Bapa aku giIa duit, sampai saat dia nak m4ti, dia masih pegang plastik berisi duit, Aku teringat mesej terakhir bapa

Malam aku bernikah, ayah panggil aku dan suami duduk sama. Dia ‘nasihat’ macam – macam tentang perkahwinan. Ayat akhir dia pada suami aku, “Audelia ni tiap bulan bagi ayah duit. Jadi ayah harap, lepas kahwin, kamu jangan halang Audelia bagi duit bulanan pada ayah. Nanti kalau ayah nak duit ayah mintak kat kau.”

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca. Sebelum aku mulakan cerita, aku perkenalkan diri aku sebagai Audelia. Semestinya, bukanlah nama sebenar aku, ini cuma nama yang aku pinjam daripada bahasa Inggeris lama yang membawa makna kuat dan mulia.

Semoga aku juga mampu terus kuat menjalani hidup yang kadang – kadang tak indah dan mampu menjadi manusia yang bersifat mulia dan memuliakan orang lain juga. Aku berusia awal 30-an, baru sahaja menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati aku dan bekerja di ibu kota.

Alhamdulillah, sehingga saat ini, kehidupan masih stabil walaupun tidak mewah. Masih mampu memenuhi komitmen, keperluan hidup, dan menyumbang kepada keluarga. Bila aku terbaca confession mengenai bapa yang tidak bertanggungjawab dan pend3raan mentaI anak dan isteri dengan sikap seorang bapa dan suami, pasti confession itu akan menarik perhatian aku dan dibaca berulang kali.

Lalu aku meletakkan empati kepada confessor, kerana hampir kesemuanya dialami dan berkaitan juga dengan kehidupan aku. Semasa kecil, kehidupan aku bukanlah seperti hidup kanak – kanak lain yang keluarganya bahagia, yang disayangi bapa.

Lebih banyak kesedihan dan kesusahan yang berpuncakan bapa aku sendiri. Aku selalu cemburu dengan kawan – kawan yang keluarga mereka bahagia, yang disayangi bapa sendiri, yang selesa dan seronok dipeIuk bapa sendiri.

Pernah semasa aku sekolah menengah, aku berhasrat menulis nota luahan hati dan membunvh diri kerana tidak tahan siksanya kehidupan dengan bapa yang t0ksik. Harapan aku waktu itu, dengan kem4tian aku, bapa aku akan sedar betapa t0ksiknya dia dalam kehidupan keluarga kami.

Mujur, iman masih ada dan aku memikirkan ibu aku, lalu aku batalkan hasrat aku itu. Sehinggalah pada saat umur aku sudah melebihi suku abad ini, bapa aku masih lagi seperti dahulu, malahan lebih teruk lagi. Terlalu banyak onar dan keburukan dia sehinggakan aku tak mampu lagi menghorm4ti dia sebagai seorang bapa.

Apabila ada orang yang mengatakan anak perempuan akan lebih rapat dengan bapa dan mengidolakan bapa serta mahukan suami seperti bapa mereka, ingin saja aku jerit kepada mereka, tak semua anak perempuan sebegitu.

Kerana hakik4tnya, aku sangat benci kepada bapa aku dan tidak mahu suami seperti bapa aku. Kerana pada aku, bapa aku adalah sampah dan biawak hidup yang tak seharusnya hidup di dunia ini. Betapa aku sangat membenci bapa aku sendiri sehingga kerap aku doakan dia meninggaI dunia.

Ya, aku mendoakan dia meninggaI dunia sebab aku dah penat berdoa bertahun – tahun memohon kepada Yang Esa supaya dia berubah dan mampu menjadi suami serta bapa yang baik kepada keluarga kami. Tetapi, saban masa, dia sem4kin bertambah teruk dan membuatkan kami sem4kin membenci dan mendoakan dia meninggaI dunia supaya tidak bertambah d0sa kami kepada dia.

Aku tahu, mesti ramai yang akan marah dan kecam kenyataan aku ini, yang akan mengatakan bahawa bapa seharusnya disayangi dan dihorm4ti, bukannya dibenci dan didoakan kem4tiannya. Ketahuilah, jika anda tidak berada di tempat kami iaitu isteri dan anak – anak yang terani4ya, did3ra mentaI, anda tidak akan faham.

Bersyukurlah apabila anda mempunyai keluarga yang bahagia dan ketua keluarga yang bertanggungjawab. Mungkin ada yang tertanya, kenapa aku terlalu membenci bapa aku. Banyak faktornya. Antaranya, sikap bapa aku yang seperti banyak lelaki lain yang tidak bertanggungjawab. Menjadi biawak hidup dalam keluarga. Menjadi duri dalam keluarga.

Berjvdi.

Mencuri duit anak.

Menipu anak demi duit.

Menjadikan anak sebagai bank.

Menjadikan ibu aku sebagai bank dan tempat melepaskan amarah.

Melayani ibu aku seperti orang gaji.

Kahwin lain dengan perempuan Indonesia padahal tidak mampu.

Mengabaikan nafkah dan keperluan keluarga.

Dia sahaja betul dan orang lain tidak boleh persoal cara, keputvsan, dan tingkah lakunya.

Memburukkan keluarga sendiri kepada orang lain walaupun hakik4tnya dia punca segalanya.

Berg4duh dengan adik beradik sendiri dan menabur cerita sana sini.

Bekerja tapi tidak nampak hasilnya entah ke mana.

Gebang seolah – olah dia paling hebat dan terbaik.

Banyak lagi sebenarnya, tak terkira. Sehingga tahap aku cuba imbangkan kebaikan dia dan keburukan, namun kebaikan itu umpama tidak wujud langsung. Mungkin pada orang lain, faktor ini seperti tidak ada apa, tapi, kesannya kepada kami hingga sekarang masih dirasa.

