6 bulan kahwin suami g4ntung tak bertali, tiba2 dapat tahu suami meninggaI dunia

Dekat mahkamah, suami langsung tak nak lepaskan aku dan dia nak biarkan proses ini berpanjangan. Aku terus doa dan minta semoga dipermudahkan urusan. Satu hari aku dapat panggiIan dari perempuan simpanan suami. Dia kata suami aku dah meninggaI dunia tiba2. Waktu tu, satu je aku cakap..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, hai. First time nak tulis kisah hidup aku. Nerves la jugak.. Maaf lah jika penulisan berselerak dan sukar difahami tapi ambil lah kisah aku dan jadikan teladan. Dan maaflah kalau panjang sikit cerita aku ni.

Aku perkenalan diri aku sebagai Mona.. Aku seorang penjawat awam dan aku pernah mendirikan rumah tangga. Aku berkenalan dengan S pada umur aku 21 tahun, masa tu aku masih lagi belajar di sebuah institusi pengajian tinggi, sebenarnya aku pernah couple dengan orang lain sebelum S selama 4 tahun.

Bercinta bagaikan nak rak, kemudian putvs tengah jalan. Tapi last – last dia kahwin dengan orang lain dan aku teramatlah kecewa. Dan aku bertekad untuk terima sesiapa sahaja yang aku kenal dan sedia untuk bernikah dengan aku kerana kekecewaan tu.

Dan satu hari tu, aku berkenalan dengan S melalui aplikasi Facebook. Dipendekkan cerita, aku pun bercinta lah dengan dia selama setahun dan aku nampak kesungguhan S untuk memperisterikan aku. Nak dipendekkan cerita lagi, aku dan S pun berkahwin.

Aku tak terlalu mengenali S, dan apa yang aku nampak dia sangat baik melayani kerenah aku, konon – konon ingin bercinta selepas kahwin lah. Selepas kahwin maka bermulah pend3ritaanku. Di awal perkahwinan dalam usia 3 bulan perkahwinan aku, S kant0i curang dengan seorang wanita.

Sebenarnya aku tengah mengemas rumah dan terjumpa hp di atas almari aku pelik kerana aku tak pernah melihat hp tersebut. Jadi aku buka la hp tersebut dan aku terk3jut. Bukan seorang tetapi 2 orang. Seorang pelajar (P) dan seorang lagi adalah guru (G), kecewanya hati aku ya Allah.

Aku hanya sempat ambil satu nombor sahaja. Lagi satu aku tak sempat sebab dia nampak aku pegang hp tersebut, kami g4duh dan dengan sengaja aku lemparkan hp tersebut ke dinding sehingga pecah kerana dia cuba mer4mpas dari aku.

Aku cuba untuk dapatkan sim kad tapi dipatahkannya. Dan di situ lah barannya kelihatan. Aku di pukuI. Dit4mpar sehingga pecah bibir. Dan disaat perg4duhan tu, S mohon maaf dan ampun kepada aku dan berjanji tidak akan mengulang lagi.

Dalam keadaan berd4rah dan tangisan kami saling bermaafan. S juga seorang yang kuat cemburu. Pernah dia datang ke tempat kerja aku dan menyer4ng pekerja di tempat kerja aku kerana aku outstation, pendek kata dia nak aku di depan mata dia je.

Pernah aku jumpa orang atasan untuk meletakkan jawatan kerana aku tak tahan dengan tekanan yang diberikan kepada aku dan tambahan aku malu berhadapan dengan staff yang lain dengan sikap S. Setiap kali dia melakukan kesalahan setiap kali itulah dia memohon kemaafan kepada aku.

Dan seolah aku dipuk4u dengan kemaafan tersebut biar pun aku kerap diIukai dan dis4kiti. Sambung cerita tadi, dalam diam aku mulai menghubungi pelajar tersebut dengan niat untuk mengetahui cerita di sebaliknya, aku namakan sebagai P (pelajar) aku mulai berhubung dengannya..

