Bakal madu sanggup terima saya sebagai isteri kedua sebab dia tak mampu. Dia sendiri akan datang minta restu dekat keluarga saya

Bakal madu lagi tua dari suami dan ada peny4kit. Dia tak dapat penuhi semua permintaan suami sebab tu saya sanggup jadi isteri kedua. Tapi mak ayah saya malu dengan saud4ra mara. Bakal madu nak datang…

#Foto sekadar hiasan. Mula – mula Intan nak minta maaf kalau sesiapa yang rasa Intan salah masuk tempat tapi Intan rasa mungkin ada kakak – kakak kat sini pernah melalui situasi macam Intan lalui sekarang. Jadi, tak salah rasanya mendapatkan nasihat di sini….

Umur Intan 28 tahun, sudah berkerjaya dan kini sedang dalam konflik. Intan sedang dalam proses ingin berkahwin dengan suami orang sebagai isteri kedua. Diminta jangan disalah anggap, Intan bukan per4mpas kerana selama Intan mengenali kekasih, dia tidak pernah mengabaikan isteri dan anak – anaknya, dia seorang suami dan bapa yang baik, mampu dari segi kewangan walaupun tak mewah, ilmu agama yang mencukupi.

Cuma Intan mahu berkongsi kasih dengan isterinya, Sanggupkah bakal madu Intan terima? Kakak (isteri) tahu suaminya nak kahwin lagi sebelum dia kenal Intan lagi kerana ada sesuatu yang kakak tak dapat penuhi keinginan suaminya. Hanya sebab terlalu sayangkan suami dia merelakan.

Kenapa pilih suami orang, tak ada orang bujang lagi ke? Mungkin orang akan cakap jodoh tak sampai lagi. Sehingga ke saat ini, Intan belum jumpa lelaki bujang yang ikhlas menyayangi Intan sebagai seorang wanita. Sudah bercouple banyak kali tapi sampai ke satu tahap Intan rasa serik bertemankan lelaki bujang yang suka mengambil kesempatan dan penipu.

Maaf bukan ditujukan pada semua lelaki bujang tapi mungkin Allah temukan Intan sebelum ini dengan orang yang salah. Kebetulan 8 bulan yang lalu Intan mengenali kekasih pada awalnya hanya teman biasa dan Intan akui amat menyenangi sikap dan peribadinya.

4 bulan kemudian terus Intan terima permintaan dia untuk menjadi isteri kedua. Kenapa kekasih nak kahwin lagi walaupun rumahtangga aman bahagia, isteri yang memahami, berkerjaya, 5 orang anak yang cantik – cantik dan berpelajaran tinggi.

Dia 5 tahun lebih muda dari isterinya yang berumur 44 tahun dan kakak (isteri) 49 tahun, kakak pula sejak 5 tahun yang lepas tak berapa sihat dan berg4ntung pada ubat – ubatan, walaupun begitu kakak amat komited dengan kerja sebagai staf kerajaan dan abang pula selalu kesunyian.

Masalah Intan ialah, keluarga Intan tidak merestui hubungan kami, sungguhpun sekiranya kakak (isteri) boleh terima Intan, keluarga tetap tidak setuju. Intan tak sanggup nak lepaskan kekasih satu – satunya lelaki yang baik yang pernah Intan kenali.

Mungkin masa ini Intan terfikir sebab itu ramai orang kahwin senyap – senyap di Siam, dah nikah baru bagitahu semua orang tapi Intan tak nak buat macam itu sebab Intan masih hormatkan ibu bapa, nak nikah ikut prosedur yang betul.

Intan dah banyak kali pujuk ibu bapa, sampai kekasih nak jumpa ibu bapa Intan pun, ibu bapa tak mahu jumpa. Sebenarnya Intan dah jumpa kakak, dia pelawa Intan datang beraya di rumahnya. Memang kakak tak berapa sihat kalau tak makan ubat dia akan keletihan sebab ada peny4kit berkenaan dengan d4rah. Kena pergi check-up setiap bulan di hospitaI.

