Baru 9 bulan kahwin, mak mertua dah suruh suami kahwin lain sebab aku tak mengandung

Sepanjang minggu tu HP suami aku tak henti – henti mesej masuk kena p4ksa kahwin dengan mak dia. Aku rasa bersalah dan aku izinkan suami kahwin lain. Baru beberapa minggu kahwin, madu aku mengandung. Bermulalah hari – hari aku ditinggalkan oleh suami sehinggalah anak mereka lahir. Satu hari aku pelik bila adik ipar nak buat test kesihatan dekat kami sekeluarga, dia kata saja nak buat sebab free. Lepas beberapa hari dia tunjuk result tu kat aku, dan aku terk3jut bila tahu apa yang berlaku….

#Foto sekadar hiasan. Aku Raisha, isteri pertama. Sebelum aku ceritakan apa yang jadi dalam hidup aku, aku nak kenalkan satu persatu org yang r4gut ketenangan aku dan seIamatkan rumahtangga aku. Kat sini aku letak nama sebenar supaya ada insan yang mengenali aku faham kisah yang aku simpan selama ni, dan kenapa aku jauhkan diri dari semua orang

Farouk – Suami

Maslin – Maduku, isteri kedua

Fitrah – Adik ipar

Aliff – Bekas tunang Fitrah dan Bekas tunang Maslin

Aku kahwin atas dasar cinta. Suami aku boleh dik4takan perfect 10, 5 waktu dijaga rapi, hensemnya cukup, budi bahasa mmg 1000 kali lebih baik daripada aku yang outspoken ni, setiap kali jumpa dengan sed4ra mara beIah dia atau beIah aku mesti ada yang cakap beruntung aku dapat si Farouk serba serbi cukup. Bangga jap.

Tapi, setiap manusia tak lepas dari ujiankan. Aku diuji tentang zuriat. Baru 9 bulan aku kahwin tapi mak mertua aku dah bising nak cucu. Yelah suami aku anak sulung, tak sabar lah tu nak minang cucu kan. Be positive, BebeI punya bebeI sampai satu masa tu dia utarakan cadangan yang merentap hati aku sebagai isteri yang masih berhoneymoon.

“Eh abang, anak kawan ma tu tak jadi kawin dengan si Aliff. Ma ingat nak padukan kau dengan dia lah abang. Maslin tu cantik budaknya”

Wehh… aku kat sebeIah ni tengah bancuh air. Apa ingat aku takde perasaan ke? Suami aku terus mengelak dengan alasan taknak terima perempuan lain, dan soal anak biar Allah yang tentukan. Bukan kami tak usaha katanya, dah belum rezeki kan. BebeI –  bebeI suami ajak balik. Aku diam je dalam kereta sebab aku pulak rasa bersalah sebab tak mengandung lagi sedangkan aku tak salah dan semua tu aturan Allah. Sampai rumah suami mandi, tiba – tiba masuk mesej whatsapp dari mak dia. Macam ni lah bunyi dia..

“Dulu kan abang, ko kawen ngan Raisha semua ma turutkan, ma tak kisah pun walaupun ma tak suka dia tapi kali ni ma nak satu tu je. Ma nak ko kawen dengan Maslin anak cikyah tu. Ko mampu abang, ko bukan miskin tak boleh nak sara dua – dua. Ma tengok Sha tak boleh nak bagi ko anak, tak salah ma nak ko kawen lagi satu kan abang. Ma teringin sangat sebelum ma m4ti ma timang cucu. Lepas baca padam mesej ma ni k abang”

Aku baca mesej tu macam – macam perasaan. Yess dia memang tak suka aku sebab aku meIawan masa dia usulkan nak majlis grand – grand. Grand – grand pakai duit aku dan suami jugak, bukan ada orang nak sponsor pun. Dah cukup baik aku tak mintak hantaran, tak susahkan anak dia. Bila suami datang aku tunjukkan mesej tu. Dia baca pastu marah – marah, marah aku pulak tu eh eh macam aku pulak yang hantar mesej tu kat dia.

