Ayah berjanji depan hakim akan adil kalau poligami. Tapi bila dating, mereka keluar berdua. Anak – anak tiri, p4ksa ibu aku jaga

Aku umur 16 tahun masa dapat tau bapa ada perempuan simpanan. Bapa dah hampir 50 tahun. Bayangkan sekarang bapa ada 3 orang anak yang masih kecil. Bapa dah mengeluh banyak nak pakai duit nak besarkan anak-anak yang masih kecil..

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin kalau siarkan artikel ni. Aku umur 16 tahun masa dapat tau bapa ada perempuan simpanan. Dan masa tu ibu bapa aku dah dalam umur akhir 40-an mereka. Sepatutnya pada waktu itu mereka dah berfikir nak buat apa waktu pencen.

Tapi bukan bapa aku. Dia terlalu cintakan kekasihnya sampai ingin nak buat dia isteri yang kedua. Tapi tanpa dia sedari, dia telah membuat keputusan yang akan membebankan dirinya dan keluarganya. Ini adalah cerita realiti poIigami pada usia tak berapa muda.

Bapa dan ibu seringkali turun naik mahkamah sebabnya bapa mahu poIigami, tapi ibu membantah. Kononnya dia mampu dari segi zahir dan batin, kewangan dan segalahnya. Dan akhirnya ayah menang kes tu. Dia berjanji di depan hakim yang dia mampu dan akan berlaku adil. Sejak tu, hidup kami berubah.

Bapa ada jadual untuk tidur di rumah isteri yang mana. Tapi kami mula nampak janji dia untuk berlaku adil memang langsung tak ditepati. Dia banyak belanjakan duitnya kepada isteri kedua. Nampak sangat sayang dia lebih kepaa isteri kedua. Masih baru, masih cantik, masih belum ada anak ketika itu.

Isteri kedua kemudiannya melahirkan 3 orang anak. Dengan isteri pertama pun ada 3 orang anak. Jangan tanya perbezaan umur. Memang 20 tahun beza umur kami dengan adik – adik kecil tu. Isteri kedua hanya suri rumah dan menjaga ketiga anaknya.

Bapa memang 100% tanggung keluarga yang keduanya. Macam mana yang dia kata boleh berlaku adil? Mereka selalu keluar berdua. Dan bila mereka keluar berdating, anak – anak mereka ditinggalkan dengan ibu, minta isteri pertama menjaganya.

Tapi dengan ibu, bapa jarang sekali bawak pergi dating. Malam valentine bapa siap bawak isteri ke-2 dinner dan tinggalkan anak – anaknya di rumah isteri pertama. Di mananya yang dia janji akan berlaku adil semasa turun naik mahkamah dulu?

Bapa seringkali mengeIuh tentang masalah kewangan. Maklumlah, isteri kedua boleh tahan maintenance tinggi. Sewa rumah, bil dan sekolah anak – anak keluarga kedua sem4kin membebankan bapa. Seringkali dia mengeIuh dengan anak – anak dia yang dah besar ni untuk tolong dia dengan rumah keluarga pertama ni.

Dengan kata lain, dia mahu lepaskan tanggungjawab dia pada keluarga pertama supaya dia boleh menjaga keluarga kedua. Apa tanggungjawab bapa dah takde ke dekat ibu dan kami? Tanggungjawab dia hanya pada isteri kedua dan anak anak baru yang masih kecik tu ke?

Tidak, saya sikit pun tak salahkan anak anak yang masih kecil tak berdosan tu. Dia sem4kin penat memikirkan duit dan sem4kin banyak mengeIuh. Umur untuk pencen pula sem4kin dekat. Dan itu buat bapa lagi runsing. Anak – anak hasil yang pertama sem4kin dewasa. Mereka dah mula berkahwin dan mempunyai anak mereka sendiri.

Bapa telah memilih jalan hidup yang bakal buat semua susah. Bukan saja dia telah bebankan dirinya, dia juga telah bebankan anak – anak pertamanya untuk memikirkan hal adik – adik kecil yang baru mula bersekolah sedangkan mereka sendiri baru nak mulakan keluarga.

Bukan tu je, bapa akan susahkan anak – anak kecilnya juga. Bapa mungkin dah tak ada semasa mereka masuk sekolah menengah, atau semasa mereka masuk Uni. Siapa mahu membiayai semua tu? Anak – anak yang pertama ni akan ada keluarga sendiri dan sudah kena fikir anak mereka sendiri.

Bagaimana dengan hidup anak – anak kecil tu? Mereka akan rasa susah dikemudian hari kerana bapanya dah tiada untuk menyara mereka. Yang boleh tolong mereka hanyalah adik – beradik tuanya. Tapi persoalannya lagi, mampukah mereka sara adik – adik kecilnya sekali dengan keluarga mereka?

Mungkin inikah keadilan yang bapa canangkan depan hakim dulu? Dan hakim yang mungkin sudah beribu kes yang sama berlaku, takkan masih tak boleh fikir secar rasional logik ‘adil’ seorang lelaki. Masa akan berlalu. Penyesalan mungkin akan berlaku.

Tapi pada masa tu, semuanya dah tak boleh di ubah. Kita dah tak boleh kembali ke masa lalu. Semua orang terp4ksa juga harungi. Terp4ksa hidup dengan apa yang dah terjadi. Wahai lelaki yang teringin nak kahwin lagi, fikirlah jauh terutamanya usia dah masuk 40 tahun.

Waktu tu patutnya korang dah fikir nak relax umur 50 tu. Bukannya tambahkan lagi tanggungjawab dan beban. Sekejap je syok bercinta tu. Bila anak hasil yang kedua tu dah bersekolah, barulah korang akan rasa susahnya. Malah, korang juga akan tempiaskan kesusahan korang tu kat ramai lagi orang. – JN

Komen W4rganet :

Sameera Rahman : Banyak contoh, banyak tauladan, banyak juga yang masih buat. Sebab sikap manusia sentiasa lupa, sentiasa takbur kononnya mampu. Yang mampu hanyalah nafsu walhal tenaga lemah, kewangan pun lemah.

Bila agaknya nak tambah amal ibadah bila sibuk pelihara anak. Kalau rasa tak mampu mengawal nafsu berpuasa la. Lain la kalau kaya raya dianjurkan untuk bantu ibu – ibu tunggal yang sedia ada anak bukan baru nak buat anak.

Effiza Muhammad : Saya pun nampak kejadian gini depan mata. Anak isteri baru membebankan anak – anak isteri pertama. Ayah dah berumur dan isteri baru asyik s4kit. Saya lama dah fikir siapa akan jaga anak isteri kedua kalau ayah dan ibu dia tak de nanti? Membebankan anak anak isteri pertama gak.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.