Aku pergi dekat pejabat KWSP tu, b0doh – b0doh aku cakap kat pegawai tu bukan company aku. Tapi masalahnya syarik4t memang atas nama aku, duit syarik4t masuk account aku tapi bank mak bapak aku yang pegang. Masa ni umur aku dah 25 tahun..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Sempena birthday aku hari ni, aku nak share dengan korang, aku ialah manusia polos yang dib0doh – b0dohkan. Hari ni aku tukar nama. Nama aku Amy. Seorang wanita, berumur 30 tahun, dan berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.
Aku merupakan anak pertama dari 5 adik beradik. Mak ayah aku boleh kata orang alim. Dalam keluarga besar baik sebeIah bapak ataupun mak, keluarga kitorang memang agak pelik. Dalam dunia sendiri. Dari kecik bapak aku hantar kitorang kat sekolah agama dan semua benda terkawal rapi.
Tapi itu bukan fokus utama aku. Aku sejak dari kecik memang menurut ajer kehendak mak ayah. Yela kita belajar kena ikut perintah mak ayah kalau tak masuk api ner4ka. Pengetahuan aku terhadap dunia ni dikawal. Dengan siapa aku berkawan dikawal.
Jadi aku tak tahu banyak benda, aku hanya tahu apa yang ada di sekeliling aku, apa yang mak bapak aku tunjukkan je. Bila aku habis belajar university, aku kena praktikal dekat company keluarga dan kerja kat pun dekat company keluarga.
Aku percaya jer bulat – bulat apa yang mak bapak aku cakap. Jadi korang boleh bayangkan tak betapa naifnya aku dengan dunia luar. Satu hari bapak aku nak beli kereta. Tapi dia nak guna nama aku. Aku pun b0doh ikut jer lah.
Aku dah rasa tak sedap hati, tapi aku takde sumber rujukan masa tu. Banyak kali bapak aku ada tunggakan keta tu, sampai akaun aku kena freeze kat bank, hmm.. Masa tu aku takde apa – apa tanggungan lagi, belum kahwin. Jadi aku diam jer lah.
Lepas tu bapak aku tukar nama company ke nama aku. Aku tak faham, tapi bapak aku gula – gulakan aku, nanti nak handover company ni kat aku. Satu hari aku dapat surat merah dari KWSP. Rupanya bapak aku tak bayar KWSP staff.
Aku dipanggil ke pejabat KWSP. Aku bagitahu bapak aku, bapak aku cakap tak payah pergi, nanti dia selesaikan. Tup – tup tak lama lepas tu, dapat surat mahkamah dari KWSP. Diam – diam aku pergi, kat pejabat KWSP tu, b0doh – b0doh aku cakap kat pegawai tu bukan company aku.
Tapi masalahnya syarik4t atas nama aku, duit syarik4t masuk account aku. Kad bank mak bapak aku yang pegang. Masa ni umur aku dalam 25 tahun, agak – agak aku ni selevel Britney Spears ataupun Shila Amzah ker? Korang mesti nak tahu kan, macam mana aku settle KWSP tu.
Aku call bapak aku, bagitahu aku kena tahan kat pejabat KWSP. Bapak aku cuak, sebab lagi seminggu dua dah nak raya. Bapak aku deal dengan pegawai tu, dia bayar sikit – sikit. Hari tu jugak dia buat first payment. Terima kasih jugak la kat pegawai tu.
Ada lagi satu kes, masa ni aku dah kahwin dan tengah mengandung. Rumah mak bapak aku pakai orang gaji. Aku duk rumah asing. Mak aku cakap nak minta tolong, bawa orang gaji aku ke Singapore, hantar barang. Suami aku kerja, kalau aku pergi sendiri dengan sarat ni macam tak boleh.
Mak bapak aku pun masih kerja masa tu. Kan aku cakap, diorang ni islamic, kadang – kadang diorang ada buat kelas – kelas agama, orang gaji mak bapak aku ada tolong – tolong jugak. Aku duk fikir nak hantar buku ke apa, aku tolong jer lah.
