Isteri mengadu demam tapi aku baIas acuh tak acuh. Dia minta aku jagakan anak sebab nak pergi kIinik. Dan itulah kali terakhir aku tengok dia. Dia positif dan terus dihantar ke PKRC. Dia selalu call tapi aku malas layan sebab aku yakin dia akan sihat. Kawan – kawan ofis dia yang berjangkit, semua sihat dan boleh balik rumah.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku baru kehilangan isteri bulan 6 hari tu disebabkan C0vid19, dia berjangkit melalui kluster tempat kerja di PJ. Isteri aku nama Ziqa. Masa mula – mula kena tu dia kena tahan ke PKRC dulu sebelum dibawa ke hospitaI.
Kemudian, masuk ICU selama 6 hari sebelum ditidurkan. Kami berdua ada seorang anak kecik umur 3 tahun, Adam Rifqi.. Lepas tahu positif, aku dengan anak jadi kontak rapat, tapi kami negatif. Masa hospitaI beritahu berita kem4tian Ziqa, aku masih boleh tenang dan pergi ke tanah perkubvran.
Tengok dari jauh sahaja sebab polis dan bomba ada menjaga jarak dan SOP keluarga m4ngsa yang datang. Hari tu sahaja, ada 4 jen4zah c0vid19 dikebvmikan. Hari pertama tu aku masih boleh bertahan, aku dapat sokongan banyak pihak termasuk keluarga, kawan – kawan dan jiran – jiran.
Di FB dan wasap penuh kata – kata semangat. Semua tu jadikan aku semangat sikit. Masuk hari kedua, aku tak sempat nak layan perasaan sedih sebab sibuk uruskan urusan bank, laporan polis dan hospitaI. Aku masih sibuk uruskan benda – benda lain dekat tempat kerja dia juga.
Aku sibuk uruskan Adam. Selama ni memang Ziqa yang tahu apa nak buat, aku cuma tahu pasal susu dan pampers dia sahaja. Mandikan dia pun jarang – jarang, sebab Ziqa selalu mandikan Adam. Seminggu lebih juga aku biasakan diri dengan rutin baru tanpa Ziqa.
Nak minta tolong family pun masing – masing dekat kampung, jauh. Aku pula kerja di KL, duduk di Rawang. Nasib baik sepanjang PKP ni memang PDPR, tak travel ke mana. Aku ada masa dengan Adam di rumah, tak bawa ke pengasuh.
Masuk minggu kedua lepas Ziqa pergi, seolah – olah Tuhan jentik hati aku. Banyak benda – benda lepas flashback dalam kepala aku. Dan semua yang datang balik dekat kepala ingatan aku adalah benda – benda yang tak indah pun kalau nak dikenang.
Memori – memori tu amat pahit untuk aku ingat balik. Aku rasa marah kenapa memori tu menyinggah, aku tak ada pun nak ingat balik. Tapi setiap kali aku sorang, duduk sendiri, nak tidur, benda – benda tu datang balik. Paling aku tak boleh terima, aku tahu, aku terlalu rindukan Ziqa, aku terlalu rindu sebab aku dah mula rasa sunyi.
Awal – awal hari tu mungkin aku boleh lagi rasa tenang dan sabar sebab banyak benda aku nak kena uruskan, nak adjust rutin kerja aku sambil jaga Adam. Sekarang, semua dah adapt, dah sesuai dengan rutin aku. Aku mula rasa rindu tu.
Kuat betul penangan rindu tu. Aku macam nampak kelibat – kelibat dia dekat rumah ni. dekat dapur, dekat bilik, dekat tepi aku . Aku rasa macam dia ada. Tapi yang aku paling tak boleh terima, bila aku nak tidur, aku pejam mata aku nak bayangkan dia.
Tapi aku tak nampak muka isteri aku. Aku tak ingat muka dia. Banyak kali jadi macam tu, aku rasa siaI sungguh dengan diri aku. Laki jenis apa aku ni, sampai tak ingat muka isteri sendiri. Malam semalam, aku menangis. Aku menyesal dengan perbuatan dan layanan aku sepanjang aku kahwin dengan dia.
