Anak tak guna, bapak mertua masuk hospitaI tapi anak kandung taknak ambil cuti nanti tak boleh naik jusa

Kami sempat makan nasi goreng dekat parking mall, sambil suap ubat dekat anak sebab anak demam. Menitis air mata aku. Rasa sebak, rasa nak marah, sebab kami yang anak – anak lagi kecik. Sedangkan ada anak sendiri, yang boleh sepatutnya tolong, tapi sebab duk kejar sangat nak pencen dengan Jusa..

#Foto sekadar hiasan. Assalamalaikum semua, dan Lyla Amina di confession sebelum ni. Nama aku Thiery. Bila baca pasal kau punya confession, aku teringat kisah aku. Mungkin boleh baca sebelum – sebelum yang pernah aku cerita. Tapi cerita aku jenis ke sana ke sini sikit ni.

Bila kau cerita yang abang kau asyik duk lebihkan anak dan bini dia, aku teringat dekat akak ipar aku. Sebelum ini aku pernah cerita, ke tak masuk dalam cerita sebelum ni, bapak mertua aku ada appointment KL. Jadi kami beli tiket flight untuk bapak dengan mak mertua aku sebulan setengah sebelum tu sebab kebetulan ada tiket murah.

Kebetulan, akak ipar aku datang rumah aku dalam sebulan atau 3 minggu sebelum appointment tu. Jadi masa tu, kami bagitau, kalau dia boleh tolong ambil mak dengan bapak mertua aku sebab rumah dia dekat dengan airport, dalam 25 minit, berbanding dengan kami ni yang dalam 2 jam

Jadi masa dekat rumah kami tu, dia tak bagi keputvsan lagi. So kami okla, mungkin dia kena check dengan office dulu ke macam mana. 3 – 4 hari sebelum flight dan appointment, isteri aku tanya balik akak ipar aku untuk confirm dia boleh ambik tak.

Antara jawapan dia :

1. Kami tak boleh cuti sampai hujung tahun sebab awal tahun depan nanti kami nak cuti

2. Kalau ada apa – apa plan melibatkan kami, jangan adhoc. Bincang dulu.

3. Bos office kami demand sikit. Boss banyak bising sebab kami selalu keluar ambik report card la, pergi kIinik etc. Ni pun ada event sekolah anak kami tak pergi. Kalau kami tak pergi, kesian la budak – budak nanti nangis.

Point no 1, tau dia cuti awal tahun tu pergi mana? Pergi berjalan dengan kawan dia. Bawak family dia dan family kawan dia. Masa tengok dia post pergi bercuti tu, geleng kepala jelah mampu. Ambik cuti atau time off untuk pick-up bapak dekat airpost sebab bapak ada appointment berkira nak m4mpus, tapi pergi bercuti berhari – hari boleh pulak. Ba Alip Nga Nga betul..

Point no 2, apa – apa plan melibatkan dia, jangan adhoc. Mungkin 3 – 4 minggu sebelum kejadian dikira adhoc. Aku tak tahu la kalau bapak mertua aku kena heart att4ck, kitorang bagitau dia, dia kira tu adhoc ke macam mana. Aku masa dia cerita pasal adhoc tu, aku kepala banakan dia terus.

Point no 3, dia cerita pasal anak dia. Keep on risau sekian – sekian pasal anak. Tapi pasal bapak dan mak dia ambik kisah tak? Tak habis – habis dengan anak – anak dia. Dunia ni putaran, the way kau layan mak bapak kau, nanti jangan terk3jut kalau anak kau pun buat yang sama, sebab dia belajar dari kau.

Kadang – kadang aku dengan isteri duk borak, dia duk sibuk pasal cara nak jadi ibubapa yang baik kepada anak – anak, tapi dia tak pernah ke terpikir yang macam mana struggIe mak ayah dia dulu besarkan dia? Padahal benda simple je weh.

