Ayah meninggaI dunia masa saya di kolej. Ketika pembahagian faraid saya tak ambil pusing sangat kerana saya tahu saya tak berhak. Ayah dah siap – siap buat wasi4t dan tukar nama tanah pada anak – anaknya..
#Foto sekadar hiasan. Assalam pembaca semua. Saya ialah seorang lelaki yang berbinkan Abdullah kerana dilahirkan tidak sah taraf. Saya dilahirkan di luar pernikahan, di mana ibu kandung saya yang saya namakan Mazni (bukan nama sebenar) melahirkan saya di sebuah rumah di Pahang.
Saya terus diambil sebagai anak angkat dan dijaga oleh mak dan ayah angkat saya, serta abang dan kakak saya (Long dan Ngah) dengan penuh kasih sayang. Untuk memudahkan penceritaan, saya akan menggelarkan keluarga angkat saya dengan gelaran ‘mak’ dan ‘ayah’.
Awal persekolahan ketika darjah satu sehingga darjah tiga, ayah saya telah berpakat dengan cikgu kelas untuk membinkan nama saya dengan nama ayah saya. Kiranya masa awal sekolah rendah, saya bukan bin Abdullah namun saya bin Jamal (bukan nama sebenar ayah saya). kehidupan saya darjah satu hingga tiga berjalan tanpa ada apa – apa masalah.
Namun, ketika cuti hujung tahun tiga, kawan – kawan saya mula bertanya dengan nada sinis, “kau tahu tak kenapa beza umur kau dengan Ngah kau jauh?” sambil gelak – gelak. Saya yang semasa itu tidaklah mengambil kisah sangat dengan persoalan itu kerana boleh jadi mereka mengejek fizikal saya yang lemah dan kecil berbanding orang lain.
Saya seorang yang kuat menyelongkar dan ketika cuti itu semasa mak dan ayah saya bekerja saya menyelongkar pelusuk rumah. Macam – macam saya jumpa seperti album gambar lama, diari ayah saya, cicak kering, ubat gegat, buku – buku lama, biji epal dan telur lipas yang dah menetas.
Alkisahnya, sedang saya menyelongkar almari yang terletak di bilik belakang (yang jarang digunakan), saya terjumpa fail tertulis nama saya. Ala – ala fail kerajaan warna putih. Saya tidak bersangka apa – apa kerana ayah saya memang menyimpan kemas semua data dan rekod.
Saya selak fail itu dan melihat pelbagai resit dan surat sekolah. Pada surat kemasukan darjah satu nama saya bin Abdullah, tapi surat dan bil / resit seterusnya saya bin Jamal. Saya pun pelik. Jadi saya teruskan menyelongkar sehinggalah saya terdengar kereta ayah saya masuk ke garaj.
Saya berhenti menyelongkar dan buat biasa – biasa sahaja dengan sasaran akan habiskan baca semua fail itu esoknya. Keesokkan harinya saya mencari kembali fail itu. Kali ini saya akan mula baca dari belakang. Ternyata saya membaca surat beranak saya yang dengan jelas menunjukkan nama ibu saya “Mazni Mat Nor” dan bukannya Jamaliah (bukan nama sebenar mak angkat saya).
Ruangan bapa pula diisi dengan perkataan “tidak diketahui”. Hati saya dah mula berdetak kencang. Saya teruskan membaca dan ternampak ‘surat pendaftaran anak angkat’. Ternyata saya hanyalah anak angkat kepada Jamal dan Jamaliah.
Hati saya berkecamuk dan mata saya berair der4s. Namun, bila ayah dan mak balik kerja, saya buat macam tiada apa – apa berlaku tapi saya tetap mengkaji tentang hukvm hakam anak angkat dan pernasaban ini. Waktu mula persekolahan darjah 4, saya bertanya kepada ayah saya, “ayah, kenapa tak guna bin Abdullah, tapi guna bin Jamal?”.
