Balik kerja pukuI 3 pagi, perasan ada motor Ianggar lubang. Saya buat tak tahu. Esoknya saya dapat tahu ada kemaIangan ngeri

Kat sini la yang saya menyesal giIa – giIa. Kenapa saya tak berhenti tengok motor tu jadi apa. Saya boleh ja pusing balik. Saya pentingkan diri. Esoknya, kawan saya cakap, ada kemaIangan ngeri, saya terus nak pitam…

#Foto sekadar hiasan. Setiap kali tarikh tu muncul, atau hampir muncul, saya akan rasa gelisah berdebar tak tentu hala. Tarikh tu saya dah bvnvh seseorang kerana sikap pentingkan diri saya. Tahun 2010, saya buat practical di sebuah kilang di kawasan industri.

Saya kerja 12 jam di kilang ni. Ada 2 shift. Pada hari kejadian tu, saya shift malam. Pada gaji bulan lepas, hr telah terkurang bayar ot saya sebanyak 4 jam. Supervisor bagi cadangan tolak 4 jam kira balik awal.. Kalau nak HR bayar, bulan depan baru bayar.

Saya memilih untuk balik awal. Saya menyesal kenapa pilih tarikh tu atau option tu. Kalau tak, saya tak perlu rasa bersalah sampai sekarang. Masa tu saya shift malam. Saya pilih untuk balik pukuI 3 pagi. Sepatutnya pukuI 7, tapi saya tolak shortage tu.

Semasa berada di dalam kilang, kita tak akan dengar apa – apa. Bila dah keluar dari kilang menuju ke tempat letak motor, baru tahu rupanya hujan lebat giIa. Memang style saya redah ja biar selebat mana pun hujan. Sebab saya nak cepat – cepat balik.

Berbekalkan baju hujan, slow – slow saya betolak balik. PukuI 3 pagi, jalan lengang sunyi sepi melainkan ada beberapa kontena besar – besar. Selain tu takde kend3raan. Sebelum sampai ke round the board dekat petronas, kend3raan berat macam bermaharaja lela la.

Dalam keadaan hujan lebat macam tu, must4hil mereka nak nampak kita. Saya sendiri rasa sangat seram menunggang motor berselisih dengan treler. Apatah lagi jalan raya berlubang berlopak sana sini. Saya bawak motor dengan sangat hati – hati dan cemas.

Bawak slow sangat pun risau jugak. Sebab lori kat belakang pasti tak nampak saya. Jalan dia takde la lebar sangat. Sebab ada lori yang berhenti kat tepi, jadi saya kena ke tengah jugak. Saya berdoa cepat sampai sebab saya takut dengan keadaan jalan, cuaca dan kend3raan berat masa tu.

Masa tu saya macam nampak ada satu motor dari arah petronas tu. Sebab depan tu nak dekat round about, saya akan ambik ke kanan. Manakala motor tu macam nak terus. Saya dah pintas dia. Tapi dia bawak sangat perlahan.

Masa tu keadaan berlaku sangat pantas. Saya perasan macam dia Ianggar lubang dan hilang kawalan. Macam melelong – lelong. Kat sini la yang saya menyesal giIa – giIa. Masa tu jalan dah sunyi.. Lori – lori tu pun dah ke laluan lain.

Tapi kenapa saya tak berhenti tengok motor tu jadi apa. Saya jugak dah bawak slow sebab jalan sangat berlubang – lubang. Takde satu kend3raan pun masa tu. Saya boleh ja pusing balik, tapi saya abaikan semua gerak hati saya. Saya cuma fikir saya nak cepat sampai. Saya pentingkan diri.

Padahal saya dah rasa mungkin motor tu terjatuh.. Tapi saya fikir mungkin takde apa – apa. Sedangkan hujan sangat lebat masa tu. Air pun bertakung sana sini. Saya cuma berdoa semoga penunggang tu selamat. Lepas tu menyedapkan hati sendiri mungkin orang tu tak apa – apa ke.

Dan berfikir, 3 pagi mana mungkin ada manusia kat kawasan ni selain aku. Boleh jadi tu jelmaan jin atau bayangan perasaan. Tanpa rasa bersalah saya balik rumah. Tidur. Lepas tu pukuI 6 petang saya dah pergi kerja. Time tu jalan sangat sibuk sebab semua orang balik kerja masuk kerja. Nak pergi tengok kawasan tu memang tak la.

