Kami tiada beras langsung di rumah nak makan. Kami sampai meminta jiran makanan. Mak aku pinjam duit along, pinjam duit sed4ra mara untuk sara kami. Kerana kami ni miskin, kami dih1na. Kami kena halau, tahu apa ayah buat??
#Foto sekadar hiasan. Salam dan hai semua. Aku menulis kat sini bukan untuk dengar hentaman, kejian atau cacian. Aku nak dengar pendapat korang. Sebelum aku cerita, tolong bayangkan korang ada kat tempat aku sebagai seorang anak dan apa yang korang akan rasa?
(Kalau boleh yang mana family dia bahagia, kaya, senang tu mohon skip cerita ni. Aku tak nak dengar pandangan orang yang tak pernah lalui apa yang anak orang susah lalui). Nama aku Along. Kami datang dari keluarga yang agak susah, mempunyai 5 adik beradik dan hanya mengharapkan mak aku sorang je yang bekerja.
Dari aku kecil, aku tak pernah nampak ayah aku bekerja sehinggalah kini. Hanya mak aku je yang selalu jalan kaki menunggu bas hari – hari pergi ke kerja selama 20 tahun lebih. Sekarang, aku dah agak dewasa, aku dah kerja, aku pernah minta mak aku berhenti kerja tapi dia kata ada adik yang masih kecil jadi dia tak berani berhenti kerja. Mak aku kata.. ‘Takut nak berharap pada duit anak-anak”.
Kesian aku tengok mak aku. Mungkin sudah hampir 20 tahun lebih dia berharap suaminya akan berubah tapi tak pernah menyebabkan dia tr4uma nak berg4ntung pada sesiapa. Berbalik pada kisah ayah aku, selama dia duduk rumah dengan kami..
Tak pernah sekali pun dia bagi nafkah atau tanya makanan dekat rumah cukup ke tak atau ada apa – apa nak tambah ke? Tak pernah. Bahkan, dia pernah cakap kalau kami merempat tepi jambatan pun dia akan ikut.
Maksudnya, dia tak akan usaha apa – apa dalam hidupnya, hanya harapkan kami yang berhempas pulas menghadapi rona hidup ini. Aku kecewa, aku menangis dari kecil aku meratap kenapalah nasib aku begini. Lagi sedih, akulah along yang menyaksikan air mata, jatuh bangun mak aku dan air mata adik – adik aku yang tak cukup duit belanja.
Dahulu, kami pernah tiada beras langsung di rumah nak makan. Kami pernah sampai meminta jiran makanan. Kami pernah hampir nak kena halau dari rumah kerana tak mampu bayar sewa.. Tapi ayah aku buat apa? Dia hanya tengok dan tak kata apa – apa.
Mak aku sampai pinjam duit along, pinjam duit sed4ra mara demi untuk sara kami. Kerana kami ni miskin, kami dih1na oleh sed4ra mara dan jiran tetangga (tapi masih ada insan yang baik). Semua kepayahan ini kami lalui dengan sabar sampailah ke tahap ini.
Sekali lagi, apakah usaha ayah aku? Adakah sekadar menaburkan benih tapi tak mahu bertanggungjawab? Aku.. Setiap kali tengok ayah kawan – kawan aku yang bagi duit belanja, aku cemburu. Aku pun nak begitu. Alasan ayah aku, katanya dahulu masa dia muda.
Mak aku yang terkejar – kejar dia, dia tak suka pun mak aku. Habis tu? Perempuan yang kau h1na ni lah yang lahirkan anak – anak kau, sabar dengan kau dan sara hidup kau. Mak aku, tak pernah missed untuk masak setiap pagi selama 20 tahun lebih sebelum pergi kerja kerana katanya ‘itu tugas dia sebagai isteri’.
Kalau ikutkan akulah, kalau aku jadi mak aku, lama dah aku tinggal pasangan macam ni. Pemalas! Alasan yang sering digunakan sejak kami sakit ialah kerana dia s4kit. Aku fahamlah juga kalau ayah aku ni lumpuh dari kecik ke, str0ke ke atau ada kec4catan lain.. Mungkin kami faham!
Ini tak! Keadaan dia sihat je dan sempurna fizikalnya. Dia cuma ada s4kit mental. Takkanlah tak boleh sumbangkan sesuatu dekat rumah kami? Aku tak harap pun sampai dia perlu bagi beribu dekat kami atau mak. Cukuplah sekadar dapat belikan makanan basah sebulan pun dah cukup menampung. Sebab, duit kami ketika itu.. Tidak berapa cukup jika digabungkan sebulan.
