Ayah hanyalah seorang driver, dulu duduk rumah setinggan sekarang kami mampu duduk rumah dua tingkat

Ayah aku hanyalah seorang driver sebuah syarik4t. Dari kecil aku perasan ayah akan pergi kerja selepas subuh dan balik pukuI 2 – 3 pagi. Aku takut nak ajak ayah sebab risau ayah segan dengan kami, ye la lelaki kan ada eg0 dia. Hinggalah pada 8 November yang lalu, ayah minta tolong dengan aku. MenggigiI badan aku tahan menangis..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, hai. Aku Zulaika (bukan nama sebenar). Umur dah 29 tahun, masih bujang dan tinggal dengan family. Apa yang aku nak share ni adalah tentang ayah aku.

Aku ingat lagi ada ustaz bagi tahu. Ibu bapa ni adalah pilihan dari Allah, kita tak boleh nak pilih siapa ibu kita siapa bapa kita. Mereka lah yang akan jadi ibu bapa kita di dunia dan insyaaAllah sampai kehidupan kita di syurga.

Alhamdulillah aku bersyukur sangat – sangat dikurniakan ibu bapa yang terbaik, penyayang.

Family aku biasa je, kami bukan golongan berada. Ayah aku seorang driver company, mak suri rumah. Ayah memang kuat bekerja. Masa aku kecik – kecik, lepas subuh je ayah dah pergi kerja.

Tengah malam baru sampai rumah. Kami memang dah biasa, sebab kami faham ayah kerja ikut timing bos.

Bawak bos Jepun, ada masa kalau bos ayah nak pergi dinner memang kena la bawak dan kena la tunggu. Kadang tu pukuI 2 3 pagi baru balik. Tinggi betul tahap kesabaran ayah.

Family aku bukan berasal dari keluarga yang kuat agama. Kami solat tapi tak cukup lima waktu. Selalunya waktu subuh la yang terbabas. Lagi – lagi bila hujung minggu.

Tapi ni dulu la, sekarang ni alhamdulillah Allah bagi hidayah. Kami adik beradik dah mula tutup aur4t, pakai handsock, stokin bila keluar rumah.

Perubahan yang paling aku nantikan ialah ayah. Kenapa? Nanti aku cerita. Di mata aku ayah aku seorang lelaki yang teramat paling sangat sekali menghargai isterinya.

Kenapa aku cakap macam tu? Ayah seorang yang sangat jaga hati isteri. Kalau boleh ayah tak nak langsung tengok mak marah. Contoh kalau aku tanya,

“Ayah nak makan ape? Zulaika masak.”

“Tanye mak nak makan ape? Ayah ikut mak”

“Ayah baju ni sesuai untuk ayah. Zulaika beli ye?”

“Ehh tanya mak dulu. Apa mak suka tu lah yang ayah suka”

Bukan tu je, dah 33 tahun kahwin dengan mak pun ayah masih panggil mak ‘sayang’ tak kira la dekat public ke, depan sed4ra mara ke. Dekat rumah ape tah lagi ye.

Dari sini aku dapat tengok, Allah permudahkan semua urusan ayah. Murahkan rezeki ayah. Dari duduk rumah setinggan sampai la sekarang ni rumah 2 tingkat. Padahal ayah cuma seorang driver.

Tahun 2017, ayah guna duit KWSP untuk bawa kami menunaikan umrah. Allahuakbar Alhamdulillah syukur Ya Allah untuk segala nikmat.

Ayah rajin bantu kami buat kerja rumah. Tak payah suruh pon, ayah tetap nak tolong.

Pernah sekali aku tengah kemas – kemas bilik, tukar cadar katil. Ayah datang nak tanyakan sesuatu. Dalam hati aku dah terdetik mesti ayah offer diri nak tolong aku kemas.

Tak sampai berapa saat memang tepat la jangkaan aku. Hati ayah memang baik. Walaupun kerja tu tak susah mane pon.

Dengan arw4h atuk dan nenek beIah mak aku pon ayah layan dengan baik sangat. Macam ibu bapa kandung. Sampaikan aku pernah dengar arw4h atuk cakap dekat ayah

“Baik betul kamu layan apak ye Mat. Anak – anak apak pon tak buat macam ni”

Huhu, nak nangis aku dengar ayat arw4h atuk aku ni.

Di sebalik semua kelebihan ayah, ayah aku ade kurangnya. Ayah kuat jugak merok0k, dan aku tak pernah dengar ayah mengaji Al Quran (yang ni paling sedih).

Aku tahu ayah sentiasa cuba nak berubah ke arah kebaikan. Dari solat kat rumah, sekarang dah rajin sangat – sangat ke masjid atau surau.

Ayah dah stop merok0k, ni azam tahun 2020 ayah. Dan Alhamdulillah, Allah tu Maha Mendengar, Maha Memakbulkan doa.

Tarikh 8hb 11 2020, ayah minta tolong aku ajarkan mengaji. Ayah kate banyak dah lupa sebab lama tak baca. Allah je yang tahu rase menggigiI badan tahan nangis time tu.

