Bapak dah tua, kahwin dengan pelajar sendiri. Dia bagi alasan sebab mak aku s4kit, tak kerja tak pernah sumbang duit

Dulu mak kerja tapi bapa suruh mak berhenti kerja kononnya biar rumahtangga terurus tapi akhirnya bapa ungkit yang dia seorang je bekerja. Paling sedih, bapa p4ksa mak aku pergi mahkamah untuk menyatakan setuju untuk dimadukan…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, harap sudilah siarkan cerita aku ni. Aku tersepit sekarang. Aku nak luahkan perasaan aku yang tengah s4kit hati sangat – sangat. Ini kisah bapa aku yang telah berkahwin lain.

Bapa aku kahwin dengan anak murid dia dan telah ada hubungan sulit dengan perempuan itu selama enam tahun. Rupanya mak aku dah tahu hal ni lama tapi mak hanya pendamkan je sebab tidak mahu anak – anak dia risau.

Tapi aku sebagai anak memang sudah lama tahu bapa aku ada hubungan sulit dengan perempuan itu. Sampai lah mak aku beritahu aku yang bapa aku sudah berkahwin dengan perempuan itu lepas Hari Raya Haji hari itu. Tidak dapat aku bayangkan perasaan mak aku yang terlalu h4ncur.

Patutlah aku nampak perubahan yang ketara pada mak aku yang tiba – tiba jadi pendiam. Ya Allah, aku memang menangis dan aku tidak sangka bapa aku begitu k3jam dengan mak aku. Mentang – mentanglah mak aku tidak kerja, lepas itu s4kit pulak.

Korang tahu apa alasan bapa aku kahwin lain? Dia beri alasan sebab mak aku s4kit. B0doh punya lelaki! Selama ini, sepanjang aku hidup aku boleh nampak, macam – macam dah yang mak aku k0rbankan. Mak aku duduk dengan mak mertua sampai nenek aku meninggaI hampir dua puluh tujuh tahun.

Macam – macam dugaan yang mak aku lalui tapi ini baIasan yang mak aku dapat. Korang bayangkanlah, duduk dengan mertua, jaga mertua sambil jaga anak – anak dan suami. Mak aku tak pernah meninggikan suara tapi bapa pernah m4ki mak sebab mak aku tanya hubungan bapa aku dengan perempuan sundaI itu.

Tiap kali aku balik rumah mak, aku tidak boleh tengok muka mak sebab aku terlalu sedih. Aku takut aku termenangis depan mak. Ya Allah kuatnya dugaan yang Kau berikan kepada mak aku. Mak aku memang seorang yang tabah.

Tapi aku nak sangat tengok mak aku hidup gembira. Tapi mak aku kata hidup dia dah tidak gembira. Sekarang ini mak aku hanya mampu berdoa untuk diberikan kekuatan dalam hidup. Sampai sekarang bapa aku tidak tahu yang aku dah tahu dia dah berkahwin lain.

Aku sebenarnya tak nak sabar tunggu bila rahsia dia akan terbongkar. Paling sedih, bapa aku p4ksa mak aku pergi mahkamah untuk menyatakan setuju untuk dimadukan. Ya Allah, kenapa mak aku begitu tabah. Sekarang ini memang aku kena beri sokongan yang kuat untuk mak.

Kalau ikutkan hati nak sahaja bawa mak duduk dengan aku sekali tapi apakan daya mak masih seorang isteri. Aku hari – hari memikirkan nasib mak. Itu baru perasaan aku sebagai seorang anak, macam mana pulak perasaan mak, isteri yang kena hadap benda tu.

Kadang – kadang tidak boleh tidur langsung. Aku malu pada suami aku. Bapa mertua aku yang telah kehilangan arw4h isteri (mak mertua aku), dia pun tidak ada nak kahwin lagi. Kadang – kadang aku tidak faham, apa yang seorang suami mahukan lagi?

Dulu mak aku kerja tapi bapa aku yang suruh mak berhenti kerja kononnya biar rumah tangga terurus tapi lama – lama bapa boleh ungkit yang dia seorang sahaja bekerja. Ya Allah selama ini dia tidak ikhlas langsung dengan mak dan anak – anak termasuk aku.

Bila aku fikir aku akan menangis. Aku masih boleh berpura – pura depan bapa. Aku tak akan buat sesuatu yang akan meny4kitkan hati mak. Kalau aku menunjukkan respons yang tidak baik kepada bapa, mak akan jadi m4ngsa ayah sebab itu aku masih bersabar.

Sekarang ini memang aku tidak buka cerita langsung apa – apa berkaitan pasal bapa. Sebenarnya bapa dah ugvt mak yang jangan cerita hal yang dia sudah kahwin lain dengan sesiapa. Jadi kalau nak bawa mak jalan mesti bapa tidak akan benarkan sebab bapa takut mak akan ceritakan hal ini kepada aku.

Aku bukan tahap sampai nak m4ki dia secara berdepan, aku hanya marah dalam hati. Tulis dekat sini nak luahkan hati. Aku tidak pernah meninggikan suara kepada dia. Tapi siapa boleh tahan kalau seorang suami panggil isteri perkataan barua di depan anak – anak?

Anak mana yang boleh sabar? Melainkan kalau kamu tidak kisah. Tapi macam aku cakap, aku masih boleh kawal diri. Kalau ikutkan hati aku nak suruh bapa aku ceraikan mak aku daripada mak hidup tersiksa tapi aku sebagai anak patutkah masuk campur? Kamu semua apa yang patut aku lakukan bila hal ini terbongkar? Aku takut aku akan buat sesuatu yang tidak sepatutnya.

Komen W4rganet :

Nasihah : Kasihan kat mak tt. Banyakkan bersabar ye tt. Hati perempuan mana yang tak terIuka jika suami ada yang lain. Yang penting, cubalah bahagiakan ibu tt sementara ada ni. Urusan bapa tu, biarlah tuhan yang mengadili. Jangan sebab bapa yang meIukai hati ibu dan berkahwin lain, anak – anak pula menanggung d0sa kerana biadap mem4ki bapa sendiri.

Haryatie : Tak boleh la nak baca kisah tt. Buat akak nangis sama. Sedihnya. Ya Allah.. sampai camtu sekali ayah tt panggil mak tt. Melampaunya.. Patut la tt marah sangat kat ayah. Sabar lah, nak wat cam ner.. Biarlah setiap perkataan kesat yang ayah keluarkan tu di perhitungkan oleh Allah.

Akak faham sebab pernah melaluinya. Yang penting kesihatan mak tt. Selalu la ambil tahu tentang dia. Minta dia luahkan apa yang terpendam di hati, jangan biarkan dia simpan terlalu lama nanti makan diri, nanti sem4kin dia mend3rita. Semoga Allah beri mak tt ketabahan dan kesabaran yang tinggi. Allah tidak akan menzaIimi h4mbanya. Banyakkan lah berdoa.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.