Aku betul – betul tak hargai dia dalam banyak segi. Aku tak perasan semua tu sampai sekarang dia dah tak ada dengan aku. Barulah aku sedar. Aku nak ingat dia balik, aku buka fon aku, aku cari – cari gambar dia. Lama aku scroll galeri telefon baru lah jumpa gambar arw4h bini aku.
Menyesal aku, masa dia hidup dulu, aku tak ada pun bersungguh nak ambil gambar bini sendiri. Penuh gambar kereta, motor, hotweels dekat galeri. Gambar bini tak ada pun. Aku tilik facebook aku, gambar bini aku last aku post tahun lepas bulan November masa makan buffet dekat hotel.
Tu pun ihsan kawan ofis dia yang ambik dan tag aku sebab Ziqa tak ada FB. Dia menumpang FB aku saja selama ni. Jadi kawan – kawan dia pun banyak dekat Fb aku, dan kebanyakan kawan – kawan dia pun kawan aku juga sebab kami satu sekolah, sama – sama MRSM masa form 4 dan form 5 dulu.
Dalam tak sedar aku menangis, sebab aku selama ni m4ti – m4tian fikir dia akan ada dengan aku sampai tua. Banyak masa lagi kalau aku nak buat memori dengan dia. Tapi masa dia ada, aku buang semua kesempatan tu, gambar dia yang ada pun masih belum cukup untuk aku lepaskan rindu aku dekat dia.
Aku tak tahu kenapa, sejak perasaan rindu tu datang, pikiran aku banyak kembalikan momen – momen aku layan dia masa hidup. Apa dia cakap aku buat tak dengar, Ziqa selalu nasihat aku suruh jaga solat sebab Adam dah m4kin besar dia nampak, dia perhati.
Aku marah cakap jangan ajar aku, aku tahu apa aku nak buat. Seingat aku juga, aku tak pernah duduk dengar dia meluah str3ss pasal kerja, aku tak tahu sangat pun nama kawan – kawan kerja dia sebab aku tak pernah terfikir pun nak tanya.
Kalau dia bercerita aku layan acuh tak acuh saja sebab malas nak ambil tahu, bukan aku kenal pun. Aku boleh kira dengan jari, berapa kali saja aku pernah ambil dan hantar dia pergi kerja. Masa mula – mula kahwin semangat aku hantar ambil dia pergi kerja.
Lepas 2 bulan kahwin, pagi – pagi lagi aku dah kelam kabut sekolah, isteri ada duit minyak ke tak nak pergi kerja pun aku tak tanya. Dia balik kerja pukuI 5 lebih, kadang – kadang pukuI 7 baru sampai rumah, federal highway dekat PJ tu jem giIa petang – petang.
Aku pukuI 2 – 3pm dah ada dekat rumah. Balik rumah, buka saji lauk dah ada, tinggal masuk microwave sahaja panaskan. Tapi, sekali pun aku tak pernah ingat aku ucap terima kasih dekat dia. Setiap kali ulang tahun perkahiwnan dia la selalu ambil effort buat macam – macam, call orang order kek, pergi bercuti, aku beli hadiah satu saja.
Itu pun sebab rasa bersalah juga kalau aku sorang saja terima hadiah, dia tak dapat. Aku tak pernah ucap terima kasih atas semua usaha – usaha dia nak bahagia kan aku. Aku tak ingat bila last aku teman dia pergi beli barang dapur.
Bila last aku ikut dia sorong troli dekat giant area rumah kami. Yang aku tahu semua ada dekat rumah. Aku betul – betul rasa diri aku dalam h1na, aku memang bukan suami yang baik. Semalam, aku duduk atas sejadah menangis.
Masa tu, hati aku rasa aku pun tak layak nak duduk dekat sejadah tu. Selama ni aku main – main dalam ibadah aku. Solat bila aku rasa perlu, rasa tak sedap hati. Aku layan isteri acuh tak acuh. Aku tak pernah layan lebih dekat isteri aku.
