Balik dari kursus terk3jut tgk kak ipar hias rumah mcm hotel, dia siap w4rning buang air besar sekali sehari

Lepas Along kahwin, dia bawak kak ipar duduk sekali dekat rumah pusaka arw4h mak ayah. Masa mula – mula masuk je aku dengar dia merungut rumah kami ni kecik dan buruk. Masa balik dari kursus, aku terk3jut tengok rumah dah macam hotel. Perkara pertama dia suruh aku buat, nak jalan atas karpet dia, aku kena lap dulu kaki aku. Sebab karpet dia putih.

#Foto sekadar hiasan. Salam sejahtera. Terima kasih sebab sudi siarkan confession aku. Mungkin apa yang aku nak kongsikan ni, ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah tiada. Aku minta maaf siap – siap kalau ada yang terasa hati.

Sebenarnya aku anak bongsu dari dua beradik. Kitorang dua – dua lelaki. Mak dan ayah dah meningg4I. Aku geIar abang aku sebagai Along. Isu timbul bila along berkahwin. Bini dia aku panggil kaklong je. Along ambil keputvsan bawa bini dia balik dan tinggal di rumah pusaka tempat kami membesar.

Rumah tu takdelah besar mana, standard rumah taman yang lain. 3 bilik je. Waktu pertama kali kaklong jejak kaki dalam rumah, aku ada dengar dia merungut yang rumah ni kecil dan buruk. Along pujuk – pujuk bini dia. Maklumlah anak orang berada, mana pernah masuk rumah orang bujang yang buruk ni.

Aku yang dengar buat b0doh je. Malas nak masuk campur. Kebetulan, lepas je kaklong berpindah masuk, aku dihantar berkursus kat Langkawi seminggu. Jadi, seminggulah aku tak tahu cerita apa. Balik je aku dari Langkawi, aku terk3jut beruk sebab ruang tamu rumah dah bertukar jadi macam l0unge hotel.

Serba serbi nampak mewah dan kemas. Dari pintu masuk membawa ke dapur, semua nampak lain. Nampak berserilah! Kaklong sambut aku balik. Benda pertama yang dia suruh aku buat masa tu, nak jalan atas karpet dia, aku kena lap dulu kaki aku.

Sebab karpet dia putih. Ok. Aku setuju sebab masuk akal jugaklah. Lepas tu ada lagi. Malam tu, aku keluar bilik dan lepak dengan along depan tv. Tengah kitorang sedap – sedap lepak, dia boleh bukak vacuum dia dan selamba badak vacuum depan – depan aku dan along.

Aku mula rasa pelik dah. Sebab tak mahu bagi diorang rasa janggal, aku bIah masuk bilik. Esok paginya barulah along cerita yang bini dia ada masalah OCD. 0bses sangat dengan kebersihan. Dia mintak aku bersabar dengan per4ngai kaklong.

Korang nak tahu, macam – macam benda yang dulunya aku bebas buat dalam rumah tu, sekarang dah tak boleh. Aku ke dapur bancuh milo, aku dah nampak kaklong pura – pura jalan ke bilik air. Lepas je aku siap bancuh dan bIah dari situ, cepat – cepat dia lap bersih dapur.

Ada sekali tu, aku masak maggi. Elok je aku duduk hadap maggi tu kat meja makan, kaklong terus ambil periuk yang dah aku basuh, untuk dia basuh sekali lagi. Cara dia basuh periuk tu macam tengah tenyeh muka aku. Punyalah kasar.

Memang rasa nak terc3kik maggi je time tu, mujur aku teringat dia ni ada OCD. Jadi aku pura – pura tak terasa. Itu belum lagi bab bilik air dan tandas. Normallah manusia tiap – tiap pagi bangun buat pelaburan. Aku pun tak terkecuali.

Sistem penghadaman aku pulak aktif terlebih. Aku selalu buat dua kali pelaburan sehari. Korang tahu, aku pernah kena marah dengan kaklong sebab membuang! Yes! Aku buang air besar lepas tu, kena marah! Dia w4rning aku suruh aku membuang sehari sekali je!

Kalau nak membuang jugak, pergi cari petrol station mana – mana dan buang! Takut banyak kum4n dalam tandas tu. Tak cukup dengan tu, bila mandi, semua yang dalam rumah tu kena pastikan bilik air tu kemas seperti sebelum masuk mandi.

Yang lagi best, kalau aku tertinggal syampu, shaver atau boxer dalam tu, memang itulah kali terakhir aku nampak barang – barang aku. Semua dia buang. Kalau aku rajin, aku keluar selongkar tong sampah. Kalau tak, aku pejam je lah mata.

