah ini terlalu panjang. Kisah ini bermula ketika aku masih kecil. Aku merupakan anak pertama dari tiga orang adik beradik.
Segala baik buruk ayah dan ibu, aku la yang melihatnya. Ayah dan ibu aku mempunyai umur yang sama. Mereka bertemu ketika keduanya sedang belajar di universiti. Setelah bercinta dalam 5 tahun, akhirnya mereka bersatu.
Persis novel cinta, ayah aku datang dari keluarga yang susah dan ibu datang dari keluarga yang senang. Kata ibu, dulu kisah cinta dia terhadap ayah terlalu tinggi sehinggakan nak kahwin pun, mereka guna duit ibu aku dahulu.
Perkahwinan itu bahagia je. Aku dilahirkan 2 tahun selepas itu dan adik kedua aku dilahirkan ketika aku berumur 6 tahun. Ketika ini bermulalah gelora dan dugaan alam perkahwinan ayah dan ibu. Ayah aku bekerja di syarik4t proton dan ibu bekerja di satu syarik4t lain.
Ketika ibu aku mengandungkan adik kedua, dalam diam ayah ada scandal di tempat kerjanya. Aku la menjadi saksi pertemuan ayah dan scandalnya. Ayah menyuruh aku memanggilnya mummy. Tika itu umur aku baru melonjak 6 tahun. Ye lah budak budak kan, aku ikut je la.
Ayah dan mummy umpama budak – budak remaja bercinta. Bezannya aku menjadi peneman mereka dating. Ketika ini, hubungan ini masih dirahsiakan dari pengetahuan ibu aku. Ayah sentiasa akan pesan pada aku “jangan bagitahu ibu tau. Nanti papa beli mainan” tiap kali selepas aku dan dia berjumpa mummy.
Aku bingung. Di rumah, ayah menjaga ibu sebaiknya. Ye lah, ibu mengandungkan. Tiap malam ayah urut ibu, beli makanan yang ibu mengidam. Tetapi sebaliknya ketika di luar, ayah sedang berfoya dengan perempuan lain.
Kini tiba la saat semuanya terbongkar. Ketika ibu sedang berpantang, ayah dan mummy lagi kerap berjumpa. Waktu itu aku kesian lihat ibu. Dia jaga adik yang baru lahir seorang diri sedangkan dia masih ada suami. Tiap malam pasti ayah akan keluar rumah.
Alasannya, ada kerja lah, kawan nak jumpa lah, keluarga nak jumpalah. Tapi hakik4tnya, bawak mummy pergi tengok bunga api sama – sama. Ayah siap bawak lagi mummy jumpa keluarga besar ayah. Ketika itu aku ikut. Yang peliknya ketika itu, aku lihat semua dapat terima perempuan itu.
Tak ada sekelumit rasa bersalah ke terhadap isteri pertama ayah yang sedang berpantang seorang diri? Rahsia ini dibocorkan oleh aku setelah berbulan – bulan aku pendam. Sebenarnya aku terlepas kata sahaja. Aku terbocorkan rahsia ini pada nenek beIah ibu.
Kata orang budak – budak kan tak pernah menipu. Dan ye itu aku. Mula lah saat di mana, adik ibu menjadi csi mencari maklumat tentang perempuan itu dah ibu acap kali menangis tidak berhenti – henti. Pernahlah sekali aku menjadi saksi di mana ketika ibu sedang meyusukan adik kedua aku, ibu menangis sambil call kakak ayah. Ingin bertanya lebih tentang perempuan itu.
Mereka berg4duh hampir setiap hari ketika adik kedua aku berumur setahun. Aku jangan cakaplah, mulai saat itu, ayah dah tak percaya aku lagi. Ayah marah sangat aku ketika itu. Sampaikan aku kena tidur di bilik nenek. Aku tak sanggup lihat muka ayah. Garang sangat.
Tiap kali balik rumah, mereka selalu berg4duh dalam kereta. Kadang – kadang aku sendiri lihat ayah akan naik tangan pada ibu. Berkali – kali ibu dipukuI seperti tempat melepaskan kemarahan. Aku tak berani masuk campur, takut aku pulak ditumbuuknya.
Ketika mereka berg4duh, aku berlari tarik tangan adik kedua aku untuk menyorok. Aku taknak adik aku lihat perkara tersebut. Bukan tumbuuk je, macam macam ayah buat. Sampai la Iebam – Iebam muka ibu. Klimaksnya, ibu tak tahan. Ibu taknak dimadukan.
