Balik rumah tengok tempat tidur suami tak berkemas. Ruang tamu penuh habuk biskut, laman rumah penuh puntung r0kok

Langsung tak ada adab dekat isteri, tak ada rasa hormat kat isteri. Agaknya bagi dia alah buang jelah nanti kan bini aku sapu. Aku pernah lah hilang sabar, aku kutip semua puntung r0kok tu aku masukkan dalam beg kerja dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum korang. Nama aku Zira (bukan nama sebenar), berumur 29 tahun ada dua anak perempuan umur 6 tahun dan 2 tahun. Aku rasa aku burn out giIa jadi isteri yang bekerja dan surirumah. Sabar jangan judge dulu silakan dengar cerita aku dulu, haha.

Suami aku ni bekerja tapi shift petang (4pm – 12am). Tapi dia kerja jauh, perjalanan je 1 jam setengah. So dia akan gerak pergi kerja pukuI 2:30pm dan akan sampai rumah pada 1:30am – 2:00am kalau tak jammed. Suami aku ni kerja seberang tambak.

Aku pula kerja sebagai HR Isnin – Jumaat 8pagi – 5petang. Jadi bila aku pergi kerja suami aku tidur, aku balik kerja suami aku dah tak ada kat rumah dah gerak pergi kerja. Aku penat sangat sebab suami aku ni bagi dia, dia dah kerja malam dan perjalanan dia sangat panjang, waktu siang dia perIukan rehat dan tidur yang cukup.

Aku faham je benda tu tapiiiii ada tapi ya, tapi tolonglah aku buat kerja rumah jugak. Aku penat weh buat semua benda sorang. Aku bangun pagi – pagi dalam pukuI 5:30 pagi dah kena masak untuk bekal aku dan anak – anak.

Kena masak lah sebab nanti suami aku nak pergi kerja dah ada makanan. Dia cakap dia beli barang dapur so aku kenalah masak. Lepastu aku nak kena siapkan anak aku yang 4 tahun tu pergi tadika, nak tukarkan pampers adik dia lagi. Aku rasa aku macam nak terkejar kejar.

Aku tak boleh bangun lagi awal sebab malam tu aku akan kerap terjaga sebab anak – anak. Lagi lah kalau diorang tak sihat ya Allah memang patah badan aku handle sorang. Aku ni pulak senang kena p4nic att4ck. Aku tak cakap aku ada anx1ety tapi aku pernah refer doktor dan doktor cakap aku ni ada simptom p4nic att4ck.

Bila p4nic tu datang mula lah aku mengeletar, kadang – kadang tengah solat pun nangis sebab menggigil ketakutan, kadang – kadang buat aku susah nak tidur. Aku memang tak boleh lah duduk rumah malam sorang tanpa suami aku. Aku mudah takut.

Bunyi cicak pun aku dah boleh fikir bukan – bukan. Tapi suami aku cakap aku kuat drama. Kadang – kadang aku balik kerja, aku tengok tilam bekas dia membuta tu tak dikemas. Ruang tamu ada habuk – habuk biskut, ada habuk dari kipas siling.

Dekat sinki memang tak ada pinggan kotor tapi ada sisa makanan macam nasi ke tulang ayam ke tulang ikan. Plastik sampah tak dibuang elok je tengok dalam bakul sampah. Buka tudung saji tengok lauk dah habis tapi tak nak tolong basuh padahal engkau yang makan lauk tu tadi sebelum pergi kerja.

Kenapa eh tak ada common sense? Benda – benda simple tak boleh buat. Nampak barang kat lantai tak nak tolong ambil letak atas meja ke apa ke. Aku penat sebab benda – benda remeh macam ni lah. Aku taip ni pun aku penat sebab nak cerita satu satu per4ngai dia.

