Baru 3 tahun kahwin dah h4mbar. Suami malu saya pegang tangan dia dekat luar. Itu pantang larang suami walaupun hanya berdua

Suami ada per4ngai, suka marah hal kecil. Contoh, kami keluar dan saya tertinggal botol air anak. Benda macam tu pun suami nak marah. Mudah je, pergiIah kedai beli air mineral dan bagi anak minum. Saya akan terus hilang mood..

#Foto sekadar hiasan. Hai, saya baru tiga tahun berkahwin dan telah dikurniakan dengan seorang anak. Suami saya seorang yang baik, bab nafkah zahir baik dan tanggungjawab sebagai ayah pun baik. Suami saya ada kelompok kawan yang brotherhoodnya sangat rapat dan merupakan seorang penunggang motosikal.

Saya sekarang tengah fasa rehat kerjaya dan sepenuhnya surirumah menjaga anak pada masa yang sama perlahan – lahan mencari kerja. Sejujurnya saya tidak tahu apa perasaan suami saya pada saya. Saya seorang suri rumah sekarang dan sudah tentu pada suami saya sahaja tempat saya bercerita, kiranya selepas kahwin, hanya suami sahaja kawan saya.

Jadi ada masa, saya rasa ingin bercerita dengan suami tentang perkara tertentu tetapi suami sibuk dengan telefon dan tidak dengar pun cerita saya. Saya ini bersemangat bercerita pada dia tetapi bila tengok dia dengan telefon, saya tanya “dengar tidak?” dan suami hanya jawab “apa? cerita semula”.

Bila saya tegur cakap, “janganlah main telefon, dengarlah saya cerita ini”. Suami jawab, “haa, cerita lah. saya dengar” sambil ketawa – ketawa main telefon. Faham tidak perasaan saya bila reaksi suami macam itu. Saya akhirnya tidak habiskan cerita dan biarkan sahaja suami dengan telefon.

Bila saya diam tanpa teruskan cerita, suami pun diam. Tidak ada pun perasan yang cerita saya tidak habis. Memang komunikasi kami kurang. Anak saya belum sampai setahun dan kami kawal pengambilan tiada garam gula untuk anak.

Jadi bila nak keluar rumah, saya akan bawa bekal makan minum untuk anak. Tetapi kalau keluar tempoh sekejap, saya tidak bawa bekal anak. Suami ada per4ngai, bila saya tidak bawa bekal anak keluar, suami akan marah dan salahkan saya.

Contoh, kami keluar dan tidak bawa botol air anak. Benda macam itu pun suami akan marah. Mudah sahaja kan, pergiIah kedai beli air mineral dan bagi anak minum. Tetapi per4ngai suami suka benda kecil pun nak jadikan isu.

Padahal dia sebagai ayah pun boleh kalau setakat botol air itu, dia tolong bawakan tetapi lebih suka nak marah – marah saya. Saya bila suami sudah mula marah – marah macam itu, memang saya terus hilang mood. Dalam perkahwinan kami, tidak ada istilah nak manis – manis macam pasangan lain.

Kami tidak ada nak pegang – pegang tangan, nak peIuk – peIuk, tidak ada. Pada suami benda itu macam pantang larang dan memaIukan bila buat walaupun hanya kami berdua sahaja. Awal – awal kahwin dulu, ada juga saya mengada – ngada nak peIuk  peIuk suami tetapi reaksi suami “awak ini sudah kenapa”.

Saya pula rasa macam saya perempuan gatal dan terhegeh – hegeh dengan suami. Sebelum suami pergi kerja, saya akan salam suami dan minta suami civm dahi saya tetapi suami macam nak tak nak je civm dahi saya. Dalam perkahwinan, saya dan suami sepenuhnya macam rakan serumah sahaja.

Tidak tahu lah tetapi baru tiga tahun kahwin, perasaan saya pada suami sudah berkurang dan mungkin perasaan suami pada saya pun sama. Hanya sebab ada anak sahaja kami masih tinggal satu rumah walaupun kami buat hal masing – masing.

Saya hanya buat tanggungjawab saya, masak, kemas rumah dan jaga anak sementara suami pula akan sediakan rumah, barang – barang untuk memasak dan tolong jaga anak. Tetapi untuk kami berdua sebagai suami isteri, tidak ada apa – apa.

Saya ada juga periksa telefon suami saya kerana kami kongsi kata laluan telefon yang sama. Saya pernah ragu – ragu yang suami ada orang lain ke, tetapi tidak ada pula jumpa apa – apa bukti. Suami pun lepas kerja, terus balik rumah jumpa anak, tidak ada nak pergi mana – mana.

Mungkin pada pembaca hal yang kami hadapi ini, benda kecil. Tetapi benda kecil ini yang boleh hilangkan ‘spark’dalam perkahwinan kami. Sebab benda ini, sudah memberi kesan nafkah batin. Saya pun sudah tidak ingat dah bila kali terakhir dapat nafkah batin, mungkin hampir dua hingga tiga bulan sudah tidak bersama.

Pada saya, saya sudah tidak ada rasa nak bersama kerana saya pun sudah kurang ada perasaan pada suami. Sama juga pada suami, dia pun tidak ada minta apa – apa dan macam okay sahaja. Ada lagi beberapa perkara yang buat perkahwinan kami hilang percikan, tetapi bahagian ini sahaja saya cerita, nanti panjang pula pengakuan. Tidak pasti lah sampai bila kami macam ini… Doakan kami ya. – Lailer (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Ain Nur Ain : Tidak tahu nak nasihat bagaimana sebab dahulu – dahulu tidak ada telefon. Perkahwinan sekarang telefon dan gajet sudah menjadi orang ketiga dalam mencari bahagia rumahtangga. Cuba kalau masa tuan tanah nak bercerita dengan suami, ambil telefon suami letak di tepi sekejap dan ajak suami berbual secara bersemuka.

Kalau masa nak keluar jalan – jalan itu cuba bahagikan tugas. Minta suami tolong sediakan barang – barang anak atau sebagainya. Jadi tidak adalah kita seorang diri tergesa – gesa nak buat semua itu. Perkahwinan masih baru.. Banyak benda boleh diperbaiki bersama. PerIukan masa untuk menyesuaikan diri. Semoga rumah tangga tuan tanah kekal bahagia.

Siti Aishah : Saya setuju dengan satu komen yang menyuruh awak bekerja semula. Sisi gelap suri rumah ini, bila awak cakap awak penat, ramai akan cakap “Penat buat apa”. Teramatlah sedikit yang mengakui kepenatan awak.

Kalau suami tidak menghalang kerja, pergiIah bekerja. Bukan untuk tolong suami bayar itu ini, tetapi untuk menggembirakan diri. Duit simpan jangan tolong suami. Tanggungjawab suami biar dia buat. Ingat, dia pun tidak tolong awak di rumah masa awak jadi suri rumah.

Pasal sunyi tidak bolehlah nak salahkan suami juga, nak berbual selalu pun apa sahaja nak dibualkan. Jadi ramaikan teman untuk berbual, tidak perlu berg4ntung kepada suami itu untuk menjadi kawan berbual. Sekian daripada saya yang akan cari kerja sebab nak berbual sahaja lepas ini..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.