Saya berniaga jual makanan. Bila suami yang ambik alih tolong jaga, duit berniaga dia guna beli r0kok dan minuman keras. Tak dapat beli barang untuk berniaga, suami salahkan saya takde duit..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua, saya dan suami baru sahaja berkahwin 2 tahun lepas, anak baru mahu masuk 7 bulan. Suami saya muda, 7 tahun lebih muda daripada saya. Nak cakap suami ini pemalas atau kurang bertanggungjawab entahlah.
Nak cakap tidak pun ada juga. Ya memang dia bekerja dan saya suri rumah. Tetapi semenjak ada masalah kewangan yang berpunca daripada dia, saya putuskan untuk buat kerja sambilan sebagai penyanyi selepas sebulan melahirkan anak secara pembedahan caesarean.
Punca awal masalah rumah tangga: Awal sebelum saya disahkan mengandung, masa itu saya buat perniagaan makanan segera. Kebanyakan kerja kemas – mengemas, memasak, melayan pelanggan, dan menyediakan barang – barang makanan memang saya yang kendalikan termasuk dengan pengurusan kewangan.
Suami memang jenis yang lambat sangat siapkan sesuatu tugas. Tambah pula bab pengurusan kewangan memang dia gagal tetapi dia berdegil cakap saya yang tidak pandai urus duit perniagaan. Tidak tahu lah mana yang salahnya.
Bagi saya walaupun kita yang punya perniagaan itu, kita juga pekerja. Sekurang – kurangnya penolakan kepada setiap keuntungan, sewa, gaji, dengan duit untuk belanja barang jualan untuk esok itu saya sudah buat dengan teliti.
Tetapi dia asyik cakap baru berniaga mana ada keuntungan dengan gaji. Saya cakap memang belum ada untung. Ini balik modal sahaja. Gaji ini perlu sebab nanti pun kena guna duit untuk beli barang peribadi. Jadi, tidak ganggu duit untung dengan duit untuk beli barang jualan esok.
Okey mungkin saya salah. Jadi saya beri dia yang uruskan. Bila giliran dia yang urus, dia beli r0kok, beli minuman keras, duit untuk beli barang dapur sudah entah ke mana. Lepas itu salahkan saya. Yang menyelamatkan kami daripada bertengk4r setiap hari sebab saya sah mengandung dan doktor cakap saya tidak boleh buat kerja berat sebab kebanyakan kerja di dapur dari kemas hingga menyediakan barang memang saya yang buat.
Sebab kalau nak harap dia siapkan kerja itu memang lambat. Servis memang lambat. Dia tunggu pelanggan panggil baru dia bangun. Semasa mengandung, semua barang keperluan dan persiapan untuk saya dan bayi, saya yang sediakan.
Saya jual baju – baju lama saya dari rumah dan menyanyi untuk majlis – majlis perkahwinan / korporat sehingga kandungan masuk 6 bulan. Saya berhenti sebab rasa tidak larat. Masa itu saya beli barang kebanyakan barang terpakai / preloved.
Tidak pernah dia terlibat tentang nak beli apa, apa yang tiada, dan sebagainya. Dia banyak kali tipu saya cakap ada simpan duit untuk kegunaan saya selepas bersalin dan berurut dengan bidan sebab doktor cakap besar kemungkinan saya kena berpantang sendiri.
Dah lah dia terp4ksa berhenti kerja sebab patah satu jari, saya juga yang carikan kerja baru yang pernah saya cadangkan kepada dia. Suruh dia bertanya tetapi dia sambil lewa sahaja minta kerja itu sampai saya sendiri yang kena turun bawa dia pergi tanya kerja itu di syarik4t. Nasib baik diterima.
Masa di syarik4t lama, gaji dia saya yang uruskan, segala keperluan dia cukup. Peti sejuk sentiasa penuh makanan kegemaran dia, barang keperluan dia seperti alat kebersihan diri dengan pakaian dalam dia pun saya belikan secukupnya termasuk belanja dia sendiri walaupun saya sediakan bekal.
Semenjak kerja di tempat baru, dia kawal gaji dia sepenuhnya, makanan di dapur m4kin susut. Banyak benda sudah dikurangkan. Selepas bersalin, duit yang dia cakap selama ini ada simpan, tidak ada, alasannya ini itu.
Hujung – hujung saya minta tolong mak saya untuk beri duit sejumlah yang perlu dibayar. Saya berpantang di rumah mak saud4ra saya sebab rumah sendiri kena naik tangga tingkat tiga. Sepanjang tempoh berpantang, ya dia ada buatkan itu ini masa di rumah mak saud4ra.
Seminggu lepas itu kami balik rumah sendiri sebab saya takut nanti mak saud4ra saya pula tidak selesa dengan bunyi bayi menangis sebab dia pun tidak sihat. Jadi saya putuskan tinggal di rumah sendiri sejak saya sudah rasa okey sedikit.
Masa di rumah sendiri lah baru nampak dia macam mana orangnya. Lvka saya belum sembuh lagi, dia balik kerja terus lepak dengan kawan sampai pukuI 2–3 pagi. Dalam seminggu ada lah 2–3 kali keluar lepak. Bila saya minta dia balik awal sebab tolong saya jaga bayi, dia cakap okey tetapi masih juga pukuI 1–2 pagi baru balik.
