Aku bayar 28k guna duit simpanan aku untuk tutup loan kereta suami. Aku patahkan semua kredit kad dia, alih – alih dia buat hutang baru buat main jvdi. Siap rugi! Sekarang mertua dah minta aircond, mintak motor baru..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih jika sudi siarkan luahan hati seorang isteri ters4kiti. Hi semua. Namaku Alia (bukan nama sebenar). Seorang umi anak 5, berkahwin hampir 10 tahun, luaran nampak bahagia namun siapa duga dalamannya menyimpan seribu lara. Huhuhu.
Pada awal perkahwinan Alhamdulillah bahagia, aku syukuri seadanya. Suami seorang yang soft spoken, baik hormat orang tua, sama2 berjaya dan sekufu. Bila kami bersyukur, Allah murahkan lagi rezeki. Suami mudah naik pangkat.
Dalam beberapa bulan perkahwinan, gaji suami daripada 4k naik ke 5k, 7k, 8k, 9k. Alhamdulillah berkat dia dahuIukan keluarga dan mak ayah dia. Aku pun seronok tengok suami bertanggungjawab terhadap keluarganya.
Suami tolong bayarkan rumah mak ayah dia, sampaikan mak ayah dia boleh berhenti kerja (pencen awal tanpa pencen / income) dan suami menanggung segalanya. Oleh sebab kami mula merancang inginkan zuriat, langkah pertama aku cuba ambil adalah beli rumah pertama kami.
Alhamdulillah tahun kedua kahwin kami berjaya dapatkan rumah yang selesa untuk anak – anak kami nanti. Loan rumah sebulan dalam RM3500. Mengikut kemampuan gaji kami waktu tu. Gaji aku cuma RM4k waktu tu, tapi aku ada side income RM4k juga, total gaji kami 17k jadi kami mampu beli rumah harga macam tu masa tu.
Namun setiap manusia pasti akan diuji. Suami diuji dengan hilang pekerjaan sewaktu pkp dulu. Side income aku juga tidak dapat bertahan. Mujur gaji hakiki aku masa tu meningkat sedikit ke 6k. Bayangkan kami perlu adjust lifestyle daripada 17k kepada 6k.
Sehinggakan ayah mertua perlu kerja kembali untuk bayar sendiri hutang rumah dan keretanya. Suami aku cuba untuk mendapatkan kerja baru dengan demand gaji 8k – 9k namun tersangat susah. Setahun juga suami aku menganggur.
Akhirnya aku pujuk suami terp4ksa lah terima apa – apa kerja walau gaji sedikit pun. Janji ada kerja tetap dan jalankan tanggungjawab dan nafkah untuk aku dan anak – anak. Akhirnya suami akur dan terima kerja baru dengan starting 4k masa tu, macam fresh grad dulu. Aku tetap bersyukur.
Walaupun bayaran loan rumah, upah pengasuh dan tadika anak – anak di bahu aku seorang, aku cuba ikhlaskan. Aku cuba untuk bersusah senang bersama – sama suami. Suami bayar aku nafkah 1k dan duit tu aku guna untuk bayaran makanan jalan – jalan hujung minggu dan barang dapur.
Sekurang – kurangnya suami aku menanggung nafkah makan kami sekeluarga, hanya nafkah tempat tinggal (rumah) dan nafkah anak – anak (bayaran pengasuh + tadika) suami masih tak mampu. Untuk pengetahuan, aku pernah bayar 28k guna duit simpanan aku untuk tutup loan kereta suami.
Disebabkan gaji dia kecil, aku terp4ksa tutup loan dia supaya banyak lebihan gaji untuk dia beri nafkah anak isteri. Sebenarnya nafkah yang suami aku beri itulah hutang 28k yang dia perlu bayar kepada aku tapi hutang tu aku halalkan, aku still anggap duit 1k daripada suami tu as nafkah, bukan bayar balik hutang.
Cuma apa yang mengganggu fikiran aku lately, hmm suami aku buat personal loan untuk tutup credit card dia. Aku kurangkan komitmen dia, dia duk tambah lagi. Okay aku cuba berlapang d4da, tapi credit card dia memang aku patah – patahkan dan campak ya.
Once dah tutup done, jangan guna lagi. Tapi tulah payah orang cerdik ni, dia guna credit card dia kat online platform mana yang dia sempat save. Grab, food panda, shopee. Dan yang paling aku geram dia main f0rex. Dia trade 6k main f0rex guna card credit, 4k mc / lost guys. 2k je berjaya cuci.
Aku apalagi. Aku amvkkan guna semua kuasa halilintar yang aku ada. Aku mengadu dengan mak mertua. Mak mertua macam biasalah sayang anak lelaki, katanya takpe main jvdi, asalkan jangan main ahl0ng. Aduhaiii. Demi kasih sayang kepada anak, yang h4ram pun sanggup tutup mata.
Jvdi tu salah satu d0sa besar tau. Belum aku bukak kitab lama lagi, dulu masa suami setahun menganggur, hidup dia hanya dengan game ML, mak mertua kata takpe main game, bukan main betina. Alahai mak mertua aku.
