Ayah cikgu matem4tik tapi taknak ajar aku. Aku nak UPSR, aku tanya soalan matem4tik tapi ayah buat tak tahu terus keluar rumah

Ayah ada kerja hebat, seorang cikgu tapi ayah buIi saya dan mak. Balik dari kursus, jumpa resit ayah transfer duit beribu dekat sorang wanita. Staff sekolah kesian dekat mak, dia bagitahu ayah takde kursus, ayah ada skandal dengan budak Uni…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, saya Aripiprazole pertengahan 30an.. Saya anak sulung perempuan di bawah ada 3 orang adik lelaki.. Saya sedar ayah saya tak suka saya, anak perempuan sebab bila beli pakaian di mall ayah cakap, “Kalau beli kat engkau.. Engkau sorang ja pakai nanti tak muat tak boleh recycle. Kalau beli kat anak laki, bila tak muat nanti boleh pass ke adik – adik di bawah!”

Maka saya tengok sahaja mereka shopping pakaian.. Skincare masa remaja muka jerawat mintak tak pernah dapat. Ayah saya seorang cikgu matem4tik. Masih ingat lagi malam sebelum exam matem4tik UPSR esok.. Saya tengah study dan tak tahu jawab kiraan, saya tanya ayah tapi dia tak endah lalu keluar depan saya untuk aktiviti badminton.

Saya rasa sedih masa itu kerana di sekolah dia membantu mengajar anak orang lain tapi anak sendiri? Rupanya masa itu ayah sudah hangat bercinta dengan gadis muda lepasan siswazah. Patutlah dia selalu lepak malam di kedai dan kerap kursus di pulau pangkor.

Ada staff sekolah kesian kepada mak lalu cerita sebenarnya kursus itu tak wujud. Bila balik kursus jumpa resit dalam beg transfer duit beribu kat akaun orang lain. Masa kantoi saya sudah selesai exam UPSR. Akhirnya ayah bagitau nak kahwin lain.

Masa tu adik bongsu pakai pampers lagi maknanya masa mak pregnant anak ke 4 memang mereka dah bercinta. Taktik diguna ayah adalah bagitau status adalah duda. Lepak kedai bukti tiada komitmen keluarga. Kantoi di pihak perempuan bila ada orang tak dikenali bagitahu dekat awek ayah tentang wujudnya mak.

Tapi terp4ksa diteruskan kenduri sebab sudah diedar kad. Tak lama ayah kahwin lain… Mak terima dan jadual bahagi hari berlaku. Saya nampak ada 1 jadual ditampal di dinding tepi. Dalam bonet kereta ada tengkolok pakaian kahwin.

Saya jumpa plastik KFC dalam kereta ayah. Bila ajak makan dia tak endah saya katanya membazir sebab kepala ramai. Baik belanja bini muda 1 kepala sahaja. Jadi KFC ni ada 1 memori yang tr1gger saya. Ada 1 hari telefon ayah berbunyi.

Saya yang capai buka dan baca kuat – kuat depan mak ayah. “Abang.. Kilat.. Ayang takut.. Abg balik lah. ” terus ayah start kereta keluar rumah. Hari tersebut giliran ayah di rumah kami tapi ayah dan isteri muda itu tak nak ikut jadual giliran. Sendiri buat jadual, sendiri tak ikut.

Tak lama mereka poligami. Mak pilih cerai. Mak keluar dari rumah. Ayah tak benar sebab sapa nak jaga anak – anak. Mak kata takpa kita cuba dulu kalau tak ok nanti kita rujuk. Memang itu taktik mak untuk lepaskan diri dari ayah. Memang tak kembali dah.

Punca duit nafkah tak bagi. Suri rumahtangga mana ada income. Anak berderet setiap setahun dua. Saya dengan adik ke-2 jarak 7 bulan, lekat baby ke-2. Result UPSR masa ini sudah dapat. Mulanya semua anak mak ambil.

Lepas tu anak – anak laki nak tinggal dengan ayah. Yelah ayah berduit. Mak baru nak menapak cari kerja. Permulaan kerja mak lepas cerai adalah pembantu tukang masak asrama sekolah menengah. Awal – awal buta, mak dah pergi kerja sebab perlu sedia bahan masak untuk tukang masak dan sedia sarapan untuk pelajar pelajar di asrama. Malam baru balik. Memang jarang sangat dapat jumpa mak.

Saya pilih tinggal dengan mak sebab saya takut mak sedih alami tekanan sebab asal 1 keluarga sempurna tiba – tiba hilang semua ahli keluarga. Jadi biar tinggal saya dengan mak. Sebagai wakil anak. Lagipun pernah kami anak – anak dibawa ke rumah ibu tiri (sebelum cerai).

