
Enam bulan mak mertua tak tegur saya. Dia pulangkan semua barang – barang yang saya pernah beri, sampai balang kuih pun dia pulangkan. Saya ambil, tapi saya buang depan rumah dia. Per4ngai mertua pun bukan elok sangat. Datang rumah orang waktu Maghrib, suka mengumpat, suka h1na orang lain. Kadang – kadang dia kata rumah orang tu buruk, orang tu b0doh.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, mohon sembunyikan profil saya daripada umum. Saya cuma nak bercerita tentang masalah yang saya hadapi sekarang, iaitu tentang ibu mertua, atau lebih tepatnya ibu kepada suami saya. Dari awal saya berkawan dengan suami sampai lah sekarang, dia tak pernah bersikap baik dengan saya. Kalau pun dia tiba – tiba baik, pasti ada sebab tersembunyi di sebaliknya.
Saya sedar dia memang tak sukakan saya sejak kami berkawan lagi, tapi suami saya selalu pesan supaya saya jangan fikir sangat tentang hal tu. Katanya, mak dia memang jenis tak peramah dengan orang luar. Saya diam saja bila dia cakap macam tu, sebab saya fikir mungkin betul, dia anak, dia lebih faham per4ngai ibunya.
Namun dari awal perkahwinan lagi, saya dah mula ada masalah dengan suami. Ibu mertua suruh saya balik Kuala Lumpur, kerja, dan minta cerai daripada suami. Sedangkan waktu tu, kami baru berkahwin tiga bulan. Bayangkan, tiga bulan saja, belum sempat pun kami bina apa – apa.
Ibu mertua siap tukarkan tayar kereta saya, baiki kereta saya, dan suruh saya terus balik ke Kuala Lumpur. Saya memang asal Wangsa Maju. Suami pula masa tu m4ki hamun saya sebab saya beritahu punca kami berg4duh kepada ayahnya. Lepas kereta siap, saya terus balik Kuala Lumpur dan tukar nombor telefon. Tapi bila saya dah balik, ibu mertua pergi jumpa suami saya dan suruh dia ceraikan saya, katanya saya yang minta cerai.
Padahal saya tak pernah minta. Tapi suami saya masa tu masih w4ras, dia cakap dia kahwin hanya sekali, dan istilah cerai tak ada dalam kamus hidup dia. Seminggu saya di Kuala Lumpur, suami datang pujuk. Dia jumpa mak saya. Mak saya je yang saya ada, sebab saya anak yatim, anak orang susah.
Sebab tu agaknya mertua saya tak suka, dia pandang rendah. Tapi mak saya nasihat suami saya cukup – cukup. “Kalau dah tak suka anak aku, pulangkan cara baik. Kau ambil dulu pun keluarga kau tak jumpa aku, tak ikut adat, tapi sekurang – kurangnya pulangkanlah cara manusia.”
Meraung suami saya masa tu, sebab mak saya cakap betul – betul dari hati. Dia pujuk saya balik, dia cakap dia lupa tanggungjawab sebagai suami. Katanya dia sepatutnya lebih matang dan rasional. Seminggu lepas tu saya balik semula ke rumah suami, pun sebab mak saya pesan, “Buruk baik suami isteri kena terima. Dia salah, kau betulkan. Doakan dia jadi manusia yang baik.”
Bila saya balik, ibu mertua tahu saya dah pulang, terus tarik muka. Tapi saya buat tak tahu. Lepas tu macam – macam hal jadi. Pernah satu kali kami kemaIangan dekat highway sebab nak bawa anak buah suami bercuti. Tapi dia salahkan saya. Enam bulan dia tak tegur saya. Dia pulangkan semua barang – barang yang saya pernah beri, sampai balang kuih pun dia pulangkan.
Saya ambil, tapi saya buang depan rumah dia. Bila anak buah suami tidur di rumah saya, dia boleh perli budak tu, “Wah rajin kau dekat sini ye.” Untuk pengetahuan semua, anak buah suami saya tu tinggal dengan mertua sejak lahir sebab ibu bapanya tak mampu jaga. Budak tu perempuan, dan dari kecil tak pernah dibentuk dengan ajaran agama kecuali apa yang dia belajar di sekolah.
Suami saya pun mengaku, mereka memang tak pernah dididik dari segi agama di rumah. Semua harap pada cikgu sekolah saja. Tapi saya, yang dia tuduh jahat ni, yang ajar anak buah solat, bertudung, dan jaga pakaian budak tu. Bayangkan, dari tahun 2015 sampai sekarang, sikap mertua masih sama.
