Tergamak awak tinggalkan kami, kerana seorang wanita lain. Saya rancang str4tegi. Saya sengaja pilih tarikh perbicaraan sama dengan tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang ke -13. Biar senang nak ingat, itulah tarikh indah perkahwinan kami, dan tarikh itulah permulaan perpisahan kami.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perkongsian ini merupakan pengalaman peribadi yang saya lalui dua tahun yang lepas. Yer betul, memaafkan lebih mudah daripada melupakan. Saya masih ingat setiap satu perkara yang berlaku, moga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan kekuatan khususnya kepada golongan isteri.
Saya dan suami sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga pada masa itu dan kami dikurniakan 4 orang anak iaitu 2 orang perempuan dan 2 orang lelaki. Kami digambarkan sebagai pasangan bahagia, dan memiliki kerjaya masing – masing.
Yer, memang kami bahagia sepanjang 13 tahun berkahwin, g4duh sikit – sikit, selisih faham, saya anggap sebagai liku – liku kehidupan berumahtangga, dan kami hadapinya dengan tenang. Tak tau di mana silapnya, saya perasan suami mula berkelakuan sedikit luar biasa.
Sebagai isteri, saya mula curiga tapi saya cuba padam perasaan itu. Lama – kelamaan, saya mula mengesyaki sesuatu walaupun suami masih suami yang dulu. Masih baik, bertanggungjawab dan penyayang dengan anak – anak.
Saya ingat lagi, masa tu lepas solat maghrib, suami letak phone dia di tepi katil. Suami tertidur, saya ambil phone dia dan bila saya baca, ternyata apa yang saya fikirkan selama ini betul. Saya betul – betul kecewa, menangis dan hampir hilang pertimbangan.
Mujur saya masih rasi0nal. Saya salin nombor telefon wanita tersebut untuk persediaan di kemudian hari. Saya mohon penjelasan suami, dia menafikan sekeras – kerasnya dengan memberi pelbagai alasan. Saya tak percaya, tapi buat – buat percaya.
Buat pertama kalinya, kami bert3ngkar dan suami keluar daripada rumah pada malam itu kerana ingin mencari ketenangan, katanya. Bermula saat itu, saya atur str4tegi. Dalam waktu yang sama, saya mula jadi penyiasat tak bertauliah.
Saya pend4m seorang diri, lakukan semuanya seorang diri. Takde seorang pun ahli keluarga yang tahu. Saya perlu jaga aib rumahtangga kami, saya perlu kuat untuk lalui semua ini, untuk cari kebenaran. Mulai hari itu, suami sem4kin lupa tanggungjawabnya, sering balik lewat daripada kerja, out station setiap hujung minggu.
Ya, saya layan dia macam biasa, tanya soalan biasa, walaupun jawapan yang diberikan buat saya menangis dalam hati. Pembohongan demi pembohongan. Saya siasat segala – galanya. Dipendekkan cerita, hinggalah saya dapat jawapan, siapa skandaI suami saya.
Saya hack, instagram, facebook wanita tersebut. Dari situ saya tahu, mereka baru saja berkenalan. Dalam 2 bulan. Dalam ig dan fb wanita tersebut, penuh muka suami saya, berdating, bercuti, bershopping.. huhhhh saya lihat suami saya bukan macam suami yang saya kenal selama ni.
Saya sangat tak sangka, yang saya lihat tu ialah suami saya yang sangat baik suatu ketika dulu. Air mata saya tak henti – henti menitis melihat kemesraan mereka. Ni kalau saya tunjuk gambar ni pada keluarga saya dan keluarga mertua, takde seorang pun yang percaya kerana suami sangat baik selama ni.
Saya screensh0t, simpan semua bukti. Suami sem4kin jarang pulang ke rumah, setiap kali dia balik, saya tanya baik – baik tapi akhirnya dia akan mengelak dan keluar rumah. Ok, saya mula keras hati. Tak tau berapa banyak dah air mata yang mengalir.
Depan anak – anak saya cuba seIindungkan per4ngai sebenar ayah mereka. Saya jelaskan bahawa ayah mereka sibuk sekarang, takde satu pun keburukan suami, yang saya ceritakan pada anak – anak. Kalau dulu, setiap pagi, suami yang hantar anak – anak pergi sekolah, tapi sejak suami hilang arah ni, saya ambil alih semua tanggungjawab dia.