Ibu ambik aku dari sekolah dan terus ke tempat kerja papa. Ibu panggil perempuan itu. Kali ini dari raut wajahnnya ibu memang bertekad. Tanpa segan silu, ibu marah betul – betul perempuan yang ayah gelarkan mummy itu.
Ramai juga berkumpul melihat drama yang sedang berlaku antara ibu dan mummy sehingga pak guard sendiri panggil ayah aku untuk leraikan perg4duhan tersebut. Ayah marah ibu dan menyuruh kami berdua untuk balik dan dia masuk dalam office bersama perempuan tersebut.
Dah besar ni baru la aku faham bahawa tindakan ayah ni sangat menunjukkan dia sayang perempuan itu lebih dari kami. Setelah pulang, seperti biasa mereka akan berg4duh. Ayah kata ibu menjatuhkan air muka dia di situ.
Lah waktu dating ke hulu ke hilir dengan perempuan tu tak malu pulak? Lalu beberapa hari kemudian, perempuan itu berpindah tempat kerja dan menukar nombor telefonnya. Tengok – tengok 2 bulan lepas tu dia berkahwin dengan seorang lelaki lain. Nampak sangat desperate.
Lama jugalah baru hubungan mereka kembali pulih sehingga ibu mengandungkan seorang anak lelaki ketika usia aku melonjak 12 tahun. Ayah masih tidak percayakan aku. Kadang – kadang dia out of nowhere akan tuduh aku ambik duit dia lah, tengok message phone dia senyap – senyap la. Padahal hakik4tnya tak ada masa lah aku nak buat semua tu.
Kini usia aku dah 14 tahun. Aku dah jadi anak d4ra lah ketika ini. Body aku mantap la walaupun aku masih kecil. Mungkin hasil aku masuk olahraga kot yang buatkan badan aku cantik dan ramping. Ayah aku mula ingin rapat dengan aku. Kadang – kadang pelik juga, rapat dia agak pelik.
Dia suka masuk bilik tidur aku ketika aku seorang diri. Kadang – kadang dia suka tutup lampu bilik aku ketika kami berdua di dalamnya. Dia always cakap “ayah nak urut” lalu dia suruh aku meniarap dan baring di belakang aku.
Dia suka masukkan tangan di dalam baju aku. Meraba d4da aku yang ketika itu sedang membesar. Ketika dia meraba, dia seperti orang high. Aku jadi keliru. Ye lah baru umur 14 tahun kan. Mana tahu lagi tentang perkara seperti ini.
Benda ni kerap kali berlaku selama 2 bulan berturut – turut. Aku jadi tak selesa dan aku ada lah bercerita tentang ini pada kawan – kawan segeng aku. Mereka terk3jut lantas seorang kawan aku kata “syasya, ayah kau ni dah buat s3xuaI har4ssment dekat kau” waktu ni baru aku sedar perkara ni tak normal dan salah.
Aku bagitau counsellor sekolah aku tentang ni. Ye lah nak nasihat dan cara untuk selesaikan. Tapi sebenarnya dia lagi merumitkan keadaan. Dia ingat aku berjenaka, bergurau dan mereka cerita. Dia kata “bagi lah tahu ibu awak. Ke nak aku sendiri call ibu awak”.
Bagi aku ia tak semudah tu. Aku tak suka tengok ibu ayah aku g4duh. Jadi sebab itu aku nak solusi yang tidak libatkan ibu aku. Namun atas desakan itu, aku bagitahu lah ibu. Aku kata “ibu, ayah suka pegang aku punya sini (sambil tunjuk d4da)” tapi lain yang jadinya, ibu marah aku.
Ibu kata, aku yang suka berkemban, tak jaga batas. Haih. Ibu pun cerita dekat adik dia iaitu makcik aku. Pun sama aku dipersalahkan. Sedangkan aku ni m4ngsa. Perkara ni still jadi. Ketika ayah aku nak masuk bilik, aku terus lari.
Aku mengelat dari berseorangan. Ni initiative dari kawan – kawan aku. Mereka yang suruh. Kalau ikutkan keluarga sendiri, takut – takut tak berd4ra aku lagi. Lama – lama ayah mula faham yang aku tak selesa. Dia marah aku bila rambut panjang aku dip0tong jadi macam chibi maruko chan haha.
Aku rasa mungkin dengan burukkan diri, dia tak akan buat lagi benda tu. Dia memang suka tengok aku rambut panjang. Tu yang dia marah bila rambut aku pendek. Seram tapi tu la hakik4tnya. Dia pun dah berhenti dari buat perkata terkutuk tu. Alhamdulilah lah.