Minta time-off ke paling kurang, atau ambikla cuti separuh hari je. Tapi tak boleh ya tuan puan sekalian. Nanti tak dapat naik jadi jusa sebelum pencen. Jadi akhirnya, kami drive dari rumah, tanpa mengharapkan pertolongan dia langsung, isteri aku terp4ksa apply wfh, angkut sekali anak – anak kami.

Maka kami la yang ambil mereka dekat airport. Dan walaupun rumah dia dekat hospitaI, kami sewa je hotel. Sebab dengan dia tu, aku dah level tak boleh nak adjust dah. Kalau boleh malas langsung nak ngadap muka dia.

Masa bapak mertua aku dekat hospitaI, kami keluar cari barang kejap. Nak cakapnya kami berkejar – kejar ke sana sini, baru lepas register bapak mertua, berkejar ke mall berdekatan nak cari makanan untuk mak mertua dan nak cari barang untuk bapak mertua.

Nak cakapnya punyalah nak kejar masa, dengan mak mertua tak makan lagi, kitorang sendiri makan dalam kereta je. Makan nasi goreng dekat parking mall, sambil lepas tu suap ubat dekat anak sebab anak demam. Menitis air mata aku

Rasa sebak dan rasa nak marah, sebab kami yang anak – anak lagi kecik, dengan anak tak berapa sihat, kena berlari ke sana sini urus bapak mertua, belikan makanan untuk mak mertua yang jaga ayah dekat hospitaI. Sedangkan ada anak beranak sendiri, yang boleh sepatutnya tolong, tapi sebab duk kejar sangat nak pencen dengan Jusa, tak boleh diharapkan langsung.

Masa tu nampak, nampak isteri aku rasa kesian tengok aku, dengan penat drive lagi sebab aku sendiri baru balik outstation jugak. Tak sempat rehat dekat rumah, terus kena uruskan tu semua. Tapi apakan daya, penat setara mana pun aku, kalau aku down, kalau aku tak larat, lagi masak. Jadi gagahkan diri jugak.

Masa tu memang kami dah set, jangan letak expectation langsung dekat akak ipar aku untuk urus mak dengan bapak dia sendiri. Dan sampai sekarang, kalau bapak mertua aku ada appointment, kami yang akan ambil cuti.

Bawa dia pergi appointment semua. Sebab bapak dengan mak mertua aku dah penat nak berkecik hati dengan akak ipar aku. Dalam bulan lepas, bawa lagi sekali bapak mertua aku appointment. Memang drive dua jam, ambik homestay area KL, then esok pagi bawa pergi hospitaI.

Anak – anak tinggal dekat rumah bapak aku. Lepas tu akak ipar ajak pergi rumah dia. Masa dekat rumah dia tanya kenapa tak duduk rumah dorang je. So bagi la alasan yang senang nak tumpang anak – anak dekat rumah bapak aku.

Kalau ikut wife aku, dia nak je cakap “Kalau tinggal dekat akak, akak boleh jaga ke? Kan hari kerja. Mana boleh ambik cuti. Nanti tak dapat naik pangkat.” Jadi sebagai khulasohnya, memang dalam hati, kita rasa tak adil. Aku kalau ikut, apa tak keluar dari mulut aku sebab s4kit hati sangat.

Memang aku rasa hilang semua pahala aku uruskan bapak mertua aku sebab banyak sangat yang keluar dari mulut aku. Dia bukan s4kit hati sebab kita rasa penat (tapi sebenar sebab penat fizikaI jugak), tapi s4kit hati dia layan mak bapak macam tu.

Isteri aku tu sampai malu dengan family aku sebab sepanjang menguruskan bapak mertua aku beberapa appointment, family aku yang banyak tolong. Malu sebab kalau ikut akak sendiri lagi dekat, tapi orang lain yang tolong sebab akak jenis neuron – neuron tak berfungsi. Mak dengan bapak mertua aku tak yah cakap la. Lagi malu dengan anak sendiri macam tu.

