Mak mertua bagi bekas tak berpenutup dekat suami. Seluruh badan aku rasa dicucuk, sesak nafas, rasa benci dekat suami

Saya jerit meraung menangis dalam keadaan separa sedar. Rupanya sepanjang tak sedarkan diri, ustaz sedang berkomunikasi dengan “benda” yang ada di tubuh saya. Suami menjadi saksi bila “benda” ni kata “tinggalkan anak aku!”

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum WBT. Mohon doa, pandangan, sokongan dari kalian yang membaca sebab aku dah tak kuat dan sangat down. Aku baru je berkahwin 5 bulan. Aku berumur 28 tahun dan suami aku pula 35 tahun, berkenalan di tempat kerja.

Sebelum berkahwin, kami sangat bahagia. Tak pernah berg4duh dan jika ada salah faham, kami selesaikan dengan baik tanpa marah – marah atau g4duh. Hubungan dengan bakal mertua ketika itu pun sangat baik. Mereka sering datang untuk tengok anak lelaki mereka.

Boleh katakan setiap 2 minggu, mesti akan datang untuk tengok anaknya. Seminggu sekali atau dua kali akan call sembang dengan anaknya. Untuk makluman, mak ayah mertua sudah bersara swasta. 8 bulan perkenalan, Allah SWT permudahkan kami untuk berkahwin dan family suami minta untuk sekalikan je dengan majlis saya. Family saya ok sahaja tak ada masalah.

Mak mertua maklum akan sponsor baju kahwin, akan sponsor goodies. Kad kahwin akan ditempah dari negara sebarang. Kuih muih akan disponsor. Tetapi akhirnya satu pun tak ada, semuanya hanya kata – kata. Saya tak kecil hati dan memang langsung tak berharap, semuanya saya selesaikan sendiri dengan bantuan family dan sed4ra mara saya sendiri.

Sed4ra mara sendiri yang rela hati dan excited sponsor belah saya macam – macam. Alhamudilillah.. majlis berjalan lancar. Drama bermula selepas dua hari berkahwin, mak mertua mesej suami cakap rindu, 11.30 malam dia call suami untuk bersembang.

Esoknya kami honeymoon di kawasan tak jauh dari tempat tinggal kami pun, suami cerita pada family dia yang kami dalam perjalanan pergi honeymoon. Mak mertua dapat tahu, dia angin dan terus call “awat tak habaq! Kalau habaq boleh ikut sama”.

Cerita tak habis di situ, honeymoon kami takde erti. Pagi tengah hari petang malam, mak mertua kerap video call tanya aktiviti kami. Saya dah terasa dan nangis – nangis sambil marah suami, kenapa semua benda kena bagitahu, takde privacy untuk kita ke, tak boleh ke jangan cerita apa – apa.

Saya memang dah sp0il mood sampai hari ketiga. Hari ketiga, drama baru lagi, mak mertua call kata ayah mertua tak sihat dan minta kami balik kampung. Kami balik kampung, ayah mertua elok dalam keadaan sihat, siap ikut pergi makan minum di luar.

Boleh katakan setiap hari dan paling tidak, setiap 2 hari mak mertua akan call sampai sejam dengan suami. Sejak itu, saya tak pernah rasa bahagia atau apa itu nikmat perkahwinan. Macam – macam drama dan ujian berlaku dari awal kahwin.

Suami janji akan ubah jadi lebih baik tapi semua dusta, takde perubahan malah m4kin terasa hati. Setiap 2 minggu kami perlu balik ke kampung dengan macam – macam drama yang dicipta. Kemuncaknya, kami patut balik beraya di kampung suami pada hari kedua raya, tetapi sehari sebelum raya, mak mertua call suami menangis meraung kata ayah mertua tak sihat, ayah tenat, tak boleh buka mata, tak boleh jalan.

Saya tinggalkan mak saya yang tengah s4kit akibat terjatuh (effect kaki dan tangan), terus ikut balik ke kampung suami malam tu juga. Sampai sampai je, ayah mertua tengah tidur dan elok boleh berjalan ke toilet, boleh buka mata.

Ayah mertua memang kurang sihat, demam, tapi tak seteruk macam drama yang dicipta seolah olah tenat tak boleh buka mata tak boleh jalan. Pagi raya, mak mertua keluar beraya dari pagi sampai maghrib sedangkan saya dan suami duduk di rumah saja, memang saya tak bawa sehelai pun baju raya sebab fikir “takkan nak beraya kot, ayah kan tak sihat”.

Hari ketiga, saya ajak suami balik ke kampung saya pula. Masa tu juga terus mak mertua kata nak bawa ayah pergi hospitaI, minta cek. Untuk makluman, sedari suami kecil, ayah mertua memang ada k4nser tapi tak pernah buat rawatan.