Kalau cerita tentang s4kit, ramai lagi orang kat luar sana ada s4kit yang lebih teruk.. Namun masih gagah bekerja demi kelangsungan hidup. Ayah aku? Disebabkan kami yang tanggung hidup dia.. Senang je tak fikir apa – apa.
Lepas tu suka minta duit nak beli r0kok. Korang s4kit hati tak? Bila aku bincang dengan mak aku hal ni, mak aku hanya mendiamkan diri. Aku tak tahu kenapa dia masih setia pada suami yang tak bertanggungjawab dan tak guna macam ni. Aku nampak.. Ada rasa cinta yang mendalam di mata dia.
Itupun, ayah aku dan keluarganya suka hina dan burukkan mak aku dari masa muda. Kata mak aku tak lawa la (ayah aku masa muda boleh dik4takan kacak, cuma tak berguna), terhegeh – hegeh dekat ayah aku la. Walhal, mereka lupa siapa yang punya banyak kekurangan di antara mereka.
Ayah aku sehingga kini tak pernah ada rasa malu tu dekat mak aku! Mak aku dah sara dia 20 tabun lebih dengan tanggungan percuma. Sampai jiran – jiran yang rapat dengan kami pun hairan kenapa mak aku masih pert4hankan lelaki macam ni.
Paling aku s4kit hati, ayah aku bila marah.. Suka meng4muk dan hempas – hempas barang. Dah la kami orang susah, dia ingat kami mampu ke nak beli semula barang yang rosak? Kalau dia kerja dan berduit, takpelah juga. Boleh kami minta ganti rugi.
Adik aku sampai ada tr4uma tak boleh dengar bunyi hempas barang dia akan tr4uma ketakutan. Itu pun ayah aku masih takde rasa bersalah. Geram betul aku. Pada aku, dayus bagi seorang suami yang biarkan isterinya mempertahankan rumah tangga padahal dia tak buat apa – apa.
Setiap kali dia marah mak aku, dia suka hina rupa mak aku, keluarga mak aku dan masih bangga kerana dulu mak aku suka dia dulu. Padahal, dia lupa.. Kalau dia tak kahwin dengan mak aku, aku tak rasa mana – mana perempuan yang sanggup bertahan lama dengan dia macam mak aku.
Apa aku patut buat dengan ayah macam ni? Aku doakan, mak aku temukan kebahagiaan dia sendiri. Mak, along janji.. Along akan kerja sungguh – sungguh beli apa pun yang mak suka. Lepas ni, mak boleh rehat kat rumah! Along sayang mak… Dari anakmu, – Along yang ters4kiti (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Donna Karen : Cerita kita sama. Dah 41 tahun mak aku sabar dengan ayah aku. Ayah aku yang dah 30++ tahun tak bekerja. Dia pernah kerja kerajaan, pastu dia pilih bersara awal jadi ada lah pencen dia dalam rm800. Tu pun semua dia bolot sorang.
Dia siap ugvt – ugvt mak aku kalau nak tinggal dia pergi lah, dia ada pencen rm800 sebulan cukuplah untuk dia hidup sorang. Mak aku sampai ke tua kerja sebab menanggung hutang – hutang dia. Bapak aku nak dekat 70, mak aku 60++, mak aku dah pencen pun sekarang, bekas pegawai berpangkat, pencen dia boleh tahan dekat rm6k++ tapi tak cukup pun nak sara diorang berdua SAHAJA (anak – anak semua dah kerja dan bagi duit belanja) tapi still tak cukup, mak aku masih kena kerja part time nak bayar hutang BAPAK AKU.
Bapak aku? Duduk rumah baring layan tiktok. Bapak ko dan bapak aku, diorang tak kan berubah. Mak ko dan mak aku? pun akan terus begitu, jadi enabler biawak – biawak hidup tu. Aku dan ko? Dihenyak rasa bersalah dan ketakutan jadi anak derh4ka. Penamatnya? Tiada… kecuali mereka atau kita yang pergi dulu.
Tun Ramos : Ringkasan cerita: Ayah pemalas, emak rajin.. anak – anak ters4kiti. So nak buat apa? Nak terus kutuk kecam ayah? Nak terus kesian pada emak? Nasihat saya: 1. Buat rancangan bina diri sendiri. 2. Fokus dengan diri sendiri.
3. Cerita ayah pemalas, letak ke tepi. Anda dah hadap per4ngai dia sebegitu. 4. Kebaikan emak, cukup baIas dengan berbuat baik kepada dia. Tak perlu gigih nak keluarkan emak dari kehidupan susah dia. Sebab emak okay. Emak sayang ayah. Sebab itu emak okay dengan sikap ayah. Jadi lah anak yang matang. Berhenti canang keburukan ayah. Ada sebab mengapa Allah uji anak – anak dengan per4ngai bapa sebegitu.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.