Aku mengatakan yang usia perkahwinan kami masih baru, aku berharap Si P mengundurkan diri. Si P cerita kepada aku yang S pernah datang ke rumahnya untuk meminang P terapi ditolak oleh ibu bapa Si P kerana Si P Masih muda.

Owh lupa, S dah berusia 32 tahun dan P masih muda berusia 19 tahun. Dan dalam masa yang sama Si P juga tahu akan hubungan Si S dan Si G (guru) dan S telah meninggaIkan Si G kerana Si P. Jadi di situ aku merasa sedikit tenang.

Aku maafkan S dan aku bagi peluang kepada hati aku untuk kembali menerima dia. Satu hari, Si S mengajak aku untuk membuat pinjaman persendirian sebanyak 50k. Dan seperti dipuk4u, aku angguk dan bersetuju.

Aku buat loan tersebut, sebahagiaan duit tersebut aku buat melancong dengan S dan selebihnya wang tersebut Si S yang pegang. Aku? Langsung tiada apa yang aku dapat. Dan di sini lah cerita kedua bermula disaat usia perkahwinan aku memasuki 6 bulan.

Si S kerap outstation, dan aku sendirian di rumah tanpa mengesyaki apa – apa sehingga lah hampir 2 bulan Si S tidak pulang. Aku jadi risau, aku jadi hilang arah. Aku hubungi S dan nombor S tiada sesiapa yang angkat.

Banyak kali aku usaha menghubunginya sehinggalah ada seorang wanita mengangkat pangiIan aku. Aku jadi bingung, aku cakap aku nak bercakap dengan suami aku dan wanita tersebut mengatakan yang hp suami aku padanya dan suami aku tidak mahu bercakap dengan aku.

Ya Allah, sedihnya aku disaat itu. Hati aku seperti dik0yak. Setelah hampir 2 bulan aku tenangkan hati, aku buat solat taubat, hajat dan istikharah dan aku ke mahkamah untuk memohon penceraian. Aku hubungi kembali no hp suami aku dan seperti yang sudah diketahui, wanita tersebut mengangkat panggiIan aku.

Aku cuma beritahu supaya hadir ke mahkamah untuk prosedur penceraian. Dan hari perbicaraan bermula, S bawa perempuan tersebut ke mahkamah cuma perempuan tersebut hanya duduk dalam kereta, saat itu aku nampak S.

Seolah aku sangat merinduinya. Menitis airmata aku. Aku tanya, apa salah aku sehingga dia perlakukan aku begitu. Dia diam dan sidang mahkamah bermula. Dan dia tidak ingin melepaskan aku dan dia tidak mahu menceraikan aku dan akan menjadikan proses ini berpanjangan.

Aku jadi sebak. Aku tak tahu perasaan aku ketika itu. Dan mahkamah ditangguhkan. Sepanjang penangguhan mahkamah, aku tidak pernah berhenti untuk solat hajat taubat dan istikharah. Aku mohon kepada Allah, permudahkan urusan aku.

Permudahkan kehidupan aku. Jangan persuIitkan jika ianya terbaik buat aku. Aku minta doa daripada ibu apa aku, Aku banyakkan sedekah dan setiap sedekah aku mohon agar penerima doakan aku dipermudahkan segala urusan.

Allah, mengalir airmata bila diingatkan semula. Dan suatu hari, aku terima panggiIan daripada nombor yang tidak dikenali. Aku tergerak untuk angkat panggiIan tu. ‘kakkkkkk.. S dah meninggaI, dia jatuh rebah dan tak sedar kan diri.”

Dan entah dari mana kekuatan ketika itu. Aku cakap, “Iye ke? Tak pelah.. Kamu uruskanlah dia seperti mana kamu ambil dia daripada saya dahulu tapi saya cuma mahukan sijil kem4tian.” Dan aku terus letak HP. Ketika itu, Seolah – olah batu yang besar menindih d4da aku terjatuh dan ajaibnya langsung tiasa setitik pun airmata aku yang jatuh, cuma kelegaan.