Jadi bila bawa ke hospitaI, memang ada k4nser tu lagi dan perlu buat rawatan segera tapi mak mertua tak nak dan minta bawa balik ke rumah semula. Sesungguhnya ALLAH SWT maha berkuasa, selepas dari tu, ayah mertua tak boleh bangun, tenat dan susah buka mata.

Saya duduk di sana selama seminggu manakala suami duduk di sana jaga ayahnya selama 2 bulan dan cuti tanpa gaji. Sepanjang di sana, em0si saya m4kin tak stabil. Saya kerap menyendiri, saya selalu menangis tiba – tiba, sering kena tindih, dan banyak termenung.

Seminggu di sana, saya ambil keputvsan untuk balik, kerja dan suami tinggal di sana. Saya? Terabai. Tapi saya kuatkan diri, “tak apa, suami tengah jaga ayah. Aku kena support dia”. Walaupun dalam hati ni memang dah terasa habis, mental, sedih dan m4kin s4kit.

Saya balik kampung suami setiap weekend sahaja walaupun dah tahu akan diabaikan. Satu hari, semasa di hospitaI saya rehat dalam kereta tiba – tiba ditindih. Tapi mata saya sedar, cuma tak boleh bergerak dan nafas. Saya ketawa sendiri, nangis kemudian sambung ketawa sambil ditindih.

Mengucap, baca segala doa dalam hati dan bila tersedar, saya terus call suami. Suami turun dan saya cerita pada suami sambil menangis. Suami tenangkan saya dan bawa saya keluar jalan malam tu. Dalam kereta tiba – tiba rahim rasa s4kit yang maha dasyat, yang amat sangat, saya boleh rasa setiap satu jarum dicucuk – cucuk. Rupanya itu permulaan seterusnya jalan hidup saya.

Sejak saat itu, satu badan saya selalu s4kit, saya selalu em0si, selalu semua benda tak kena dan menangis je secara tiba – tiba. Suami fokus jaga ayahnya jadi saya selalu keseorangan. Selepas dua bulan, Allah jemput arw4h ayah mertua.

Semua urusan dipermudahkan. Arw4h ayah memang sangat baik dan saya sendiri selesa dengan arw4h ayah. 3 hari kemudian, suami pun balik ke rumah kami. Saya jadi sem4kin em0si. M4kin lama m4kin benci pada suami.

Saya rasa jijik, geli, menyampah pada suami dan sering berg4duh walau hal – hal kecil. Suami tak pernah tinggikan suara pada saya tapi saya yang jadi tak boleh kawal. Suami nak bawa berubat, saya lagi meng4muk marah tak nak.

Minyak kasturi, saya rasa macam busuk yang amat sangat. Sampai lah minggu lepas, keadaan saya sem4kin parah bila mana saya tak boleh kerja, saya hanya rasa nak baring saja, saya termenung, muka saya jadi Iebam, dan m4kin tak dapat dikawal.

Saya Iawan dan kuatkan diri jumpa ustaz, saya pergi dengan kawan sebab memang dah benci amat dengan suami, tak boleh nak pergi dengan dia. Ustaz scan dan terus buangkan segala j1n yang ada dalam badan, di setiap part anggota badan saya ada.

Kata ustaz, ni adalah sih1r pemisah, dia baru lagi hantar tapi sangat kuat, penuh satu badan dia hantar. Ustaz sediakan barang mandian yang perlu digunakan 3 hari berturut dan perlu datang selepas hari ketiga. Nikmat sangat rasa, ringan sangat badan, rasa rindu yang amat sangat pada suami.

Selepas hari ketiga, saya datang jumpa ustaz semula tetapi kali ni bersama suami. Ustaz scan suami, kosong tak ada apa – apa. Ust scan saya, masih ada 3, 4 j1n di beberapa tempat. Nangis, s4kit meraung jangan cakaplah tapi saya dapat rasakan perbezaannya.

Lebih ringan dan saya dapat diri saya semula. Saya terus jadi ceria, saya terus boleh sembang, semangat dan bercerita. Kalau tak, memang sepatah pun tak nak cakap dengan suami. Suami happy tengok keadaaan saya dan berjanji esok nak bawa saya berjalan sebab sebulan lamanya saya s4kit dan saya tak ok dengan dia, baru hari itu saya ok dan dia jumpa diri saya yang asal semula.

Esoknya saya bangun tapi rasa nak demam, rasa lemah semula tiba – tiba mak mertua call suami minta balik ke kampung dengan alasan tak masuk akal sambil pesan “jangan bawa isteri”. Sedihnya rasa. Saya terus menangis dan dasyatnya, suami terus tinggalkan saya balik ke kampung.