Dapat duit KWSP, dia perhabiskan seorang diri. Joli sana sini. Bawa bini Indonesia berjalan sana sini. Hulur pada ibu hanya RM1000 yang kemudiannya diminta semula. Berpuluh ribu duit KWSP, tak sampai 2 bulan habis. Tak nampak hasil.

Ibu aku dapat duit pembahagian harta pusaka keluarganya, bapa aku minta ibu aku belikan macam – macam. Beli motor, handphone, minta duit. Bila ibu aku enggan penuhi, dia marah – marah, merajuk dan mengatakan ibu aku berkira dan kedekut.

Walhal duit itulah yang ibu aku gunakan untuk keperluan harian dan keperluan sekolah kami waktu itu. Bayangkan, lebih RM30k, ibu aku tak dapat guna untuk dia langsung. Semua dia gunakan untuk keperluan keluarga kami dan terp4ksa melayani kehendak mengarut bapa aku.

Duit raya adik aku pernah hilang. Adik aku tanya jika bapa aku ada ambil tetapi dia tak mengaku. Walhal, dia curi dan sorok dompet adik aku tu dalam beg dia. Kantoi sebab satu hari adik aku bukak beg itu untuk cari barang, dan jumpa dompet dia yang hilang.

Waktu sekolah, ibu aku yang usaha untuk kami bayar yuran, belanja sekolah. Mujur aku dapat biasiswa, dapat aku gunakan untuk keperluan sekolah aku. Tapi untuk adik – adik lain, ada masanya mereka lewat bayar sehingga diperli cikgu.

Duit makan, dapat 50 sen dah kira bertuah. Bawa RM1 itu mewah. Kadang – kadang ke sekolah tidak berduit. Waktu rehat duduk di kelas dengan alasan malas keluar, padahal tiada duit makan. Jika sesekali minta pada bapa aku, dia akan marah – marah dan mengatakan supaya tak perlu pergi sekolah kerana membazir.

Jika cikgu minta derma untuk aktiviti, dia akan cakap pada kami supaya suruh cikgu buat surat rasmi walaupun cuma 10 sen. Duit bas sekolah, kerap tertangguh sehingga diperli pakcik bas sekolah kerana naik bas tapi tak bayar.

Rombongan sekolah? Jangan harap kami dapat pergi. Bapa aku akan cakap dia tiada duit nak bayarkan. Tapi beli r0kok ada je duit. Waktu hari raya, mesti akan ada drama yang dia cetuskan. Taknak bergambar, taknak pakai baju raya, taknak bersalam, g4duh tentang rebus ketupat, ada saja benda nak dig4duhkan.

Padahal dia bukan menolong apa waktu raya. Yang dia tahu, start motor, pergi melepak. Tapi bila kami ada terlupa tentang sesuatu macam terlupa rebus ketupat, terlupa beli itu ini, dimarah macam kami ni tak berguna. Bila bersalaman raya, dia takkan minta maaf, sebab katanya, dia takkan minta maaf dengan orang.

Orang wajib minta maaf dengan dia. Tapi bila dihulur duit raya, tersengih macam kerang busuk Adik aku eksiden teruk dan masuk wad lama, kena masuk pusat pemulihan fisio, dia buat tak tahu. Umpama tiada anak. Datang tengok, lepas tu gebang sana sini cakap anak eksiden teruk, tapi dia langsung tiada inisiatif nak tolong jaga bermalam ke, uruskan claim insurans ke.

Adik aku ke pusat pemulihan pun dia tak pernah jenguk. Semua perkara kami usahakan sendiri. Tapi bila adik aku dapat duit insurans, laju je dia hulur tangan meminta. Dia berjvdi di mesin jvdi, berjvdi online, duit habis entah berapa banyak.

Duit habis, diminta pada anak – anak dan ibu aku. Ada masa kami bagi sebab malas nak menghadap kerenah dan amarah dia jika kehendak tak dipenuhi. Tapi ada masa kami bosan melayan, dia akan mem4ki dan memarahi kami seolah – olah kami anak derh4ka.

Dia melayani ibu aku seumpama ibu aku bukan isteri. Makanan mesti siap dimasak sebelum dia balik makan. Jika tidak, mulalah suara dia memetir memarahi ibu aku mengatakan ibu aku lembab, pemalas, hanya tahu tidur, dan bermacam lagi tuduhan mengarut.

Bebelan dia akan berterusan sehingga tahap mengatakan menyesal kahwin dengan ibu aku, ibu tak guna. Walhal, ibu akulah yang seharian bergerak ke sana sini membuat pelbagai kerja rumah. Memasak, mencuci baju, mengemas.

Mujur ada adik aku yang rajin juga membantu. Aku jadi marah bila bapa aku marah pada ibu aku, sebab aku rasa dia langsung tak layak untuk naik suara dan marah pada ibu aku. Bila dia marah dan ibu meIawan semula disebabkan tidak tahan dengan m4kian dan bebelan, dia akan mengatakan ibu sebagai isteri derh4ka dan kena dengar cakap suami.

S4kit hati aku kalau dengar dia cakap macam itu. Sendiri pun jadi suami tak betul, ada hati menasihati isteri yang dah banyak berk0rban macam – macam dengan dia. Pernah sekali aku dalam bilik, waktu itu cuti semester, bapa aku memarahi ibu aku dan ibu aku diam, aku dari bilik bercakap kepada ibu aku supaya tidak melayan bapa aku.

Bapa aku naik angin mendengar ayat aku dan mengatakan, “kau jangan nak kurang ajar dengan bapak kau”. Menggigil aku tahan marah masa tu. Bab nafkah, jangan ditanya. Sangat jarang dia membeli keperluan rumah.

