Bapak bawa lori, banyak tempat dia buat bini, anak pun ramai tak kenal. Sehinggalah dia kahwin dengan orang seberang, bapak berubah

Mak tiri aku yang terbaru ni w4rga asing. Baru ni mak tiri aku lari balik negara dia. Barulah bapak cerita yang mereka kahwin guna IC tipu, ic beli. Surat cerai mak tiri aku dulu pun dorang beli je..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku nak meluah tentang permasalahan bapak aku dan ingin minta pendapat dari pembaca yang arif. Baru – baru ni isteri bapak aku, si M lari dari rumah. Bukan lari senyap – senyap tu tapi dia tipu bapak, kata nak jaga mak dia s4kit. Mak si M ni, ada di johor.

Sedikit tentang M. M ni orang seberang. Datang Malaysia nak kerja. Lepastu jumpa bapak aku, mereka kahwin. Kira jadi mak tiri aku. Sebelum ni M pun pernah berkahwin tapi dah cerai. Ada anak sorang. Lepas M tengok mak dia, lepastu dia balik semula ke rumah bapak.

Kemudian lepas tu, dia cakap nak bawa mak dia balik ke negara dia pulak sebab nak jumpa anak cucu dia kat sana. Dah bertahun tak jumpa sebab pandemik aritu kan. Bapak pun hantar la dia sebab kesian. Mula – mula dia kata sebulan dua, eh tiba – tiba dah tak nak balik dah.

Bapak pun call adik ipar dia iaitu adik si M tanya betul ke mak dia s4kit. Adik dia cakap, mak dia tak s4kit pun. Bapak pun jadi tak tentu arah la sebab kena tipu dengan M. Hari – hari call pujuk balik, tapi M merajuk apa tak tau. Bapak kata mungkin termakan hasutan orang.

M ada mesej kakak aku suruh balik tengokkan bapak sebab takde sape jaga makan minum bapak. Aku sebab anak paling dekat pergi la melawat bapak. Masa M takde kat rumah ni la aku tengok bapak banyak cakap. Sebelum ni kalau ada M, bapak macam takut – takut je nak cakap, borak dengan anak – anak.

Bapak pun luahkan la rasa tak puas hati dia. Sampai la satu part tu buat aku terk3jut. Bapak kata M beli ic orang sabah. Bapak tak tau sebab muka orang dalam ic tu sama dengan M. Bapak ingat betul la M orang sabah sebab tu dia nak kahwin dengan M.

Bapak dan M ada anak sorang. Bapak kata tak boleh nak sekolah masuk tingkatan 1 sebab maklumat ibu dalam surat beranak anak dia nama orang lain. Orang sabah yang jual ic dekat M tu pun dah meninggaI. Kalau nak sekolah, kena ada sijil m4ti dia kan.

Tapi sebab M ni guna ic orang, segala urusan tak boleh diteruskan untuk anak dia. Sijil m4ti orang sabah tu pun takde. Bapak kata biar la sekolah sampai darjah 6 je. Aku pun haa ? Biar betul. Habis urusan nikah guna ic orang lain tu sah ke?

Anak yang sekarang ni sah ke taraf dia? Daftar nikah kat malaysia betul dah tapi tipu dokumen sebab M guna ic orang lain. Bapak kata jangan cerita kat orang. Dia pun takut rasanya kalau kena tindakan. Bapak kata keturunan M ni memang suka tinggal – tinggal laki. Mak M tinggal laki, adik dia pun sama.

Bapak pun kata, laki M sebelum ni pun M main tinggal je, surat cerai dia beli kat negara dia. Sekali lagi aku terk3jut. Dah cerai tapi beli surat cerai? Maksudnya cerai tak formal lah kan lepastu kahwin pulak dengan bapak? Apa pulak hukvmnya kan.

Aku kat situ rasa terk3jut bercampur kecewa dan sedih. Macam tu sekali bapak pandang enteng urusan agama. Dah la banyak duit habis dekat M sampai nafkah kami adik beradik terabai (ni kalau nak cerita lagi panjang).

Ye la bapak kata bapak yang uruskan visa (renew tiap beberapa tahun) pasport dan segala hal pasal M. Kami anak – anak kandung pun tak pernah bapak pergi daftar kat sekolah ke bayar yuran ke. Si M pergi kIinik kerajaan pun bayar RM1. Hebat kan M.

