Aku geli giIa bila nampak tikus tu dekat dapur aku. Besar – besar dan hodoh sangat, boleh nampak bulu – bulu dia basah macam baru keluar dari longkang menyelinap dekat celah bahagian dapur rumah aku..
#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Aku dah tak tahan, aku beng4ng rumah keluarga aku kotor sangat – sangat, bersepah. Aku balik kerja sahaja terus jadi marah, menyampah, sesak. Dekat ruang tamu penuh dengan baju – baju yang bersidai, surat khabar bersepah, dengan kain baju yang baru angkat dari ampaian berlonggok di situ.
Ruang tamu dah jadi macam stor + bilik tidur + bilik dobi. Aku dah tak boleh tahan. Dari aku sekolah rendah sampai aku dah kerja sekarang, aku segan sangat nak bawa kawan – kawan aku tengok rumah aku. Sepanjang 25 tahun aku hidup, tak ada seorang pun kawan – kawan aku datang jadi tetamu di rumah aku sebab aku malu.
Nak bagi orang tengok kawasan depan laman tempat letak kereta rumah aku pun aku malu. Bersepah dan kotor. Laman depan dah jadi stor basikal buruk, akuarium buruk, almari buruk, kasut – kasut buruk bersepah, kayu – kayu buruk bersepah, dengan pokok yang macam – macam ayah aku main tanam sahaja.
Segala macam jenis pokok rumpai bersepah. Macam hutan dah. Penuh dengan semak sahaja halaman depan rumah aku yang kecil itu. Rumah lain boleh masuk dua kereta, dekat rumah aku ini nak parkir kereta depan rumah pun susah sebab penuh dengan pokok.
Paling aku tak boleh terima, mak aku buat tikar Sarawak yang dah buruk dan berkulat – kulat jadi penghadang antara pagar jiran aku sebab mak aku ada krisis sikit dengan jiran sebeIah. Dulu makcik aku datang, dah perli mak aku dan turunkan tikar itu, tapi mak aku tetap letak balik tikar itu. Huduh giIa.
Aku tak malu duduk di rumah kos rendah, setinggan, atau flat dua bilik sekalipun asalkan kemas. Yang penting KEMAS dan sedap mata memandang, bukan macam stor barang – barang buruk. Bukan macam rumah Indon bawah jambatan.
Aku dah tahap menyampah sangat dengan barang – barang lama dalam rumah aku. Barang – barang banyak, kebanyakannya barang – barang tak pakai sejak dari zaman aku sekolah rendah. Mak aku tak nak buang – buang. Mak aku jenis sayang nak buang barang – barang.
Pernah aku dah buang pewangi kereta yang dah habis, mak aku sanggup ambil balik dari tong sampah dan simpan sebab sayang ada lagi sedikit bau wangi. Aduhai, nasib baik mak sendiri. Kalau dekat dapur pula, aku dah sampai tahap geli nak pijak lantai dapur itu.
Mungkin mak aku perasan aku geli, mak aku beli karpet lepas itu hampar dekat dapur itu. Dalam hati aku, kenapa lah hampar karpet lawa – lawa dekat dapur yang berminyak ini. Kadang – kadang lauk jatuh, air tumpah, kotor lah karpet itu. Hmmm, tak apalah. Mak aku.
Sekarang dapur aku dah jadi sarang tikus. Tiap – tiap malam, segala stok makanan kena letak dekat ruang tamu dan tutup sebab malam – malam tikus – tikus yang besar dan kotor akan geledah seluruh dapur aku cari makanan.
Aku geli giIa bila nampak tikus tu dekat dapur aku. Besar – besar dan hodoh sangat, boleh nampak bulu – bulu dia basah macam baru keluar dari longkang menyelinap dekat celah bahagian dapur rumah aku. Yang aku peliknya, ayah aku bukanlah orang kerja biasa sangat, ada pemandu.
Pernah pemandu dia datang dulu, macam tak percaya ini rumah bos dia. Mungkin sebab ayah aku dibesarkan dengan hidup susah dekat kampung. Rumah – rumah makcik aku beIah ayah aku, semua jenis bersepah, giIa punya bersepah lah, sama macam rumah aku juga.
Sebagai seorang anak, aku boleh cakap ayah aku dikira tak suka berbelanja, tak suka barang nampak lawa (aku pernah cat pintu kayu rumah aku yang dah terkopak – kopak, ayah aku cakap “cukup – cukuplah tu,” tapi aku berkeras juga sebab dah cat separuh, kalau berhenti memang jadi lagi buruk giIa).
Dulu dekat ruang tamu aku penuh dengan contengan. Contengan aku dan adik beradik masa kecil. Memang hodoh giIa ruang tamu. Dekat mana – mana ada conteng. Itu memang salah kami lah. Bila dah besar, kami cat balik.
Sebelum itu ayah aku relaks sahaja tak cat. Aku yang sekolah rendah masa itu pun boleh rasa malu, macam mana ayah aku boleh relaks sahaja bila kawan – kawan dia datang? Sekarang ini sifat pemalas, pengotor, tak suka mengemas diw4risi sedikit sebanyak dekat adik beradik aku, baik lelaki mahupun perempuan, termasuk aku.
Tapi aku ok sikit lah sebab aku dulu duduk asrama dari tingkatan satu. Dekat asrama mana boleh selekeh – selekeh. Banyak lagi kot yang aku tak puas hati dengan keadaan rumah aku. Oh ya, kalau korang tanya, kenapa aku tak tolong kemas?
Aku dah tak mampu nak mengemas, nak bersihkan rumah aku. Serius aku dah tak mampu. Bukan aku seorang, semua adik beradik aku yang lain, tak mampu nak kemas lagi dah. Lagipun 90% barang – barang bukan aku punya.
Aku tak boleh main suka – suka kemas dan buang. Aku cuma mampu kemas tempat tidur aku dan almari aku sahaja. Aku berdoa sahaja semoga cepat – cepat aku boleh ada rumah sendiri. Aku nak kemas rumah itu. Maaf sebab panjang. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi, terp4ksa luah dekat sini.
Komen W4rganet :
Soda : Aku agak TT ada kesed4ran sebab dia duduk asrama. Parents aku dulu pun jenis tak suka buang barang tapi rumah takde tahap rumah TT. Tapi sekarang kitaorg kerja punggah barang pastu bakar / buang / tanam apa yang taknak dah, mungkin salah satu sebab dah ramai menantu dalam rumah so segan bila rumah banyak barang.
Memang susah nak bagi kesed4ran tu.. parents TT ni jenis yang conscious dengan apa orang kata tak? Contohnya bila orang kata rumah TT semak or orang kata napa suka pakai benda buruk? Kalau tak conscious memang susah lah nak tegur. Pernah duduk 1 family discuss benda – benda ni? tt cuba la cakap baik – baik sambil buat lawak, kalau bukan parents maybe adik – adik termakan dan korang jerlah kemas sesama.
Liza : Tikus tu ko pasang per4ngkap aje TT, kalau dah family tak nak kemas ko kemas sendiri, ambik semua barang – barang tak guna ko lemparkan aje ke dalam tong sampah, pastu ko buat b0do aje, macam tak de pape. Pasal dapur tu, jangan asyik nak geli aje memijak sebaliknya kalo dah geli ambik mop, mopkan dapur, simpan segala karpet tu.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.