Alasannya duit tiada. Sesekali bila dia banyak duit (ibu aku kata dia menang jvdi), dia akan berbelanja banyak. Tapi aku ragu – ragu nak gunakan apa yang dibeli. Paling kerap, dia minta duit dengan ibu aku. Setiap hari RM5, RM10, RM20.

Kadang – kadang ibu aku hulur. Kadang – kadang tidak. Tapi itulah, ibu aku ada masa lembut hati, diturut juga kehendak bapa aku tu. Sejak aku bekerja, setiap bulan aku peruntukkan hampir separuh gaji aku untuk keluarga aku.

Juga aku gunakan banyak daripada duit gaji dan bonus untuk perbaiki rumah. Alhamdulillah, daripada rumah yang umpama bangsal, akhirnya kini menjadi rumah yang lengkap dan hampir sempurna. Berpuluh ribu duit aku peruntukkan untuk buat renovation dan beli perabot, barang elektrik, dan sebagainya.

Semuanya aku buat untuk ibu aku, aku nak ibu aku selesa dan dan seronok dengan rumah yang selesa. Gaji aku tidaklah besar, jika di ibu kota, masih kategori miskin bandar. Katakan gaji aku RM3,000, RM1,000 aku beri kepada ibu untuk keperluan rumah.

RM100 aku beri kepada bapa. Sengaja aku beri sedikit kerana aku tahu dia akan habiskan duit untuk diri sendiri. Jika diberi lebih, entah ke mana duit itu akan pergi. Juga aku tahu, kerana dalam sebulan tu, akan banyak kali dia mintak duit lagi daripada aku.

Ada sahaja alasan dia nak minta duit aku. Tayar bocorlah. Nak bayar yuran men3mbaklah. Nak pergi situlah. Nak betulkan motor lah. Banyak sangat alasan dia. Aku umpama bank dia, sebab adik – adik lain memang jarang melayan kerenah dia.

Aku selalu kena tegur dengan adik – adik aku supaya tidak melayan sangat kerenah dia yang suka minta duit, sebab dia akan naik kepala, seronok permintaan dilayan. Tapi aku pula, jadi tak sampai hati bila bapa aku minta duit.

Walaupun aku benci dia, tapi ada masa aku terp4ksa layan kerenah dia yang terlalu kerap minta duit sebab aku taknak dia susahkan ibu aku atau berhutang dengan orang lain. Apabila aku mahu berkahwin, dia meletakkan hantaran yang agak tinggi buat tunang (kini suami).

Tunang aku pula dah faham kerenah dia, maka dia setuju sahaja, dengan syarat duit hantaran itu aku yang uruskan. Duit hantaran dan duit kahwin kami sama – sama usaha sendiri sebab kami ada buat bisnes kecil – kecilan.

Sales dan untung bisnes itulah yang kami kumpul untuk persiapan majlis serta wang hantaran. Alhamdulillah, hampir RM25k kami dapat kumpul. 100% majlis kami menggunakan duit kami. Bapa aku tidak hulur atau sumbang walau seringgit sebab dia tak ada duit simpanan langsung.

Aku sedih juga sebab bila tengok orang lain, bapa mereka sponsor semua atau bantu serba sedikit untuk majlis anak. Tapi tak apalah, waktu ini aku fikir, lebih bagus aku guna duit sendiri. Sehinggalah beberapa bulan berkahwin, bapa aku meminta duit hantaran aku dengan alasan ingin membetulkan rumah.

Walhal yang ingin dibetulkan hanya kerosakan minima, tidak sampai RM100 kosnya, tetapi dia meminta RM500 daripada aku. Aku bagi sebab aku malas nak cari g4duh jika aku persoalkan. Apabila perkahwinan aku terp4ksa ditangguh disebabkan PKP, aku dan tunang hanya melangsungkan pernikahan sahaja.

Namun begitu, sedikit sebanyak perubahan plan ini mengganggu financial flow kami. Duit kahwin yang ada yang kami terp4ksa guna untuk cover sesetengah perkara. Bapa aku pula tak nak faham, dia tahu perkahwinan aku tangguh, yang dia nampak adalah aku ada duit sebab majlis tak dapat buat.

Dalam fikiran dia, duit kami ada berjuta – juta. Dia minta duit hantaran aku untuk kegunaan peribadi. Bukan sedikit. RM1000 dia minta aku beri pada dia. Dia minta ibu aku beritahu aku, tapi ibu aku suruh cakap sendiri dengan aku.

Dia marah sebab ibu aku taknak layan permintaan dia. Akhirnya, dia mesej sendiri aku minta duit hantaran itu. Suami aku tak benarkan aku bagi duit tu pada dia. Tapi selepas pelbagai perbincangan, aku akhirnya bagi separuh juga.

Perjanjian aku dengan suami aku, aku takkan bagi lagi duit hantaran pada dia lagi. Selang 2 minggu aku bagi RM500 tu, bapa aku mesej lagi, meminta RM100 dengan alasan nak repair motor (padahal motor tu pancit je).

Aku masa ni dah s4kit hati sebab dia baru mintak duit, dan dia minta lagi. Aku tanya dia elok – elok, “duit hantaran hari tu yang baru bagi dah habis ke?” Agaknya dia marah dengan aku sebab aku pertikai duit tu, dia cakap “Dah habislah. Dah namanya duit, ye digunakan. Kalau nak bagi, bagi. Taknak bagi sudah. Ayah malas nak macam – macam”.

Aku read saja mesej dia. Aku tak bagi pun duit tu. Beberapa hari kemudian, dia mesej aku lagi, dan kali ni mesej dia lebih meny4kitkan hati aku. Antara ayat dia, dia s4kit hati dengan aku dan dia menyesal menikahkan aku.