Benda – benda lagho d0sa, anak tak kerja dan tak beri nafkah tu d0sa yang berpanjangan, jadi fasik dan munafik ya. Patut ditegurlah, bukannya back up. And yes, akhirnya suami curang juga masa menganggur dulu. Mak ayah mertua macam biasalah tak nasihat anak laki dia, tapi hanya aku yang dinasihatkan, aku ingat sampai m4ti, “Alia jaga tanggungjawab alia kepada suami elok – elok ya”.
Suami yang curang, isteri yang dipersalahkan tak tunai tanggungjawab katanya. Padahal anak lelaki mereka yang tak bekerja dan tak bagi nafkah anak isteri waktu tu. Bertanggungjawab sangatkah anak kalian? Kenapa ya mak mertua macam ni? Suka salahkan menantu daripada salahkan anak sendiri?
Aku cuba berdamai dengan takdir, terima apa yang Allah dah susun untuk hidup aku. Walaupun mental penat letih nak hadap per4ngai manusia, dengan aku yang banyak menanggung ekonomi keluarga lagi. Moga ada pahala sedekah jariah untuk aku mengalir sampai m4ti nanti. Dan sedekah yang paling baik adalah untuk ahli keluarga.
Yang buat aku terkesan, suami dahlah kena menanggung hutang personal loan and credit card dia akibat main jvdi f0rex, baki gaji daripada 4k pun tinggal RM1300, lepas bayar utiliti bill segala, berapa ratus je tinggal. Itulah duit dia nak guna pergi kerja sebulan.
Nafkah 1k untuk aku anak – anak pun no more dah, zero nafkah ya untuk anak isteri (penat je tutup loan kereta dia dulu). Baru – baru ni mak ayah mertua mintak aircond, mintak service kan kereta mereka, mintak motor baru kat suami.
Sedangkan aku ni yang menanggung suami, suami duduk rumah free. Gaji suami bayar hutang-hutang dia je. Suami tak mampu lagi bayar nafkah anak isteri. Itupun diorang duk minta – minta lagi itu ini. Mereka nampak kami selalu senang, diorang tak tahu, isteri ni yang tutup lubang aib susah sana sini sampai semua orang nampak kami senang.
Ya Allah kurniakanlah kesabaran yang sangat tinggi kepadaku. Hidup aku ni memang berpenat lelah mencari rezeki untuk membahagiakan dan menyenangkan orang lain tapi orang – orang hanya pandai menambah beban di bahu, serabut di kepala dan Iuka di hati. Sabarlah duhai hati.
Kadang – kadang, wujud sisi jahat aku, yang doakan cepatlah semua ni berakhir. Sama ada mereka semua berubah dan improve (which is susah sangat, berkali – kali peluang diberi tapi masih sama), atau Allah ambil lah suamiku dan gantikan dengan yang lebih baik.
Bila isteri doakan suami dia mat*, maksudnya kesabaran seorang isteri dah sampai limit. Sebab aku dah terlalu penat nak lalui semua ni. Aku boleh sabar dengan kesusahan suami aku, tapi aku tak boleh bersabar dengan orang – orang yang menguji kesabaran.
Tapi, itulah yang aku harapkan. Pahit akan manis akhirnya. InshaAllah. Moga Allah ganti dengan rezeki yang lebih baik di sini dan di sana nanti. Moga anak – anak umi (dan semua sahabat di sini) semua berjaya dunia akhir4t dan bermanfaat juga nanti, macam umi, dan dijauhkan daripada orang – orang yang zaIim. – Alia (bukan nama sebenar)
Nonie Nuralia : Kesilapan pertama anda adalah melangsaikan hutang kereta suami. Akhirnya dia merasa selesa. Saya akan dahuIukan loan rumah yang saya tinggal berbanding kereta. Apapun semoga dipermudahkan urusan dan semoga pahit akan manis akhirnya untuk anda.
Hora Hera : Kalau ket4gih berjvdi ni memang susah nak berhenti. Dah miskin ada hati pulak nak berskandal. Teringat pulak pakcik, laki makcik saya macam tu la. Gaji laki dia tinggi, penjawat awam berjawatan. Lepas anak – anak dia abis sekolah, makcik saya mintak cerai juga akhirnya.
Anak – anak dia semua berjaya tapi orang yang dekat – dekat tahu la kisahnya sebab laki memang tak berfungsi pun. Tapi kalau sembang kedai kopi bukan main megah la bercerita anak – anak dia kerja doktor la, engineer la, yang hasil usaha makcik la yang membesar dan menyekolahkan anak – anaknya.
Skandal yang dah jadi bini dia tu pun bercerai jugak. Makcik saya dah tenang, dapat beli rumah sendiri. Kalau orang tengok la rumah deme dulu, tak sangka rumah compang – camping tu orangnya berjawatan tinggi. Hidupnya tu la, orang cakap ‘membual’ di kedai kopi.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.