Aku sekadar jadi suami atas syarat sahaja, bagi nafkah zahir dan batin. Aku masih ingat lagi, aku pernah marah dia di tempat tidur kami. Dia suka melayan Running Man, dari zaman belajar lagi dia giIa tengok series tu. Dah kahwin dah kerja pun, dia akan buka dekat telefon dia tengok sambil nak tidur.
Lepas tu mengekek ketawa, aku pagi – pagi nak bangun kerja, dia tak pe la pukuI 9 pagi baru masuk ofis. Aku marah dia cakap bising. Menangis dia malam tu, tapi aku buat tak dengar. Semalam, memori tu datang balik. Hati aku jadi sayu, sekarang aku betul – betul tidur kesunyian.
Tiada lagi gelak tawa kecil dia teman aku tidur. Tak ada lagi yang k3jut aku bangun pagi nak pergi kerja. Dia lebih awal bangun pagi dari aku sedangkan pergi kerja lewat dari aku. Tapi, tak pernah sekali masa tu aku hargai dia. Aku marah – marah lagi ada.
Stoking tak jumpa aku marah dia, itu tak jumpa aku marah bebel dia. Sedangkan semua tu barang aku. Stoking aku yang buka. Aku yang tak ingat letak. Tapi dia juga yang kena. Selalu dia baIas dekat aku, macam mana lah abang nak hidup kalau saya tak ada.
Masa tu aku selalu baIas balik dekat dia, “itu lah kau, setiap kali marah nak balik rumah mak bapak kau.” Tapi sekarang, dia betul – betul dah pergi. Pagi – pagi aku jadi sunyi. Bangun pagi, aku sibuk urus anak. Urus diri sendiri nak masuk PDPR.
Aku jadi buntu. Kepala aku rasa kosong. Tak ada orang yang aku nak bercakap, nak bersembang. Aku rasa sepi, dunia aku rasa gelap sungguh. Paling aku rasa terkesan, masa dia mula – mula nak dapat c0vid19 tu. Dia mengadu dekat aku dalam bilik tidur kami, dia rasa nak munt4h nak demam.
Aku baIas acuh tak acuh, kalau rasa nak demam pergi kIinik la. Duduk sekejap tu, dia keluar minta aku tengokkan Adam. Rupanya itu lah kali terakhir aku tengok dia dengan biji mata aku. Dia pergi buat swab test dan positif. Terus dihantar ke PKRC.
Selama dia duduk PKRC, dia call aku, tanya kabar aku, makan minum aku. Aku jawab sekejap dan aku pas bagi dekat Adam. Sebab aku yakin, dia akan sihat. Kawan – kawan ofis dia yang berjangkit, semua sihat dan boleh balik rumah.
Jadi aku fikir, dia akan balik. Tapi, bila dia kena masuk hospitaI, aku mula rasa tak sedap. Aku selalu video call dia tapi tak pernah dapat angkat sebab dia tak kuat. Nurse – nurse dekat wad sangat baik, selalu jawab call dan tunjukkan aku keadaan Ziqa.
Masa tu aku dah rasa hati aku 50 – 50, aku kena kuat atau aku kena redha dia pergi. Tak sangka, Allah betul – betul ambil dia sebelum sempat aku minta maaf dan hargai dia dalam hidup aku. Dia tak layak dapat layanan seteruk tu dari aku.
Sepanjang aku kenal dengan dia lebih 10 tahun, usia perkahwinan kami baru nak masuk 4 tahun, aku masih belum mampu baIas segala jasa dan peng0rbanan dia selama ni. Aku fikir, hidup ni cukup panjang untuk aku habiskan masa dengan dia, tapi sepanjang masa yang aku ada pun, aku sebenarnya abaikan dia.
Aku tak tahu la apa yang dia rasa selama ni. Sebab aku tak pernah bagi ruang untuk kami sama – sama meluah dan berbincang, Sebab aku rasa semua okay. Dia pun tak ada sebut apa – apa, aku fikir semuanya tak ada apa. Bila aku sedar semua ni, aku rasa serba salah, aku rasa sangat berd0sa.