Dia juga cakap dia h4ramkan aku tengok m4yat dia jika dia m4ti, jika tak, aku aka terkena badi. B4DI tu dia tulis dengan huruf besar. Kalau anda di tempat aku, apa yang anda rasa bila bapa sendiri cakap dia menyesal menikahkan anda? Dan supaya anak sendiri dapat badi?

Masih tak layak kah aku membenci dia dan berharap dia meninggaI cepat supaya aku tak terus berd0sa? Atau aku tetap seorang anak yang derh4ka? Awal – awal tu, aku sedih dan hati aku s4kit bila aku fikir ayat dia. Lama kelamaan, aku malas layan perasaan tu.

Bila fikir, rasa s4kit hati. Baik aku abaikan. Mak aku cakap, sebenarnya, dia s4kit hati sebab aku tak bagi dia total duit hantaran tu untuk dia uruskan. Dia nak aku serah keseluruhan duit hantaran pada dia, sebab alasan dia, mudah dia nak uruskan majlis aku.

Aku pula, sebab dah faham sangat per4ngai dia, aku ikut nasihat keluarga supaya aku pegang sendiri duit itu. Sebab jika duit tu diberi pada dia, entah ke mana perginya duit tu nanti. Oh aku terlupa. Malam aku bernikah, dia panggil aku dan suami duduk sama.

Dia “nasihat” macam – macam tentang perkahwinan (dalam hati aku bengkek, dia sendiri rumahtangga tak terjaga). Tapi nak tahu apa niat sebenar dia panggil kami? Ayat akhir dia pada suami aku, “Audelia ni tiap bulan bagi ayah duit.

Ayah selalu mintak duit dia. Nak apa je, semua ayah mintak dia. Jadi ayah harap, lepas kahwin, kamu jangan halang Audelia bagi duit bulanan pada ayah”. Sadis kan? Tak cukup sadis. Hari aku balik semula ke ibu kota selepas cuti kahwin habis, masa salam sebelum berangkat, tiba – tiba dia menangis teresak – esak.

Dia cakap dia minta maaf tak dapat buat majlis untuk aku, anak perempuan dia. Aku masa tu cuma nampak hipokrasi dia, yang aku nampak, dia berpura – pura menangis nak dapat simpati aku. Adik – adik dan ibu aku pun cakap benda sama pada aku dalam group keluarga kami yang sengaja tidak dimasukkan bapa.

Ayat mereka “Entah apa – apa je ayah tu buat – buat menangis. Ingat orang kesian agaknya”. Yes, betul. Memang sengaja dia menangis tu. Nak bagi aku rasa lembut hati pada dia agaknya. Nak tau kenapa? Sebelum aku gerak, dia datang dan bisik pada aku, “nanti kalau ayah nak duit ayah mintak kat kau”.

HA HA HA aku ketawa. Suami aku, bila aku ceritakan, cuma mampu geleng kepala. (Balik dari kampung selepas nikah itulah bapa aku minta duit hantaran RM1000 tu). Aku teringin nak beri lebih kebahagiaan kepada ibu aku.

Aku teringin bawa dia berjalan, bercuti. Tapi aku terbatas di situ sebab bapa aku cemburu kalau ibu aku keluar tanpa dia. Kami pula adik beradik tak gemar membawa bapa kami bersama, sebab dia akan selalu membebel tak tentu hala, pertikai macam – macam, mengepau yang bukan – bukan, dan macam – macam lagi.

Sikapnya itu buat kami tak selesa nak bercuti bersama jika dia ada. Tapi disebabkan itu juga, aku tak dapat bawa ibu aku bercuti. Aku taknak ibu aku diperli dan dimarahi bapa aku. Diikutkan, banyak lagi per4ngai dia yang membuatkan kami s4kit hati.

Tapi aku rasa dah panjang sangat aku menulis. Minta maaf, jika ayat aku agak ekstrem, tidak sesuai diucapkan oleh seorang anak. Tapi ketahuilan, dah terlalu lama kami ni memendam rasa. Jika ada yang bertanya kenapa ibu aku tak bercerai dengan bapaku, aku pun tak tahu jawapannya.

Sebab aku selalu minta ibu aku failkan cerai, tetapi ibu aku hanya senyap. Apa yang aku tahu, ibu aku lebih tersiksa jiwa dan mentaI dengan kerenah dan per4ngai bapa aku. Sekarang ibu banyak habiskan masa dengan menanam pokok, mungkin terapi dia.

Dan jangan risau, aku selalu jadi pendengar setia ibu aku bila dia rasa tertekan atau nak luah perasaan. Mungkin ada yang mengenali aku menerusi situasi dan cerita di atas, sebab ada sahabat aku yang pernah aku ceritakan.

Aku pasti kalian faham dan semoga kalian tidak menghakimi aku. Buat pembaca semua, doakan semoga kami terus kuat sepanjang kehidupan kami yang masih berbapakan seorang bapa t0ksik ini. Mungkin jahat jika kami mendoakan daun namanya digugurkan dari Luh Mahfuz, tetapi itulah jalan terakhir kami supaya kami tak terus berd0sa dengan dia dan tidak berterusan menjadi anak derh4ka. – Audelia, Noble Strength (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca confession semua. Aku Audelia, pernah mengirimkan kisah aku di sini. Lepas beberapa bulan tulisan aku disiarkan, baru aku ada kesempatan untuk menulis bahagian kedua ini.

Aku membaca kesemua komen – komen pembaca pada post aku itu. Ada juga yang aku like komennya tanda setuju dan berterima kasih. Apapun, terima kasih atas komen yang memberi kata – kata semangat dan sokongan kepada aku dah keluarga.