Adik beradik aku dari kecik ayah hantar mengaji dekat rumah pak imam. Jadi Alhamdulillah kami ade ilmu sikit – sikit, boleh bace Al Quran dengan lancar.

Salah aku, tak pernah ajak ayah untuk sama – sama belajar. Entah la, jujur kata dah banyak kali aku cuba nak cakap kat ayah, tapi macam tak keluar ape yang aku nak sampai kan.

Takut ayah segan dengan kami, ye la lelaki kan ada eg0 dia. Aku pulak tak pandai nak dakwah.

Akhirnya, aku akan luahkan semua dalam doa. Minta Allah buka pintu hati ayah untuk belajar ilmu agama dan ilmu Al Quran. Dan Allah dah pun makbulkan doaku. Alhamdulillah hidayah tu memang milik Allah.

Rutin kami sekarang, lepas subuh dan selepas isyak aku akan ajar ayah muqaddam dan iqra. Aku belikan buku nota untuk ayah. Penuh dengan tulisan alif ba ta ayah. Comel je tulisan besar – besar hehe.

Kadang tu time mengajar aku curi – curi pandang muka ayah tengah menulis, sayu sangat – sangat tengok ayah berusaha nak bagi tulisan tu nampak cantik dan same macam dalam iqra. Minta maaf ayah, sebelum ni Zulaika tak kongsi ilmu dengan ayah.

Zulaika jadi saksi untuk semua kebaikan ayah di dunia ni. Doakan ayah istiqomah ye.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk terus belajar ilmu agama dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Terima kasih sudi baca, harap ada manfaat 🙂

Assalamualaikum. – Zulaika (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ammar Affendy : Sebenarnya Zulaikha, ayah dan ibu mu lah yang bertuah memiliki anak sepertimu.. Alhamdullilah.. semoga Allah memberkati dan merahm4ti seluruh usiamu, dikurniakan kesihatan yang baik, dikayakan dengan iman, taqwa dan harta. Semoga menjadi anak yang baik dan bertemu jod0h dengan orang yang baik – baik. Dikurniakan segala kebaikan, hajat dunia dan akhir4t! Aamiin

Siti Aisyah : Best baca confession macam ni. Sangat positive dan memberi inspirasi kepada org lain. Masih belum terlambat untuk berubah ke arah kebaikan. Semoga kita semua diberi hidayah dan istiqomah dalam memperbaiki diri menjadi h4mbaNya yang lebih baik. Amin.

Khalidatulakmal Md Ismail : Sama macam ayah saya, maha suci Allah, bapak saya adalah lelaki teragung yang pernah saya jumpa di muka bumi ni. Kasih sayang dia pada kami sekeluarga tak pernah luak. Layanan dia pada mak ayah mentua tak pernah kurang. Dia selalu ada walau dia susah masa tu. Moga Allah sentiasa merahm4ti dan meIindungi bapak dunia akhir4t. “Kau lah lelaki teragung di dunia dan di syurga”

Nurzatul Effa Ahmad Shahrudin : Arw4h ayah saya macam ayah tt. Arw4h ayah saya meninggaI sebab eksid3n tahun 2005. Sampai sekarang mak saya cakap tak ada orang yang boleh ganti ayah saya. Masa hidup pun ayah tak pernah susahkan mak. Ayah akan iron baju kerja tak nak susahkan mak sibuk urus hal anak – anak. Ayah PJJ dengan mak. Tiap – tiap minggu balik bawak kami jalan – jalan, keluar makan hujung minggu supaya mak dapat rehat.

Dia tak kisah mak masak ke tak asal ada makanan untuk anak – anak. Selalu bagi hadiah dekat anak – anak yang dapat keputvsan yang bagus untuk galakan. Baiknya arw4h ayah sampai dia meninggaI pun tak susahkan mak saya. Sediakan insuran senyap – senyap untuk keluarga. Bila meninggaI dunia, bank bagitau ada insuran, dapatlah mak besarkan kami 6 beradik. Semoga Allah ganjarkan  syurga untuk arw4h ayah saya.

Naliza Aliz : Zulaikha kami semua mendoakan yang baik – baik untuk ayah kamu. Hargailah ayah dan baIas kasih sayang ayah kamu selagi ada. Akak baru jea kehilangan ayah 5 bulan lepas masuk jea biliknya memang airmata tumpah mengenangkan segala susah payah senang suka duka membesarkan kami enam beradik dan rasa gembira sangat dapat menunaikan segala impiannya bersama kami dan mak. Saya sangat rindukan ayah.

Azizah Idris : Kadang – kadang kerana kesibukan, kepenatan yang teramat sangat, siang malam bekerja untuk mencari nafkah demi kecukupan anak dan isteri, buat dia tak dapat buat semua tu. Walau mungkin dalam hati dia nak buat macam tu. Paling tidak, dia pernah suarakan hasrat untuk buktikan masa lepas pencen. Nak pergi berjemaah di masijd, belajar mengaji semula. Untung pada yang punya banyak masa lapang. Alhamdulillah dan tahniah, ayah confessor berpeluang untuk menambah baik kualiti hidup. Semoga Allah swt merahm4ti dan memberkati hidup awak sekeluarga.

Apa kata anda?