Paling meng3jutkan suami keluarkan kata – kata kesat dekat aku. Dia kata aku b0doh, pemalas, tidak pandai jaga anak – anak. Semuanya sebab, anak aku naik rumah dekat muka kena gigit nyamuk..
#Foto sekadar hiasan. Hai semua, aku ingin luahkan sedikit berkenaan lelaki teragung, iaitu suami aku. Sebelum itu aku ingin beritahu yang aku ini bekerja dengan gaji lebih besar daripada suami aku, cuma baru – baru ini aku dibuang kerja atas alasan prestasi menurun walaupun perkara itu akhirnya terbukti salah selepas aku dibuang. Aku diberi empat bulan gaji sebagai penutup kes.
Sekarang status aku suri rumah. Aku sudah beritahu suami aku bahawa aku ingin berehat dahulu daripada mencari kerja baru kerana aku ingin meluangkan masa menjaga anak – anak yang selama ini banyak momen yang aku terlepas.
Aku ingat ingin mula mencari kerja semula pada bulan satu nanti tahun depan. Apa yang aku ingin ceritakan ialah layanan suami terhadap aku sebagai seorang suri rumah dan wanita berkerjaya, lain sangat layanannya. Aku walaupun suri rumah aku ada bisnes kecil – kecilan yang suami aku tidak tahu jumlahnya sebab dia tidak nampak slip gaji.
Semalam kami berg4duh perkara kecil sahaja, tetapi suami punya naik suara dan paling meng3jutkan dia boleh keluarkan kata – kata kesat kepada aku. Sedih tidak terkata aku ini. Tetapi aku memang diam sebab terk3jut sepanjang enam tahun kami berkahwin ini pertama kali dia mem4ki aku. Dia kata aku b0doh, pemalas, tidak pandai jaga anak – anak.
Puncanya sebab anak aku ada ruam di muka dan merah – merah sana sini akibat gigitan nyamuk aku balik ke kampung dengan anak – anak tanpa dia yang memang sudah dia izinkan pun. Dia sebelum ini tidak pernah langsung seperti ini dan perkara ini bukan isu.
Bila aku imbas kembali dia seperti mendesak aku mencari kerja semenjak aku tidak bekerja dan selalu tanya berapa aku dapat daripada bisnes kecil – kecilan aku ini serta meremehkan pendapatan aku tidak tetap. Aku bawa budak – budak keluar pergi mana – mana pun berkali dia ingatkan jangan bazir duit.
Untuk pengetahuan semua, aku sepanjang kerja tidak pernah minta duit dia walaupun satu sen sebab memang dia sediakan semua cukup. Tetapi semenjak aku tidak bekerja dia seperti susah hati aku tidak ada duit dan aku ada minta seratus dua ratus sebulan sekali macam itu, bagi aku tidak banyak, bagi dia banyak untuk seorang isteri yang tidak pernah meminta.
Dia bagi tetapi dia jadi macam baran bila aku keluar atau bazirkan atas sesuatu. Dia mahu aku simpan agaknya duit itu. Bagi aku bukan pembaziran kalau aku gembirakan anak – anak. Dipendekkan cerita, bulan ini aku belum pernah minta lagi, dan semalam punya hal buatkan aku terk3jut dengan reaksinya. Dia pulau aku (sesuatu yang dia tidak pernah buat).
Bulan lepas aku saja beri dia lima ratus dan dia ambil walaupun dia kata aku membazir lebih baik simpan duit, duit yang dia bagi aku semua dia akan siasat pergi mana. By the way lima ratus itu aku saja beri sebab aku rasa dia macam tidak senang duduk dengan status aku sebagai isteri suri rumah, aku beritahu dia yang bisnes bulan lepas Alhamdulillah baik aku mahu berkongsi dan dia pun terima tanpa banyak soal.
Sebenarnya untung jualan aku dua kali ganda gaji aku untuk bulan lepas cuma aku tidak beritahu dia. Alhamdulillah rezeki anak – anak sebab sebelum ini bisnes itu aku memang buat sambilan tetapi bila sambilan kita tidak fokus tidak dapat banyak, ini aku buat fokus seratus peratus banyak pula dapat.
Tetapi mungkin sebab orang ada duit jadi mereka membeli, masih awal mahu buat pengamatan. Layanan daripada suami aku ini semua aku dapat baru – baru ini sahaja, dia mudah dingin dengan aku, dia m4ki aku kalau g4duh, tiada perkataan “I love you” langsung macam selalu. Dia lebih utamakan kerja dan selalu sebut pasal duit, duit, duit.
Dia memang tidak ada apa yang mencurigakan sebab aku monitor sentiasa transaksi dia cuma dia macam rasa tidak yakin bila aku ini tidak bekerja. Balik rumah cakap dia harapkan itu ini bersih kemas makanan tersedia anak – anak terurus rapi.
Aku dah buat jadual, mana hari kemas rumah, mana hari masak, mana hari buat semua dan tinggal semua dengan sifat kerja aku perlu layan WhatsApp dengan lama. Dia punya ayat selalu, “Ingatkan tidak kerja boleh siap semua adalah makanan terhidang balik kerja penat – penat.”