Bagi yang memberikan komen negatif dan cercaan, juga terima kasih aku ucapkan. Semoga anda atau keturunan anda tidak merasai azab yang dilalui ini, sebab aku percaya, tak semua orang mampu hadapinya. Aku dalam bahagian ini, ingin menjelaskan beberapa persoalan pembaca, dan menceritakan kisah terbaru antara aku dan bapa aku. Yang mungkin kali ini situasinya agak tragis dan agresif.

IBU – Menjawab beberapa persoalan yang dipersoalkan, terutamanya mengapa ibu aku masih lagi bersama dengan bapa dan tidak bercerai. Susah aku nak huraikan, sebab aku dah banyak kali utarakan cadangan ini. Tetapi, mungkin seperti kata pembaca lain, orang lama, cukup takut dengan perkataan cerai, ibu tunggal, dan janda.

Walaupun hakik4tnya, hidupnya boleh berubah ke tahap yang lebih baik berbanding sekarang. Doakan ibu aku semoga terus kuat menghadapi sikap zaIim suaminya ini sekiranya ibu masih mahu bertahan dalam perkahwinan t0ksik ini. Dan semoga Allah pendekkan kezaIiman bapa aku kepada ibu aku dengan mencabut nyawa bapaku yang mend3ra mentaI dan em0si terlalu banyak pihak.

KENAPA AKU HULURKAN WANG? – Ada yang mempertikaikan kenapa aku masih hulurkan wang kepada bapa. Sejujurnya, satu sahaja alasan aku. Sebab aku taknak dia hamburkan kemarahan dan barannya kepada ibu aku.

Aku tak kuat nak tengok ibu aku dimarah dan dicerca setiap kali kehendak dia tak dituruti. Aku lebih rela keluarkan duit poket aku untuk selamatkan ibu aku daripada jadi m4ngsa dia. Bila kehendak dia tak dituruti, dia sanggup lancarkan per4ng dengan ibu aku sehingga berhari – hari atau bermingu lamanya. Aku taknak ibu aku menjadi tertekan walaupun aku tahu, ibu aku seorang yang kuat mentalnya.

SUAMI AKU MAL4NG BERISTERIKAN AKU? – Ada yang cakap, suami aku maIang beristerikan aku. Nauzubillah, aku tak faham apa yang dimaksudkan suami aku maIang sebab berkahwin dengan aku. Adakah kerana suami aku mendapat bapa mertua yang t0ksik?

Sejujurnya, aku bersyukur dikurniakan suami yang sangat memahami situasi aku dan menjadi support system paling kuat aku. Saat aku menangis bila terlalu str3ss dengan per4ngai bapa, suami aku lah yang akan memujuk dan beri sokongan terhebatnya.

Dia juga yang menasihati aku supaya tidak ambil peduli lagi tentang bapa aku, sebaliknya fokus kepada ibu aku. Semoga Allah rahm4ti suami aku dan berkati perkahwinan kami hingga syurgaNya nanti. Terima kasih juga kepada suami aku, kerana aku dapat menumpang kasih daripada keluarganya yang sangat harmoni dan mengasihi aku walaupun mereka tahu situasi aku.

ISTERI INDONESIA BAPA – Berkenaan isteri Indonesianya, mudah kata, situasi perempuan tersebut dig4ntung tak bertali (padan muka! Baru dia rasa apa ibu aku rasa selama ini. Dia fikir kahwin dengan bapa aku berduit agaknya).

Selepas duit KWSP bapa habis dan dia tiada duit lagi, terus diabaikan perempuan itu dan kembali ke rumah kami kerana bapa tiada duit untuk menanggung kehidupannya. Sehinggakan semasa hari raya, perempuan itu menelefon meminta bapa aku balik ke rumahnya, bapa aku menipu dengan mengatakan kakinya patah tidak boleh bergerak (walhal tiada duit nak ditabur).

Kami pula sebenarnya, seronok bila bapa tiada dan tinggal di rumah perempuan itu sebab kami bahagia dengan ketiadaan dia. Tapi, itulah. Ibu aku pula memendam rasa. Susah aku nak cakap dalam situasi ini.

TRAGEDI BARU – Baru – baru ini, adik aku yang kemaIangan hingga ada kec4c4tan kekal beberapa tahun lalu mendapat duit insurans. Aku tak tahu amaun sebenar, tapi mencecah ratus ribu juga. Adik aku beli kereta baharu berjenama H untuk dirinya, bagi sedikit kepada ibu, masukkan duit haji untuk ibu, beri sedikit kepada kami adik beradik, dan beli kereta daripada bapa dengan niat nak bagi duit bukan secara membuta.

(Bapa ada kereta Proton Wira secondhand. Dia beli semasa dapat duit KWSP tapi atas nama adik aku sebab nama bapa disenarai hitam tak boleh beli kereta). Aku tak ada masalah tentang adik aku, sebab pada aku, duit dia, hak dia.

Adik aku ini pun baik orangnya, tak kedekut dengan keluarga. Selalu kongsi rezeki dengan kami bila dia ada rezeki lebih. Mungkin dia rasa berhutang budi sebab semasa dia kemaIangan teruk dan masuk wad berbulan lamanya, aku, ibu, dan adik beradik yang silih berganti menjaga dia di hospitaI dan pusat rehabilitasi.

Yang jadi masalah, bila kereta tu dah dibeli daripada bapa, bapa aku jadi kelabu mata. Dia dapat sejumlah duit yang adik aku bagi dari kereta dia itu, dia pergi beli kereta buruk jenama sama dengan kereta lama dia. Sebab katanya dia dah tak ada kereta, padahal awal – awal adik aku dah cakap, dia beli kereta bapa tapi bapa aku boleh terus gunakan kereta tu sebab adik aku dah ada kereta lain.

