Gaji aku RM5k, tapi bila ayah nak pinjam duit RM500 nak beli HP aku berbeIah bagi

Masa awal gaji dulu aku bagi mak ayah separuh dari gaji tapi lama – lama aku dah sedar aku kena melabur, kena simpan duit. Jadi aku kurangkan bagi RM100 je dekat diorang. Satu hari, ayah call nak pinjam rm500 sebab nak beli HP. Bila aku log in saja online banking aku, terus datang per4ngai sya1tan aku. Aku cakap dekat ayah yang aku tidak ada duit.

#Foto sekadar hiasan. Aku Along, merupakan anak sulung dari enam orang adik beradik. Ayah aku merupakan kakitangan kerajaan yang berkelulusan sijil. Mak aku pula hanya suri rumah. Hidup kami tidaklah mewah mana.

Tapi alhamdulillah, kami tak pernah merasa tidak cukup. Mintalah saja apa – apa, memang mak ayah akan cuba usahakan dan berikan yang terbaik buat kami adik beradik.

Waktu dulu ayah sangat bekerja keras, bayangkan lepas balik je kerja ayah akan cepat – cepat masuk dapur untuk buatkan kek dan hantar ke kedai – kedai berhampiran. Tapi bila dah besar baru tahu rupanya mak ayah sampai pinjam – meminjam dengan saud4ra mara kerana mahu penuhi hajat anak – anak.

Sebagai anak sulung aku memang bertanggungjawab untuk mengubah nasib keluarga aku. Aku mahu tolong bayar hutang mak ayah aku, baiki rumah, belikan kereta, bawa mak jalan – jalan. Itulah impian aku sejak aku kecil.

Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan aku. Habis degree, aku terus dapat kerja. Campur elaun, jumlah gaji bulanan aku hampir tiga ribu pada waktu tu. Awal – awal dapat gaji dulu, aku bagi separuh gaji aku kepada mak ayah aku untuk buat belanja beli barang rumah.

Sem4kin lama aku kerja, sem4kin aku banyak belajar yang kita kena beranakkan duit kita, perlu melabur, perlu menyimpan, dan perlu buat bisness. Sem4kin lama aku m4kin ket4gih. Aku melabur sana, aku melabur sini.

Aku menyimpan sana, aku menyimpan sini. Aku buat bisnes itu, aku buat bisnes ini. Kalau aku kira balik, pendapatan kasar aku boleh mencecah RM5K sebulan. Tapi satu kesilapan aku, sem4kin besar pendapatan aku sem4kin aku kedekut dengan mak ayah aku.

Dari awal – awal kerja aku bagi mereka separuh dari gaji tapi lama kelamaan aku kurangkan. Aku bagi RM300 je, lepas tu aku kurangkan lagi jadi RM150, kurangkan lagi bagi RM100 saja.

Kau bayangkan, dari gaji aku yang nak mencecah RM5K, aku bagi RM100 je kepada mak ayah aku. Berapa peratus sangat tuh? Baki duit tu pergi mane? Aku pergi melabur, simpan, sedekah sana sini, pergi seminar untuk naikkan bisnes aku.

Tapi aku pelik, sem4kin banyak aku bekerja, sem4kin aku tidak cukup walaupun gaji aku tinggi. Sampailah bulan lepas, ayah aku whatsapp nak pinjam duit 500 ringgit untuk beli handphone. D4da aku dah mula sesak dah ni.

Aku fikir, kalau aku bagi RM500 kat ayah aku, larilah bajet pelaburan aku. Aku minta ayah aku masa sehari nak fikir. Hati aku berbeIah bagi dua. Semalaman aku berfikir, nak bagi ke tak nak. Akhirnya aku p4ksa juga untuk bagi.

Tidak mengapa. Nanti ada lah tu rezeki lain. Bila aku log in saja online banking aku, terus datang per4ngai sya1tan aku. Akhirya aku batalkan dan cakap kepada ayah aku yang aku tidak ada duit. Sedangkan ketika itu dalam bank aku ada baki lagi RM1500, dan lagi seminggu nak masuk gaji.

