
Ayah gaji besar. Kami 6 beradik. Ada lelaki, ada perempuan. Kalau perempuan kami kongsi baju, kongsi kasut. Kami pernah makan nasi dengan lauk garam, lauk minyak daging. Kami pernah makan lempeng cicah gula selama seminggu. Ayah hidup mewah dengan isteri baru..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua. Ni kisah tuntutan nafkah anak – anak yang tak berpenghujung. Bab kata orang putih “no ending”. Mohon mana – mana peguam atau mereka yang pakar dalam bab ni memunculkan diri di ruang komen serta memberi idea – idea yang bernas.
Sedikit sesi pengenalan. Ibu bapa kami telah bercerai semasa dalam tahun 2016. Ibu telah failkan fasakh. Disebabkan sikap ayah yang tak bertanggungjawab. Tak bagi duit yang cukup. Kami ada 6 orang adik beradik. Ayah telah berkahwin lain senyap – senyap di negara seberang dengan seorang janda anak 2. Dua orang perempuan anak janda tu dah berkeluarga.
Ayah sering bagi duit dalam jumlah yang tak mencukupi. Dalam surat mahkamah perintahkan bayar setiap anak dengan jumlah RM500. Tapi ayah cuma bagi setiap bulan RM200 atau RM400 atau RM500. RM500 tu sangatlah jarang nak bagi.
Ayah kerja besar. Satu hari anak anak terjumpa ayah bank in duit dalam jumlah yang besar kepada ibu isteri ayah, mentua ayah. Duit tu dikirim kepada ibu mentua ayah setiap bulan. Bukan sikit, banyak. Ayah ni sikapnya kalau minta duit asyik cakap tak dak duitlah, gaji sikitlah.
Bayangkan ayah mula bekerja di situ dari umur 18 tahun sehingga kini 48 tahun. Adakah gaji masih sama? Ayah kerja di sektor swasta. Dalam ayah takde duit, masih boleh pakai 2 handphone berjenama, boleh makan cukup, boleh pakai baju yang berbeza setiap hari. Anak – anak? Kami 6 orang adik beradik. Ada lelaki, ada perempuan.
Kalau perempuan kami kongsi baju. Ada saiz M, ada saiz XXXL, ada saiz XL. Ada jugak saiz S. Kami kongsi baju sesama sendiri. Kami kongsi kasut. Kami kongsi banyak benda sesama adik beradik. Tempat tidur? Ada yang tidur atas lantai, atas toto.
Disebabkan kena berkongsi. Timbul rasa kekurangan dalam hati kami. Kami masing – masing sudah dewasa. Ada yang sudah habis belajar dan masih mencari kerja. Jobless. Ada yang kerja tapi tanggung diri sendiri sebab pendapatan pun cuma mampu untuk seorang makan je. Kami cuma nak kehidupan yang stabil. Tak perlu berkongsi lagi.
Tak perlu kongsi baju, tudung, seluar, bantal dan sebagainya. Kami pernah makan nasi dengan lauk garam, lauk minyak daging. Kami pernah makan lempeng cicah gula selama seminggu. Kami pernah makan ikan kering sepanjang minggu. Ya memang ayah bagi RM400 atau RM500.
Tapi kami 6 orang adik beradik. Ibu perlu bayar bil air api yang jika digabung boleh mencecah RM600 lebih. Apa lagi cara untuk kami berjimat air api? Sebab ayah selalu bising bil air api rumah kami tinggi padahal rumah ayah cuma RM17 atau paling tinggi RM30.
Ada adik beradik yang pernah tak pergi sekolah sebab takde wang saku. Ada yang tak pernah makan kat kantin sekolah sebab nak jimat duit beli nota tambahan dekat cikgu. Ada yang minum air paip atau duduk dalam perpustakaan je masa rehat, balik rumah baru makan.
Ibu dan adik pernah pergi tunggu di depan bank sepanjang pagi sebab ayah janji nak bagi duit pada hari tersebut. Walaupun ayah baru bank in waktu petang cuma RM50. Sepanjang membesarkan anak – anak. Ibu bersusah payah banyak sangat, semata – mata nak memastikan anak – anak mendapat makan dan pendidikan seperti orang lain.
Ibu telah failkan tuntutan nafkah terhadap ayah sebab culas memberi duit nafkah anak – anak. Kes bermula 2023 sehingga hari ni 2016. Lawyer ni sekali ibu mesej. Sekali reply. Kalau tak mesej tanya perkembangan kes. Maka lawyer ni tak jugak bercerita.
Kes ni katanya berjalan pada satu tarikh ni, w4ran tangkap terhadap ayah sudah dikeluarkan. Tapi ayah masih bebas, masih culas. Masih menegakkan benang yang basah. Tapi seperti tiada apa – apa yang berlaku. Bukan apa, banyak dah duit dikeluarkan untuk bayar peguam ni. Tapi kes ni tetap macam ni.
Jika ayah tak pergi satu tarikh, katanya w4ran tangkap dikeluarkan dan perbicaraan ditetapkan semula pada tarikh lain. Namun selepas tu kitaran ni berulang kembali. Rasanya ni dah kali ke 9. Kami anak – anak dah muak dengan kata – kata “w4ran tangkap dah dikeluarkan”.
Namun, kitaran yang sama seperti tiada perubahan. Bukan sikit duit habis untuk bayar peguam ni. Ni bukan peguam kerajaan. Ni peguam persendirian yang tak terlibat dengan kerajaan. Peguam ni dibayar. Kalau nak tukar peguam, macam rugi sebab peguam ni tak nak bagi balik duit.
