Ayah ceraikan ibu masa aku 2thn, bila ayah meninggaI ibu ‘baIas dend4m’ segala apa yg dipend4m

Pada hari ayah meninggaI, ibu nekad bawa aku walaupun ketika sampai depan rumah atok dan nenek, ibu dim4ki dih1na depan orang ramai. Tak sampai 10 minit, kami ditolak keluar dengan kasar. K3jutan aku dan ibu dapat selepas kem4tian ayah, rupanya arw4h ambil insurans hibah buat kami..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Namaku Aina. Berumur 28 tahun. Bekerja sebagai doktor di sebuah HospitaI Kerajaan. Belum berkahwin. Masih single dan masih tidak bersedia untuk berkenalan dengan sesiapa pun. Ya, tiada istilah berkenalan dengan mana – mana lelaki dalam hidup aku selama ini.

Hidup aku cuma ada ibu, nenek dan wan. Mungkin kerana rasa tr4uma yang aku hadapi kerana ditinggalkan ayah sewaktu masih kecil. Mungkin juga kerana hati sendiri yang tidak percaya tentang cinta seorang lelaki. Banyak kemungkinan yang membelenggu diri ini dan aku berdoa agar suatu hari nanti Allah akan temukan aku dengan cinta yang membuatkan aku percaya bahawa lelaki yang baik itu memang wujud.

Yang penting kita dahulu yang perlu berusaha menjadi orang yang baik. Aku dibesarkan oleh seorang ibu yang sangat cekal jiwanya, yang kuat semangatnya, yang tidak kenal erti putvs asa, yang tidak tahu mengalah dengan apa keadaan sekalipun.

Ibu lulusan universiti tempatan, memiliki ijazah sarjana dalam bidang pengurusan, punya perniagaan yang berjaya. Segala apa yang ibu ada hari ini adalah “BaIas dend4m” yang dipend4m kerana apa yang telah dilakukan oleh arw4h ayah dan keluarganya dulu sehingga ibu diceraikan.

Tapi cara ibu membaIas dend4m benar – benar buat aku kagum kerana ibu bangkit mencipta kejayaan untuk dirinya sendiri bukan membaIas kejahatan dengan kejahatan. Ibu dan arw4h ayah berpisah ketika umur aku 2 tahun dan bermula dari saat itu aku melihat segala usaha baik ibu untuk membesarkan aku.

Bagaimana ibu sedaya upaya untuk melengkapkan segala keperluan aku. Memastikan segalanya tidak ada yang kurang dan tidak ada cac4t ceIanya. Ayah, walaupun memegang jawatan yang agak tinggi dalam kerajaan, tapi ayah hanya memberi sejumlah wang / nafkah yang sama sekali tidak cukup.

Sehinggakan ibu terp4ksa menukar susu aku kepada susu yang paling murah ketika itu. Ibu tidak bekerja selepas berkahwin dengan ayah. Walaupun ibu mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan memegang jawatan yang tinggi dalam syarik4t sebelum berkahwin tetapi selepas berkahwin ibu menjadi suri rumah atas permintaan ayah.

Jadi ibu akur dan saat ibu ditinggalkan, ibu hanya ada aku dan kereta yang dibeli sebelum berkahwin dengan arw4h Ayah. Ibu menumpang di rumah nek dan wan kerana ibu tidak ada wang untuk menyewa rumah. Dari situ ibu memulakan perniagaan kecil – kecilan sehinggalah ibu berjaya mengembangkan perniagaannya ke serata pelusuk semenanjung Malaysia.

Ketika umurku 4 tahun, ayah telah berkahwin dengan pilihan keluarganya. Walaupun ibu pernah memujuk ayah untuk kembali bersama demi aku, tapi Ayah tetap memilih untuk tidak mempedulikan hati aku dan ibu. Ayah setuju untuk berkahwin kerana dia percaya bahawa pilihan keluarganya adalah pilihan yang tepat, sedangkan ibu adalah pilihannya yang salah.

Walaupun ketika dia s4kit bertahun lamanya, ibu yang setia menjaga ayah, ibu juga yang menjadi pendukung dia paling kuat sehingga dia berjaya memegang jawatan di sektor kerajaan. Tapi segala kebaikan ibu dia lupa kerana termakan hasutan keluarga yang mengatakan ibu melakukan perbuatan jahat dibelakang ayah.

Selepas ayah berkahwin lain, dia langsung tidak mempedulikan aku. Tidak pernah bertanya hal dan khabarku kepada ibu. Hanya duit RM250 yang dikirim setiap bulan sedangkan ketika itu gaji ayah mencecah 5k. Ibu langsung tidak marah dengan jumlah tersebut, bagi ibu Itu adalah rezeki dari Allah.