Sepanjang minggu tu aku tengok suami aku serabut dengan phone asyik berbunyi, aku tau tu mesti ayat p4ksaan untuk kahwin lagi. Entah dari mana aku ni dapat kekuatan lepas solat isyak, aku berbincang dengan suami aku. Aku risau solat dia x kusyuk sebab fikirkan benda tu. Aku cakap..

“Saya izinkan awak kahwin dengan dia. Mungkin betul apa ma cakap saya tak mampu nak bagi zuriat kat awak. Syurga saya kat awak, tapi syurga awak tetap kat mak awak, turutkan lah apa yang dia nak selagi mana dia bernafas”

Suami aku nangis, nangis teresak – esak macam budak kecik, dia berterima kasih sebab aku memahami dia yang tersepit antara isteri dan mak dia. Akhirnya, dia setuju dengan permintaan mak dia. Sebulan berlalu, suami aku busy dengan preparation. Aku ikut dia turun naik pejabat agama, semua cakap aku heartless hati batu boleh pulak temankan suami uruskan poIigami . Aku diam, sebab kalau aku cakap org akan tetap salahkan aku sebab bagi kebenaran . So aku malas nak layan.

Selesai semua, 15/6 suami aku disatukan dengan isteri kedua. Sedihhh menyesal semua bergumpal dalam hati, tapi aku p4ksa hati supaya redha. Lagi s4kit bila bayangkan malam karang suami dipeIuk tidur oleh perempuan lain. Seriously masa cuci pinggan aku pecahkan dua mangkuk sebab Iose control. Tengah aku khayal tiba – tiba suami aku datang dan cakap jangan fikirkan sangat semua tu, japgi dah setel semua kita balik . Kita balik? Rupanya suami tak nak tidur dengan maduku.

Aku cakap tak baik buat macam tu, dia pun ada hak. Tapi suami terus tarik tangan aku yang masih bersabun – sabun. Kitorang terus siap – siap pastu balik rumah sendiri. Sampai rumah suami dengan marah – marah suruh packing baju untuk seminggu. Aku takut aku ikutkan je. Dia call kawan dia suruh ambik kitorang .

Tahu tak dia angkut aku kat mana? LANGKAWI !!! Eh siapa yg patut honeymoon ni. Sampai Langkawi dia suruh aku lupakan semua yang jadi and aku pun yaa aku lupakan. Happy giIa kot dapat bercuti meng3jut macam ni. Tapi kusangkakan panas hingga ke petang. Hari ke-5 kat langkawi, aku merayap sorang – sorang sebab nak beli coklat. Suami tak ikut sebab dia tak sedap badan, macam demam . Aku pegi kejap ja tak sampai pon satu jam, bila balik nak supr1sekan suami aku dengan sejuta lambak coklat aku beli, aku pulak dik3jutkan dengan satu scene yang aku tak rasa nak tengok pun.

Maslin tidur berbik1ni kat sebeIah suami aku, aku masuk slow – slow dan seIak selimut kat kaki suami. Yaa dia masih berseluar. GiIa kan aku masa tu hmmm… tiba – tiba maduku terbangun, tapi aku tengok macam buat – buat bangun je. Dia tanya aku nak apa masuk bilik, aku cakap jelah nak hantar coklat. Lepastu aku terus book bilik lagi satu dan nangis sampai mata panda dalam bilik tu. Lepas maghrib suami datang bawak baju semua ke bilik aku sambil marah – marah, kitorang terus siap – siap nak balik. Dia tanya aku macam mana maslin boleh sampai kat sini, aku tak tau, mungkin tengok gambar aku upload kat fb. Aku tanya, ada buat apa – apa ke dalam bilik tadi. Suami jawab kalau dia mengandung adalah tu. Pang! Rasa tertamp4r dengan jawapan dia.

Yaa betul kata suami, 2 minggu lepas kejadian tu, Maslin disahkan pregnant 2 minggu Aku pelik, cepat nau lekatnya . Takpa mungkin rezeki, aku tak nak fikir bukan – bukan. Dan bermulalah episod duk4 Iara dalam perkahwinan aku. Aku diabaikan oleh suami, aku dibiarkan tidur bertemankan kucing. Seminggu sekali je suami datang jenguk aku itupun dalam setengah jam je sebab nanti Maslin nak apa – apa susah kata dia. Aku akur, ya pergiIah.. dah lama kau inginkan zuriat yang tak mampu aku beri.