Tapi keb0dohan bapa aku ini tiada hadnya. Agaknya dia marah sebab adik aku tak izinkan dia bawa kereta baru H adik aku. Adik aku memang sengaja tak bagi dia bawa kereta baru tu sebab dah tahu dia akan buat macam harta dia sendiri, ke sana sini berlagak menayang dan tak jaga harta.

Sama macam Proton Wira yang dibeli adik aku tu. Sebelum ni setiap kali nak bayar road tax, servis, tukar tayar, rosak, dan sebagainya, adik aku yang keluar duit. Yang bapa aku tahu, bawa saja. Kalau rosak, dibiarkan saja sampailah dibaiki orang lain baru dia sentuh semula kereta tu.

Kereta yang bapa beli dengan duit yang diberi adik itu bukannya kereta yang elok, tetapi versi kereta buruk. Boleh buat besi buruk. Kereta tiada enjin dan perlu banyak diperbaiki. Memang tak cukup lah duit yang dia dapat dengan duit yang nak dikeluarkan untuk perbaiki kereta buruk itu.

Jadi apa solusi yang bapa ada? Ya, aku lah m4ngsanya. Sebelum itu, buat pengetahuan pembaca, sejak bapa hantar Whatsapp yang dia tak izin aku lawat jen4zah dia kalau dia m4ti atau aku akan kena b4di m4yat dia, itulah mesej terakhir daripada dia.

Dan aku juga tak ada bagi dia duit lagi, sebab aku kecil hati dengan dia. Ada sekali saja aku Whatsapp dia selepas itu, mesej elok – elok maklumkan berita gembira yang aku hamil. Aku masih hormat dia, aku minta dia doakan keselamatan dan kesihatan aku dan bakal cucunya.

Tapi, dia cuma bluetick sahaja Whatsapp aku itu. Haha! Beria kan aku padahal bapa aku tak peduli pun. Okey berbalik kepada cerita, selepas dia bluetick Whatsapp berita aku mengandung tu, dalam beberapa minggu kemudian tiba – tiba dia Whatsapp aku.

Dia hantar gambar kereta, bonet depan dibuka, dengan ayat, “Tolong bankinkan 500 nak bayar pomen tak cukup duit. Kalau boleh, tak boleh dah, tapi ingat…” Ayat terg4ntung kan? Dia tak sambung ayat tu. Aku rasa marah sebab dia mintak RM500 macam 50 sen saja nilainya.

Tak fikir langsung aku ni tengah mengandung nak saving duit untuk bakal baby, nak guna untuk kos pregnancy. Yang dia tau, dia nak duit dan mesti ada. Macam kita ni kerja cop duit saja. Aku memang marah masa dia minta duit, tapi aku ada juga rasa lembut hati lagi sebab rasa kasihan.

Aku terus mesej adik aku yang baru dapat insurans tu, dan tunjuk screensh0t Whatsapp bapa. Adik aku cakap, suruh bagi je duit yang dia mintak tu dan adik aku akan gantikan semula. Tapi, aku rasa tak adil, sebab bapa pasti akan sem4kin meminta sebab dia tahu kehendak dia dilayan bila dia gunakan ugvtan dia sebelum ni sebagai modal minta duit yang banyak dan berterusan.

Aku cuba Iawan arus, aku guna cara lain. Aku reverse balik dengan guna gaya bahasa sama macam mesej bapa tu. Aku rasa ayat dia kasar dan bukan meminta secara baik, tetapi secara niat jahat dan mengugvt. Masa tengok gambar kereta tu, aku pelik kenapa dengan kereta tu. Aku bukan faham pun pasal kereta. Lalu aku reply,

Aku : Pomen apa yang bayar RM500?

Bapa : Kau nampak tak kereta tu turun enjin. Kalau nak bagi kau bagi. Kereta belum siap banyak barang kena beli. Kalau kau tak boleh tolong kau kena ingat…

Aku : Kena ingat apa?

Bapa : Anak kau bukan cucu aku dan kau ingat apa yang pernah aku kata kat kau dulu.

(Dulu tu maksudnya yang dia kata jangan lawat jen4zah dia kalau dia m4ti atau aku kena b4di m4yat dia). Masa ni, memang em0si aku terus terganggu. Berjurai air mata aku bila bapa aku sendiri cakap kalau tak diberi duit yang dia nak, dia tak kan mengaku d4rah daging dia sendiri.

Aku nak baIas mesej tu dengan hamburkan semua kekecewaan aku sebagai anak dia biar dia tahu apa yang aku pendam selama ni. Lantaklah dia nak marah ke apa. Tapi, akhirnya tak terhambur pun, sebab aku tak sampai hati kalau kat rumah dia meng4muk pada ibu dan adik – adik aku.

Aku meIalak teruk, suami aku terus datang kat aku dan tenangkan aku suruh bersabar dan jangan dilayan lagi bapa aku. Dia pun dah sem4kin rimas agaknya dengan per4ngai b0doh bapa mertuanya. Masa ni lama aku menangis, memang mulut aku menyump4h seranah sampaikan suami aku tegur.

Tapi tu lah, tengah marah, sedih kecewa, memang tak terkawal em0si sampai lupa aku tengah mengandung. Dah lama sikit, aku rasa lega dengan pujukan suami aku, aku terus cakap kat suami yang aku nekad, aku tak akan jejak lagi rumah kampung tu sampai dia dah tak ada.

Walaupun aku berhabis puluh ribu untuk rumah tu, aku taknak dah jejak kaki dan hadap muka manusia yang menidakkan d4rah daging tu. Aku cakap dengan ibu aku, lepas ni aku akan balik ke negeri tu, tapi hanya akan jumpa ibu aku di tempat lain.

Aku tahu, ini memang amarah aku. Tapi, apa yang aku boleh buat? Aku dah nekad takkan menurut lagi kehendak bapa. Aku takkan hulur lagi duit pada dia. Biarlah orang bercerita macam – macam, biarlah dia membawa mulut ke sana sini.