Aku tak pernah faham ayah aku. Waktu umur 13 tahun aku dah ada seorang teman lelaki lah (galak jugak aku ketika ni). Tapi ayah aku selalu marah bila aku bercinta. Kata dia cinta monyet je ni. Sedangkan dia pun sama je.
Tiap kali kant0i bercinta, ayah aku Iempang aku di muka. Ah s4kit. Entah lah ini ke nama dia sebagai pengajaran? Atau nama dia abusiing? Aku nakal. Aku anak paling susah lah nak dengar cakap dia. Aku rasa kawan – kawan lah yang paling rapat dengan aku waktu tu.
Beberapa tahun berlalu, aku dimasukkan ke sbp. Budak pandai tau aku ni sebenarnya. Tapi kecundang juga sebab tak mampu adapt dengan environment budak pandai. Str3ss tahu. Aku belajar biasa – biasa je. Tapi pelik sebab di asrama la aku lebih belajar untuk appreciate ibu dan ayah. Homesiick mungkin.
2020 aku sepatutnya SPM. Tapi pandemik melanda, spm di tangguhkan ke 2021. Waktu ni kelas online je di rumah. Ayah dan ibu pun ada. Memang bonding kami agak kuat lah waktu ni. Makan sama – sama lah, buat kerja sama – sama. Aku mula sayang mereka sangat – sangat.
Sehingga lah aku kena masuk asrama balik untuk spm. Ketika ini, lawatan ibu bapa tidak dibenarkan sama sekali. Malah bagi makanan dari luar pun tak boleh. Tapi hehe aku nakal, aku akan suruh ibu dan ayah beli senyap – senyap dan kononnya hantar barang penting.
Dapat lah aku jumpa mereka seketika. Itu pun dipisahkan oleh pagar sekolah. Dapat lambai – lambai je. Tapi, pihak sbp dapat tangkap perkara ni. Ketika satu batch kami kena buat perjumpaan, pihak atasan marah sangat pada kami.
Batchmates banyak tunding jari dekat aku dan tuduh aku macam – macam. Oleh sebab itu lah, aku terus decide taknak jumpa ayah dan ibu lagi. Minggu tu aku tak call langsung mereka. Kononnya merajuk la. Call pun ada la sekali, waktu tu mereka kata ayah dan adik beradik aku demam panas dah selama seminggu dan mereka nak jumpa aku hari sabtu seperti biasa di pagar sekolah.
Sebab kes hari tu memang tak lah aku nak jumpa lagi. Aku buat keras kepala aku. Aku tak call pun mereka sabtu tu. Aku hanya pergi ke pak guard je pukuI 7 malam. Memang betul, ada beg yang penuh makanan secret recipe mereka tinggalkan untuk aku, serta surat wish goodluck for your spm. Degil. Aku masih dengan degil aku.
Aku tak call mereka langsung hari tu sehingga hari isnin pagi. Konon nak mintak restu. Ye lah addmath kot. Waktu aku call ibu, ibu marah sangat aku. Ibu cakap “kenapa tak call lama?” Aku jawab lah busy tanpa rasa bersalah.
Perbualan itu ditamatkan setelah beberapa minit. Sejak hari tu, aku call ibu hari – hari. Agak pelik sebenarnya. Sebab aku langsung tak dengar suara ayah mencelah. Seminggu lepas, ayah always nak mencelah. Nak bercakap dengan aku jugak.
Waktu tu first time aku dengar dia cakap “i love you”, dia cakap “ayah sayang awak”. Terkedu jugak lah selama 18 tahun aku hidup, tu baru kali pertama aku dengar dari mulut dia. Minggu tu juga birthday aku, excited ayah tanya nak apa waktu birthday.
Nak kek ke, nak bunga ke dia nak hantar dekat sekolah. Tapi aku malu, aku cakap tak apa lah lepas spm boleh. Pelik, dia masih nak buat surpriise pada aku. Namun, aku masih kata, lepas spm sambut. Tapi, minggu ni langsung aku tak dengar dia mencelah or bercakap dengan aku.
Bila tanya ibu, ibu cakap papa busy, papa meeting. Aku pun faham je. Tak pernah soal lebih. Spm pun habis. Hati aku tak sedap. Tak tahu lah kenapa hari tu tak sedap hati. Padahal dah boleh balik selamanya. Aku pun call ibu seperti biasa, ibu cakap “tunggu je nanti makcik ambik”.
Aku dah pelik. Apahal lah makcik nak ambik sedangkan selama ni bila aku balik asrama, ibu or ayah akan ambik. Tapi kali ni makcik ambik. Dalam pelik – pelik tu, aku layankan juga. Memang entah lah aku tiba – tiba menangis dan teringat ayah.
