Baru seminggu ceraikan isteri kerana janda anak 2, aku dah jadi macam anak hilang mak

Aku pilih janda yang lebih tua dari aku. Aku nampak dia yang pandai bergaya dengan rambut karat tu hingga tak nampak kebaikan isteri. Tapi apa yang buat aku lebih menyesal aku tertipu dengan solekan tebal dia selama ini. Lepas aku kahwin barulah aku tahu yang dia sebenarnya pakai gigi palsu…

#Foto sekadar hiasan. Salam semua pembaca. Sekarang aku dekat kampung, aku pakai fb adik aku. Aku balik kampung sebab nak tenangkan fikiran aku. Aku nak luah betapa menyesalnya aku sekarang ni.

Aku bercerai dengan isteri aku dah dekat stahun. Cerai sebab salah aku sendiri, aku curang aku ada hubungan dengan janda beranak 2 dan dia satu kilang tempat aku kerja.

Kalau nak kecam – kecam la, aku buntu sekarang ni. Aku dah pun kahwin dengan janda tu.

Kenapa la aku tak nampak kebaikan bekas isteri aku. Baiknya dia sampai aku tak terungkap dengan kata – kata.

Dia anak yatim piatu lepas aku ceraikan dia, dia balik rumah mak aku di Johor Bharu. Dia sebenarnya orang Kedah. Oh ya kami ada sepasang anak kembar laki dan prempuan dah berumur 3 tahun.

Bekas isteri aku ni cikgu walaupun umur dia 28 tahun dia mengajar di sekolah menengah. Comel je ex aku ni berlesung pipit, bulu mata panjang t4hi lalat kat pipi kanan, berat maintain 48 kg dan tinggi 162 cm.

Tapi sya1tan apa ntah dah masuk dalam kepala aku ni sampai aku boleh curang dengan dia dan memilih janda yang 3 tahun lebih tua dari aku.

Sungguh aku menyesal. Sejak aku curang dengan bekas isteri aku, aku abaikan dia abaikan anak kembar kami.

Aku cuma nampak janda rambut karat pandai bergaya tu ja, sekarang ni aku tension isteri (yang baru) aku tetap tak berubah dengan masih tak solat, warnakan rmbut dan langsung tak nak dengar cakap aku.

Mula – mula kahwin dengan isteri aku, aku dah rasa tertipu.

Di sebalik wajah isteri aku tanpa solek rupa – rupanya pipi dia, dahi dia berjerawat. Itu aku tak kisah sangat lagi, tapi yang aku tak boleh terima selama ini aku tertipu, dia pakai gigi palsu.

Sekarang baru aku dapat tau wife aku selalu ganggu bekas isteri aku dulu. Dia selalu fitnah bekas isteri aku keluar dating dengan ustaz sekolah sama dengan bini aku mengajar.

Aku percaya bulat – bulat balik kerja aku selalu meng4muk – ng4muk dengan bekas isteri aku, aku marah, m4ki dia tapi langsung dia tak menjawab.

Disebabkan dia tak menjawab aku betul – betul ingat dia curang.

Pernah aku nak Iempang dia sebab dia cakap, “kalau abang nak curang saya tak kisah tapi jangan ftnah saya bukan semua orang perangai macam abang, macam janda tu.”

Masa tu aku angkat tangan nak acah je, dengan pantasnya dia tepis di sikunye muka aku. Disebabkan s4kit aku merajuk.

Masa aku pura – pura tidur didemahnya muka aku. Tapi masa tu kuatnya cinta aku kat wife aku sekarang ni tak nampak kebaikan bekas isteri aku.

Lepas aku dengan bekas isteri bercerai dalam seminggu macam tu aku dah mula rasa macam ayam ber4k kapur.

Tiba – tiba aku rindu teringat keluarga aku yang dulu, menangis – nangis aku dalam bilik ayaq (panggiIan bekas isteri aku).

Tersedu – sedu macam budak 6 tahun cari mak dia. Mana tak nya semuanya kenangan dalam rumah ni terbayang – bayang dalam kepala aku.

Tapi aku eg0 tak hubungi pun dia. Aku teringat masa aku lafazkan cerai dia menitiskan air mata.

Kej4mnya aku, bod0hnya aku. Sekarang aku takut kalau ada lelaki cuba dekat dengan ex aku.

Selepas 2 minggu mak, abah dan abg aku datang suruh aku keluar dari rumah yang aku tinggal sekarang. Yang sebenarnya rumah yang aku tinggal nama ex aku.

Dia yang bayar setiap  bulan. Lepas keluarga aku balik, bini aku mengam0k dia cakap aku bod0h sebab letak nama rumah ni nama ex aku.

Tak cukup mengam0k pasal rumah kereta yang ex aku guna balik rumah mak abah aku tu bini aku suruh ambik balik.

Padahal kereta tu pun nama ex aku. Mengam0k bini aku cakap aku ni tak ada apa – apa. Ye aku cuma ada moto je, itu pun bekas isteri tolong bayarkan deposit dulu.