Aku dan isteri dah doktrinkan dalam kepala kami dengan satu konsep “pergi m4mp*s” dekat akak ipar tu. Jadi jangan letak apa – apa expectation, sebab nanti kita akan kecewa. Kepada Lyla, sentiasa letak dalam kepala, kita buat baik dekat mak bapak ni, even kita rasa “ghenyah”, tapi insyaAllah, Allah akan mudahkan hidup kau nanti.

Percaya satu benda, asbab kita banyak bantu mak ayah kita, Allah akan mudahkan urusan kau nanti. Sebab apa, sebab redha Allah adalah pada redha mak bapak. Dan sepanjang aku uruskan bapak mertua aku dengan isteri aku, antara yang buat kami sentiasa bersyukur Allah bagi kami kesempatan berkhidmat dekat mereka:

1. Bapak mertua aku bukan sejenis yang bersalaman dan kemudian peIuk orang. Tapi bila settle uruskan dia appointment dan masuk ward semua, dia akan cakap, “Terima kasih banyak – banyak tolong uruskan ayah. Ayah memang tak boleh baIas, tapi moga Allah baIas yang sebaiknya untuk kamu berdua”

2. Bapak dan mak aku bila tengok muka aku penat masa uruskan bapak mertua aku buat prosedur jantung. Seriusly masa tu memang penat. Penat otak dan fizikaI. “Dalam ramai – ramai anak kami, thiery yang antara paling Allah bagi ujian. Tapi ma dan abah bangga dengan thiery. Takpe, thiery khidmat dekat mereka sebaiknya. Allah nak bagi something yang cantik untuk thiery nanti”

Dia bukan kita nak dengar ucapan yang memuji kita, ucapan terima kasih tu, tapi daripada yang kita dengar apa orang tua kita cakap, dia dapat bagi kita satu kepuasan sebab kita dapat buat tugas kita sebagai anak untuk berkhidmat dekat mak bapak kita.

Mak aku selalu cakap dan pesan “Ada sebab Allah letak thiery ada dekat situ. Kahwin dengan emma (bini aku la tu). Sebab Allah nak bagi theiry pahala asbab berkhidmat dekat mak ayah emma. Tolong emma berkhidmat dekat mak ayah dia”

Bapak aku pulak “Allah nak bagi thiery pahala tu. Jadi gunakan peluang Allah nak bagi Thiery buat pahala tu” InsyaAllah, moga Allah ganjari sis Lyla dengan sebaiknya asbab sis berkhidmat kepada mak dan ayah sis. – Thiery (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

NH Abdul Aziz : Aku rasa banyak je keluarga yang ada adik beradik or ipar duai macam ni. Bila nak mintak tolong berkaitan mak ayah yang dah tua, tanya awal sebulan dua bulan pun, tetap akan beri alasan sama, i.e. kena beritahu awal, kau lambat beritahu, anak dia tak boleh tinggal, boss tak bagi blabla.

Bila dah terbiasa, you will avoid as much as you can from including them into matters regarding your parents. Find your own way to resolve apa – apa regarding your elderly parents sebab nak elak masam muka atau d3ndam kesumat. Begitulah kehidupan.

Anggap ini peluang pahala dari Allah saja dan buat sehabis baik. Inilah peluang untuk spend time dengan orang – orang tua kita yang entah berapa lama lagi hidup – sedangkan umur kita yang lebih muda pun tak tentu panjang – pendeknya.

Neuro Shewazni : Aku, anak tunggal. Jadi semua atas kepala aku. Mak, anak – anak, suami. Alhamdulillah aku dapat suami yang baik macam ko. Memahami wife. Bagi aku, anggap jela wife ko tu anak tunggal macam aku huhuhu.

Sesungguhnya, suami dan menantu yang baik macam ni, ramai orang sayang. Teruskan berbakti. Tapi kena ada batas. Maksud aku, kalau mertua hargai, Alhamdulillah. Tapi kalau jenis yang dahlah tak hargai, membebel dan membandingkan macam tu takyah layan. Aa gitu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.