Setiap pagi, dalam perjalanan hantar anak – anak ke sekolah, kami sama – sama baca doa dan sedekahkan bacaan alfatihah untuk ayah mereka. Saya cakap pada anak – anak moga tugas ayah cepat selesai, jadi ayah tak sibuk lagi, nanti ayah boleh balik rumah cepat dan kita pergi bercuti macam selalu.
Hibanya perasaan bila dengar bacaan alfatihah anak – anak. Suami, tergamak awak tinggalkan kami, kerana seorang wanita lain! Setiap malam, saat anak – anak dah tidur, saya solat sunat, macam – macam jenis solat sunat yang saya buat.
Saya mohon Allah beri petunjuk dan tunjukkan jalan yang perlu saya lakukan. Adakah saya perlu bertahan atau melepaskan ik4tan ini. Akhirnya, setelah banyak yang saya lalui, saya beri hint pada suami, saya akan buat tuntutan fasakh.
Lupa nak cerita, sepanjang tempoh ini, 3 kali saya pergi ke pejabat agama untuk sesi kaunseling, sendirian tanpa suami kerana dia tak pernah nak beri kerjasama untuk mempert4hankan rumahtangga kami. Dan kaunselor mencadangkan agar saya buat tunturan fasakh, atas beberapa alasan yang munasabah.
Suami seolah – olah tak kisah bila saya sebut nak buat tuntutan fasakh. Mungkin dia ingat, saya isteri yang lemah, isteri yang sentiasa setia, walau apa pun yang dia buat, dan mungkin juga dia fikir saya tak boleh hidup tanpa dirinya.
Yer, itu dulu. Tapi saya sekarang bukan saya yang dulu. Saya bukan wanita lemah yang sewenang – wenangnya boleh dipermainkan. Saya tak ser4ng dia, saya tak ser4ng wanita tu, bukan bermakna saya b0doh dan tak kisah tapi saya tak nak nampak b0doh dan terbvru – bvru.
Saya rancang satu persatu. Dengan segala bukti yang ada, saya pergi ke mahkamah syariah sendirian, buat tuntutan fasakh. Saya sengaja pilih tarikh perbicaraan sama dengan tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang ke-13, biar senang nak ingat, itulah tarikh indah perkahwinan kami, dan tarikh itulah permulaan perpisahan kami.
Saya menangis sepanjang perjalanan balik. R3muknya hati hanya tuhan yang tahu. Selepas tuntutan fasakh ni dibuat, saya maklumkan kepada keluarga saya. Terk3jutnya mereka, mereka tak sangka suami macam tu. Keluarga sangat sedih kerana saya lalui semua ni seorang diri.
Saya tak sangka, keluarga sokong keputvsan saya kerana mereka yakin keputvsan yang saya buat ini bukan keputvsan terburu – buru. Mereka yakin, saya dah fikir yang terbaik untuk saya dan anak – anak. Saya melihat air mata yang menitis daripada ibu dan ayah saya serta adik beradik yang lain.
Kami menangis bersama – sama, seisi keluarga! Kemudian, keluarga saya berpendapat, kedua – dua beIah keluaga iaitu keluarga saya dan keluarga suami perlu berbincang tentang perkara ini. Memandangkan suami dah tak balik rumah lebih kurang 2 minggu, dia tak tau apa yang keluarga saya rancang.
Keluarga saya pergi ke rumah keluarga suami, untuk selesaikan masalah kami secara baik. Peristiwa ini sangat sedih, saya tak akan lupa hingga akhir hayat saya. Keluarga suami juga terk3jut tentang perkara ini. Sampaikan ibu mertua saya cakap, dia tak nak menantu lain selain daripada saya. Allah, sedihnya masa ni.
Keluarga suami mohon saya dan keluarga pertimbangkan semula tuntutan fasakh ini kerana mereka berpendapat, suami bukan lelaki sebegitu. Dalam tempoh perkenalan lebih kurang 4 bulan dengan wanita tersebut, suami boleh lupakan isteri dan anak – anak dalam sekelip mata. Seolah – olah tidak w4ras.
