Ayah siksa mak sampai mak meninggaI. Sebulan mak pergi, ayah nak pinang adik mak

Kebiasaannya hari mak cuci d4rah, dia memang akan jadi lemah. Tak boleh buat kerja apa. Nak masak pon tak larat. Tapi ayah p4ksa mak untuk masak walaupun mak lemah sangat. Sampai hari mak meninggaI, mak pernah cakap, kalau mak meninggaI nanti, cakap dekat ayah kau..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua. Terima kasih untuk admin jika sudi siarkan cerita saya. Tujuan saya tulis dekat sini adalah untuk minta pendapat semua, apa yang saya perlu buat? Baiklah saya mulakan, ayah selalu cakap dia sayang kami anak beradik, tapi tindakan ayah seolah – seolah dia tak sayangkan kami.

Arw4h abang meninggaI kerana bvnvh diri. Boleh dik4takan sebabnya adalah ayah, dari kecil ayah tak pernah sayang abang macam mana ayah sayang kami adik beradik. Ayah selalu halau dia dari rumah. Sebab ayah cakap dia ambil d4dah.

Tak ada cara lain lagi untuk ajar dia. Seminggu sebelum abang meninggaI dia kumpulkan semua baju – baju abang. Masa tu time maghrib, ayah bakar semua baju abang. Dia cakap siapa berani kutip baju – baju abang. Dengan kami nanti dia pukuI.

Ya, abang seorang pen4gih d4dah. Pernah kami bersembang dengan abang. Kami tanya abang ‘kenapa kau ambil d4dah bang?, kau tak sayang mak ke?? Kau tengok mak hari – hari kena m4ki dengan ayah sebab pert4hankan kau’.

Dan jawapan abang, ‘aku sedih kenapa ayah tak boleh layan aku macam ayah layan korang, kenapa dengan korang ayah boleh gelak – gelak tapi dengan aku tak?’ Allahu.. macam – macam cara kami cari untuk pulihkan abang dari ambil benda terlarang tu, sebab tak tahan sangat tengok mak kena m4ki hari – hari dengan ayah.

Ayah pulak bukan dia benci abang sangat. Buktinya masa abang diserahkan kepada pihak polis untuk jalan terakhir pulihkan abang, ayah menangis dalam kereta. Dia sayang abang cuma dia eg0 untuk tunjuk dia sayangkan abang.

Dua hari lepas dia diserahkan kepada polis, dia dilepaskan dengan jaminan mahkamah atau polis. Entahlah itu kami sampai hari ini tak pasti. Waktu kami serahkan dia kepada polis. Kami mintak polis untuk bawa dia ke pusat pemulihan.

Tapi perancangan Allah lain, lepas 3 hari dia dibebaskan. Dia ambil jalan singkat dengan mengg4ntung diri di bilik tidur. Allahuakbar.. Ujian paling besar buat kami dan mak. Untuk pengetahuan semua, arw4h abang adalah satu – satunya anak lelaki dalam keluarga kami.

Apa yang berlaku kami anggap ujian Allah buat kami. Kami pon berharap selepas arw4h abang meninggaI. Ayah takkan m4ki – m4ki mak lagi. Rupanya kami salah, lepas arw4h abang meninggaI disiksanya perasaan mak pulak.

Mak adalah seorang pes4kit kr0nik (kegagalan buah pinggang). Setiap hari ada saja salah mak di mata ayah. Pes4kit buah pinggang kena cuci d4rah seminggu 3 kali. Kebiasaannya hari dia cuci d4rah dia memang akan jadi lemah.

Dan tak boleh buat kerja apa – apa. Nak masak pon tak larat. Tapi ayah akan p4ksa mak untuk masak jugak. Walaupun dia tahu mak sangat – sangat lemah hari tu. Adik paling bongsu berhenti sekolah untuk jaga mak sebab mak tak boleh sorang – sorang di rumah.

Kadang – kadang dengan tiba-tiba dia boleh pengsan. Allahuakbar.. Ayah siksa mak hari – hari. Macam – macam dia m4ki mak. Sampai hari mak meninggaI, mak pernah cakap kalau mak meninggaI nanti, cakap dekat ayah kau, “mak sangat tersiksa hidup dengan dia.. Dia siksa hidup anak mak.. Sekarang dia siksa hidup mak.. Cakap kat dia nanti.”

Tapi kerana memegang kata ‘jangan derh4ka kepada mak ayah’ sampai hari ni kami adik beradik tak pernah luahkan kata – kata tu. Kami simpan dalam hati – hati kami. Mak perempuan paling sabar dari muda sampai akhir hayat dia, ayah siksa zahir dan batin dia.