Ayah dan bini muda berkurung diri berdua dalam bilik. Anak – anak dibiar di luar. Adik bongsu saya masa itu masih pakai pampers. Dahla tak bawa pampers. Adik menangis. Saya dapat bayang kalau duduk dengan dorang mesti saya dibuIi jaga adik. Sedap jadi bini muda ya. Ayah aku, kau nak.

Ayah menjadi idola kawan – kawannya sebab berjaya dapatkan anak d4ra sebagai bini muda dan idola poligami. Ayah harap je cikgu tapi kedekut duitnya. Itu hasil bekerjanya… maka dia control, susah mak nak mintak sikit.

Mak terp4ksa jadi pengasuh, duit pengasuh renovate tambah bilik dia sendiri di tepi dapur. Tapi sekarang rumah tu dah dijual ayah. Mak mintak bahagian duitnya hasil renovate tapi tak dapat. Rumah loan nama ayah. Renovate tu kehendak mak, jadi tak dapat apa.

Masa mak masih dalam poligami, saya tolong mak jual nasi lemak pagi. Tengah hari kelas, sekolah form 1 saya di tengah. Hari kan. Saya betul nekad untuk terus tinggal dengan mak. Sepanjang selepas cerai sampailah saya bekerja, ayah tak pernah bagi nafkah kat saya.

Dia kata kalau nak… kena datang jumpa dia baru dapat duit. Saya baru tingkatan 1 manalah saya tahu nak pergi, rumah mereka di negeri yang lain, tempat bini muda (sekarang ustazah sekolah). Ayah bagitau, dia dah sediakan laptop untuk saya tapi saya tak datang.

Mak pernah f1ght isu nafkah di mahkamah untuk saya. Ayah diwakili peguam lelaki mintak kurangkan kos nafkah saya sebab ayah perlu menyara isteri mudanya yang baru lepas Uni belum bekerja dan kos pergi kerja. Ayah hanya bagi 1 kali ja nafkah lepas itu tak bagi dah.

Kalau nak kena f1ght lagi. Mak kata mak tiada duit lagi untuk f1ght untuk saya. Setakat ini sahaja. Saya pernah makan belacan dan garam untuk lapik perut saya masa saya sekolah. Mak tiada di rumah bekerja. Ayah kahwin lah sampai 10 sekali pun saya tak kisah, tapi nafkah wajib ya bapak sekalian.

Ayah ada duit, ada kerja tetap dia buIi kami perempuan 2 ini. Catu duit. Power of money. Dari situ saya niat lepas kerja nanti saya akan kumpul duit sendiri dan aset harta tak harap harta mak ayah dan lelaki. Perempuan kena ada income sendiri baru tak dibuIi macam ini.

Pada adik – adik lelaki, ayah nasihat cari bini kerja. Bila saya dah kerja, ayah p4ksa saya jadi penjamin kereta untuk adik. Nak saya sambung ke? – Aripiprazole (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nurul Wahidah Gooners : Hugs sis… ayah awak sama je dengan ayah saya. Tapi hurmmm… lagi teruk sebab anak – anak semua tak bagi pape. Siap tak mengaku anak. Kahwin taknak bagi wali. Cerai taknak bagi sampai mak sendiri mintak fasakh (lebih 15 tahun g4ntung tak bertali) kereta my mom dan rumah jual tak bagi 1sen.

Dia kahwin dengan janda lagi sayang anak – anak tiri yang bukan bin binti dia. Anak – anak bin binti dia semua tak dapat apa – apa. Makan minum pakaian pepandai kitorang la nak hidup. Mama saya tu nasib baik sikit je sebab my grandparents tu orang senang.

Tapi still susah kerja kedai makan, gaji hari nak tanggung kitorang sekolah. Rumah menumpang rumah adik. Dulu rumah sewa banyak benda tertunggak sampai letrik kena p0tong. My mom buat kuih dengan diterangi api lilin.

Apa – apa pun. In the end, its going to be ok. Alhamdulillah saya dengan adik – adik dah stable dan dalam golongan M40. Adik bongsu baru grad UKM dapat dekan. My mom pun Alhamdulillah duduk di kampung jaga nenek dengan rezeki tak putus. Doakan my mom dapat hajatnya nak pergi haji ye. InsyaAllah…

Maznah Osman : Jangan jadi penjamin kepada adik.. cakap kat ayah tu apasal saya pulak nak kena jamin ayah ler jamin tak pun suruh bini muda setazah dia jamin. Bangkit jaga la mak baik – baik bahagiakanlah mak tu sehingga ke ujung nyawanye.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.