Kali terakhir dia tuduh saya ajar anak buah jadi biadab, hanya sebab anak buah tu bermalam di rumah saya. Bila dia datang, anak buah tu tak bersalam dengan dia, maka dia tuduh saya ajar benda bukan – bukan. Demi Allah, saya tak pernah ajar budak tu apa – apa yang buruk.
Sejak tu, sabar saya m4kin menipis. Selama ni bila dia tuduh saya bukan – bukan, saya diam. Bila dia tak bercakap dengan saya berbulan – bulan, saya sabar. Tiap kali nak masuk Ramadan, mesti dia cari pasal, saya tetap sabar. Suami saya pula tetap ajak saya balik beraya, walaupun saya tak suka, saya ikut juga sebab nak jaga hati dia.
Tapi sejak tahun lepas, saya dah tak mampu lagi. Sabar saya dah habis. Lepas kali terakhir dia tuduh saya ajar anak buah benda tak elok, saya terus cakap dengan suami, “Saya dah tak boleh. Saya tak salah. Saya tak ajar apa – apa. Ini bukan kali pertama.”
Per4ngai mertua pun bukan elok sangat. Datang rumah orang waktu Maghrib, suka mengumpat, suka h1na orang lain. Kadang – kadang dia kata rumah orang tu buruk, orang tu b0doh. Tapi semua kata – kata tu, sebenarnya makan diri sendiri.
Dia lupa sejarah anak – anak dia sendiri. Ada anak perempuan yang terIanjur, ada yang lari dari rumah, tapi dia masih rasa diri dia hebat. Sekarang saya dah tak nak mengalah lagi. Saya dah tak ada rasa hormat pada dia, yang tinggal cuma benci.
Raya lepas, saya tak balik pun macam selalu. Suami pun tak balik sebab dia tak nak tinggalkan saya. Rumah pun bukan jauh, lima kilometer je. Tapi sebab mulut mak dia, semua anak menantu jadi renggang. Tahun lepas, mertua ingat kami akan balik walaupun dia dah burukkan saya, tapi dia silap.
Tak ada seorang pun anak menantu balik. Rumah dia sunyi. Baru dia rasa kehilangan. Tapi saya dah taw4r hati. Saya tak pernah halang suami untuk balik, sebab saya tahu, apa pun jadi, dia tetap anak kepada ibunya. Tapi kali ni, bila dia datang rumah saya, saya terus naik ke tingkat atas. Saya tak sanggup nak hadap muka dia lagi. Saya tak suka dia dekat dengan anak – anak saya.
Yang paling saya takut, anak – anak saya rosak sebab pengaruh dia. Dia jenis manusia yang rasa diri dia sempurna, tapi sebenarnya, penuh dengan d0sa mengata orang. Saya kesian tengok suami saya, dari dulu sampai sekarang, tak pernah dengar nasihat tentang jaga solat atau ibadah daripada keluarganya.
Yang mereka tahu cuma pesan jangan bazir duit, simpan duit. Itu je. Saya tak tahu apa pengakhiran kisah mertua macam ni. Orang selalu kata menantu h4ntu, tapi kali ni, saya rasa saya yang dapat mertua berhati batu.
Komen netizen :
Raya Ali : Bersabar saja puan. Bersyukurlah sebab suami masih mempertahankan puan. Berdoa banyak – banyak. Kalau puan di pihak yang benar, Allah tahu. Memang susah kalau mertua suka masuk campur dalam rumah tangga anak menantu.
Sepatutnya, kalau mertua baik, bila anak dan menantu ada masalah, dialah yang mendamaikan, bukan menghasut. Takkanlah mertua tak tahu, menghasut sampai suruh bercerai tu d0sa besar. Bersabar dan berdoalah. Lambat atau cepat, kalau puan tak dapat membalasnya, Allah akan tolong balaskan dengan cara Dia.
Yun Ita : Agaknya memang macam tu. Bila menantu bukan pilihan, bukan bergaji besar, bukan dari keluarga berada, mesti dibenci. Saya pun pernah lalui. Tapi bila mertua s4kit, Iumpuh, tak ada siapa pun nak jaga, yang dibenci ni jugalah yang jaga sampai dia hembuskan nafas terakhir. Kadang – kadang Allah tunjuk depan mata, siapa yang benar, siapa yang zaIim.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.