Ayah tak percaya benda mistik. Sehinggalah dia dengar namanya sayup kena panggil dari arah tempayan lama

Sepupu minta kami jagakan semua haiwan peliharaannya sebab dia kena kerja di Saudi. Sejak kehadiran binatang – binatang ni, kami perasan macam selalu ada suara budak bercakap. Satu hari Tokwan mengadu dia dengar ada suara budak kecil panggil dia, ‘TokWan.’

#Foto sekadar hiasan. Hai warga FB. Cerita saya ni bukanlah satu luahan sebaliknya satu perkongsian tentang pengalaman “unik” yang pernah dilalui keluarga saya. Kalau anda tak percaya dengan kisah saya ni, saya faham sebab saya pun masih antara percaya dan tak percaya dengan kejadian yang pernah berlaku ke atas keluarga kami ni.

Saya ada sepupu yang minat sangat deko rumah. Dia tak kisah berbelanja besar dan travel jauh semata – mata nak dapatkan barangan cantik untuk dijadikan hiasan. Kalau pergi melancong overseas, ada je item eksotik yang dia akan bawa balik.

Dia sanggup bayar mahal dan lalui macam – macam proses kastam yang rumit untuk bawa item tu pulang ke Malaysia. Salah satu item yang dia bawa balik ialah tempayan air dari Bali. Tempayan ni besar jugak. Macam saiz tong drum yang kita selalu nampak dekat construction site.

Memang cantiklah tempayan yang sepupu saya beli ni. Ada seni ukiran tradisional Bali. Dia jadikan tempayan air ni sebagai mini fountain dan dalam tempayan tu dia letak ikan puyu sebagai pelengkap. Tak lama kemudian, sepupu saya dapat tawaran kerja dekat Saudi.

Dia kena duduk sana untuk tempoh 2 – 3 tahun. Dia pun mulalah cari orang yang boleh jagakan rumah dia sepanjang dia duduk jauh dari Malaysia. Luckily dia ada kawan berbangsa Arab yang berminat untuk menyewa. Tapi Pak Arab ni tak gemar dan tak pandai nak membela binatang dekat rumah.

Pak Arab ni minta sepupu saya untuk clearkan semua binatang peliharaan yang dia ada sebagai syarat untuk menyewa. Memandangkan rumah keluarga saya terletak paling dekat, sepupu saya minta tolong keluarga saya untuk jagakan binatang – binatang peliharaannya termasuklah si puyu dalam tempayan.

Family saya ON je. Lagipun sepupu saya setuju nak tanggung semua perbelanjaan yang berkaitan dengan binatang – binatang peliharaannya. Semua binatang ni sepupu saya hantar lengkap dengan barang keperluan masing – masing.

Mana yang kena duduk dalam sangkar, dia hantar sangkarnya sekali. Mana yang kena duduk dalam tempayan, dia hantar tempayannya sekali. Tempayan ni kami letak dekat kawasan halaman rumah. Sejak kehadiran binatang – binatang ni, kami perasan macam selalu ada suara budak bercakap.

Suara tu sayup – sayup je macam kedengaran dari jauh. Pada mulanya kami sangka mungkin itu suara anak – anak jiran yang lalu lalang. Mungkin anak – anak ni tertarik dengan kehadiran binatang baru dekat rumah kami.

Suara ni pulak kami selalu dengar pada waktu siang. Jadi kami tak pernah terfikir benda ni ada kaitan dengan perkara mistik atau paranormal. Tak lama lepas tu, bibik saya pula mengadu. On weekdays waktu orang semua keluar bekerja dan budak pergi sekolah, dia pun dengar suara budak bercakap.

Suara tu memang halus dan sayup macam kedengaran dari jauh. Kami pun mula rasa pelik sebab jiran – jiran kami semua jenis hantar anak pergi taska. Kalau ada yang cuti dan tak pergi sekolah, takkanlah setiap hari tak sekolah?

Memang supposedly tak ada budak kecil dekat kawasan kejiranan ni pada waktu siang. Tapi waktu tu kami masih husnudzon. Mungkin ada jiran pasang tv dan suara kecil tu datang daripada cerita dalam tv. Nak dijadikan cerita, one day Tok Wan saya datang melawat dari kampung.

Kami ajaklah dia duduk dengan kami selama seminggu. Saja nak bawa jalan – jalan. Lepas beberapa hari, dia mengadu ada dengar suara budak panggil dia. Memang specifically panggil dengan perkataan “Tok Wan”. Walaupun suara tu kecil halus je, dia dapat tangkap perkataan “Tok Wan” tu dengan jelas.