Saya tak batalkan tuntutan fasakh, tapi saya mohon ditangguhkan untuk tempoh 3 bulan lagi. Dalam tempoh ini saya, keluarga saya dan keluarga mertua, usahakan agar suami berubat dengan perawatan Islam. Ternyata suami dikenakan ilmu hitam kerana wanita tersebut ingin suami berkahwin dengannya dan dapat menumpang kesenangan suami.
Semuanya bermula dengan suka – suka, suami diperkenalkan kepada wanita itu oleh rakan – rakannya, akhirnya suami terjebak. Ingatlah wahai para suami, sesuatu yang bermula walaupun dengan suka – suka, akan memberi kesan yang memud4ratkan.
Dalam tempoh tersebut, suami sem4kin pulih dan dapat melupakan wanita tersebut. Panjang sebenarnya untuk diceritakan secara lengkap. Kini, suami saya dah kembali seperti dulu, suami yang baik dan bertanggungjawab.
Semoga rumah tangga kami, tidak diuji lagi. Kepada semua isteri, bertahanlah selagi mampu bertahan, jika sampai masanya untuk melepaskan. Lepaskanlah dengan redha. Jangan siksa diri sendiri dan anak – anak kerana Allah adalah sebaik-baik perancang dan peIindung. – Mrs S
Komen W4rganet :
SiMelur Puteh : Puan.. membaca kisah puan, seperti saya membaca 95% kisah sendiri, dan saya ingin kongsikan pendapat berdasarkan pengalaman saya untuk pertimbangan puan. Pada awal krisis, itulah pada saya tindakan paling tepat. Fasakh.
Tapi tiapkali, wajah anak – anak yang tidak berd0sa terbayang di mata. Puan, 13 tahun membina cinta, apakah h4ncur diuji dalam masa 4 bulan? Saya memilih untuk pert4hankan walau beratus kali memikirkan perpisahan tiap kali dikecewakan.
Tak tahu kenapa, tiap kali terbayang orang ke-3 akan bertepuk tangan, malah sy4itan pun akan tercapai matlamatnya. Bila salah seorang h4nyut, bagi saya harus seorang yang mempert4hankan. Sabar tu bukanlah mudah.
Terlalu payah!! Hampir tiap malam solat subat tahajjud, memohon kekuatan, memohon agar suami kembali ke pangkal jalan. Akhirnya, selama 3 tahun bersulam air mata, orang ke-3 mengalah!! Orang ke-3 sedar hubungan mereka tidak ke mana.
Suami akhirnya sedar dan perlahan – lahan kembali seperti dulu. Puan, doa adalah senj4ta yang paling mujarab, meski tak terdengar di telinga, tapi sampai ke pintu langit. Puan, dengan ujian ini, saya kembali merenung diri apa silap diri sendiri.
Rupanya ketika saya diuji betapa besarnya cinta sesama makhluk, Allah juga menguji sebesar manakah cinta kepadaNya. Setia seorang isteri bukan hanya diwaktu suami susah, juga semasa dia alpa. Sekadar perkongsian, saya harapkan yang terbaik utk diri puan dan anak – anak. Assalamualaikum..
υπηρέτης του Αλλάχ : Bukan nak cakap manusia jauh la, lelaki – lelaki yang kat office aku udah lah. Bila lepas sama – sama, p4ntang nampak perempuan dahi licin sikit terus keluar topik pasal s3ks. Walaupun aku lelaki tapi aku pun rimas.
Memang yang nakal – nakal ni akan mencuba. Hasilnya, ada yang sampai bercerai – berai, ada yang tambah isteri. Perempuan pulak kat office aku, pakai cantik – cantik, minyak wangi semerbak, walaupun dah kahwin, tetap menggedik dengan mereka – mereka yang berjawatan supaya cepat naik pangkat.
Kes terbaru, budak perempuan ni dah la masuk pakai cable, baru kahwin 2 – 3 bulan, hubungan jarak jauh dengan suami, sibuk menggedik dengan ketua jabatan sehingga berani kurang ajar dengan staf – staf lain sebab ada backup ketua jabatan.
Baru kerja setahun dua sudah berani tunjuk belang. Menggedik dengan suami orang sedangkan diri sudah bersuami, hanya untuk kejar pangkat, amatlah jijik.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.