Banyak kali terlanjur, saya tipu yang saya mengandung. Tapi mak dan tok tak bagi saya kahwin dengan lelaki tu

Saya mesej dia dulu nak maklumkan yang saya dah melahirkan anak lelaki kami. Saya tak mintak duit dia sebab saya tau dalam Islam macam mana, kedudukan anak kami yang tak sah taraf. Tapi dia cakap dia tak nak ambil tau pasal anak..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, terima kasih sebab sudi baca confession saya. Saya terima kecaman dari sapa pun tidak kira tua muda dengan terbuka hati, ikhlas dan redha. Nama saya Mawar berumur lingkungan 20-an dan tujuan saya kongsi cerita ni adalah lebih kepada nak minta tips, pandangan dan sebagainya.

Saya harap ada yang boleh jawab soalan yang saya tanya di akhir cerita. Saya pend0sa yang sudah bertaubat.. Pend0sa yang dah menyesal sungguh dengan perbuatan saya. Saya membesar di kampung dengan tok dan tokwan, disebabkan saya sorang ja cucu yang duduk situ saya di tatang bagai minyak yang penuh, apa yang saya nak semua dapat.

Harini mintak esok lusa dapat lah. Tapi dalam manja tok saya pun garang. Kena r0tan batang paip, h4nger, kayu penabuh, cubit itu biasa. Saya tinggal di kampung sebab jarak kelahiran kakak dan saya rapat, beza setahun ja.

Kakak saya, opah beIah mak saya yang jaga sebab mak ayah kerja jadi saya pula duduk dengan tok belah ayah. Tok dengan tokwan memang sayangkan saya sangat sangat tapi entah kenapa dulunya saya seorang cucu yang degil payah sangat nak dengar cakap.

Masuk sekolah menengah macam – macam per4ngai saya buat. Sampaikan bila saya ingat balik, kalau la anak saya buat macam tu kat saya, boleh ke saya sekuat tok dan tokwan? Saya sendiri pun taktau. Saya pernah jumpa kaunseling luar sekolah dan doktor s4kit mentaI orang kasar panggil.

Saya taktau la apa tujuan saya jumpa dulu. Tau – tau diorang diagnosis saya, kemudian bagi ubat dan sebagainya. Dan yang saya ingat salah satu puncanya ialah sebab saya tak diberi perhatian oleh mak ayah saya. Sejujurnya seumur hidup saya kebanyakan masa saya rasa kosong.

Saya rasa ada yang tak terisi. Sampailah saya mahukan seseorang dalam hidup saya yang saya rasa mungkin kalau saya ada teman lelaki semua rasa ni akan hilang. Saya sangat percaya apa yang saya fikir. Jadi saya pun berjumpa dan bercinta dengan seorang lelaki ni, jarak umur kami 7 tahun.

Masa saya mula ada hubungan dengan dia saya masih lagi sekolah tak lepas spm pun lagi. Saya sayang sangat saya cinta sangat dekat lelaki tu. Saya rasa masa tu kasih sayang saya hanya kepada lelaki tu je. Keluarga dan orang lain saya tak nampak dah seolah – olah dalam hidup ni hanya sayangkan dia sahaja dan orang lain saya memang tak kisah dah.

Masa tu kami bercinta jarak jauh dan kami hanya video call dan chat ja. Saya habiskan hari – hari saya dalam bilik video call dengan dia, kalau keluar hanya untuk makan dan mandi ja. Tok tokwan langsung saya tak peduli.

Sampai kan kalau la lelaki tu tak online dalam masa sejam saya jadi tak senang duduk. Saya rasa nak sentiasa bersama dia, sampaikan saya tak pegi sekolah dan berhenti sekolah. Masa saya ni dalam sehari 97% untuk dia bersama dia. Masa solat, masa keluarga, semua takda, sampai macam tu sekali.

Lebih kurang 4 bulan macam tu lelaki tu buat keputusan berpindah sama negeri dengan saya, jadi kami boleh berjumpa. Jarak tempat tinggal kami lebih kurang sejam macam tu. Saya memang ikhlas sayangkan dia, saya terima dia dan keadaan dia yang kurang dari segi duit.