Apabila ibu sudah stabil, ibu jadikan duit yang diberi oleh ayah sebagai simpanan aku. Sehingga hari ini aku terlalu tawar hati untuk menggunakan duit yang diberi oleh ayah walaupun duit itu sempat ayah beri pada aku sehingga umurku 12 tahun kerana selepas itu ayah pergi untuk selamanya.

Bagi aku, untuk apa ayah beri duit tapi Tak pernah berusaha untuk mempertah4nkan aku sebagai anaknya semasa hayat beliau. Isteri kedua arw4h ayah semenangnya tidak pernah suka aku dan ibu. Ada saja yang dia akan lakukan untuk meny4kiti hati ibu.

Selepas ayah meninggaI dunia, habis saja edah, dia terus berkahwin lagi. Walaupun aku Baru berumur 12 tahun tetapi aku memahami banyak perkara yang berlaku. Duit pencen dan duit hadiah Ayah diboIot oleh keluarga ayah dan isteri kedua ayah.

Walaupun dalam Duit yang ayah tinggalkan ada hak aku, tapi hak tersebut tidak diberikan kepada aku bahkan mereka mengh1na ibu mengatakan ibu mahukan bahagian aku untuk berjoIi. Dan mereka juga menuduh ibu menjadi penyebab kem4tian ayah memandangkan ayah mengidap peny4kit misteri selama berbulan lamanya.

Aku lihat ibu tetap tenang. Sepanjang ibu membesarkan aku, susah untuk aku lihat ibu membaIas apa yang orang lain lakukan kepadanya. Walau keluarga ayah berusaha menjatuhkan ibu, tapi ibu tetap meneruskan usahanya untuk berjaya.

Dih1na, dic4ci, dim4ki ibu tetapi diam dan meneruskan usahanya. Aku benar – benar kagum dengan ibu. Aku masih ingat, sebulan sebelum ayah jatuh s4kit, ayah datang bertemu ibu dan aku. Ayah meminta maaf kerana telah mensia – siakan kami selama ini dan dia juga mengaku bahawa dia sudah tahu bahawa segala apa yang diberitahu oleh keluarganya tentang ibu adalah fitnah semata – mata.

Ayah ada memujuk ibu untuk bersatu kembali tapi mengenangkan status ayah ialah suami orang, ibu meminta untuk ayah melupakan hasrat hatinya. Ibu tidak setuju apabila ayah ingin menceraikan isterinya. Walaupun ayah ada memberitahu bahawa dia tidak bahagia, namun ibu tetap bertegas dengan keputvsan bahawa tidak akan kembali sebagai isteri Ayah.

Bagi ibu, ayah telah membuang dirinya untuk selamanya dan dia juga hilang rasa percaya dengan ayah. Ayah pernah memburukkan dirinya satu ketika dahulu dan hari ini dia memburukkan pula isterinya sendiri walaupun apa yang dik4takan ayah tentang isteri barunya adalah benar.

Bagi ibu cukuplah sekali hatinya disiksa. Sebulan selepas Itu, ayah dikhabarkan telah jatuh s4kit. Aku tengok ibu sedih tapi ibu cuba sembunyikan rasa hatinya. Ibu tidak membawa aku untuk melawat ayah walaupun ayah ada meminta bantuan rakannya untuk memaklumkan kepada ibu supaya membawa aku untuk berjumpa denganya.

Memandangkan aku satu – satunya anak ayah. Tapi disebabkan keluarga ayah telah memberi amaran terlebih dahulu kepada ibu, ibu terp4ksa akur. Ibu tidak mahu mengeruhkan keadaan memandangkan ayah juga sedang s4kit.

Setiap hari ibu akan mengajak aku untuk melakukan solat hajat dan bacaan yassin untuk ayah. Ibu langsung tidak berdend4m dengan ayah. Ibu tidak bercerita kepada aku tentang apa yang pernah dia terima dari ayah dan keluarga ayah.

Tapi ibu dan bapa saud4ra sebelah ibu, nek dan wan sebeIah ibu pernah bercerita kepada aku tentang apa yang telah ibu lalui. Aku menangis mengenangkan segala pend3ritaan yang ibu terima. Mujurlah ada keluarga ibu yang selalu membantu ibu ketika itu.

Sikap ibu yang selalu berkongsi tentang kebaikan ayah dan selalu berkongsi kenangan sewaktu kami bersama membuatkan aku sendiri tidak pernah berdend4m dengan ayah. Cuma aku sebagai anak rasa terkilan dengan apa yang berlaku.

Pada hari ayah meninggaI, ibu nekad membawa aku walaupun ketika sampai di depan rumah atok dan nenek ibu dim4ki dih1na di hadapan orang ramai. Ibu tetap tenang dan membawa aku masuk untuk melihat ayah buat kali terakhir.