Korang percaya tak, aku ada beg toiletries aku sendiri. Bab ruang tamu tu, memang antara kawasan yang aku kalau boleh nak elak jejak. Remote tv dia bungkus dalam plastik. Karpet tu kalau boleh tiap – tiap jam dia nak vacuum.

Lantai pun setiap masa dia nak sapu. Sampaikan aku syak dia tidur peIuk penyapu. OCD kaklong ni pun kadang – kadang sampai buat along str3ss. Pernah sekali aku tengok along tidur atas lantai tak berlapik, just bantal je.

Bila aku tanya, along bagitau kaklong meng4muk sebab along kotorkan sofa. Sebab tu diorang g4duh. Menggeleng aku dengar. Baru – baru ni, OCD kaklong jadi m4kin teruk. Mungkin sebab dia tengah mengandung anak sulung.

Sampaikan tiap – tiap tempat aku duduk, mesti dia akan sembur febreze oren. Sekali lagi aku pura – pura tak terasa. Ada sehari tu, aku keluar dan balik dari tempat kerja, aku tengok baju – baju aku yang aku belum basuh, dah selamat duduk dalam beg plastik hitam.

Untuk pengetahuan korang, aku jenis kumpul baju kemudian bawak pergi basuh kat dobi. Sebagai manusia biasa, aku pun kurang sabar. Boleh pulak dia bungkus baju aku dalam beg plastik sampah dan letak tepi pagar! Kalau kena kat korang, apa yang korang nak buat?

Aku meng4muklah! Dia dah buat aku macam par4sit! Bertekak aku dengan kaklong petang tu. Mujur ada along, kalau tak, aku pun tak boleh bayang apa yang bakal jadi. Malam tu jugak aku pack baju dan keluar dari rumah. Aku tumpang rumah member.

Jadi, bagi nak elak perkara lagi teruk, aku ambil keputvsan nak menyewa kat luar walaupun rumah sewa aku tu lagi jauh dari tempat kerja berbanding rumah lama. Ada jugak sekali dua aku balik sebab nak ambil barang – barang aku.

Bilik yang dulunya aku duduk dah jadi bilik tetamu. Sebenarnya banyak lagi per4ngai OCD kaklong yang aku tak cerita. Bukan apa, aku jadi s4kit hati nak taip. Aku cuma mampu doa agar berubah sikit per4ngai OCD kaklong.

Along pun bukannya cermat sangat orangnya, tapi dah sebab bini jadi macam tu, dia pun redho je la. Tapi itulah, aku kesiankan along. Dah kurus badan abang aku sekarang, kerana kasih dia turutkan… – Adam

Sambungan.. Salam sejahtera sekali lagi. Aku Adam yang confess tentang kak ipar aku OCD tempoh hari. Berbalik kepada confession aku. Masa aku tulis ni, kak ipar aku (kaklong) dah mengandung 6-7 bulan rasanya. Aku tak tahu usia kandungan yang tepat sangat.

Main teka – teka je. Bab OCD dia aku dah kurang ambil tahu sangat sebab aku dah tinggal luar sekarang. Ada la dalam dua tiga kali aku balik jenguk rumah. Itupun nampak benda yang sama juga sebelum aku pindah keluar dulu.

By the way, lepas aku baca balik feedback yang pembaca – pembaca bagi, aku rasa terpanggil nak betulkan cara pemikiran korang. Ada yang mengaku dia ada OCD. Ok, biar aku explain betul – betul keadaan sebenar kakak ipar aku (kaklong) selama dia mend3rita OCD ni.

Lepas tu sila bandingkan dengan keadaan korang. Kalau sama, sah korang OCD. Cepat – cepat la pergi berubat. Apa yang aku nampak, hidup kaklong busy sangat – sangat. Setiap hari sama je. Buat perkara yang sama berulang!

Bangun pagi, dia akan sapu satu rumah. Sampailah depan pagar. Kemudian mop lantai, vacuum karpet. Setiap hari! Rumah aku tu siap ada bau trademark. Bau ajax hijau tu. Lepas tu, masuk tengahari sikit, dia akan ulang sapu sampah tadi dengan vacuum karpet tu, walhal tak ada siapa pun yang henyak – henyak karpet dia tu.

Bila dia nak sidai baju di ampaian, aku tengok dia akan sidai baju, kain dan pakaian kecik ikut jenis dan warna. Baju – baju dia dengan along, dia akan sidai kat ampaian paling elok dan jauh dari pagar. Baju – baju aku, aku b4ntai sidai tepi pagar ada lumut – lumut.