Setiap kali suami pegi dari rumah aku sedih menangis sorang – sorang sebab dia tak adil ! Nafkah zahir dia lunaskan tapi nafkah batin aku? Setiap hari aku berdoa supaya aku redha dan kuat. Kucing 4 ekorlah peneman dan tempat aku bercerita s4kitnya diabaikan. Setiap hari jugak aku masak untuk 2 orang makan, last – last berlima yang makan. Aku dan 4 ekor kucing.

S4kit pening aku semua aku layan sorang – sorang. Nak gerak mana – mana terbatas sebab aku ada motor tapi tak berlesen. Malas nak ambik lesen nilah padahnya. Nak jenguk suami kat rumah mertua pun takut sebab ada roadbIock m4ti aku. Aku tengok kat fb jelah perkembangan dorang anak – beranak . Hampir setahun aku tidur bertemankan kucing, hampir setahun nafkah batin aku tak diberi, hampir setahun jugak aku solat tanpa imam. Allah je tau r3muknya hati isteri ni, rindunya pada suami yang jauh dari mata.

Akhirnya, Maslin melahirkan sorang baby boy yang comel, Adam Khalifah bin Farouk Muhd. Tersenyum sorang aku di tepi pintu membayangkan diri sendiri kat situ. Haritu aku beranikan diri naik motor sorang – sorang ke hospitaI sebab nak tengok suami aku jadi ayah. Title yang dia impikan sejak hari pertama aku bergelar isteri. Dia senyum, senyum untuk anaknya dan dia genggam erat tangan isterinya yang melahirkan zuriatnya.

Aku berundur dan balik. Aku tak nak mer0sakkan mood bahagia dorang dengan muka sendu aku. Malam tu suami whatsapp aku “Sayang, Maslin dah beranak, lelaki macam yang kita nak” Kita nak? Itu anak kau dan dia, bukan anak kita! Aku membentak sorang – sorang menangis hingga terbit rasa nak cerai dengan suami aku. Yaa aku nak cerai, anak dia lahir bukan alasan aku mintak dilepaskan tapi hampir setahun aku diabaikan, hampir setahun aku tak wujud, hanya hidup di dalam whatsapp.

Aku bangun tahajjud, aku berdoa menangis semahunya, aku mengadu sebab aku lemah, aku tak mampu dah nak hadap benda ni tapi inilah keputvsan yang aku minta suami aku buat dulu. 2 bulan lebih usia Adam, Fitrah datang ke rumah aku. Katanya nak ambik sample dar4h, aku tanya nak buat apa, dia kata kot – kot nak check aku ada peny4kit ke tak sebab ada peIancaran check peny4kit free. Aku tak tau aku pun iyakan jela. Yang peliknya suami aku, Maslin dan Adam pun buat benda yang sama. Mak dia takde pulak. Apa mak dia takde peny4kit ke? Aku abaikan benda tu sebab aku anggap tak penting, ada s4kit adalah kan.

Petang hari Selasa, aku beranikan diri pergi rumah mertua sebab nak ajak suami COD barang niaga. Aku takut nak pergi sorang – sorang sebab tak tahu sangat jalan area JB ni. Tapi suami tolak katanya Adam & Maslin tak sihat. Yaa aku iyaakan tak ape mereka lebih utama. Baru nak keluar dari pekarangan rumah mertua, si Fitrah menj3rit nak ikut COD barang. Naik kereta dia katanya, aku pun ok je sebab ada orang temankan lagi bagus. Dalam perjalanan tu Fitrah bagi aku satu file kertas. dia cakap result sample dar4h yang dia ambik haritu.