Tidak sampai 10 minit kami di situ, kami ditolak keluar dengan kasar. Walaupun aku tidak sempat melihat jenaz4h dimandi dan dikaf4nkan, tapi aku bersyukur dapat melihat ayah buat kali terakhir. K3jutan aku dan ibu dapat selepas kem4tian ayah, rupanya ayah ada mengambil insurans.

Walaupun aku tidak mendapat satu sen pun dari duit pencen dan hadiah ayah, tapi duit insurans ayah telah hibahkan kepada aku dan ibu ketika dia s4kit. Ayah tidak menghibahkan wang tersebut kepada isterinya kerana ketika Itu ayah sudah tahu bahawa isterinya berlaku curang.

Ayah juga tidak menghibahkan kepada keluarganya kerana ayah tahu aku tidak akan berpeluang untuk merasa duit pencen dan hadiah ayah kelak. Wang insurans sebanyak 200k, 100k untuk aku dan 100k untuk ibu. Mengikut surat yang ditulis oleh ayah, hibah untuk ibu adalah hadiah kerana ibu berjaya menjadi isteri yang taat kepada ayah dahulu dan sebagai t3busan ke atas kesalahan yang dilakukan oleh ayah kepada ibu.

Untuk bahagian ibu, ibu berikan 50k kepada nenek dan wan sebeIah ayah. Walaupun mereka melakukan bermacam – macam perkara pada ibu, ibu tetap mengatakan bahawa nenek dan wan punya hak kerana telah bersusah payah membesarkan ayah.

Ibu mengambil sejumlah wang dari bahagian yang tinggal untuk diinfakkan ke rumah anak yatim, orang miskin dan pusat tahfiz. Ibu sudah ada wang sendiri, bagi ibu biarkan wang yang ayah berikan kepada dia, dia gunakan sebagai bekalan ayah di alam sana.

Kepada ibu, ibu adalah ibu yang hebat dunia akhir4t. Ibu berjaya mendidik aku menjadi seorang doktor, menjadi seorang hafizah. Cita – cita ibu ingin melihat aku menghafal al-quran sudah tertunai. Doa ibu supaya aku berjaya menjadi orang yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara telah Allah makbulkan kerana hari ini tugasku sebagai doktor. Semoga Allah sentiasa menjaga ibu. Untuk arw4h ay4h.

Terima Kasih kerana pernah menjadi ayah yang baik untuk Aina. Aina sedaya upaya akan menjaga ibu untuk ayah. Ini janji Aina pada ayah. Semoga Kita semua bertemu di jannah Allah kelak. Ikhlas dari seorang anak. – Nur Aina (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Raya Ali : Hidup seperti roda, diwaktu sihat ada segalanya masih bertenaga boleh buat apa saja untuk meny4kiti mengkhian4ti orang yang jahat yang dikhian4ti sama macam orang lain bukannya tak pandai berdoa.

Bila sudah s4kit orang yang dibuang itu juga yang diingat, yang disuruh sampaikan khabar. Saat tu barulah terbuka mata yang dianggap begitu begini itulah yang sebenarnya lebih ikhlas lebih ada perasaan perihatin berbanding orang yang dalam hatinya takut kehilangan duit duit duit!

Begitulah kalau di hati ada perasaan tamak! Akhirnya menyesal sendiri. Tak hairan ramai yang begitu! Tahniah buat ibu dan anak ini, yang membuktikan boleh hidup berdua tanpa pihak sebeIah sana tu.

Orang buat jahat pun tetap sabar, bersyukur dengan kehidupan seadanya. Biar orang buat jahat tak dibaIas akhirnya pihak sana juga yang malu sendiri.

Peah Peah : Aina beruntung mempunyai ibu yang tabah dan hebat. Mampu mendidik Aina menjadi seorang h4mba Allah yang berjaya, walaupun dia sendiri melalui pengalaman yang perit dan pedih.

Puan Rohudah : Alhamdulillah tahniah dr, moga bertemu jod0h dengan lelaki soleh, maafkan ayah, kita tak tau keadaan sebenar, terimalah pemberian ayah, buatkan amal jariah utknya. Arw4h telah menyesali apa yang berlaku. Semoga pengalaman jadi ibrah kehidupan

Suhana Abdul Samad : Acik doakan awak bertemu jod0h yang akan membahagiakan awak sampai nafas yg terakhir. Semoga baIasan syurga menanti untuk seorang ibu dan isteri yang baik dan setia.

Nurul : Tahniah ibu Aina telah mendidik Aina jadi yang baik dan solehah. Tahniah Aina kerana takde dend4m pada ayah dan jadi anak yang baik untuk ibu. Semoga bertemu jod0h yang berbuat baik pada isterinya dan zuriatnya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?