Banjir teruk di Jalan Genting Klang, tindakan dua pemuda ini dipuji orang ramai.

Hari ini tuIar dilaman twitter apabila seorang pengguna yang dikenali sebagai @datininaz memuat naik status tentang keadaan banjit di Jalan Genting Klang.

Menurutnya, keadaan banjir yang agak teruk membuatkan keretanya dan beberapa kenderaan lain mengalami masaIah. Malah insiden ini menyebabkan banyak lagi kendereaan lain yang turut terkandas kerana tidak boleh melalui kawasan tersebut.

Oleh itu, dua orang pemuda iaitu suami dan adiknya telah mengambil inisiatif untuk mencari lubang longkang serta mencari jalan supaya laluan air tidak tersekat.

Mereka berdua telah mengangkat penutup-penutup lubang longkang yang ada dan pastikan tiada benda yang menghalang laluan air. Hasilnya, air yang bertakung yang menyebabkan banjir dapat mengalir dengan cepat dan sekelip mata air banjir surut.

It takes a little common sense to save the world. Hujan lebat, banjir teruk kat jalan Genting Kelang, banyak kereta sangkut, so my boys turun and tengok apa boleh buat. Banjir no moreee! So proud of you guys! Please share & leave a kind message for our unsung heroes – twitter @datininaz

Menurut pemilik akaun twitter tersebut, selepas air sudah surut, suami dan adiknya bertindak menutup semula lubang-lubang longkang yang telah dibuka.

Honestly skrg baru i tahu bahawa KL ni bersih. Air banjir cuma ada dedaunan kecik2 je kudos juga kepada abang2 tukang sapu – datininaz

Perkara terpuji ini telah membantu ramai orang serta dapat melancarkan trafik yang sesak.

Rata-rata netizen memuji tindakan dua pemuda tersebut yang memudahkan urusan orang lain.

Proud!!! Kalau benda ni viral bagus, atleast bawa mesej yg baik dekat semua rakyat malaysia. Bukannya viral benda nonsense eii hat tu semak.- Netizen

Terbaik… alhamdulillah mudahkan urusan org ramai – Netizen

Video :


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..