Selepas pengurusan itu, perempuan tersebut hubungi aku untuk menyerahkan surat kem4tian dan ingin berjumpa dengan aku. Aku terima dan berjumpa dengannya, dia ingin bercerita tentang hubungan mereka dan aku katakan yang aku tidak mahu mendengar dan aku cuma mahukan surat m4ti sahaja.

Dan sebelum beredar, aku tanya. Adakah kamu sudah berkahwin dengan dia? Dan jawapan seperti yang aku duga. Mereka tidak berkahwin dan tinggal serumah bersama. Aku bangun, tinggalkannya. Perasaan aku? Entah.. Aku sendiri pun tak tahu.

Kini sudah Genap 7 tahun cerita ini dalam hidupku dan tidak pernah aku jejakkan kaki ku ke kubvrnya dan mungkin itu yang terbaik DEMI KEMAAFAN DARI AKU. Dan kini usia aku dah 28 tahun dan aku masih lagi sendiri, masih belum terbuka hati ni untuk menerima mana – mana lelaki dalam hidup aku.

Bukan aku tidak mencuba, tapi memang aku tidak boleh. Seolah – olah aku tr4uma dan takut ia berulang kembali dan aku tidak mahu megulangi perasaan tersebut. Doakan kebahagiaan aku ye sahabat, dan terima kasih membaca cerita ku.. – Cik Mona (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Azie Laa : Walau perkara ni dah lama terjadi dan tr4uma masih wujud dalam hati memang pemberian maaf sangat – sangat tak mudah untuk diberi. Dan nak terima orang baru dalam hidup pon sangat berhati – hati.

Aku sangat faham keadaan ni. Semoga sis tabah dalam menghadapi hari mendatang dan bersangka baik dengan Allah. Apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. InsyaAllah ada kebahagian di hujung ujian ni.

Lili Alias : Hebat prinsip puan, bila hati terlalu dis4kiti jen4zah pun tak ingin diuruskn dan kubvr pun tak ingin djejaki. Semoga puan Allah temukan j0doh lagi dengan suami yang pandai menghargai puan dan berbahagia sepanjang hidup puan. Aamiin

Nur Atikah Shaari : Dah ada niat tu nak proses perceraian dipanjangkan. Sekali Allah Maha Kuasa Dia tarik nyawa dalam keadaan macam tu. Nauzubillahi min zalik. Janganlah kita jumpa Allah dalam keadaan bermaksi4t. Semoga puan kuat, dibukakan hati dan dikurniakan suami soleh dan zuriat yang soleh dan solehah.

Syarifah Hanizan Fitri : Moga puan terus kuatkan semangat untuk menempuh kehidupan. Sesungguhnya, Allah melorongkan keindahan di akhiran pend3ritaan puan. Cuma detiknya tak pasti bila. Teruslah melangkah dengan keberg4ntungan yang kukuh hanya padaNya. Pengajaran untuk kaum lelaki yang suka curang. M4ti masa buat d0sa tak sempat taubat. Sedihnya.. kehidupan di sana, bagaimana? Fikir – fikirkan lah.

Norlaila Mohd Din : Begitulah cara terbaik, apa saja masalah kita mohon dengan Tuhan. Cara anda sangat tepat. Memberi contoh dan semangat kepada yang lain, saya sokong anda. Hati saya bagai disi4t – si4t bila saya bagi pendapat mengajak kembali kepada Nya, akan ada yang b4sh saya ala malaik4t, dia depr3ssion la, low mentaI.

Dahsyat betul kebenciannya pada orang yang mengajak kepada Tuhan ni, sampai dik4takan kita ni per0sak sebenarnya. Benci sungguh dia pada dakwah. Ingin sahaja aku jawap, “kalo aku ala malaik4t. kalian? Ala… ib–s?” tapi aku bukan pendebat jauh sekali mahu bermusvh.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.