Menangis jangan cakaplah hari – hari makan air mata. Pembaca doakan mak kami dirahm4ti dan dimasukkan ke syurga tanpa hisab ya. Persoalannya sekarang mak baru meninggaI lebih kurang 4 bulan, tapi ayah asyik sebut – sebut nak nikah lagi.

MasyaAllah kami adik beradik seorang pon tak larang. Lepas sebulan mak meninggaI, ayah ada suarakan hasrat dia nak minang adik arw4h mak. Kami tak setuju sama sekali. Ayah dah siksa arw4h mak. Kami tak nak dia siksa ibu saud4ra kami jugak.

Dan kami sangat yakin ibu saud4ra kami takkan mungkin mahu terima ayah, kerana mak selalu cerita ayah siksa mak pada ibu saud4ra kami. Mak sangat rapat dengan adik dia. Dari awal kami bantah. Tak ada satu pon antara kami yang suarakan hasrat dia pada ibu saud4ra, kerana kami bimbang ibu saud4ra takkan datang lagi ke rumah kami jika ibu saud4ra tahu yang ayah nak memperisterikan dia.

Dia sangat bencikan ayah. Allahuakbar. Dalam kami berjaga – jaga. Baru – baru ini di callnya sendiri ibu saud4ra kami dan nyatakan hasratnya sendiri. Macam yang kami jangka ibu saud4ra kami menolaknya dengan tegas. Dia kelihatan kecewa.

Dari mak masih ada, kami dapat lihat yang ayah memang menyukai ibu saud4ra kami. Malu kami adik beradik nak berhadapan dengan ibu saud4ra kami. Selepas beberapa hari dari kejadian tu, dihubunginya kakak ketiga saya dinyatakan pulak hasrat untuk meminang kakak ipar kakak saya.

Kakak sangat membantah. Lalu dicarinya seorang janda yang telah kem4tian suami. Susah orangnya.. Tetapi dia tidak mahu berpindah ke rumah kami. Dia ingin menetap di sana bererti ayah juga perlu menetap di sana jika mereka menikah.

Tadi ayah katakan kepada aku dan adik. Jika dia harus meninggaIkan kami. Lebih baik dia tak payah menikah. Tapi disiksanya kami. Setiap hari harus masak apa yang di suruh. Makan pon harus berhidang. Siang harus masak ini.

Malam nanti harus masak itu. Bila masak sekali sahaja dimakannya. Dik4takan dia tak berselera. Dan hari ni petang tadi dia marah – marah adik. Kata – katanya seolah – olah kami tak boleh jaga dia. Nak duduk rumah orang tua – tua dia cakap.

Kami terpinga – pinga apa yang kami dah buat?? Nak makan apa semua kami turutkan. Kami hidangkan makan. Siap air basuh tangan lagi. Entahlah kami sangat – sangat buntu dengan per4ngai ayah. Saya nak mintak pendapat semua. Apa yang perlu kami adik beradik lakukan? Sekian terima kasih, – Miss S (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Biskut Marie : Orang tua memang macam tu. Dia nak kahwin sebab nak orang layan dia macam raja. 10 orang anak pun takkan sama baktinya dengan seorang isteri. Lagipun mungkin ayah confessor dah biasa dirajakan. Tipikal lelaki melayu tradisional. Semua nak disediakan. Hanya seorang isteri yang mampu bertahan. Mungkin kerana sayang atau tanggungjawab atau takut masuk ner4ka.

Asiahani Saari : Sebagai anak, ayah jahat macam s3tan pun dia tetap ayah kita, tapi hidup ni bukan Allah suruh menangis je, hadap dalam kesedihan, kita nak taat dengan mak ayah pun kena lah fikir baik buruk jugak, keluarlah, berhijrah dari situ, mulakan hidup baru dengan adik – adik.

Dia nak sangatkan dok rumah orang tua, bagi dia pi sana, dia nak kawen, nak musn4hkan hidup orang lain, bagi je. Yang penting awak sebagai anak tiap – tiap bulan hantar duit belanja dekat dia sikit, bagi belanja sekadar cukup makan je, lain – lain tu lantaklah dia dengan Allah je.

Fiela Nur : I tak tau confessor besar mana, tapi kalau dah besar. Tolong beranikan diri tegur ayah dan beritahu dia apa yang arw4h mak dan abang you pernah beritahu dulu. Bukan nak suruh jadi derh4ka, tapi sikit sebanyak perlu sedarkan dia.

Try slowtalk kat dia dan doa banyak – banyak supaya dia berubah k. Kalau tak jalan jugak, takyah la ikot sangat kehendak dia. Dia nak pergi rumah orang tua biar je. You terus jalankan tanggungjawab sebagai anak. Be strong confessor. Jangan bagi dia siksa orang lain lagi ye.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?