Layanan kakak biasa saja, anggap Intan macam kawan – kawan dia, berborak saja, dalam hati tak tahu lah kan. Keluarga tidak besar sebab abang anak tunggal ibu bapa sudah tiada dan kakak pun ada 2 orang adik beradik ibu bapa tiada.

Jadi isteri dan anak – anak amat penting bagi dia. Ikutkan, kalau dia tak mengaku dah berkahwin, boleh juga dia mengaku duda kalau nak tipu Intan tapi dia bukan macam itu. Kakak pun cakap abang tak pandai tipu.

Alasannya keluarga Intan ialah: Jarak usia yang jauh (anak sulung dia muda 7 tahun dari Intan). Keluarga berpendapat walaupun kakak (isteri) redha, dalam hati mesti tidak akan redha. Anak – anak dia dah besar boleh fikir akan cetus perg4duhan.

PJJ sebab tempat kami jauh Melaka – Pontian (Intan dan kekasih). Tak tahu nak bagitahu saud4ra mara macam mana sebab malu. Tak tahu nak buat majlis macam mana. Sekarang ini Intan ikut saja kemahuan keluarga walaupun selama 28 tahun ini.

Itu yang Intan buat walaupun Intan tak berkesempatan untuk membuat apa – apa keputusan untuk diri sendiri. Intan hidup untuk melihat orang lain bahagia. Hubungan Intan dengan suami orang itu. Seperti biasa, masih berhubungan sehinggakan dalam satu tahap dia cakap ‘dia akan bahagia andai Intan bahagia walaupun bukan bersama dia’.

Memang Intan kecewa, setelah Intan amat bersungguh tapi Intan rasa. Dia begitu terasa dengan cara ibu bapa Intan melayan panggiIan telefon darinya. Bukan nak membandingkan tapi Intan tak selesa menjalinkan apa – apa hubungan dengan orang lain buat masa ini.

Banyak percanggahan pendapat dengan anak kenalan keluarga itu. Bagi Intan mungkin sekarang zaman dah moden tapi yang dilarang agama tetap berd0sa, jangan sendiri menghalalkan yang h4ram. Walaupun berapa tinggi pangkat kita, semua orang tetap sama.

Intan tak sanggup sehidup sem4ti dengan orang macam itu, lebih baik single. Mungkin Intan rasa Intan boleh menjadi isteri kedua yang bahagia, sebab Intan boleh bertolak ansur dengan kakak dan kekasih seorang yang amat bertanggungjawab.

Tapi restu ibu bapa lebih penting? Apa pendapat kakak – kakak kat sini? Bagaimana nak lembutkan hati ibu bapa? Bagaimana nak terangkan pada mereka kehidupan sebagai isteri kedua tak seteruk yang mereka sangkakan?

Insyallah cuti sekolah ini kekasih dan kakak nak datang rumah Intan jumpa ibu bapa Intan. Nak berbincang, walaupun dulu kekasih pernah sampai setakat pintu gate saja sebab ibu bapa tak benarkan masuk rumah. Tapi Intan pun risau juga, kalau – kalau kakak datang pun ibu bapa tak kasi masuk, yelah kakak tak sepatutnya terlibat dalam urusan ini.

Ibu bapa Intan hanya sukakan kesempurnaan, kahwin dengan orang biasa berstatus bujang, buat majlis besar – besaran… Tapi Intan bukan macam itu. Perkara ini kadang – kadang menimbulkan pert3ngkaran kecil antara Intan dan keluarga sebab itu kekasih kalau boleh tak nak Intan bert3ngkar dengan ayah Intan terutamanya hanya sebab kami nak kahwin sebab nanti effect kerja dan emosi Intan juga.

Walaupun biasanya bertengkar dengan ayah tak lama, sebab ayah Intan akan perasan dia memarahi Intan tanpa Intan meIawan cakap dia walau sekali pun. Andai betul – betul keluarga Intan tak dapat terima dia, dia mengharapkan Intan bahagia walaupun dengan orang lain… Maaf kalau panjang sangat.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.