Masa first time dengar, dia ingat cucu dia yang panggil dari bilik atas. Bila dia naik atas tengok, kami semua tak ada. Dah keluar pergi sekolah dan kerja. Dekat rumah hanya tinggal Tok Wan dan bibik je. Tok Wan pun suruh kami “check” rumah kami ni kot – kot ada benda yang tak sepatutnya ada.

Kami pun mula syak mungkin benda ni ada kaitan dengan barang – barang yang sepupu saya bagi sebab selama 15 tahun kami duduk rumah ni, tak pernah langsung ada kejadian aneh macam ni berlaku. Saya contact sepupu saya untuk tanya sendiri hal ni dekat dia.

Tapi sepupu saya cakap dia pun tak pernah alami apa – apa kejadian aneh sepanjang barang – barang tu ada dengan dia. Dan dia tak pernah dengar suara budak bercakap dekat rumah seperti yang kami lalui. Lepas kejadian nama Tok Wan kena panggil, kami pun mula dengar nama panggiIan kami sendiri yang disebut.

Kadang – kadang keluar “Angah”. Kadang – kadang keluar “Mama”. Nama bibik pun kadang – kadang dipanggilnya. Saya pun terfikir benda ni ilusi je ke? Kalau ilusi, takkanlah semua orang dalam rumah ni berilusi benda yang sama pada waktu yang sama?

Kemuncak kisah ni berlaku bila nama Papa yang kena sebut. Ironically Papalah orang yang paling in denial dan tak percaya dengan benda ni semua. Bila kami mengadu dengar suara, dia remehkan je, “anak jiran depan tu kot”.

Dan waktu kejadian nama Tok Wan kena panggil, Papa cuma komen “Tok Wan dah lama sangat sunyi dekat kampung tu yang dengar suara orang panggil tu. Naluri Tok Wan nak ada teman la tu..” Haaa gitu je dia sangkal semua.

So masa kejadian nama Papa disebut tu, Papa ada di halaman rumah. Dia berdiri memang dekat betul dengan tempayan air tempat si puyu menginap. Bila dia dengar suara panggil “Papa”, dia tengok keliling. Memang confirm – confirm tak ada budak depan mata dia waktu tu.

Kemudian dia ternampak air dalam tempayan berkocak. Bila dia datang menjengah, dia nampak ikan puyu tengah statik menegak dalam air macam tengah tengok dia. Papa pun saja – saja la tanya sekadar mencuba nasib, “Kau ke tu?”

Ikan puyu tu tetap statik macam tak ada respon. Papa pun sambung buat hal dia sambil fikir, diri dia dah giIa agaknya sebab bercakap dengan ikan puyu. Tapi tiba – tiba ikan puyu tu berenang – renang laju disusuli suara halus budak ketawa gembira.

Papa tak tunggu apa dah, dia terus panggil orang angkut tempayan tu dengan si puyu tu sekali balik ke rumah sepupu saya. Bila Pak Arab yang sewa rumah sepupu saya tu tanya, Papa cuma cakap “the fish miss the owner”.

Pak Arab tu mampu tercengang je la. Papa dah nekad apa pun terjadi dia tak nak ikan puyu tu ada lagi depan mata dia. Kami pun dah bagitahu kejadian ni dekat sepupu saya. Sepupu saya macam susah nak percaya sebab dia tak pernah dengar puyu ni bersuara sepanjang dia bela.

Malah, dia tak percaya mana – mana spesis ikan dalam dunia ni boleh bercakap. Memang tak boleh nak masuk akal. Secara jujurnya kalau saya di tempat dia pun saya tak akan percaya. Kalau tak disebabkan kami sendiri lalui benda ni, saya pun rasa benda ni semua ni karut marut, tak masuk akal sangat – sangat.

Tapi sepupu saya faham situasi kami dan minta maaf sebab dah susahkan kami sekeluarga. Kami ok je sebab binatang – binatang dia yang lain tak ada buat masalah apa pun.. Dan lepas kami pulangkan puyu ke rumah asalnya, suara budak bercakap terus tak kedengaran lagi dah.

Kalau dengar suara budak pun, memang betul suara anak jiran. Suara manusia di alam nyata. Jadi memang confirm la semuanya si puyu punya angkara. Selepas dua tahun, sepupu saya balik dari Saudi. Dia pun ambik semula binatang dan baran g- barang yang kami tolong jagakan.