Aku dah taknak kasihan pada orang yang tak pernah kasihan dan peduli tentang anaknya sendiri. Aku takkan menurut lagi kehendak dia yang sentiasa dahagakan wang, sebab berapa banyak pun dilambak, dia takkan pernah cukup.

Dan paling meny4kitkan hati, menggunakan ugvtan untuk dapat apa yang dia mahukan. Bapa apa sebegini? Kalau masih ada yang membela dia dengan mengatakan dia bapa wajar dihorm4ti dan aku umpama seorang anak yang derh4ka, aku tak boleh nak cakap apa.

S4kitnya hati seorang anak, hanya yang melalui sahaja yang tahu. Betullah orang kata, kita takkan mampu memilih siapa ibu bapa kita. Benda sebegini yang menjadikan aku kuat iltizam untuk menjadi ibu yang baik kepada anak – anak aku nanti.

Aku tak nak mereka alami benda yang sama. Aku mahu mereka mendapat kasih sayang secukupnya. Mungkin selepas ini akan ada tragedi lain. Aku tak tahu apa, Cuma aku mampu harap, aku kuat dan terus kuat. Dan keluarga aku juga diIindungi Allah sentiasa daripada kezaIiman seorang lelaki bernama bapa.

Maaf jika ada ayat aku yang kasar dan tidak sesuai. Masih terbuai em0si amarah. Aku tahu, ramai yang alami perkara yang sama dengan aku. Mungkin bukan bapa, tetapi ibu, atau adik beradik. Aku doakan semoga kalian tabah dan mampu keluar dari kehidupan yang t0ksik ini.

Kepada pembaca, doakan kami yang berada dalam situasi ini supaya kuat. Kami bukan mahu menderh4ka. Tapi, keadaan yang mem4ksa kami. Noble Strength, – Audelia (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca. Aku Audelia, pernah 2 kali mengirimkan kisahku disini. Post kali ini adalah sekadar update mengenai kisah aku ini. Aku tahu Allah mendengar doaku, tetapi aku tidak tahu jika doaku akhirnya dimakbulkan.

Yang pastinya, umur bapa aku sampai ke pengakhirannya. AjaInya menyapa, dan dia dipanggil semula mengadap Ilahi hanya beberapa bulan selepas confession kedua aku. Bapa aku ada peny4kit yang ramai rakyat Malaysia hidapi, dia salah seorang dalam statistik peny4kit itu. Sudah lama dia menghidapinya.

Cuma, secara tiba – tiba, peny4kitnya menjadi teruk, dan hanya selepas hampir 2 bulan dia dimasukkan ke wad dan kakinya dip0tong, Allah memanggilnya semula. Cara dia pergi juga tiba – tiba, aku tak boleh nak ceritakan secara detail cara pemergiannya kerana mungkin ada pembaca yang akan tahu siapa aku.

Yang pastinya, pemergiannya meng3jut dan tidak dijangka. Semasa dia s4kit, dia berper4ngai mahukan perhatian penuh daripada ibu dan adik beradik aku. Tetapi, tidak semua yang mampu berikan perhatian yang dia mahukan.

Ada masanya, ibu dan adik aku merasa marah apabila dia buat per4ngai. Yang pernah menjaga orang s4kit, pastinya tahu perasaan ini. Apatah lagi memikirkan yang dia tak pernah ambil peduli dengan kami apabila kami s4kit, tetapi apabila dia s4kit, dia mahu semua orang beri perhatian kepadanya.

Mungkin, inilah petanda dia akan pergi tetapi kami tidak tahu. Beberapa hari sebelum dia pergi, dia berper4ngai agak pelik. Ada masa dia merajuk jika kehendaknya tidak dituruti, mahu makan makanan yang tidak dibenarkan disebabkan peny4kitnya dan akan berkecil hati jika tidak diizinkan.

Pernah juga semasa di hospitaI, dia tidur meracau menyebut nama semua anaknya yang duduk jauh termasuk aku dan bertanya jika kami akan balik melawatnya. Cuma, per4ngainya yang sukakan duit masih tidak hilang.

Ramai kawan – kawan yang datang melawat menyumbangkan duit kepadanya. Dia memegang beg berisi duit itu setiap masa, sehingga ke akhir hayatnya. Mengenai pemergiannya, suatu hari, aku dapat panggiIan daripada adik aku.

Aku agak pelik sebab jarang – jarang adik aku menelefon aku. Bila aku jawab panggiIan itu, suara adik aku sayu dan sebak. Dia maklumkan, bapa telah meninggaI dunia dan meminta aku balik segera. Aku terk3jut, tetapi masih kekal tenang dan menasihatkan adik aku tindakan selanjutnya untuk menguruskan kem4tian bapa.

Disebabkan semasa itu masih PKP, aku perlu dapatkan surat merentas negeri (ya, masih perlu walaupun urusan kec3masan). Tetapi proses agak rumit, aku hanya sampai ke rumah selepas bapaku dikebvmikan. Tiada rezeki aku menatap dan menghadap jen4zah bapa aku untuk kali akhir.

Aku akui, aku tiada perasaan sayang kepada bapa aku. Tetapi, juga tidak dinafikan, apabila dia meninggaI, aku menangis dan sedih untuk satu waktu. Aku kira, dalam seminggu dua aku masih menangis dan sebak setiap kali teringatkan arw4h bapa aku.

Ada masa, aku membaca semula mesej dengannya di Whatsapp dan mendengar semula voice note nya. Sebak, sedih, tetap ada. Membaca semula mesej terakhir dengannya yang dia tidak mengaku anak aku sebagai cucunya.