Tiba – tiba aku sedih kalau ada c4ncer ke apa. Patutlah Fitrah beria nak ikut aku rupanya ada yang dia nak sampaikan. Aku bukak “DNA Test Report” degup laju jantung aku. S4kit apa aku ni kan, Allah. Aku tengok dan cuba faham tapi aku tak faham – faham. Yang aku tau ada nama suami aku, Maslin dan Adam as mother father child . Aku tanya Fitrah sebab aku langsung tak faham. Tapi jawapan yang Fitrah bagi umpama air sejuk yang mengalir kat ubun – ubun. “ADAM BUKAN ANAK ABANG, DIA ANAK MASLIN DENGAN ALIFF” Aku pelik, mana Fitrah boleh dapat tau benda – benda macam ni, dia cakap tak susah kak aku nak dapat result ni.

“Pakwe aku doktorkan, lagipun ko bukan orang pertama aku tunjuk benda ni kak. Aku dah bagi Aliff tengok dan dia mengaku dia bunt1ngkan Maslin. Masa coupIe banyak kali dah main sama sampaikan 2 hari sebelum nikah dengan abang pun check in hotel lagi”. Tapi aku pelik, habis tu kenapa Aliff tak nikah dengan dia ? Mak Aliff tak setuju tiba – tiba sebab tu batalkan perkahwinan. Aku pun tak tahu kenapa kata Fitrah .

Malam tu aku tanya lagi suami aku pernah tak tidur dengan Maslin lagi lepas kat langkawi tu . Dia cakap tak pernah, maslin tidur dalam bilik dia tidur kat bawah, ruang tamu. Aku ok kan je. Haritu 18.10, Fitrah whatsapp aku katanya ada hal penting nak jumpa kat rumah mertua. Tapi aku cakap tak free aku tengah tunggu customer datang ambik barang. Lepas customer datang aku bawak motor pergi kedai, mungkin terlalu fikir apa yang jadi kat rumah mertua aku terIanggar kereta orang. Nasib baik tak teruk tapi Iebam jugaklah kaki kena hempap motor jatuh. Sampai rumah ntah kenapa tiba – tiba hati sayu je. Kaki s4kit perut pulak lapar kalau ada suami kan bagus. Tido lagi bagus lah..

Masa tengah tido aku terasa ada orang pegang kaki, ingatkan kucing rupanya manusia. Aku apalagi haa dah lah penakut terus j3ritlah. Tiba – tiba manusia tu bercakap “Sayang, abang ni…” dia peIuk aku. Terus meIeleh airmata aku kat situ, mana tak nya dah setahun aku tak bau suami aku. Dah setahun aku tak dipeIuk, diusap kepala, selama ni aku curi minyak wangi suami aku bila dia singgah, aku sembur kat bantal tidur supaya aku rasa dia ada kat sebeIah aku. Kej4m kan. Malam tu suami aku ceritakan apa yang jadi kat rumah mertua siang tadi.

Aliff datang tiba – tiba nak ambik Maslin dan anak dia, Adam. Suami aku sampai berg4duh sebab dia kata tu anak dia dan Maslin, Sampai fitrah balik kerja dan bagi result test tu kat dia baru dia percaya tu bukan anak dia. Dia ceraikan maslin taIak 3, taIak yang berat. Aku diam, aku dengar semua yang dia ceritakan. Dia sayangkan Adam tapi tidak Maslin, sebab tu dia tak pernah tidur dengan Maslin lepas kat langkawi tu. Bila suami aku nangis, aku rasa bersalah sebab tak bagitau benda tu kat dia. Tapi aku tak nak r0sakkan kebahagiaan dia, Adam dan Maslin. Aku tau suami aku tak buat apa – apa kat Langkawi sebab dia masih berseluar. Malam ni Allah dengar rintihan aku, dengar tangisan aku tiap kali tahajjud dan malam tu kitorang sujud syukur.

Apa yang aku nak cakap, aku syukur sangat ada adik ipar yang sanggup tolong aku walaupun dia pun tak suka aku dulu. Maklumlah sebaya, susah nak ngam. Pasal DNA test tu aku dan suami bayar balik kos dia buat semua tu, bayar spons0r catering kawinlah sebab dia tak nak bagitau kos sebenar. Dan Fitrah ada bagitau pasal test tu, nak tau siapa bapa anak kita boleh buat test “Paternity”.. kos kerajaan dalam RM1500-2000 macam tu, tapi fitrah ni guna boipren dia, swasta ni kan cepat tapi duit terbang jugaklah kan. Fitrah dan Aliff pernah bertunang tapi terputvs tengah jalan sebab Aliff ni kant0i banyak heret perempuan turun naik hotel, salah sorangnya Maslin..

