Ayah lupa tutup gas sampai dapur terbakar, kaki adik melecur sampai peha. Aku balik je ayah lari tidur dekat kubvr

Dulu aku berdoa untuk sembuhkan ayah, sekarang aku berdoa ayah diambil nyawa je dari terus susahkan hidup kami. Aku nekad ke balai polis untuk buat laporan supaya biar lah polis yang bawak ayah, ayah terus panjat bumbung..

#Foto sekadar hiasan. Hai, aku kenalkan dulu latar belakang aku. Aku adalah anak ketiga dari enam orang adik beradik dan merupakan anak perempuan sulong. Mak ayah aku masih ada. Aku mulakan kisah aku dari awal.

Kami sekeluarga bukan orang senang boleh dik4tegori sebagai b40 lah. Tapi dulu hidup kami memang sangat bahagia walaupun makan ala kadar, rumah macam tidak ada rupa rumah. Kami bersyukur apa adanya. Dulu ayah aku kerja sebagai tukang rumah, mak aku pulak menconteng batik. Kami memang rapat antara satu sama lain.

Aku masa sekolah rendah memang tiada kawan, selalu disisihkan. Yelah budak miskin, comot, hitam, sape je yang nak kawan tapi aku tetap pergi sekolah sebab aku suka belajar, aku suka cikgu. Aku tak kisah pun tiada kawan.

Habis je upsr alhamdulillah aku dapat 4A1B. Aku harapan keluarga lepas abang aku untuk masuk asrama. Tetapi apakan daya apa yang kita nak tak semestinyee kita akan dapat. Aku memang dah diterima masuk dekat salah satu sekolah berasrama penuh, sudah masuk pun.

Kami tiada kereta, jadi hanya ayah jelah yang hantar aku masuk asrama dengan motornya yang mungkin esok atau lusa dah nak r0boh. Aku dapat lihat harapan ayah dan mak aku. Bangga sangat aku dapat masuk asrama.

Tapi apakan daya tiga hari di situ aku tidak dapat beradaptasi dengan suasana asrama. Aku jatuh s4kit, pihak sekolah menelefon ayah aku untuk bawak aku pulang dan aku memutuskan untuk pindah sekolah. Aku nampak kekecewaan dari riak wajah mereka tapi mereka tidak pernah tanya kenapa, tidak pula marah dengan keputusan aku.

Nenek, ibu bapa saud4ra tidak payah cakap lah selalu mengungkit sampai sekarang. Jadi aku pun pindah dekat sekolah harian biasa. Masa umur aku 15 tahun lah semuanya berubah 360 darjah. Bermula dengan ayah aku yang tiba – tiba jatuh s4kit, munt4h hampir setiap malam.

Sejak hari tu ayah aku berubah teruk. Dari seorang yang ceria kepada seorang yang pemarah. Setiap malam cakap sorang – sorang, masuk hutan malam – malam. Kami memang takut sangat masa tu, sampai beranggapan ayah aku giIa tapi kami tak dapat buat apa – apa sebab kami masih kecil.

Adik beradik bahkan mak dia sendiri tak buat apa – apa walaupun rumah kami dengan nenek hanya lah dibataskan dengan pokok rambutan. Ayah dah tak kerja tapi nasib baik abang aku dah dapat kerja askar boleh lah menampung kami tapi baru je dapat kerja kan berapa jelah gaji.

Setiap malam kami menangis, aku tahu mak aku lah yang paling mend3rita tengok ayah aku macam tu. Setiap kali ayah meng4muk mak aku akan suruh kami masuk bilik. Ayah akan cakap sorang – sorang dari malam sampai lah pagi.

Kami memang tak dapat tidur dengan nyenyak. Aku yang sulong nilah menjadi tempat luahan adik – adik aku yang lain, yelah mereka semua perempuan. Setiap hari kami berdoa semoga ujian ni berakhir. Sekolah tidak payah cakap, sejak saat tu aku tak pernah belajar dekat rumah.