Aku ada pernah whatsapp bekas isteri, dia cakap jaga rumah tangga baik – baik jangan contact die. Nanti kak Ita (nama bini aku skrg) tau mengam0k..

Sebenarnya aku rindukan bekas isteri aku. Nasib baik ada anak – anak jadi point untuk aku jumpa ibunya. Tiap kali aku ambik kembar aku.

Aku pergi naik moto balik aku pakai kereta abah aku myvi ex aku belikan. Dia selalu bagi aku RM200 kadang – kadang RM300 siap suruh aku belanja anak – anak tiri aku makan KFC lagi, baik tak ex aku.

Raya puasa haritu bagi RM500 siap suruh aku belikan baju raya anak – anak tiri aku.

Aku betul – betul terharu kenapa aku tak nampk kebaikan ex aku dengan lemah lembutnya.

Sekarang dia dah bIock fb, whatsapp sebab tu aku pinjam HP adik aku semata nak contact pujuk dia balik.

Sungguh aku rindukan ex aku, aku dah mula bosan dengan bini aku asyik mengam0k je. Bersepah – sepah rumah tak berkemas.

Macam mana aku nak bersatu balik dengan ex aku sekarang ni aku terlalu kusut.

Salah aku jugak ex aku izinkan aku bermadu tapi disebabkan dengar cakap bini aku sekarang ni aku ceraikan ex aku.

Mak aku pun dah kurang layan aku, dah tak macam dulu.

Tambahan plak adik aku bagitau ada orang merisik ex aku. Adik aku cerita masa pergi kenduri orang ingat ex aku anak dar4, aku betul – betul risau. aku tak sanggup! Tolong aku…

Aku nak wife aku yang dulu balik sentiasa doakan ksejahteraan aku. Aku betul – betul menyesal. Harap – harap sayang baca rintihan abang.

Korang doa – doakan bekas isteri aku baca yang aku post ni. Doa bukakkan pintu hati cikgu yang comel tu. Terima kasih admin.

Perkongsian rasa kesal dari lelaki ini telah mendapat pelbagai reaksi dari para pembaca. Nampaknya rata – rata menyuruh dia teruskan kehidupan dengan keluarga baru.

Apa – apa pun semoga kisah ini dapat memberi pengajaran kepada pasangan di luar sana. Kadang – kadang mata kita dikaburi dengan hawa nafsu hingga tak nampak yang mana berlian ataupun kaca.

Komen Warganet :

Ai’sya Tomey Tomot : Tak payah nak menyesal sangat laa. Ko nak kat ex ko balik pun sebab ada rumah, kereta dan senang ada duit. Dari cerita ko ni, nampak sangat ko jenis tak bertanggungjawab punya orang.

Dah nikah pun kan dengan janda tu. Dah jadi bini kau pon kan, jadi ko didik laa dia. Jadilah ketua keluarga yang bertanggungjawab sikit.. Ko ingat perempuan ni apa, kalau nak ambik, bila dah jemu, muak boleh buang. Mana pergi 9 akal jantan ko tu.

Asal nak kat bekas isteri balik?? Sebab sekarang hidup macam susah, tersepit??? Lain kali kalau rasa tak mampu nak bagi rumah tempat anak bini berteduh.

Nak bagi makan pakai semua tak payah nak menggataI. Kira untung semua bini bayar, lagi gataI nak cari lain. Pastu tak mampu nak bertanggungjawab.

Patutnya ko yang bagi duit dekat bekas isteri untuk nafkah anak – anak.. Bukan dia yang bagi.

Muhamad Azizol Azizol : Jadikan tauladan kepada lelaki luar tu dan juga pada diri ku sendri. Semoga kita setia pada isteri kita yang sekarang nie. Kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Jadi jangan sesekali cuba nak mencuba.

Arrisa Alisa : Intan yang dikejar rupanya kaca, botol kicap. Kaca yang di depan mata, ditend4ng, dicamp4k – camp4k, itulah berlian, yang menyinari dan sentiasa bersinar. Taubat la dan mohon pada Allah moga inilah satu petunjuk untuk Allah bagi pilihan.

Amin Razak : Ko memang tak layak lagi untuk bekas isteri ko tu. Jenis tak pandai menghargai isteri. Masa ni baru nak tercari – cari. Harap – harap bekas isteri ko tu cepat – cepat kahwin dengan orang lain dan bukan dengan ko.

Norizan Dolmat : Biasalah, bila ada depan mata tak tahu nak hargai. Encik ni memang buta dek kerana nafsu kan. Janda tu konon lagi lawa konon rambut karat.

Sekali pakai gigi palsu, hamik ko. Apasal sekarang baru nak nyesal sebab isteri pakai gigi palsu je, baru nak nampak kebaikan bekas isteri. Dahlah, sila move on.  Aku doakan ex wife ko dapat jod0h lagi baik dari ko, aamiin.

Apa kata anda?