Ayah kerja pakguard, mak cleaner. Satu hari ayah bawak balik 10 buah buku English. Kami adik beradik tak faham langsung..

Ayah aku kerja security dekat syarik4t telekomunikasi punya company. Mak aku pula kerja cleaner. Duduk kawasan setinggan rumah kayu, kalau jalan sedikit bergegar satu rumah…

#Foto sekadar hiasan. Kalau yang duduk kawasan setinggan rumah kayu atas air yang kalau air pasang nanti masuk celah – celah kayu itulah asal usul aku membesar rumah aku dan keluarga menetap. Bilik cuma ada satu, kalau jalan sedikit bergegar satu rumah nak keluar tu papan semua jenis memang sekadar untuk lalu sahaja. Minta maaf kalau apa yang tulis ni agak panjang.

Ayah aku kerja security dekat syarik4t telekomunikasi punya company. Mak aku pula kerja cleaner. Termasuk aku kami 3 orang adik beradik dan aku ni anak sulung. Terus terang aku cakap kami ni belajar pun lemah tahu nak main je, result exam tu ala kadar asal tak gagal sudah.

Sampai ada satu hari ni ayah aku bawa buku banyak ye dalam 10 buah buku. Dalam tu bukunya rata – rata tentang customer service dan buku persediaan untuk interview kerja. Buku tu semua pula dalam bahasa inggeris tapi ada terjemahan melayunya.

Malam tu kami satu keluarga berlima ni belek – belek lah buku tu, ayah dengan mak aku suruh baca biar pandai bahasa inggeris sebab dia cakap tempat dia kerja hampir semua bercakap guna bahasa inggeris je. Kami pun belek buku tu, tiba – tiba mak aku suruh kami adik beradik cuba lah buat interview ikut dalam buku tu. Kami bertiga pun buat dengan sebutan ke laut sambil gelak.

Lepastu aku suruh mak dengan ayah pula buat sama juga sebut bunyi dia ke laut tapi kita orang ni dia punya happy lain macam ye ketawa terbahak – bahak. Setiap malam ye kami satu keluarga ni lepas habis makan akan cuba tiru dari dalam buku tu dia kan ada soalan macam “please tell us a bit about yourself” so nanti jawab “thanks for giving me this opportunity to introduce myself in very simple way” etc.

Jadi sekejap aku ambil role ni adik ambik role lain sekejap pula ayah dengan mak aku. Minggu depan pula mak pula yang bawa buku kali ni buku kamus tebal dengan buku accounting yang memang tebal giIa ada dalam 200 – 300 page kalau tak silap.

Mana yang pronounce macam aku tak yakin, aku catat dan cuba tanya cikgu english dekat sekolah. Sejak haritu keluarga kami ni macam kena rasuk dengan bahasa inggeris jadi setiap kali kat rumah kami selalu macam gurau guna simple english sentence.

Macam “father / mother how was ur work?” “Son u finished the homework” asalkan kami faham cukup, kira macam nak berjenaka dan kami buat benda ni hampir setiap hari. Sampai ada satu harini mak aku balik kerja dia cerita tadi waktu tengah kerja ada mat saleh tanya dia soalan dalam bahasa inggeris dia boleh jawab.

Dia cakap kawan kerja dia yang lain sampai terdiam sebab tak tahu yang mak faham dan boleh cakap bahasa inggeris walaupun 4 – 5 kerat perkataan. Mak aku malam tu dia gelak happy kemain, ingat lagi mak cakap, “mak ni sekolah pun tidak tapi boleh cakap sir that way turn right” sambil ketawa terbahak – bahak. Kami yang lain ni dengan ayah puji lah “power mak boleh cakap mat saleh”

Ayah aku pula, “ayah haritu ada juga lah tapi bukan mat saleh” semua gelak sambil kata yelah ayah. Sejak tu perlahan – lahan kami satu keluarga ni boleh faham dan bercakap dalam bahasa inggeris. Keputusan bahasa inggeris yang selama ni D tapi sejak haritu naik ke B dan juga A.

Waktu percubaan SPM aku punya bahasa inggeris dapat A. Waktu tu dia punya bangga lain macam, bayangkan selama aku sekolah rendah bahasa inggeris D sahaja ada sekali dapat C tapi sejak haritu tu B dengan A je. Adik aku siap wakil negeri bahagian debate bahasa inggeris.

Jiran – jiran kami ke saud4ra mara kalau dengar kami gurau dalam bahasa inggeris cakap berlagak, giIa, belajar bahasa arab lagi bagus, bahasa kafir. Yang paling macam life changing, ayah aku pergi interview dekat tempat dia kerja jadi security. Syarat dia boleh bertutur dan faham bahasa inggeris.

Ayah aku datang ye pakai smart – smart dan cakap dia nak cuba nasib. Ayah aku datang dengan sejarah belajar dia cuma setakat sampai darjah 6. Selepas berminggu tunggu Alhamdulilah ayah aku kena terima kerja bahagian customer service dekat office tu.

Kami satu keluarga memang bersorak gembira, dari kerja security terus kerja office. Orang dekat kawasan tu semua macam “betul ke suami / ayah kau kerja office” saud4ra mara semua sama. Dari gaji setakat 1 ribu lebih dapat 2 ribu.

Mak aku pula beberapa bulan selepas ayah aku dapat kerja dapat taw4ran dengan mak cik ni dia nak buat restoran tapi nak cashier yang boleh tutur bahasa inggeris. Mak aku pun sama dari gaji setakat seribu sahaja dah hampir 2 ribu.

Dari rumah setinggan kami pindah sewa rumah 3 bilik yang selesa. Waktu ni baru merasa ada bilik sendiri, ada katil dan tilam ada meja belajar. Kalau tak selama ni tidur pakai toto, belajar bersila atas lantai. Kali ni makan atas meja, nak belajar ada meja dan kerusi tidur ada katil dulu kipas kena kongsi yang kecik tu dan tunggu dia pusing lagi ini setiap dah ada ceiling fans. Ayah aku dengan mak siap ambil kursus bahasa lagi.

Hidup kami memang berubah. Selalu kalau balik kampung dengar saud4ra mara bergossip kata kami ni acah – acah bermatsaleh. Tapi pada aku tak kisah sebab benda ni sejujurnya memang ubah hidup kami. Ayah dengan mak aku sendiri pernah cakap diorang sendiri tak sangka.

Diorang cakap dulu ingat mungkin sampai tua jadi security guard dan kerja cleaner tapi, dia punya jauh perubahan sampai kena bayar income tax. – Zan (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Ezd Airaniez : Alhamdulillah. Best sungguh baca confession ni. Tak sangka hanya sebab pandai Bahasa Inggeris boleh ubah kehidupan sampai kena bayar tax ya. By the way dulu – dulu pun kalau budak – budak pandai / genius dari kampung ramai yang berjaya ubah kehidupan mereka kerana ilmu.

Zaman 70-an ramai yang dapat biasiswa ke luar negara. So kisah ni macam inspirasi buat orang lain. Melalui ilmu, tak kira bahasa atau kepakaran lain boleh mengubah kehidupan seluruh keluarga. Insya-Allah. Semoga keluarga confessor terus happy dan sukses. Aamiin

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.