Kebiasannya kami belajar malam tapi disebabkan ayah aku akan meng4muk malam – malam jadi kami akan tido awal. Sumpah aku cakap aku lebih suka duduk sekolah lama – lama dari balik rumah. Masa berlalu berhari – hari sampailah aku SPM, result aku memang teruk tapi aku dapat masuk matrikulasi dekat negeri aku walaupun 1 tahun lebih lama dari kawan – kawan yang lain.

Kecewa tu sangat kecewa tapi apakan daya itu je aku mampu. Oh sebelum lupa lepas SPM aku kerja sementara dekat negeri lain. Itu pertama kali aku merantau jauh. Bukan untuk lari dari masalah cuma mak aku cakap takpe pergiIah cari duit boleh buat bekal untuk masuk kolej nanti.

Jadi hari – hari berlalu pagi kerja malam balik tidur kemudian sambung kerja begitulah sampai aku masuk kolej. Situasi dekat rumah bukan aku tidak tahu, ayah dengan per4ngai dia macam tulah. Tapi mak dengan adik – adik jaranglah cerita masalah rumah sebab takut aku tak dapat fokus belajar.

Tapi aku bila jauh setiap hari aku fikir macamna mak dengan adik – adik aku. Ok ke dekat rumah, mereka makan apa. Terlalu berfikir sampai lah 2 tahun dekat situ result aku teruk. Aku dulu selalu salahkan ayah aku sebab dialah result aku teruk, sebab dialah aku tak dapat fokus belajar.

Selepas habis kolej aku pun bekerja lagi sementara, sekali lagi merantau di negeri orang. Selepas result u keluar aku dapat masuk u di negeri sebeIah takde jauh sangat. Dalam fasa menyiapkan barang – barang untuk dibawa ke sana, apakan daya ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah jalan, pandemik menyer4ng negara.

Kemasukan u ditangguhkan, jadi kami belajar secara online. Jadi masa aku dekat rumah lama. Kampung aku tiada jaringan internet yang elok, jadi nak ke tidak aku terp4ksa menumpang dekat tempat kerja sepupu aku untuk masuk kelas.

Semester 1 dan 2 berlalu macam tu, aku jarang masuk kelas disebabkan tiada motor ataupon ayah aku buat hal. Pasal ayah kami dah terbiasa 5 tahun kami hadap benda yang sama kan. Masuk sem 3, ayah aku m4kin teruk sampaikan aku naikkan suara dekat dia, selama ni aku diam je tapi lepas dia naik tangan dekat mak aku memang time tu aku meng4muk giIa – giIa.

Sampai adik aku cakap aku pun dah giIa. Bukan tu je ayah aku siap bawak p4rang lagi nak bagi dekat aku. Kalau takde mak, mungkin aku dah arw4h masa tu. Aku tidak tahu kenapa aku m4kin hari m4kin berani meIawan, mungkin masa tu aku je yang paling tua dan aku rasa tanggungjawab tuk jaga mak dengan adik – adik.

Sem tu jugak kami diuji dengan adik aku kena buat pembedahan dekat kaki sampai paha disebabkan kena minyak panas. Itu jugak atas kecuaian ayah aku sendiri yang tak ingat untuk tutup gas sampai kan api dah sampai atap rumah.

Aku masa tu dekat kedai, untuk kelas online terus balik lepas dapat telefon yang adik aku kena minyak panas. Masa tu malam jadi kIinik kerajaan dah tutup, aku pun bawak adik ke kIinik swasta dengan motor. Bayangkan s4kit adik aku tu bila angin menyentuh Iuka. Bukan sikit dari jari ke paha.

Aku pun kenapa tak terfikir untuk bawak pergi hospitaI terus masa tu. Aku cuma fikir adik aku kena rawat cepat – cepat jadi kIinik lah yang paling dekat. Walaupun dia tak menangis tapi aku tahu dia s4kit. Sesampainya aku di rumah memang nak diikutkan hati aku nak je lepaskan kemarahan dekat bapak aku tu.