Kami tanya apa jadi dengan puyu tu sebab lepas Papa letak balik dan tinggalkan ikan tu dengan Pak Arab, kami memang tak ambik tahu dah pasal ikan tu. Sepupu kami pun tak pasti apa sebenarnya yang berlaku. Pak Arab tu cuma cakap one day dia perasaan tempayan tu kering dan ikan dalam tu dah jadi sisa b4ngkai yang reput. That’s all.

Waktu dia bersihkan tempayan tu dia perasaan tempayan tu ada retak. Dia nak guna pun dah tak boleh sebab bocor. So dia terlangkupkan je dan biarkan tempayan tu dekat tepi rumah. Kisah ni sebenarnya dah lama berlaku.

Dekat 7 – 8 tahun yang lepas. Baru – baru ni sepupu saya tu ada buat majlis kenduri dekat rumah dia. Bila saya datang, saya nampak tempayan lama tu masih ada terlangkup dekat tepi rumah. Dia sayang nak buang sebab bagi dia, benda tu kenangan masa dia melancong dekat Bali.

Lagi “istimewa”, tempayan tu benda paling mahal dan paling banyak hassle dia kena hadap untuk dia bawa balik ke Malaysia dulu. Saya jugak perasan sepupu saya dah ada pengganti puyu yang baru. Kali ni dia letak puyu tu dalam balang kaca. Kecil comel je balangnya.

Saya tanya kenapa rumah dia ni wajib ada ikan puyu padahal dia dah ada banyak ikan lain. Ikan kelisa, ikan emas, ikan laga yang dah penuh satu rumah ni tak cukup lagi ke? Dia cuma cakap itu petua dari arw4h ayah dia.

Katanya, ikan puyu boleh patahkan certain amalan sih1r contohnya amalan pukau. Betul atau tidak, wallahualam… yang penting saya dan seluruh keluarga saya memang TAK AKAN bela ikan puyu dan TAK AKAN beli tempayan air, lebih – lebih lagi dari Bali. – Bukan Puyu (Bukan nama sebenar)

Mazliana Addin : : Aku ada cerita pasal puyu ni. Makcik aku balik kampung, masa maghrib dia singgah masjid kat tepi jalan. Lepas solat, dia turun tangga, dia nampak ikan puyu dok menggelupur atas simen. Sedangkan dekat situ takde sungai takde paya.

Dia ambik ikan tu boh dalam plastik, letak air. Dia bela kejap. Lepas tu makcik lagi sorang yang memang rumah dia banyak gangguan. GiIa memang banyak ye. Ada orang lelaki berb0gel curi duit, kadang – kadang ada bau macam lori sampah, tengah solat ada orang tolak, yang rambut panjang mengiIai – ngiIau kat tingkap.

Semua ni aku sendiri pernah alami masa pergi rumah dia. Bila dia bela ikan tu elok la. Satu hari kitorang keluar pergi makan. Balik je nampak balang ikan tu kosong dengan penutup dia tak terbukak. Makcik aku tak letak dalam akuarium tapi dalam balang penutup merah tu yang agak besar dengan penutup ditebuk supaya ud4ra masuk.

Kami angkat balang tengok penutup masih ketat. Kami cari ikan tu, last jumpa dekat dapur, dah m4ti bergulung dengan rambut panjang. Ini realiti. Semua pelik macam mana ikan tu boleh keluar padahal penutup balang masih kuat dan terbelit – belit dengan rambut panjang. Kami dekat rumah tu semua rambut pendek. Ini pengalaman aku la. Untuk cerita tt ni, aku rasa tempayan tu yang bermasalah bukan ikan puyu.

Farah Dina : Saya ada pengalaman yang lebih kurang sama. Masa tu saya berumur dalam 15 tahun macam tu. Mak saya nak buat gulai, jadi dia suruh saya petik 2 – 3 tangkai daun karipoley kat rumah jiran. Macam biasa, mesti lah nak kena minta izin dekat tuan rumah kan.

Saya dok bagi salam (assalamualaikum) banyak kali tapi tak berjawab. Tiba – tiba saya terdengar suara halus jawab salam (waalaikumusalam). Setahu saya jiran ni tak ada anak kecik. Tercari – cari saya akan suara tu sekali ada seekor kucing warna hitam dok tepi pokok karipoley dok tenung tepat kat saya.

Mulut dia macam nak senyum tak senyum. Apalagi saya cabut balik lerrr. Daun karipoley ke mana gulai ke mana. Saya syak kucing hitam tu penjaga pokok karipoley jiran lah. Wallahualam. Sekian..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.