Apa salah dia selama ni sampai mcam tu sekali aku biarkan dia. Aku tak ada tempat nak meluah benda ni. Aku pernah sebut benda ni dekat kawan sekolah kami, tapi aku dih1na balik. Aku tak perlu semua tu, aku tahu dan aku dah sedar diri, aku teruk, aku memang tak guna, aku memang jahat.
Semuanya padan muka aku. Aku tahu. Kini, aku cuma nak orang dengar dan faham keadaan aku, macam mana aku nak move on dari keadaan ni. Aku tak nak terus menyepi, menyendiri, aku tak nak Adam membesar dengan bapak yang depr3ssed atau murung macam aku alami sekarang.
Aku tak sanggup nak meluah dekat mak ayah aku, aku tak nak mereka tahu cara layanan aku selama ni dekat menantu mereka. Aku tak sampai hati mereka kecewa dengan aku sedangkan mereka tak asuh aku macam ni. Sampai satu tahap, semalam aku rasa nak pergi ke pusara Ziqa dan melutut di sana.
Aku tak sanggup tanggung d3rita ni. Aku rindu kan dia. Aku tak tahan nak tanggung rasa bersalah dan h1nanya diri aku. Aku tak sempat nak minta maaf dengan dia. Aku rasa tertekan. Kadang – kadang masa kerja, aku hadap kelas dalam skrin komputer, aku rasa nak menangis.
Ingatan tu datang tiba – tiba. Aku tak nak benda ni ganggu dan belenggu hidup aku. Aku redha dengan pemergian dia, aku bagi redha aku sebagai suami, dia memang isteri dan ibu yang sangat baik. Tapi aku tak tahu macam mana nak maju ke depan dengan situasi macam ni.
Hari – hari aku menangis sendiri, tahu saja tiba – tiba dah menangis kenangkan dia. Kenangkan apa yang aku dah buat dekat dia. Bila aku sedar hidup dia dulu tak dapat penghargaan yang baik dari aku buatkan aku jadi lebih terIuka.
Aku rasa sedih teramat sedih. Bila aku dapat noti dekat fb, kawan – kawan dia, kawan – kawan sekolah kami tag aku, post lagu – lagu kegemaran dia, aku menangis. Selama dia hidup tak pernah nak mainkan lagu – lagu tu masa duduk dengan dia, lagikan nak nyanyi untuk dia.
Aku rasa ralat, penuh penyesalan. Aku tengok muka Adam, aku rasa sebak. Apa aku nak cerita dekat Adam nanti bila dia m4kin besar. Kenangan – kenangan indah aku dengan mama dia, sedangkan aku tak pernah peduli pun nak buat kenangan – kenangan indah dengan isteri sendiri.
Aku tak nak sangka buruk dengan tuhan, tapi aku tahu ini satu baIasan untuk aku. Aku tak boleh lepas dari baIasan. Aku tak nak ingat benda – benda ni, tapi datang sendiri dan buatkan aku rasa menyesal. Aku tak boleh ingat muka isteri sendiri bila aku pejamkan mata.
Aku tak dapat nak civm isteri aku sendiri buat kali terakhir. Aku tak sempat nak ucap terima kasih atas peng0rbanan dia lahirkan anak aku. Semuanya aku tak sempat buat sedangkan selama ni aku ada banyak peluang dan masa untuk lakukan semua tu.
Aku tak tahu sampai bila aku akan jadi macam ni, tapi aku tak mahu terusan salah, marah dan sangka buruk dengan Tuhan. Aku terima ni semua, aku betul – betul menyesali semua ni, aku harap Ziqa di sana tenang dan bahagia.
Aku akan tunggu giliran aku, dan bila masa tu datang, aku akan minta ampun atas semua yang aku buat. Aku harap dia dekat sana pun tunggu aku, walaupun aku sedar, tempat aku dekat sana tak sama dengan tempat dia. – Mr. L (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Oswah Samat : Sedikit perkongsian harap membantu. Simpan rapi / sedekah barang – barang peribadi arw4h. Selagi ternampak akan terkenang dan merindu. Sebelum simpan, ambil bau baju untuk kali terakhir. Teruskan amalan ibadat harian yang lazim arw4h buat.
