Bapak sakit gigi, mak pula demam sakit-sakit badan tapi gigih nak juga datang konvo

Musim Konvokesyen masih lagi belum berakhir. Banyak kisah-kisah menarik yang telah dikongsikan untuk kenangan akan datang.

Sesungguhnya tiada lain yang diharapkan oleh ibu bapa selain melihat anak-anak berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Inilah yang dikongsikan oleh seorang gadis di twitter, dengan mengguna akaun @chiccbi, dia membuat status kesungguhan ibubapanya yang hadir ke majlis konvokesyennya.

Menurutnya ayahnya sakit gigi dan ibunya pula demam dan sakit-sakit badan tapi masih sanggup datang jauh dari Ipoh ke Johor untuk sama-sama meraikan hari yang paling bermakna bagi seorang graduan.

Tapi yang lebih menarik perhatian netizen adalah, gambar-gambar yang dikongsikan bersama ayahnya yang sangat comel dan ceria.

Gadis ini turut memberitahu ayahnya adalah seorang yang sangat kelakar dan ‘happy go lucky’.

Kami yang tengok pun rasa terhibur dan happy. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan memuji ibu bapanya.

They’re very proud of their daughter, they can handle the p4in. That’s how big parents’ love..

Tahniah. Kasih sayang mak bapak terhadap anak tiada bandingannya.

thats what parents will do for their children. you’re so lucky. praying for your success all the way. Ganbate !


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..