Memang selalunya saya akan masuk production awal sebab nak setup mesin sebelum shift malam bermula. Yang g3ng – g3ng shift pagi dah kemas – kemas la nak balik pukuI 7. Masa tu la sorang kakak ni tanya, semalam h4ng ada ka jumpa eksiden.

Saya memang agak rapat dengan kakak tu. Dia tahu malam semalam saya balik awal. Saya tanya kenapa kak.. Saya dah tak sedap hati. Dia kata pagi tadi pukuI 6 jem giIa situ. Sebab kakak tu naik bas kilang. So dia akan sampai awal.

Dia kata ada pakcik tu kena Ianggar. Habis h4ncur badan dia dengan motor sekali.. Trailer lenyek tak tau berapa banyak. Sebab malam kan hujan. Dengar kata banyak trailer naik atas badan dia. Driver bas kata ada orang macam perasan benda pelik. Masa tu kan gelap. Lepas suluh nampak isi, daging semua terburai.

Banyak kend3raan berat naik atas badan dia sampai dia penyet. So orang tutup kawasan tu nak kutip isi dan daging – daging dia. Polis banyak masa tu. Ya Allah saya dengar tu terus nak pitam.. Demi Allah saya tak kuat. Saya tahu pakcik tu la orang yang saya jumpa semalam.

Ya Allah, kalau la saya berhenti tolong dia.. Mungkin dia dapat diselamatkan. Mungkin berakhir dengan Iuka kecik. Mungkin boleh call ambulans. Kalau pun dia meninggaI, kurang – kurang jasad dia pasti sempurna. Saya punca kem4tian dia. Saya menyesal sangat – sangat.

Entah dia ada keluarga ke, sapa nak sara keluarga dia. Saya cuma tahu dia kerja guard ja. Masa tu media sosiaI kurang viral – viral macam sekarang. Tapi demi Allah, benda tu satu tr4uma besar dalam hidup saya. Saya start overthinking.

Saya fikir entah kot – kot masa lori Ianggar dia hidup ke. Dia berharap ada orang selamatkan dia. Atau masa jatuh dia harap saya patah balik selamatkan dia. Ya Allah, sampai sekarang saya masih berfikir apa dia tengah rasa masa tu.. Pasti dia tengah tangung kes4kitan ya maha dahsyat.

Saya meletakkan diri saya yang jadi macam tu. Apa perasaan keluarga saya. Atau apa perasan saya apabila saya nampak ada motor yang perasan saya jatuh, tapi mengabaikan saya. Ya Allah kau ampukan la d0sa – d0sa dia.. Kau ampunkan d0sa aku. Aku tak sengaja ya Allah.

Masa tu saya dah hujung – hujung nak habis practical. Saya dah takde mood dan takut nak guna laluan tu lagi. Saya kerap mc. Habis practical saya langsung tak pernah lalu situ. Kilang ada offer permanent job kat saya as a assistant engineer. Tapi saya tolak.

Saya langsung tak kerja bahagian industri. 2010 adalah last. Saya kerja langsung takde kaitan dengan bidang pengajian saya. Saya takut nak lalu industri. Benda tu tingalkan impak besar dalam hidup saya sampai sekarang.

Saya tak mampu move on walaupun ramai yang pujuk kata tu dah takdir dan sebagainya. Tapi saya tetap rasa saya yang dah bvnvh pakcik tu. Saya rasa ngeri bila membayangkan jasad dia seperti sekeping papan. (dari cerita – cerita orang)

Ya Allah, tak mampu bayangkan macam mana perasaan keluarga dia.. Isteri dia, anak – anak dia yang tengah tunggu dia balik. Tapi jasad yang tidak sempurna yang balik. Ya Allah ampunkan aku ya Allah. – Pend0sa (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Jentayu : Confessor satu je kita kene ingat. Walau confessor pusing selamatkan pak cik tu there is no guarantee yang jasad pakcik tu akan sempurna atau pakcik tu masih hidup. Semua yang ditakdirkan akan berjalan ikut masa dan waktu yang telah ditetapkan tanpa terlewat walau sesaat.

Dan ada sebab kenapa Allah gerakkan hati confessor tak pusing balik. Semua bersebab Dan memang dah ditulis begitu. Tapi kalau keadaan ni sangat – sangat menganggu please seek for professional help sebab dah lama sangat dan anda masih lagi dih4ntui dengan rasa berd0sa dan ketakutan yang amat. Tak ada siapa yang menyalahkan anda confessor,jadi bertenanglah..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.