“Awak kan tidak kerja, banyaklah masa.” “Itulah buat hal kan sudah kena buang kerja.” “Itulah dulu hebat sangat kerja, duduk atas sekarang sudah jatuh tergolek ke bawah.” Semua aku diamkan sahaja aku tidak tahu mahu respon apa sebab aku nampak macam dia rasa rendah diri sebab ada isteri macam aku tidak bekerja ke?
Kenapa aku kata lelaki teragung? Sebab dahulu layanan dia pada aku lain sangat – sangat suka usik – usik, gembira – gembira, balik kerja sama – sama penat, masak sama – sama. Kalau tidak larat, keluar makan, bergilir – gilir belanja, tidak mengapa aku okay sahaja. Sekarang tidak ada kegembiraan itu.
Aku rasa dia ada dah macam neraka rumah ini. Kalau dia di tempat kerja, aku gembira, dia tengok aku pun tidak, apa lagi hendak sentuh. Aku perhatikan sahaja dua tiga bulan ini. Biasanya dia akan memujuk kalau dia buat salah dan tidak lama pun dia dingin dengan aku, tetapi kali ini sudah lebih 24 jam dia tidak tegur aku dan perkara ini tidak pernah berlaku.
Aku buat tidak tahu, tak bercakap dengan dia. Kalau depan anak – anak dia sama sahaja memang tidak respon. Aku mengaku mungkin dahulu aku banyak sangat kurangkan beban dia dengan membayar bil, membeli barang keperluan anak – anak, memberi belanja kepada ibu bapa dia.
Bagi ibu bapa aku pun aku bagi separuh daripada sebelum ini dan mereka sangat memahami. Ibu bapa suami tidak bekerja dan tiada simpanan, memang mengharap duit anak – anak 100%. Setiap kali dia panggiIan video keluarga, ibunya memang bertanya sudah bekerja semula ke belum aku, haha, tanda amaran kan tiba – tiba.
Aku ini menunggu hendak tengok jualan bulan ini pula bagaimana, untuk aku dedahkan kepada suami yang aku tidak bekerja tetapi masih boleh buat duit, dan aku agak selesa sebab boleh luangkan masa dengan anak – anak banyak dan mereka membesar di depan aku.
Mungkin juga tekanan daripada ibu bapanya yang banyak kali menelefon dan menyuarakan soalan aku sudah sambung kerja baharu ke belum agaknya suami aku jadi macam itu, atau bagaimana kamu rasa? Sedih aku belum hilang, cuma aku kasihan sangat kepada suri rumah sekalian kalau suami bersikap macam ini dengan kamu, atau kamu semua suami baik – baik tidak ada memperli dan mengutuk macam ini, ditambah mem4ki.
Alhamdulillah aku dikurniakan kemahiran buat jualan sebab aku sudah biasa tetapi aku memang sudah nekad selepas aku dedahkan pendapatan aku kalau dua bulan berturut – turut ini sama atau lebih daripada gaji, aku akan minta restu suami untuk tidak bekerja selamanya.
Aku tidak akan kongsi sesen pun bil dan tidak akan menyumbang kepada ibu bapanya lagi. Aku ada aset nama aku dan andaik4ta apa – apa terjadi memang aku akan angkat kaki. Ini adalah senario paling teruk. Cuma aku nampak perubahan dia dan sahaja cerita di sini sebab tidak hendak luah kepada sesiapa yang terdekat.
Doakan perniagaan kecil aku ini maju dan sentiasa untung. Doakan apa – apa pun terjadi sisi sebenar suami dan ibu bapanya Allah tunjuk awal sebelum apa – apa jadi kepada aku. Aku dianggap tidak ada nilai macam ini.
Teringat peguam yang pernah uruskan pinjaman rumah aku dahulu, dia kerja semula sebab dia kata, “Kita ada duit masuk baru boleh tinggi suara sedikit kalau suami meninggikan suara maa.” Dia jadi suri rumah lama, tunggu anak – anak membesar baru sambung bekerja semula, dan kata – kata itu aku boleh kaitkan sekarang. Terima kasih semua sudi baca luahan. – Midi (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet:
Nor Naim : Salam Sis. Tidak perlu dedahkan pendapatan anda sampai bila – bila. Hentikan berkongsi apa – apa bil yang menjadi tanggungjawab suami. Simpan duit banyak – banyak. Gembirakan diri sendiri dan anak – anak sambil terus perhatikan sisi sebenar suami anda. Semoga dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan anda..
Kird Ree : Terus terang, aku suka kamu bersikap tenang begitu dan perhatikan per4ngai dia. Terus rahsiakan pendapatan kamu. Itu lebih baik. Jadi lebih banyak wajah yang dia akan tunjuk. Cuba ajak berbincang, tengok reaksi dia. Tetapi jangan dedahkan pendapatan kamu. Tidak wajib untuk dia tahu pun.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.