Ayah saya ternyata terpaku dengan soalan itu. Dia berhentikan kereta dan patah balik ke rumah. Dia sempat menjemput mak saya daripada kerja dan kami bertiga pulang ke rumah. Kiranya saya ponteng kelas la masa itu. Mak dan ayah dudukkan saya lantas bercerita secara ringkas tentang kisah sebenar saya.
Tapi, saya tak fokus sangat sebab saya dah tahu semua cerita yang diceritakan. Mak ayah saya bercerita selama sejam sahaja dan kemudiannya saya terus menonton TV. Tidak menangis, dan tidak runtun air mata. Habis dah air mata dulu – dulu. Sejak daripada itu saya ‘bin Abdullah’ sehinggalah kini.
Kasih sayang yang diberikan oleh keluarga saya tidak berbeIah bahagi. Saya dijaga dan dipelihara bagai anak sendiri dan kadang – kadang dilebihkan berbanding Long dan Ngah sebab saya secara umumnya anak bongsu. Saya membesar dengan baik dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang dalam UPSR (5A), PMR (9A) dan SPM (10A).
Ketika sekolah menengah saya tahu rakan sekolah saya mengetahui tentang status saya dan saya berterima kasih kepada mereka kerana tidak pernah melempar fakta itu ke muka saya. Jika ditanya kenapa saya ‘bin Abdullah’, saya hanya tersenyum dan suruh dia kaji sendiri.
Ketika di peringkat kolej dan universiti, pencapaian saya tidaklah baik. Beberapa kali gagal dan kena ulang paper (sebab main – main dan k3jutan budaya), namun saya tidak rebah. Sebab masa darjah tiga saya dah dihempap dengan berita yang sangat berat, apalah sangat kegagalan ini.
Masa di kolej dan universiti, rakan – rakan saya tidak tahu tentang kisah saya ini, namun pelik kerana disaat gagal, saya masih mampu senyum dan tidak menangis dan tidak str3ss. Saya mengatakan kepada mereka, “aku dah pernah dengar berita lagi teruk daripada ni masa darjah 3.”
Ayah saya meninggaI masa saya sedang belajar di kolej. Ketika pembahagian faraid saya tak ambil pusing sangat kerana saya tahu saya tak berhak. Sebelum ayah meninggaI dia dah pindahkan nama rumah dia di KL dengan nama saya dan tanah – tanahnya dipindahkan nama kepada Long dan Ngah.
Duit peninggalannya diwasi4tkan kepada abang dan akak saya sambil disaat akhir dia, dia memberikan hibah sebahagian daripada duit itu kepada saya (berdasarkan apa yang mak saya cerita). Ketika ayah saya meninggaI, saya sedang berada dalam program pertukaran pelajar di Jerman.
Habis universiti, saya berkerja dengan pekerjaan yang hebat dengan gaji mula RM5000 sebulan. Sekarang dah hampir 3 tahun saya berkerja dan bin Abdullah tidaklah memberi impak sangat kepada saya. Gaji pun dah RM6000/bulan, semua pelanggan dan rakan sekerja tidak melihat ‘bin Abdullah’ itu, namun melihat kerja professional saya.
Saya sudahpun berkahwin, dan dikurniakan seorang anak. Saya tahu isteri dan keluarganya tahu tentang status saya, namun seperti professional, mereka tidak melemparkan, bertanya atau mengulang fakta yang saya anak tidak sah taraf. Saya berterima kasih.
Namun c4baranya ialah apabila anak saya sudah besar nanti, bagaimana saya hendak beritahu bahawa ayahnya dahulu ialah anak tidak sah taraf. Pasti dia akan bertanya kenapa saya bin Abdullah walhal atuknya nama Jamal?
***** Ini cerita tentang ibu kandung saya. Saya akan membelek fail putih saya sekurang – kurang setahun sekali untuk mengingatkan saya tentang sejarah ini. Dan ketika saya di universiti selepas ayah saya meninggaI, saya membuka dan mencatat kembali butiran nama dan no IC ibu kandung saya, Mazni.