Tapi malam tu dia tak balik mungkin dia tido dekat kubvr. Keesokan hari dia balik dengan muka yang tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sejak tu yang dulu aku berdoa untuk sembuhkan ayah aku sekarang aku berdoa ayah aku m4ti je dari terus susahkan hidup kami.

Sem tu jugak lah kami diuji lagi dengan dapur kami terbakar, habis semua barang dapur h4ngus sampai atap pun dah berlubang. Aku lah yang menelefon bomba walaupun bomba datang masa api dah takde. Jadi mak, aku dan adik – adik tidur rumah nenek malam tu.

Ayah aku m4kin teruk, dia sampai keluar rumah dengan tak berpakaian macam orang giIa betul. Meng4muk depan rumah orang. Jadi keesokan harinye aku nekad ke balai polis untuk buat laporan supaya biar lah polis yang bawak ayah aku ke hospitaI.

Aku buat bukan sebab d3ndam aku dengan ayah cuma aku kesian dekat mak dan adik – adik aku. Petangnya polis datang, tapi ayah aku tak bagi kerjasama dia meng4muk teruk disebabkan masa tu ayah aku panjat bumbung rumah jadi polis tak dapat ambik risik0 nak tahan ayah aku.

Jadi dibiarkan macam tu je, sampai esoknya ayah aku meng4muk sebab aku panggil polis, niat dia nak tet4k aku. Masa tu memang huru hara, sampai kaki dan dahi mak aku jadi m4ngsa. Jadi sekali lagi aku telefon polis, dan ayah aku dapat ditangkap.

Dibawanye ke balai dan terus ke hospitaI s4kit jiwa. Aku jelah yang escort, sebab aku tahu adik – adik aku tengah takut dan tr4uma. Luluh hati aku bila nak sign dokumen pengesahan. Aku sayang ayah, cuma lepas semua jadi aku simpan d3ndam sampai aku harap aku tak de ayah.

Nak dipendekkan cerita, ayah aku disahkan menghidap peny4kit skiz0. Tak lama pun ayah aku dah boleh keluar, alhamdulillah dia dah slow berubah. Kami jaga makan minum ubat. Kami dah rapat balik macam dulu. Aku pun masuk sem 5 masa aku tulis nih.

Aku dapat tengok keceriaan adik – adik aku, kebahagian mak ayah aku. Aku bersyukur sangat. Selepas 7 tahun kami diuji berkat sabar dan doa yang tiada putus kami dapat lalui ini semua. Kalau nak diceritakan semua memang tak habis.

Dan aku pun disahkan sebagai partial depr3ssion, anx1ety dan ims0nia. Setiap bulan check up sampai sekarang. Itu je kisah hidup aku. Yang tengah hadap masalah aku cuma nak bagitahu supaya sabar dan sentiasa sabar dan percaya satu hari hikmah tu akan datang. – Siti (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Lynn Abd Latiff : Allahuakhbar. Beratnya ujian awak. Sesungguhnya Allah swt janji dah, dia uji di bawah kemampuan kita. Semoga asbab ujian bertubi – tubi ini, Allah swt anugerahkan kejayaan dunia, membela nasib ibu dan adik – adik. Jangan putus doa. Selalulah cari jalan keluar dengan menunaikan solat. Tiada daya dan upaya selain dengan izin Allah swt.

Noraziah Amdan : 2 dari 3 abang – abang kat mana?. Yang sulong kerja tentera, fahamlah. Yang 2 tu buat apa?.. Baca dari confession ini, Tt pelajar IPT, yang lebih jaga keluarga. Tahniah tt. Semoga Allah beri ganjaran atas keprihatinan tt. Aamiin.

Mawar Putih : Kenapalah ayah sampai s4kit camtuh.. berat fikirannya sebagai ketua keluarga agaknya. Tahniah pada kamu dan keluarga kerana bertahan dan moga berjaya dalam kerjaya dan keluarga bertambah bahagia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.