Aku mengadu la dekat roomate aku, yang aku sedih, aku rasa ayah aku ada something tak kena. Tapi dia boleh gelakkan aku dan mula mengejek “kesian….” Dia ingat kelakar ke? S4kit hati ni. Tapi malas nak layan, aku terus naik kereta makcik aku. Dia tak berborak sepatah pun.
Balik je rumah, aku ingat ada la keluarga kecik aku sambut aku balik. Rupanya, tak ada. Aku call ibu. Rupanya ibu dan adik beradik di wad sungai buloh. Kena coviid stage 2. Ayah? Ayah aku sedang ditidurkan di icu, red zone.
Rupanya seminggu lepas mereka sekeluarga kena coviid. Aku terkedu. Tak tahu nak react apa. Nasib ada nenek dan makcik – makcik menjaga. Aku tak rasa sedih pun ketika ni. Sebab bagi aku, ayah aku boleh surviive. Dia masih muda. Tak mer0kok dan sangat jaga kesihatan.
3 hari lepas tu ibu keluar hospitaI. Hidup kami macam roller coaster. Hari – hari kami dapat berita dari icu tentang kondisi ayah. Kadang – kadang baik, kadang – kadang teruk. 2 kali ayah dibangunkan semula sebab oxygen level yang agak baik.
Dia asyik ulang benda sama “ibu, bawa ayah balik, ayah nak balik” ayah memang tak suka hospitaI. Dia mana pernah pergi hospitaI. Dan selepas dibangunkan tu, dia terp4ksa ditidurkan balik sebab oxygen drop. Sebulan dia berjuaang akhirnya dia pergi.
Sempat kami ajar dia mengucap tapi hanya melalui video call. Dia menangis walau sedang koma. Mungkin dia sedang rasa masa dia akan pergi. Ayah meninggaI tepat jam 5:20 pagi. 2 hari sebelum puasa. Redup je sewaktu pengebuumian itu.
Kini tinggallah aku, ibu dan dua orang adik aku. Raya itu tidak seperti selalu. Tiadanya ayah, raya ini terlalu sunyi. Betul, ayah aku tu banyak silapnya. Tetapi dia tetap ayah. Tanpa dia, hidup aku kosong juga. Rindu? M4kin lama dia pergi, m4kin rindu.
Baru – baru itu mungkin tak rasa. Kini process ibu sedang berjuaang di mahkamah untuk harta sepencarian pula. Ibu dah banyak berjuaang untuk ayah. Bukan sekadar jiwa raganya bahkan duitnya juga. Persis novel, keluarga kami sedang berpecah beIah.
Keluarga ayah, mahukan jumlah harta yang sangat banyak dan juga mereka mahukan rumah yang sedang kami duduki. Ibu tak bagi. Ibu berjuaang demi kami adik beradik. Ibu kata harta peninggaIan ayah, untuk masa depan kami.
Atok beIah ayah, bukan kata nak tengok kami adik beradik, senyum pada kami pun tak nak. Mungkin bagi dia, kami bukan cucunya lagi? Entah lah hidup aku sangat complicated. Terima kasih dengar cerita panjang ni. Doakan ibu aku dapat menang okey dalam mahkamah itu. – Syasya (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nurathirah Eira :Bermacam perasan muncul, dari rasa bahagia, marah, benci dan sedih. Wajib baca. Pendek saja pesanan akak, jaga diri baik – baik.
Jaja Halim : Awal2 cite rasa hangin dah. Tapi ending nye memang sebak. Seburuk – buruk ayah, sejahat – jahat ayah dia tetap ayah kita. Doa selalu untuk ayah. Untuk ibu awak, teruskan kuat dan tetaplah pertahankan hak – hak yang patut dia tuntut. Semoga awak, ibu dan adik – adik sentiasa dilindungi Allah dan dipermudahkan urusan dunia akhir4t.
Amirah Yazan : Dik.. kakak doakan ibu awak dan family dapat hak sewajarnya. Kakak tahu tak mudah. Walau sebelumnya baik sekali pun tapi bila melibatkan harta memang boleh kelam mata. Kakak biasa dah tengok kes – kes macam ni.
Ustaz ke ustazah ke takkan terkecuali dik.. awak sulong, awak kena kuat jugak tau. Belajar rajin – rajin, support adik – adik untuk teruskan menuntut ilmu, tolong ibu dan selalu doakan ayah awak k. Meh sini kakak nak peIuk awak..
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.