Suami janji akan gerak balik ke saya semula lepas maghrib, akan sampai dalam jam 9 malam. Seharian menangis sebab sedih, kecewa, terasa. 9.30 malam, suami masih tak sampai, saya call dan suami kata “tengah sembang dengan mak”.

Sedangkan setiap hari dia call mak dia, saya cek fon suami, on the way pergi kerja, dia call mak dia. Dah sampai tempat kerja, dia buat kerja sambil video call mak dia, kemudian sambung wasap, balik kerja, dia call lagi. Malam sebelum tidur, dia call lagi. Tak cukup lagi ke.

Dia pesan pada mak dia, jangan lupa makan, tapi dia langsung tak tanya saya makan apa. Sedihnya rasa. Dia balik ke rumah kami dalam jam 12 tengah malam lebih. Saya hanya diamkan diri kerana terasa yang amat sangat.

Esoknya badan saya s4kit – s4kit amat sangat, saya jadi em0si, saya tak boleh kerja, saya member0ntak dan tengking – tengking suami. Saya rasa marah benci yang amat sangat. Malam, kami jumpa ustaz. Lagi dekat nak sampai rumah ustaz, lagi s4kit satu badan, lagi berdebar, lagi tak cukup nafas.

Saya cakap kat suami, tolong bawa laju lagi, bawa laju. Sampai rumah ustaz, saya terus masuk minta ustaz cek sebab rasa s4kit lain macam. Ustaz scan satu badan, “penuh! Ni baru lagi ni, ni semua benda baru ni. Aku dah keluarkan kamu, kamu datang lagi.”

Terus ustaz tanya suami dalam keadaan tegas, “kamu ada balik kampung baru – baru ni kan, kamu ada bawa balik barang, dia ada bagi kamu barang”. Suami terdiam dan cuba ingat semula, ustaz cakap, “ada, ada barang kamu bawa balik, saya dapat rasakan semalam kamu bawa barang”.

“Ada ustaz, mak saya bagi satu bekas ni katanya untuk hilangkan ngantuk, dia suruh bawa balik, dia bagi tanpa penutup”. Bermulalah sesi rawatan, jerit meraung menangis dalam keadaan separa sedar sehingga di satu part, ustaz tekan dan soal soal soal hingga saya tak sedarkan diri.

Rupanya sepanjang tak sedarkan diri, ustaz sedang berkomunikasi dengan “benda” yang ada di tubuh saya. Suami menjadi saksi bila “benda” ni kata “tinggalkan anak aku. Aku akan hantar lagi sampai dia m4ti”. Sekarang saya dalam keadaan sem4kin pulih tetapi masih ada sisa baki bisa dalam tubuh.

Ustaz pesan perlu berjaga – jaga sebab dia akan cuba hantar lagi dan lagi sehingga dia puas hati. Suami seorang yang sangat baik, sangat beradab, sangat menghorm4ti orang tua, sangat penyayang. Kami sayangkan rumah tangga ni, malam tadi kami bersembang dan sesi luahan perasaan.

Katanya, patutlah masa dia balik kampung, dia ceritakan keadaan saya pada mak dia dan respon mak dia hanyalah, “Kau jangan layan sangat, bila dia macam tu kau hantar dia ke rumah mak dia, biar mak dia jaga. Kau tak payah buat apa – apa, benda ni akan hilang sendiri”.

Suami cakap, dia takkan pernah tinggalkan saya, dia tak akan pernah sebut perkataan pisah dan minta kami kuat bersama – sama. Sesungguhnya, saya amatlah tidak kuat, buntu dan lemah sekarang. Wahai pembaca yang saya horm4ti sekalian, tolonglah saya. Bantulah saya. Saya sangat sayangkan suami. Saya tak sempat lagi rasa nikmat bahagia perkahwinan. Janganlah akhiri semua ni dengan penceraian. Saya tak kuat. – MRRYLCNH (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fatin Amira : Tak faham kenapa kebanyakan mak mentua kat malaysia selalu buat menantu macam orang luar, selalu nak masuk campur hal rumah tangga anak dia. Kalau rasa tak boleh terima anak lelaki dah ada pasangan, pesan awal – awal jangan bagi kahwin! Supaya anak dia boleh focus tanggungjawab, perhatian, nafkah, harta kat dia sorang saja. Yelah mak kan syurga lelaki.

Mys Mardhiah Shuhada : Mensy1rikkan Allah, ner4ka tempat dia. Kalau jadi lagi teruk hidup tu, pisah je lah dengan suami tu. Biarlah dia jaga mak dia je. Maknya pun taknak tengok anak jantan dia bahagia kan. Nauzubillah jauhkan lah diri dan keturunan aku dari benda – benda gini.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.