Bapak ni punya sayang M, dengan kami takut nak borak walhal anak – anak kandung sendiri. Takut si M terasa ke merajuk. Kalau dia merajuk nanti ugvt minum r4cun la, nak bvnvh diri la. Aku kalau nk ikutkan malas nak ambik tahu pasal bapak (sebab bapak selalu abaikan anak – anak).

Tapi kakak aku pesan, yang berlalu tu biar Allah yang baIas. Sekarang kita jalankan je tanggungjawab mana yang mampu. Bapak aku sekarang pun hidup bukan la senang mana. Jadi pendapat para pembaca, nak buat macam mana kalau dah tau pasal tipu – tipu dokumen ni? – Apam Balik (Bukan nama sebenar) Sambungan..

Terima kasih admin yang telah menyiarkan confession ini. Aku dah baca semua komen. Ramai yang mengecam bapak. Percayalah, aku di pihak para netizen cuma aku berbinti kan bapak je, hehe. Aku juga tak berniat pun nak settlekan hal bapak ni.

Cuma bila bapak kata dia taknak sambung sekolahkan anak dia, aku kena ambik tahu. Sebab tu aku tulis di sini. Apa yang korang komen tu aku dah pesan ke bapak baik – baik. Selesaikan la segala hal sebelum bapak meninggaI dunia.

Bapak kata dia dah bernikah dengan M kali ke-2 di pejabat agama negeri dia tinggal dan telah disahkan. Tapi pelik juga maklumat ibu dalam surat beranak anak dia masih nama orang lain. Bapak jugak takut aku bagi tahu orang, haha.

Pandai – pandai la bapak uruskan. Anak bapak dan M lelaki ye. Bapak sebelum ni pun pernah bernikah beberapa kali. Ada bini orang siam la orang itu la ini la. Ada anak pun kami tak kenal siapa, berapa orang. Bapak kerja bawak lori, jadi banyak tempat dia pergi.

Banyak tempat juga lah dia buat bini. Kahwin cerai kahwin cerai sampai la jumpa M. Orang cakap bawak lori gaji besar tapi aku adik beradik hidup susah. Susah sebab bapak culas nafkah tapi mampu kahwin ramai. Mak aku (isteri pertama ) masa tu, tak mampu nak buat tuntutan nafkah semua tu sebab kos mahal. Jadi bekerjalah mak demi menampung kami.

Bila aku sebut pasal nafkah, bapak cuma gelak hehe je. Tapi bila aku cakap M lari sebab duit bapak dah habis. Dia marah. Dia cakap M tak pernah minta duit dia walhal M beli barang dapur macam nak buka kedai. Begitu sayang lagi dekat M walaupun dok kutuk – kutuk keturunan M ni. Call lagi M merayu – raju minta maaf.

Aku pun ada suruh ceraikan sahaja si M. Tapi bapak macam tu jugak lah, berharap agar M kembali. Pasal bapak mungkin diguna – gunakan oleh M, memang dari awal aku nampak bapak ni macam tunduk je dengan M. M burukkan bapak depan anak sed4ra bapak pun bapak masih tersenyum – senyum. Nak bercakap dengan anak – anak bapak pun takut – takut.

Banyak lagi kisah bapak ni tapi setakat ni je la aku share. Apa yang bapak buat sangat memberi kesan yang negatif terhadap kami adik beradik. Tapi aku mahu simpulkan bahawa bapak telah menjadi manusia yang rugi.

Rugi sebab kami anak – anak hanya melihat bapak sebagai tanggungjawab, bukan dengan kasih sayang. Kalau bapak meninggaI pun belum tentu kami mampu menitiskan air mata dengan ikhlas. Semoga kisah bapak dijadikan pengajaran. – Apam Balik (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Rose Linda Roslan : Alamak. Bah4yanya bapak tt menabur benih sana sini tanpa korang tahu mana adik beradik lain. Moga – moga takdelah yang terkahwin dengan adik sendiri. Rosak habis nasab nanti. Hanya mampu baca sambil menggeleng kepala.

Nur Azimah : It is common situation dik, ramai bapa yang jenis kahwin cerai sampai 12345, nafkah hal rezeki tak selesai, pendidikan anak – anak esp bab akhir4t tak cakna, yang tinggal pada anak mungkin secebis hormat sekadar salam civm tangan saja.. nak sayang – sayang tu tak la.

Kadang – kadang terfikir juga untuk kes camni, kena buat dna test ke eh nak bagi confirm tu memang anak bapa.. ke anak siapa – siapa ntah.. maknya jenis menipu sana sini susah nak percaya.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.