Sebulan lebih bersama akhirnya aku disahkan mengandung. Suami tanya macam mana? Aku jawab jelah mungkin berkat kesabaran. Dia tak tau masa dia abaikan aku macam – macam jamu aku telan. Jamu susvk dar4, jamu kekal dar4 dan jamu pengantin dar4, semua aku cuba. Aku anggap itu sebagai asbab je. Yang utama Allah belum bagi rezeki dan dia bagi ujian dulu. Mak mertua aku pun berangin sebab jagakan cucu orang. Sekarang aku Raisha yang dulu, yang bahagia. Terima kasih Allah untuk ujian yang mencab4r itu.

Walaupun mulanya mak mertua eg0 dan dia balik ke Singapore sebab maIu jiran – jiran kat kawasan taman tahu cerita dia walaupun rata – rata situ berbangsa cina. Tapi aku tau dia rasa bersalah sebab keputvsan dia ramai yang makan hati. Aku ajak suami pergi Singapore jumpa dia dan aku mintak maaf, sikit banyak salah datangnya daripada aku. Tak salahkan rendahkan hati untuk orang yang lebih tua, kerana em0si dorang tak sama dengan kita. Semua nak dia je betul. Bila mak mertua balik JB, dia ajak aku duduk dengan sama sebab dia nak jaga aku dan cucu dia sebagaimana dia jaga Maslin dan Adam dulu. Aku terima dan alhamdulillah dia jaga makan minum aku sebaiknya.

Sambungan..

Ramai jugak yang kata kisah aku ni menipu, ced0k dari novel. 3 jam aku nukilkan apa yang aku lalui senang – senang hang kata ced0k dari novel? Semuanya datang dari hati, cerita yang aku simpan untuk dijadikan kenangan dan pengajaran bagi diri aku.

Sekarang aku dan suami masih berurusan dengan pejabat agama, tentang taIak yang suami aku lafazkan kat Maslin dan Adam khalifah yang berbinkan suami aku. Kami akan berusaha sehingga Maslin dan Adam tiada apa – apa pertaIian dengan kami. Aku bukan tamak tapi ini pengajaran untuk manusia yang mempermainkan hidup orang lain, yang mengambil kesempatan atas ketidaksempurnaan insan lain.

Komen Warganet :

MaZsni Amir : Menitis air mata. Memang saIute dengan semua wanita.. kuat dan tabah dengan ujian hidup rumah tangga apatah lagi bila di uji dengan spesis – spesis par4sit ni.. Di doakan moga awak terus berbahagia hingga Jannah Nya

Pelangi Eiyra : Berkat sabar sis,setiap doa sis. Sujud sis padaAllah.. Allah maha mendengar.. betapa sabarnye sis, betapa kuat nye sis harungi dug4an nie.. semoga bahagia itu kekal dengan sis n suami hingga ke syurga, aamiin

Puan Farah Farhana : Hmm habis tau saya baca . Harap ini bukan rekaan semata – mata saya sanggup baca sambil berdiri cas fon tau. Sedehnyaa tapi berkat kesabaran alhamdulillah sinaran kebahagiaan tu adaa . Btw so mak mertua u apaa cita sis

Mala Basri : Alhamdulillah sis berkat kesabaran sis lama tu bertahun – tahun. Moga sis sekeluarga dikurniakan rezeki yang berkat, kasih sayang sampai syurga, anak yang soleh, jadi ibubapa yang terbaik di dunia & akhir4t. InshaALLAH. Amin Allahumma Amin. Hebat jalan cerita hidup sis. Saya sangat sedih mula – mula but then happy ending. Syukur syukur!

Che Nad : Bila baca aku terbayangkan husband aku.. dulu penah ada sorang pempuan mesej claim baby dalam perut dia anak husband aku.. tapi at last Allah tunjuk kebenaran.. alhamdulillah semuanya fitnah..

Apa kata anda?