Belum masuk kisah basuh baju lagi. Aku basuh baju malam ye. So esok pagi aku akan p4ksa dia sidai. Tu pun jadi satu masalah bagi dia. Dia siap cadangkan aku ni berhenti kerja supaya dia tak payah buat apa – apa kerja rumah.

Lagi satu habit dia yang meny4kitkan hati aku ialah dia ni hisap r0kok tau tapi siap je hisap r0kok dia akan buang puntung r0kok tu kat luar (laman rumah). So setiap kali aku menyapu kat luar tu memang menyumpah seranah lah mulut aku sebab per4ngai biadap dia tu.

Dah lah hisap r0kok lepas tu kurang ajar buang merata. Memang bagi aku perbuatan tu kurang ajar pun sebab dia tahu aku ni yang menyapu kat luar. Tak ada adab dekat isteri, tak ada rasa hormat kat isteri. Agaknya bagi dia alah buang jelah nanti kan bini aku sapu.

Aku pernah lah aku hilang sabar aku kutip semua puntung r0kok tu aku masukkan dalam beg kerja dia. Kalau dia nak marah ke g4duh ke lantaklah janji hati aku puas. Sejenis takde common sense takkan lah setiap kali hisap r0kok aku nak kena pekik suruh buang puntung r0kok kat tong sampah.

Lagi satu ni dia ni pengotor ye. Dah lah pemalas tambah lagi pengotor. Aku pernah je sorokkan shave sebab aku tengok shave dia bersih tak terusik. Dia tak cari ye gaisssss. Sebulan aku sorokkan sebulan juga lah area private part dia tu tumbuh meliar.

Dan sebulan jugaklah aku sidai dia sebab aku geli kot dia tak jaga private part dia. Nak tunggu aku ugvt dulu baru dia nak clearkan. Selekeh. Kesimpulannya aku ni dah penat dengan per4ngai suami aku ni. Sampai kadang – kadang aku m4ki hamun dia dalam hati.

Cakap baik – baik sudah, pesan baik – baik sudah, ingatkan dengan cara baik sudah even berg4duh pun sudah. Aku ni letihhhhhh sangat. Tolonglah siapa ada pengalaman macam aku ni boleh bagi cara tak. Aku ni dah sampai tahap bosan tahap nak tengok muka dia pun aku menyampah. – Zira (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Niea Zyter : Begitulah kata – kata dari seorang isteri kepada suami apabila isteri beremosi dah tidak reda dengan apa sahaja perkara (contoh: mengemas rumah) yang dilakukan untuk keluarga. Maka, h4ncurlah dan resah gelisah lah hidup seorang suami.

Nak isteri reda? Jaga hati dan jiwa isteri. Bila isteri bahagia, semua yang dilakukan menjadi seronok tanpa rasa keterp4ksaan. Dan kurang amarahnya. Mudahkan? Kenapa ramai lelaki tak mampu jaga hati dan jiwa isteri?

Nasri Esa : Tak seronoknya kehidupan rumahtangga camni. Aku baca pon menyampah dengan per4ngai pasangan macamni. Ada sejenis manusia gini, semua benda kat rumah tu bagi dia keje bini ja termasuk jaga didik anak.

Dia fikir dia pi keje cari duit tu dah cukup. Isteri tu kalau dia berhenti keje dan jadi suri rumah pon, semua benda dia buat dia akan penat badan penat em0si jugak ya. Dah kahwin tu kena saling tolong menolong la, bukan serah semua atas seorang ja yang buat.

Liza Zainal : Biasalah bila kerja dan ada anak kecik – kecik dan dapat suami macam tu memang penat. Makcik pun macam tu dulu tapi berkat sabar sebab sayangkan rumah tangga taknaklah sebab perkara remeh temeh sampai bercerai berai.

Lainlah kalau dia curang.. Alhamdulillah anak – anak dah besar.. Dah berkerja. Mak cik ngan pak cik pun dah tak berkerja. Kami relex aje kat rumah. Pokok pangkal kena banyak sabar.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.