Baru sehari suami meninggaI dunia, mak mertua dah haIau kami dari rumah sebab bina atas tanah pemberiannya dulu

Suami saya meninggaI dunia akibat Ieukemia. Semasa arw4h hidup, mak mertua siap bersump4h bagai nak jaga hak anak – anak yatim. Tapi bila suami meninggaI dunia, baru hari pertama dah haIau kami anak beranak keluar. Bila saya cerita pada orang lain semua tak percaya sebab umur mak mertua dah 94 tahun!

#Foto sekadar hiasan. Mohon hide profile saya. Salam buat admin dan para pembaca.

Saya adalah balu kem4tian suami. Sudah 3 tahun suami saya meninggaI dunia akibat Ieukemia. Suami bina rumah untuk kami anak beranak di atas tanah pemberian ibunya. Jadi sehari selepas suami meninggaI, mak mertua ni mer0yan nak rumah dan tanah atau dipendekkan cerita nak haIau kami anak beranak dari rumah ni. Walhal masa suami hidup, dia bersump4h bagai untuk jaga hak anak – anak yatim ni. Disebabkan saya sebatang kara yang ada hanya anak – anak saya ambil tindakan mahkamah untuk menjaga hak saya dan anak – anak.

Sehinggalah hari ini kes masih belum selesai. Baru – baru ni mak mertua datang ke rumah m4ki hamun datang dengan tujuan nak haIau saya dari kampung dan rumah. Katanya ini kampung aku! Ini rumah aku! Bila saya bidas bagitahu yang ni bukan rumah siapa – siapa, ni rumah anak yatim! Jawap dia.. anak yatim bod0h! Dalam hati saya istighfar panjang kerana mak mertua ni usia dia dah 94 tahun. Kalau dari cerita semua pasti tak percaya tapi alhamdulilah, masa kejadian ada 2 orang melihat sikap dia. dan kat situ saya gembira kerana apa yang saya cakap selama ini jadi pertikaian dan sudah sahih semuanya adalah benar.

Untuk pengetahuan, mak mertua saya tak nyanyuk, memang perangai dia ni spesifik sikit. Masa arw4h suami sedang kim0, dia datang hospitaI nak mintak duit. aduhh. Ini adalah kebenaran. Di sini saya ingin tanya pandangan apa patut saya buat dengan gangguan seperti ini. Anak – anak yang melihat semua sem4kin benci dengan mak mertua. Apakah hak anak yatim, apakah hak isteri?

Masa suami s4kit semua kenal isteri, yelah yang menjaga isteri kan. Tapi bila dah meninggaI dunia semua tak kenal isteri. Semuanya isteri tak ade hak, sedangkan mak mertua pun seorang  wanita. Kenapalah dia nak h4ncurkan hidup wanita dan dar4h daging dia, Sedangkan dari sejak anak dia meninggaI dunia bukan nak kata sebutir beras, bertanya khabar kami pun tak pernah.

Komen Warganet :

Dila Dalila Dila : Abang saya no 2 meninggaI tapi sebelum tu sempat buat rumah atas tanah abang no 1.. Tapi abang no 1 tak ada plak haIau akak ipar saya walaupun adiknya dah tak ada. Tapi tiap – tiap bulan plak abang saya yang no 1 tu bagi beras, gula, minyak kiranya semua barang dapur dekat akak ipar saya.. Anak – anak arw4h pun abang no 1 tanggung sampai masuk u.

Malah mak saya plak dulu janji nak bagi rumahnya kat saya andainya dia tak ada tapi lepas abang no 2 saya meninggaI, dia bagi plak kat cucunya rumah tu. Cakap kesian kat cucu tak ada ayah. Tapi tak apelah saya pun dah ada rumah sendiri nanti inshaAllah. Cuma nak bagitahu satu je lah, hidup ni biar ada rasa beIas kasihan kat orang dan tolong mengerti pend3ritaan orang.

Surayni Surayni : Kisah ini terjadi pada diri saya dan anak – anak. Tanah nama kakak sulong, rumah dibina oleh arw4h suami. Anggaran umah RM 200K, kami dihaIau keluar oleh kakak sulung. Saya merempat jadi geIandangan. Tak payahlah susah – susah, keluar aje dari rumah tuu. Allah kan ada. Nanti masa kat akhir4t, tahu lah dia hukvm makan harta anak yatim.

Mujahidah Muda : Sebab tu lah sis saya tak berani nak ambik 1 sen harta mertua. Suami saya anak bongsu. Alhmdulillah rezeki dia. Mak dia kasi 3 tanah lot untuk dia. Suami pernah nak bina rumah kat tanah tu untuk saya dan anak – anak. Saya berkeras tak nak dan saya kata sebelum abang ada memang semua indah, tunggu bila abang tak ada, semua tu tak akan jadi indah dah.

Suami tau macam mana sifat adik beradik dia. Alhamdulillah rezeki suami, dia belikan rumah untuk saya dan anak – anak berteduh untuk hari tua nanti. Dan tanah tu saya tak akan sentuh melainkan tanah tu saya akan serahkan bulat – bulat pada estiap anak – anak saya. Saya tak nak apa pun, cukuplah rumah kecil yang suami belikan untuk saya.

Saya gembira walau hanya rumah teres. Tanah tu pun belum pindah milik lagi.. Mak suami katalah nak bagi pada setiap anak – anak. Tapi sekarang ni pun semua pakat berebut harta. Mujur saya ni tak terlibat dan saya tak nak ambik tau pun. Tak lapar saya dengan harta yang jenis tak ikhlas ni.

Ummi Sarah Ab Muni : Tergamak betul mak mertua buat camtu. Padahal anak – anak arw4h dah jadi tanggungjawab keluarga arw4h untuk menjaga dan memberi nafkah. Orang zaman sekarang memang mementingkan duniawi dari akhir4t. Langsung menolak hukvm. Saya salute dengan tindakan sis. Good luck

Izzul Aiman : Dari segi undang – undang, hanya penama hak milik sahaja yang boleh tuntut harta tersebut. Akan tetapi, hak tersebut boleh juga dituntut jika ada pihak yang terlibat lafaz angkat sump4h tentang perjanjian yang dilakukan di luar dokumen. Apa pun, mahkamah akan lakukan semua siasatan sebelum menetapkan hak harta tersebut. Dari segi hukvm Faraid, anak – anak puan bersama arw4h suami adalah tanggungjawab keluarga suami.

Apa kata anda?