Saya ada dengan dia susah senang jatuh bangun. Sampai la satu hari, cinta saya membuatkan saya terlanjur, berz1na dengan dia atas ajakan dia, dan saya setuju. Itulah kali pertama dalam hidup saya buat macam tu seawal umur 18 tahun.

Lepas buat tu ada rasa takut dan malu dengan Allah, saya takut bila fikir baIasan Allah pada yang berz1na. Tapi saya tetap ulangi perkara terkutuk tu.. Satu ketika saya rasa takut dan betul menyesal, saya tipu yang saya mengandung sebab saya tak nak berz1na dah.

Saya nak kahwin dengan dia dan sama – sama bertaubat dan berubah. Tapi nasib dan takdir tak menyebeIahi saya, lepas saya bagitau yang saya mengandung, saya tipu pulak yang saya keguguran sebab saya tau bila saya mengandung mesti masa nak kahwin nanti akan check perut.

Tapi keluarga laki tu tak percaya pada penipuan saya dan mereka percaya hanya saya yang bersalah dalam hal terlanjur ni anaknya tak bersalah langsung. Mula – mula mereka setuju untuk kahwinkan kami dalam tempoh masa 5 bulan persediaan tarikh tunang dan nikah.

Sepanjang 5 bulan tu macam – macam berlaku antara laki tu, hubungan kami jadi tak seronok untuk diteruskan sebab keluarga dia tak suka kan saya. Tambahan saya dan laki tu pun banyak masalah. Bila kami berbaik, masa tu jugak kami jumpa dan berbuat z1na.

Satu hari kami berg4duh sampaikan laki tu block saya dekat semua social media. Saya call banyak kali tak dapat, rupanya call saya pun dia block. Masa tu saya rasa macam hilang semua dekat dalam dunia ni. Rasa kelam rasa kabut rasa takut rasa tak tenang semua rasa tak menyenangkan.. S4kit sangat.

Saya cuba untuk tenang dan move on. 2 minggu lepastu dia datang balik ajak berbaik. Saya happy laa seronok sangat. Saya pun jumpa dia dekat kedai makan. Sepanjang kami dalam hubungan saya tak pernah check phone dia jadi haritu masa dia pegi tandas saya rasa macam nak tengok sangat.

Bila saya bukak saya tengok banyak mesej perempuan yang bukan – bukan yang saya tak sangka dia macam ni. Jadi masa hari dia ajak saya berbaik tu adalah hari yang saya putuskan untuk tak nak berbaik dan lupakan dia, lupakan “Kami” dan ada benda yang betul – betul saya terlupa.

Masa semua antara kami dah selesai saya baru ingat yang haid saya untuk bulan ni tak datang lagi, saya ada terfikir yang saya mengandung, tapi bila saya kenangkan yang saya pernah beli pregnancy test tu banyak kali, bila test negative, so saya tak rasa saya mengandung walaupun saya tau saya tak pernah miss haid walau sekali.

Saya pun jalani kehidupan saya macam biasa walau s4kit sangat saya rasa. 3 bulan berlaku saya masih tak datang haid, tapi saya tak fikir saya mengandung, saya pikir mungkin saya ada masalah wanita macam cyst fibroid ke macam tu lah.

Saya siap ke kIinik untuk check saya s4kit apa ya. Bila doktor scan rupanya saya mengandung, masa tu terdiam seribu bahasa saya. Soalan yang muncul kenapa bila saya dah tak dengan dia baru saya mengandung? Kenapa bila dia dah takda? Sedangkan dulu masa dia ada sampai saya terp4ksa menipu.