Jika dia rajin solat sunat, kita sambung amalan tu. Insyaallah yakin pahala mengalir kepadanya. Berhenti berbicara dengan arw4h seolah – olah dia masih ada. Hati akan rasa disagat – sagat kesedihan. Mula berbicara dengan Allah.
Contohnya “Ziqa, anak kita dah pandai baca ABC”. Ganti dengan “Ya Allah, anak aku dah pandai baca ABC”. Redho. Dia adalah pinjaman dari Allah, maka Allah berhak mengambil pinjaman itu semula. Bicara dengan Allah “aku redho ya Allah. Terima kasih atas pinjaman ini. Walaupun sedih, aku yakin Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami”.
Bayangkan arw4h sedang bergembira, di atas tahta bersama orang – orang yang dia sayang. Kehidupan di sana adalah lebih baik untuk dia. Dan setiap kiriman doa atau pahala untuknya akan meningkatkan lagi kedudukannya di kalangan orang beriman.
Sentiasa berdoa “Ya Allah, aku sangat sedih, aku sangat rindukan dia. Bantu aku. Gantikan kesedihan ini dengan kebahagiaan dan kegembiraan, di dunia dan akhir4t. Engkau ada bersamaku, tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang”.
Nota kaki: suami saya juga telah meninggaI 1hb Ogos 2021 atas sebab c0vid. Di atas adalah antara cara untuk ‘lepaskan’. Harap membantu.
Shumi Rayyan : Sama dengan saya suami pulang menemui pencipta ya. Kami selang sehari dikesan positif. Suami 8hb terus admit kat Sungai Buluh sebab paru – paru ada kuman. Saya di Maeps anak 3 orang dari 4 positif kuarantin di rumah.
Sepangjang kami dikuarantin kami akan wasup, voice call, voice note tapi pada 13 hb arw4h senyap je. Sampailah pada 14 hb pukuI 4.30 doktor Sungai Buluh call nak intube sebab oksigen tak. Setelah 11 hari ditidurkan akhirnya arw4h dijemput ilahi pada 25hb. Memang terkesan sangat – sangat. Sampai sekarang anak – anak tak percaya papa diorang dah tak ada.
Zawakhir Shaharoun : Jikalau sayang pada arw4h isteri, tolonglah rohnya dengan perbetulkan ibadah tuan. Penyesalan tentang perilaku lepas tak membantu roh arw4h malah bimbang dijadikan mainan sy4itan untuk tuan putvs asa pada rahmat Allah SWT.
Tuan berpisah sementara sahaja dan jika benar Tuan ingin bersama arw4h isteri di akhir4t, jadilah mukmin yang taat pada Pencipta. Setiap kali rasa sedih dan menyesal, lakukan solat sunat taubat dan bacalah surah Yaasin dan fadhiahkan pahala untuk roh arw4h.
Itu yang arw4h perIukan di alam barz4kh. Didik anak dengan baik agar anak tu menjadi anak soleh yang boleh membantu tuan dan arw4h ibunya. InshaAllah, rahmat Allah tiada batasnya. Belajar memaafkan diri sendiri dan berubah menjadi lelaki soleh.
Insha Allah doa saya agar Allah SWT membantuTuan menjadi insan yang berjaya merubah kekhilafan diri menjadi pendorong kepada kebaikan orang lain. Aamiin.
Man Huda : Percayalah, isteri you terima segala kekurangan you. Yes, mungkin dia sedih setiap layanan you terhadap dia, tapi dia sayang you dan cintakan you. Bukti dia selalu video call dengan you dan anak sepanjang di PKRC.
Kalau you rasa bersalah sangat – sangat dan nak t3bus segala kesalahan you (walaupon must4hil, tapi sekurang – kurangnya dapat ringankan beban yang you tanggung), setiap kebaikan yang you buat, niatkan atas nama arw4h.
You sedekah, you niat ni untuk arw4h, you doa untuk arw4h, apa saja amal kebaikan niatkan pahala untuk arw4h. Semoga you mendapat ketenangan diatas segala ingatan dan jariah you pada arw4h.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.