Otak aku dah fikir. Duit – duit ni nanti aku nak ‘biakkan’. Nanti aku kaya, boleh dapat banyak duit. Tapi sungguhlah, Allah tu nak uji sekejap saja. Keesokkan harinya, duit aku hilang, dan malamnya aku kemaIangan.

Aku selamat tapi kereta aku teruk. Aku kena tipu dengan customer. Akhirnya baki duit RM1500 tu habis bayar baiki kereta saja. Tidak cukup dengan itu, sejak hari tu satu demi satu masalah.

Hati tak payah cakap memang kusut habis. Semua benda rasa tak kena. Bertong – tong air mata aku keluar. Sampailah semalam aku singgah dekat masjid terdengar tok imam cakap. “Redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa.

Kadang kala kita sibuk sedekah sana sini, tapi kita kedekut dengan mak ayah kita, kita berkira nak keluarkan duit untuk mak ayah kita, sedangkan mak ayah kita tak pernah berkira dengan kita.” Terus aku menangis dekat situ jugak.

Aku setiap hari aku sedekah sebab sifu bisnes aku beritahu kita kena sedekah setiap hari untuk tambahkan lagi rezeki. Tapi aku lupa yang sebaik – baik sedekah adalah untuk ahli keluarga sendiri dulu.

Apalah sangat lima ratus ringgit tu kalau dibandingkan dengan jasa mak ayah kita selama ini. Keluar dari masjid aku rasa nak peIuk mak ayah aku, nak mintak maaf dengan mereka. Patutlah rezeki aku terhalang selama ini, rupa – rupanya sebab aku dah Iukakan hati mak ayah aku.

Aku tak sabar nak tunggu hari minggu ni. Aku nak balik, aku nak jumpa mak ayah aku, aku nak betulkan kesilapan besar dalam hidup aku ni. Doakan aku ye kawan – kawan, dan korang pun janganlah buat kesilapan yang aku dah buat ni. Kita sama – sama jadi anak soleh dan solehah ya!

Perkongsian yang dibuat oleh penulis mendapat pelbagai komen dan reaksi dari pembaca. Sedikit sebanyak ia memberi pengajaran buat semua. Memang ada yang lebih suka bersedekah pada orang luar sedangkan ibu baa dan ahli keluarga bagaikan mengemis di kampung.

Komen Warganet :

Siti Fatimah : Alhamdulillah confessor tersedar dari kesilapan. Kalau tak m4kin lama lah menyimpang dengan sikap kedekut dekat ibu bapa ni. Kesian dekat ayah tu minta nak beli HP baru dekat anak, sepatutnya anak kena alert la bila tengok HP ibu ayah tu dah uzur.

Ni dah la mintak, anak plak kedekut cakap tak ada duit. Selagi diorang masih ada ni, cubalah bahagiakan dan bagi apa je yang diorang nak selagi termampu. Kalau bab duit, harta benda ni kalau boleh kongsi – kongsilah dengan adik beradik.

Ahamd Ahmad : Ish, teringat plak dekat mak abah aku dekat kampung tu. Sekarang ni bro, ko dah beli belum HP dekat ayah ko tu. Kalau dari apa yang ko cerita, besar peng0rbanan ayah ko tu nak besarkan korang adik beradik.

Rajin kerja siap buat kek hantar ke kedai. Memang saIute la. Nasib la ko dah sedar. Semoga kita semua dapat terus berbakti pada orang tua kita yang masih ada ni.

Siti Saleha Radzi : Sedihnya perasaan ayah tu bila anak kata tak ada duit. Pada yang masih ada mak ayah tu, tolong jaga dan bagi perhatian dekat mereka. Macam aku ni, dua – dua dah tak ada. Kalau boleh putarkan masa balik, aku akan tunaikan segala permintaan diorang walau macam mana sekalipun.

Tapi itu lah, aku tak sempat sebab aku baru je mula kerja, diorang kemaIangan dan tinggalkan kami adik beradik yang baru mula nak baIas jasa diorang. Alfatihah untuk mak abah.

kLoe Petra : Memang ramai je orang yang lebih suka bersedekah dekat orang luar dari ibu bapa sendiri. Kalau orang luar puji tu memang bangga sangatlah tapi hakik4tnya kedekut dengan ibu bapa sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.