Bila saya dah bagitau mak dan ahli keluarga saya yang lain.. Semua bertegas tak nak saya kahwin dengan laki tu sebab sebenarnya dari awal tok dan tokwan dan mak saya jugak dah ada perasaan dia laki tak baik, tapi saya tak peduli dulu

Saya sendiri pun tak pikir untuk kahwin dengan dia dah, walaupun masa tu rasa sayang dan cinta saya masih ada untuk dia, tapi saya tetap tak nak untuk pilih hidup dengan dia. Bila dia dah tau, dia ajak saya kahwin, tapi saya tak nak

Saya berkeras tak nak dan masa tu saya terdetik hati nak cari tau pasal dia. Dan apa yang saya tau dia masa tu tengah bercinta dengan perempuan lain dan tak must4hil dalam masa yang sama dia plan nak kahwin dengan perempuan tu jugak.

Maksud saya kat sini dia punya plan nak madukan saya dengan perempuan tu. Sebab lepas saya berkeras tak nak dekat dia. Dia terus bertunang dan kahwin dengan perempuan tu. Saya ingat lagi sebulan sebelum saya bersalin, dia kahwin, saya taklah rasa s4kit sangat sebab saya pun dah redha ikhlas dan move on.

Kali terakhir kami berhubung, saya yang chat dia dulu tujuan saya hanya satu hanya nak maklumkan yang saya dah melahirkan anak lelaki kami. Saya tak mintak duit dia sebab saya tau dalam Islam macam mana. Saya takut kalau ada niat nak buat ehsan baik dengan anak kami, tapi terhalang sebab saya menghilangkan diri.. Jadi saya munculkan diri balik.

Tapi dia kata pada saya dia tak nak ambil  tau pasal anak, sama ada dari saya atau keluarga saya. Saya okay dengan keputusan dia. Saya hormat dan saya tak sedih sebab nilah yang saya jangkakan bila saya chat dia. Lepas dari tu kami tak berhubung dah.

Saya hidup dengan anak kami, dia hidup dengan isteri dan anak isteri dia dan dia. Saya sayangkan anak saya sangat – sangat. Kalau anak saya tanya pasal dia satu hari nanti saya akan cerita dengan jujur. Kalau dia nak cari ayah dia pun saya tak halang. Semoga saja ayah dia mengaku anak.

Tapi kehidupan saya sekarang berat sangat sempit, macam dalam kegelapan. Saya dah bertaubat, setiap malam bangun minta ampun pada Allah, tapi kenapa ya Allah masih sempitkan hidup dan rezeki saya? Sedangkan saya ada amanah yang perlu saya jaga cukup keperluan dia.

Apa yang saya nak buat untuk ikhtiar cari duit semua tak jadi dan ada je halangan yang kadang – kadang saya rasa tiba – tiba sangat. Boleh tak awak awak semua kongsikan saya tips atau amalan bab rezeki, sebab saya memang dan buntu sangat.

Saya tak boleh keluar bekerja sebab memang takda sapa nak jaga anak dan area saya takda pengasuh. Jadi saya mintak tolong kalau ada amalan yang korang boleh share. tolonglah share.. Terima kasih semua. – Mawar (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Rainbow Sunshine : Nak nangis.. Kuatnya awak ikhlas nak jaga anak tu walaupun ayahnya dah bahagia dengan anak isteri lain. Sabarnya awak sebab banyak dugaan sejak kecil dan kini ada dugaan lain. Kadang kala d0sa ni satu sebab untuk manusia insaf dan taubat. Rahmat dan pengampunan Allah itu luas.

Semoga Allah terima taubat nasuha tt dan memberi rezeki yang lebih baik dan banyak. Namun, sebagai muslim salinglah kita beringat tentang d0sa besar, kenapa ia besar kerana itu perbuatan menzaIimi diri dan diIaknat Tuhan. Apapun, banyakkan dalami agama dan beramal serta cari sokongan moral dan kasih keluarga.. Moga masih ada yang ikhlas untuk mencintai dengan cara halal.

Muhamad Azaha : Ada le tu yang belum terlepas lagi antara sesama manusia. Saya suggest awak jumpa mak ayah tok nenek awak, mintak maaf kat dorang, mintak dimaafkan sekiranya ada kesalahan yang awak pernah buat, atau mereka terguris hati atas perbuatan awk. Moga Allah bukak seluasnya jalan kebahgiaan untuk awak dan anak tersayang. Jadi ibu terbaik untuk anak awak.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.