Saya buka daftar pemilih online, saya masukkan IC dia dan keluarlah nama dia. Sebenarnya nama dia dalam IC berbeza dengan nama dia dalam surat beranak saya. Itulah sebabnya saya tak dapat cari nama dia sebelum ini.
Nama dalam surat beranak MAzni Mat Nor, tapi dalam IC dan daftar SPR ialah Masri Md Nor (bukan nama sebenar). Dapatlah saya tahu yang dia kini sudah berkahwin (masa lahirkan saya tidak berkahwin lagi) dan menetap di Johor.
Ini semua berdasarkan facebook sahaja. Dia punyai 4 orang anak (tak termasuk saya), dan berkerja di sebuah kilang. Suaminya pula saya tak tau kerja apa dan saya tak tahu namanya siapa. Dan saya tak pasti sama ada DNA dia yang ada dalam diri saya atau DNA orang lain.
Saya tengok anak lelakinya (adik kandung saya) yang kini berumur 18 tahun, ada iras muka saya. LOL. Saya tak pasti mereka tahu atau tidak mereka ada abang sulung yang kini berkerja di sebuah negeri di utara tanah air (ibu kandung saya asal dari Kedah).
Saya sentiasa mengikuti perkembangan mereka melalui facebook. Ternyata mereka bahagia. Alhamdulillah. Saya teringin juga nak berborak dengan ibu dan adik beradik kandung saya, namun saya takkan beritahu siapa sebenar saya.
Mungkin suatu masa nanti saya akan ‘terserempak’ dengan mereka. Andailah saya menemui ajaI, rasanya ibu dan adik beradik kandung saya berhak untuk harta saya jika saya tidak meninggaIkan wasi4t. Itulah sebabnya saya sentiasa ada surat wasi4t untuk isteri dan anak saya serta mak dan adik beradik angkat saya.
Jika ibu kandung saya terbaca kisah ini, dan terasa ‘familiar’ dengan cerita ini, maka carilah saya jika rasa ingin tahu kehidupan saya sekarang.
Pencerahan: 1. Oleh sebab ibu saya tidak bernikah masa melahirkan saya, saya tidak boleh berbinkan ayah biologi saya (saya pun tak tau sapa).
2. Masyarakat kawan – kawan di sekeliling saya memainkan peranan penting. Kalau diorang duk jaja ejek saya, nescaya saya akan str3ss dan tidak mampu menjadi seberjaya ini.
3. Oleh sebab saya ‘bin Abdullah’, maka saya sedar betapa kesiannya anak – anak bin Abdullah ni. Mujur alhamdulillah saya dipelihara oleh keluarga angkat yang baik, soleh dan penyayang.
4. Oleh sebab bin Abdullah ini juga, saya memang tidak mendekati z1na dan sentiasa menyeru untuk mengelakkan z1na. Masa buat tak rasa la, nanti anak tak sah taraf korang yang mer4na.
5. Kalau dah terlanjur, mohon nikah cepat – cepat. Bila tak datang period lebih sebulan, buat test pregnancy. Cepat kahwin, boleh la dapat anak sah taraf, kalau tak sempat, maka ‘bin Abdullah’ la.
Saya menulis untuk memberitahu bahawa ‘bin Abdullah’ bukanlah tali g4ntung untuk anak – anak tidak sah taraf. Namun masyarakat sekeliling haruslah faham anak ini bukan minta dilahirkan ‘bin Abdullah’. Dan ‘bin Abdullah’ bukanlah alasan untuk tidak berjaya dan meneruskan kehidupan.
Kepada mereka – mereka yang menghampiri z1na, mohon fikir apa yang berlaku jika ada anak ‘bin Abdullah’. Bukanlah untuk menggalakkan z1na, tapi saya rasakan betapa pentingnya pendidikan s3ks dan penggunaan perancang keluarga (k0ndom/pil).
Kepada keluarga – keluarga angkat, bagitahulah anak – anak angkat anda status mereka seawal boleh. Jangan tunggu mereka tahu sendiri, tak semua sekuat saya. Sekian. Terima kasih admin jika menyiarkan confession saya. – Ibnu Abdullah
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.