Dah tempat yang elok – elok semua kaklong baIas kat dia, sidai jarang – jarang siap ada space yang sama. Mana nak muat lagi dah baju aku dah. Lepas masak dan makan tengahari, dia akan basuh pinggan mangkuk. Letak atas sink kejap biar kering.

Lepas tu, dia akan basuh untuk kali kedua sebelum letak kat rak. Sebelum letak atas rak tu pun, dia akan lap pinggan mangkuk tu sampai bunyi kriuk – kriuk yg meremang bulu roma. Bila petang sikit, dia akan menyapu dan vacuum lagi.

Sembur – sembur febreze dia. Kalau dia terjumpa sikit je kekotoran, memang berjam – jamlah dia hadap nak cuci benda tu. Benda yang paling aku beng4ng bila aku ke dapur dan masak something. Masa tu jugaklah dia akan buat – buat lalu lalang masuk bilik air.

Konon tak nak nampak sangat yang dia tengah intai aku. Sampai 5 – 6 kali punya masuk tandas, sembelit ke apa!? Selesai je aku guna dapur, dan – dan dia datang dapur dan cuci balik perkakas – perkakas yang aku guna. Dia ingat aku sapu n4jis kat pinggan mangkuk tu agaknya.

Tak pun aku dah calit virus sam0nella kat periuk dia. Entahlah. Malam – malam adalah masa yang paling aku nak elak bertent4ng dengan dia. Sebab masa lepas maghrib, dia akan mula memvacuum macam nak giIa. Suka sangat vacuum lah kot!

Masa – masa macam tu, selalunya aku dan along tengah lepak – lepak depan tv. Nak tengok berita ke, drama korea ke hehe. Dah kaklong start vacuum, takkan kami nak tercongok lagi depan tu. Orang giIa je sanggup tengok tayangan free kaklong vacuum karpet.

Masa lapang aku borak – borak dengan along memang limit giIa lepas diorang kahwin. Ada sekali tu, along bawa kaklong pergi kenduri kat kampung. Diorang bajet nak pergi balik hari jadi tak banyak baranglah diorang prepare dan rumah pun diorang tinggal ala kadar.

Kaklong kiranya nak sental rumah tu lepas balik kenduri. Tapi tiba – tiba ada jadi hal yang tak boleh elak dan diorang terp4ksa tidur kampung malam tu. Korang tahu tak, disebabkan perancangan kaklong nak mengemas rumah malam tu tergendala, kaklong kena panic att4ck.

Dia jadi tak boleh kawal minda dia dari fikir macam – macam. Malam tu jugak dia desak along ajak balik. Aku terk3jut jugaklah tengok diorang laki bini balik dekat jam 3 pagi. GiIa! Esok paginya kaklong demam panas. 2-3 hari.

Walaupun dalam demam tu pun, dia punya OCD tu maintain tapi kurang sikitlah sebab tak ada daya. Yang jadi m4ngsa dia, along la. Siapa lagi. Kerja sapu, vacuum, tu along yang kena buat. Korang bayangkanlah, benda yang sama, benda yang kita orang biasa ni tak fikir nak buat pun, pend3rita OCD ni buat hari – hari.

Buang masa diorang kat benda yg tak perlu. Benda yang tak masuk akal. Life diorang limited sangat. Along ada bawa kaklong pergi jumpa psych1atrist tapi tak membuahkan hasil. Sebab aku ada baca orang bagi cadangan bawa kaklong pergi perubatan islam, aku ingat nak bincang dengan along hal ni.

Diorang bakal dapat anak, dan aku risau dengan pembawakan family diorang nanti. Aku risau along pulak yang jadi overload sebab m4kin banyak tanggungjawab dan nak layan s4kit bini dia lagi. Lupa nak habaq, Kaklong ada jugak makan ubat, itupun masa dia kena panic dis0der dan masa mind dia nak bl0w.

Aku tak tahulah ubat apa, yang pasti ubat berbentuk pil. Aku ambil jalan keluar dari rumah tu sebab tak tahan dengan repetition kaklong. Kalau nak ikut, per4ngai kaklong ni biasa – biasa je. Cumanya, disorder dia yang buat dia jadi macam tu.

Aku pulak mentaI tak kuat nak hadap. Tak macam along. Kalau ada sesiapa dari kalangan pembaca confession ni yang ada simptom – simptom macam yang aku ceritakan tu, sila – silakan bawa diri sendiri jumpa pakar. Kalau sikit – sikit je simptom – simptom tu, korang bukan OCD pat1ent lagi, korang just clean fr3ak je. That’s all. – Adam

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?