Pernah masa itu saya sudah tidak larat sebab bayi asyik menangis sahaja memanjang. Saya penat, saya call dia suruh balik. Bila balik tengok – tengok dia buka baju terus tidur sebab m4buk. Jadi saya bangunkan dia, saya cakap tolonglah tengokkan anak ini sebab penat.
Lepas itu dia cakap dia pun penat. Kalau penat kenapa keluar lepak siap m4buk lagi? Malam itu juga saya ajak dia cerai. Tidak boleh lagi hadap dia dengan per4ngai macam itu. Dia tidak hiraukan saya, dia terus tidur. Esoknya dia buat macam tidak ada apa – apa berlaku.
Saya tidak mahu jawab sepatah pun apa benda dia cakap. Tetapi dia minta maaf. Okey saya maafkan. Lepas itu kalau dia nak lepak dia tanya saya dulu. Okey saya beri kelonggaran. Sebulan selepas melahirkan, saya tengok kewangan m4kin merosot.
Saya fikirkan keperluan anak dengan diri sendiri dan seisi rumah. Okeylah, gaji dia baru RM1,500 tambah komisen ada juga kadang cecah RM2,000. Tapi tidak nampak pun duit itu. Saya pun dengan belum sembuh sepenuhnya bekerja sambilan sebagai penyanyi, sebab nak kerja sepenuh masa tidak dapat sebab bayi menyusu badan sepenuhnya. Nasib juga dia masa itu masih mahu guna botol.
Tapi semenjak itu, saya dah rasa diri saya macam ketua keluarga, semua benda saya yang kena banyak fikir untuk menyediakan. Dia pula gaji entah ke mana. Dia penat, saya pun penat. Tapi dia mengadu terlebih penat. Saya tidak cukup tidur, badan s4kit – s4kit lagi tidak cukup pantang.
Nak pergi urut dengan bidan saya fikir diri buang duit untuk berurut, baik saya simpan duit walaupun sikit. Sekurang – kurangnya saya makan makanan yang berkhasiat untuk anak. Takkanlah saya kena makan mi segera sahaja kalau tidak ada duit.
Tapi bila Tuhan dah tunjuk, gaji dia banyak dihabiskan dekat hutang jvdi. Hmmm.. sedih saya. Bahagian jaga anak, tiap kali saya minta dia bawa anak waktu kita keluar jalan – jalan ke mana – mana, ada – ada sahaja alasannya.
Pegang tidak sampai lima minit dia dah bagi saya balik, cakap anak nak menyusu lah apa lah. Akhirnya saya yang pegang anak. Dari lahir sampai sekarang. Anak dah m4kin berat, badan saya tidak kuat nak pegang lama – lama. Tapi saya kuatkan juga demi anak.
Ajak cerai kali ke berapa entah. Dia tidak mahu. Sampai saya pernah beritahu ibu mentua saya yang saya nak cerai secara baik dengan anaknya. Tapi ibu mentua cakap kesian bayi. Tapi apa gunanya? Sedangkan dia tidak banyak meluangkan masa dengan anak.
Suruh berhenti mer0kok pun taknak walaupun anak masuk wad batuk sebulan tidak sembuh. Apa yang patut saya lakukan? Saya ini bagai ada suami tapi tiada. Kebanyakan perkara saya buat semua sendiri, tambah lagi dengan saya kurang komunikasi dengan dia.
Dengan kawan bukan main lagi gelak sakan. Kadang – kadang dia tengok video Iucah tengok badan perempuan lain. Tapi payah benar nak sentuh saya. Ya, saya dah kurang cantik. Penampilan saya tidak macam dulu sebab saya tidak dapat dah nak jaga diri sebelum jadi mak orang.
Saya bagaikan menjaga tiga orang anak dekat rumah ini. Jaga anak, jaga dia dan adik saya yang sebaya umurnya. Saya pernah mengalami kemurungan atas kes keluarga sebelum kenal dia. Ini yang buatkan saya takut nak kahwin.
Tapi mak saya berkeras juga nak saya kahwin dan nak ada cucu daripada saya sebab saya satu – satunya anak perempuan yang dia ada. Jadi saya turutkan tapi rumah tangga saya pula yang macam begini. Ada suami tapi semua membebani isteri. Astaghfirullah..
Tidak tahu kalau benda itu sebenarnya normal atau memang saya terlalu berfikir sebab saya datang dari keluarga yang rosak dan t0ksik. Tolong saya semua. Saya nak tahu, adakah benda ini normal? Atau saya yang terlalu berfikir?
Untuk yang cakap saya nakkan lelaki muda sebab nafsu. Maaf.. saya bukan nak lelaki muda sebab nafsu ya. Saya tidak pernah pilih lelaki muda dalam hidup saya sebelum ini. Sebab masa itu saya ada lima kawan lelaki termasuk dia, dia antara lima calon yang tiada apa – apa, dari segi harta dan kerja yang bagus. Dan paling muda antara mereka berlima.
Disebabkan mak saya nak sangat saya kahwin, jadi mak saya pilih dia sebab agama serta keluarga dia mak saya kenal. Jadi saya pun terima sahaja lah dengan hati terbuka. Saya memang tidak rancang pun nak kahwin. Tapi daripada hadap mak saya merajuk sampai berbulan – bulan, saya buat sahaja apa yang mak saya nak.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.