Lepas tu kena ulang balik procedure macam mula – mula dulu, kena mula semula prosiding. Jadi lagi memakan masa. Lagi seolah – olah buang masa. Kes ni berjalan dari 2023 sehingga kini. Tapi seperti tak berpenghujung. Ayah ni anak – anak belajar dari sekolah dan universiti asyik cakap takde duit.
Ataupun asyik marah seolah – olah kami sebagai anak menyusahkan dia. Disebabkan ayah ada 6 orang anak. Bos ayah bagi ayah buat OT, over time. Tapi kami sebagai anak cuma dapat RM50 atau makanan basah, kering yang dicatu seperti cuma ada 2 anak. Gaji ayah bukan sikit.
Sebab ayah ada minta surat surat IC atau butir – butir penting anak yang sedang belajar dahulu semata – mata nak dapat pelepasan cukai. Allah tu punya nak tunjuk sampailah surat LHDN, lembaga hasil, hantar ke rumah. It like how can? Dia tak sara anak – anak. Sara anak pun bagi duit sikit bising.
Tapi ayah dapat pelepasan cukai. Dapat duit lebih kot. Kami anak – anak 6 orang. Kecewa dengan sikap ayah. Kalau duit bagi betul – betul takpe. Ni tak, asyik tipu. Asyik bagi tak cukup. Kami semua tinggal dengan ibu, tapi sebab ayah tipu LHDN sampai dapat pelepasan cukai.
Ibu tak dapat duit sumbangan, sebab bila ibu call tanya, mereka cakap ibu janda tanpa tanggungan. Seolah – olah ibu takde anak dan seolah – olah ayah yang bela anak – anak. Kehidupan ayah dengan betina tu mewah. Kalau makan, dalam kata tak dak duit. Si betina ni boleh masak 2, 3 jenis lauk, sayur. Baju baju ayah cantik cantik ada banyak.
Baju baju bini abah banyak. Penuh satu almari. Ada yang masih dalam plastik. Pernah orang bercerita pada ibu nampak ayah pergi kedai perabot beli barang – barang dalam kedai perabot bawa duit selambak. Pernah orang cerita bini abah pergi pasar malam, pasar tani borong makanan seolah – olah ada 10 orang tinggal dengan mereka. Mana hak kami sebagai anak?
Belum cukup kes ayah tak bayar loan bank rumah kami tinggal dengan alasan ibu yang mohon fasakh tak layak dapat harta. Tapi rumah ni harta sepencarian. Ayah tak lepas buat loan bank rumah ni. Jadi dulu masa ibu kerja, ibu combine gaji dengan ayah.
Maka bolehlah beli rumah ni. Kes rumah ni ayah tunggu 2, 3 bulan baru bayar. Tu pun puas kami minta pujuk ayah bayarkan. Sebab ibu tinggal dengan anak – anak di rumah ni. Di rumah ni ibu bayarkan bil air api sikit – sikit. Sebab tak mampu bayar penuh. Bil maintenance tak mampu bayar. Maybe sudah mencecah RM38k.
Ibu bukan muda lagi. Ibu ada macam – macam s4kit. Ibulah penguat semangat kami. Ayah? Sejak kes tuntutan nafkah dia seolah – olah telah buang anak – anak. Soalan aku, adakah kes tuntutan nafkah ni no ending? Di mana keadilan buat kami sebagai anak? Di mana keadilan buat ibu?
Di mana lagi kami nak cari orang – orang baik? Di mana lagi ayah yang baik? Siapa lagi yang akan berpihak kepada kami? Berapa lama lagi kes ni akan berakhir?
Adakah kami akan dapat hak kami 6 orang adik beradik? Atau adakah ayah kami terlalu kebal dengan undang – undang? Mana ayah yang sebelum kahwin dengan ibu merayu bagai. Namun selepas dapat ibu, disebabkan kelemahan ibu dicari orang lain. Sudahlah kami hilang kasih sayang ayah, kami hilang ayah kami yang sebenarnya. Mohon mana mana pihak untuk nyatakan idea atau beri pendapat yang bernas. – Fatimah
Komen netizen :
Hani Azman : Maaf cakap confessor. Dari kau habiskan bayar lawyer swasta, baik kau buat belanja persekolahan adik – adik. Kau suruh mak kau pergi BSK, bantuan sokongan keluarga, pejabat agama ikut kawasan kau. Bawa semua sijil, berkaitan cerai.
Kena buat aduan manual dulu. Jelaskan masalah. Minta diorang bantu atau ajar apa yang perlu buat. Minta diorang percepatkan proses. Rajin – rajin follow kes. Call pun boleh, diorang terima, asal kau setuju. Mintalah nombor telefon opis tu atau nama pegawai yang handle kes tu. Yang penting rajin follow, minimum sebulan sekali follow up. Segala urusan kau akan tahu. Sebab akan keluar surat rasmi dari pejabat agama, termasuk w4ran tangkap. Sekian, harap dapat membantu.
Norizan Mamat : Salam, baca pun s4kit hati. Hmmm. Better jangan meny4kiti hati lagi. Move on. Kerajaan atau mahkamah syariah atau badan yang sepatutnya tak kuatkuasakan benda segini. Ada lantikan peguam yang free. Biro bantuan guaman. Tak pasti jika mereka boleh pastikan gaji ayah dip0tong autom4tik. Jika nak proceed pun tak guna. S4kit hati je. Ayah jadi arw4h pun belum tentu dapat harta, tahu? Makcik pula rasa nak carut. Haishhhh.
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.