Sehingga suami aku menegur aku agar tidak terlalu bersedih demi menjaga kandungan aku. Semasa dia s4kit, aku langsung tidak menjenguknya. Sebab aku masih berasa kecil hati dengan sikap dan setiap perkataannya sebelum ini.

Apabila dia meninggaI, aku ada merasa sedikit bersalah. Rasa seperti anak yang tidak baik kerana tidak ambil peduli dengan bapa yang s4kit. Apatah lagi selepas dia meninggaI, apabila adik aku menyatakan yang dia pernah menasihati bapa aku agar meminta maaf kepada aku, dan bapa hanya diam sambil bergenang air mata.

Sump4h, menangis aku apabila teringat perkara ini. Ibu aku? Dia sangat tenang sepanjang urusan jen4zah bapa. Langsung tidak menangis. Tetamu juga dilayan dengan tenang. Tetapi, semasa ibu aku solat maghrib pada hari kem4tian bapa, aku mendengar ibu menangis teresak – esak di dalam bilik, berseorang.

Aku kira, itulah waktu terbaik buatnya menangisi pemergian suami yang dikahwini selama lebih 30 tahun walaupun hidupnya sepanjang perkahwinan tidaklah indah. Aku faham, hidup bersama selama puluhan tahun, pasti ada saat manis yang diingati.

Hingga sekarang, ibu aku kerap bercerita kebaikan bapa aku semasa kami kecil. Apabila makan makanan yang digemari bapa aku, dia pasti akan menyebut tentangnya. Sesekali bercerita dan mengulangi cerita hari – hari terakhir bapa aku. Aku kira, ibu rindu bapa.

Kami bersedih dengan kem4tian bapa, namun, selepas beberapa ketika, kami meneruskan kehidupan seperti biasa. Sesekali kubvr bapa dilawat dan dicantikkan. Bapa pergi tanpa meninggaIkan apa – apa. Tiada harta, tiada tanah, tiada wang simpanan, tiada apa.

Yang ada hanyalah hutang. Tetapi kami tidak kisah jika bapa tidak meninggaIkan sebarang harta, sebab selama ini kami memang hidup tidak berg4ntung kepadanya. Duit sumbangan yang diterima bapa semasa dia s4kit dan apabila dia meninggaI, kami gunakan untuk kenduri arw4h dan membayar hutang yang ada.

Tiada satu sen untuk kegunaan kami. Dalam masa sama, ada rasa syukur apabila bapa sudah pergi meninggaIkan kami. Aku bebas balik ke kampung bila – bila masa yang aku mahu. Tiada lagi rasa takut menerima mesej yang tidak diingini.

Tiada lagi mesej meminta duit yang sangat kerap. Tiada lagi rasa marah dan benci dengan sikapnya. Wallahualam tetapi seperti hilang sudah rasa s4kit dengan perbuatannya selama dia masih hidup. Aku juga bebas membawa ibu ke mana – mana.

Tiada lagi rasa takut apabila mahu membawa ibu melancong, makan sedap – sedap, belikan barang, bawa ibu tinggal di rumah aku seminggu dua, dan macam – macam lagi. Syukur. Aku tidak tahu jika aku wajar merasakan syukur sebegini, tetapi, itulah yang aku rasakan.

Aku mungkin tidak mampu melakukannya jika bapa masih ada, kerana dia akan mempersoalkan duit aku. Semasa dia ada, diakui, aku tidak melayannya dengan baik kerana aku sendiri tidak menerima layanann yang baik daripadanya selaku bapa, dan disebabkan per4ngai buruknya kepada kami semua.

Mungkin aku dilihat seperti pend3ndam, tetapi bagi mereka yang melalui pengalaman seperti, pasti boleh memahaminya. Cuma, seperti yang aku sebut sebelum ini, apabila dia meninggaI, rasa sedih itu tetap ada. Mungkin ianya normal, apabila kehilangan orang yang dekat dengan kita, walaupun rasa sayang itu tiada.

Aku beberapa kali menziarahi pusaranya. Selepas aku melahirkan anak aku, aku turut membawa anak aku ke pusara bapa dan ‘memperkenalkan’ kepada bapaku, cucu sulungnya. Aku tidak tahu, jika dia masih hidup, bagaimana dia akan melayan anak aku, walaupun ramai orang yang menyatakan, ‘kasihan bapa aku tidak sempat melihat cucu sulungnya”. I’m a bit clueless when I heard this.

Konklusi post aku kali ini, doa aku dimakbulkan. Daun namanya telah digugurkan dari Luh Mahfuz. Dia telah kembali ke alam barzakh, alam sebelum akhir4t. Apa yang mampu aku lakukan, hanyalah menyedekah doa dan al-fatihah kepadanya, mendoakan agar rohnya tenang di alam sana dan diringankan azab siksa alam barzakh.

Semoga Allah mengampunkan d0sa – d0sa bapaku. Semoga dia sempat bertaubat sebelum nyawanya diambil malaik4t. Semoga dia tidak diuji dengan azab siksa yang pastinya tidak terperi s4kitnya. Semoga amal ibadat yang dilakukan semasa dia hidup, dihitung kira dan menjadi penyebab dia mendapat pahala yang membantunya nanti.

Semoga dia di tempatkan dalam kalangan h4mbaNya yang beriman. Semoga kisah aku menjadi pengajaran buat aku dan suami aku, untuk menjaga dan melayan anak dengan baik. Memberikan Iimpahan kasih sayang dan perhatian yang baik.

Supaya, anak kami tidak merasai apa yang aku rasakan. Supaya anak aku menerima kasih sayang terbaik daripada ibu bapanya. Dalam buruknya pengalaman hidup, syukur, dalam masa yang sama ia menjadi pengalaman dan pengajaran hidup yang terbaik. Assalamualaikum. Noble Strength, – Audelia (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?