Tak bukan d4dah hahaha. Masa masuk Singapore tak problem sangat. Bila nak keluar Singapore, masuk balik Malaysia tu problem. Rupanya orang gaji ni dia pakai visa pelawat, dah 2 – 3 kali keluar masuk Malaysia, dapat la visa 30 hari. Pegawai immigration tu nak tahan kitorang.
Aku yang blur – blur ni iyekan jelah bila nak kena tahan. Nasib driver taxi cina tu tolong aku, dia sembang – sembang dengan pegawai tu, pegawai tu lepas. Entahlah aku yang b0doh, hidup dalam bubblegum ker. Atau mak bapak aku yang t0xic dan loveb0mbing mana ada anak yang tak sayang mak bapak.
Tapi aku sampai tahap dah tak boleh dekat dengan diorang. Banyak lagi benda yang berlaku sepanjang aku dengan diorang, tapi aku highlights kat sini, kes – kes yang aku rasa bah4ya, yang akan impact hidup seorang anak tu.
Oh mak bapak aku selalu cakap, setiap kali kalau aku bantah atau berlaku pertengkaran, “tak nak masuk syurga ker?” Alhamdulillah lepas kahwin, dan alhamdulillah aku dapat suami yang betulkan balik mental health aku, aku dah pandai untuk jawab pada mak bapak aku,
‘Allah bagi seratus pintu untuk masuk syurga. Kita boleh pilih pintu yang mana.’ Aku tahu, sebelum ni kalau aku ceritakan hal ni pada orang luar, mesti ramai yang akan anggap benda ni must4hil. Mak bapak mestilah nak yang terbaik untuk anak – anak.
Tapi sejak viral kes tentang britney spears dan Shila Amzah, mata netizen lebih terbukak untuk terima hal – hal macam ni. Perkara macam ni benar – benar wujud, malah ramaiiii lagi kat luar sana. Jadi kepada adik – adik kat luar sana, terutamanya kalau korang lalu apa yang aku lalui ni, keluar dari zon tu. Kat luar sana, ada banyak pintu yang membahagiakan. Bukan dengan mak bapak kita sahaja. Find your own happiness. – Amy (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Joanita : Setuju dengan statement syurga ada 100 pintu tu. Terpulang pada kita nak usaha masuk ikut pintu mana. Sekarang u dah kawin, syurga u pada suami u. Not your parents. So, takyah risau bila parents u cakap “taknak masuk syurga ke?”
Nyampah betol bila ada parents yang salah guna kedudukan mereka. Masuk syurga ni pon atas redha Allah bukan makhluk. P4rah bila ada parents / family yang t0ksik macam ni. Memang kena stay away untuk kebaikan kesihatan mental diri sendiri.
Siti Zulaikha Zulkifle : Lebih kurang kisah macam kawan baik sendiri. Loan bank rumah dan segala duit gaji bagai semuanya untuk parent angkat. Untuk diri sendiri buat belanja takde langsung. Dia jadi macam b0doh sebab dia kata dah ditanggung bagi sekolah bagai.
Anak angkat waktu kecik dijadikan pvnchbag mak angkat dan bila besar dijadikan tuaian hasil buat parent. Bapak angkat biawak hidup sejak kenal kawan ni masa sekolah lagi. Selalu je terputus makan sebab takde duit. Kita pun sampai sekarang cuma mampu dengar saja luahan dia. Memang takde cara untuk menolong selain mendengar.
Siti Najwa : Benci dengan parent yang guna ayat syurga ner4ka ni. Dok ner4kakan anak macamlah dia confident masuk syurga. Asal tak ikut cakap ner4ka. Anak pun tak payahla nak b0doh – b0doh ikut. Betulla cakap husband TT tu. Kesian dengan anak – anak yang dah kene psycho dengan parent – parent selfish macamni. Memang mental.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.