Bayi dalam kandungan tak bergerak, bila ajak suami pergi hospitaI dia kata biasalah baby sedang tidur

Masa saya s4kit contr4ction, saya k3jutkan dia. Sambil bangun acuh tak acuh, dia boleh cakap “pergi pun kalau tak bersalin lagi macam mana? Suami saya hantar juga saya kat hospitaI, tapi lepas letak barang dia terus balik. Jam 9:30 pagi saya selamat bersalin anak lelaki tapi pukuI 12.30 baru suami datang azankan anak..

#Foto sekadar hiasan. Insya Allah bulan 10 ini saya akan bercerai dengan suami, anak baru berusia 6 bulan. Saya banyak makan hati dengan suami saya sebelum ini tetapi saya anggap itu resam keluarga.

Setiap kali ada terasa hati, saya pendamkan dan diamkan. Tapi suami akan tanya juga. Bila saya luahkan, dia akan tunding jari dan cari silap saya.

Kami dari bercinta sampai dah kahwin PJJ. Perancangannya, selepas bersalin, saya akan berhenti kerja dan tinggal bersama suami. Saya bertugas di HospitaI. Suami seorang penjawat awam.

Kes ini jadi meIarat saat kandungan saya berusia lebih 8 bulan. Waktu ini, saya punya terasa hati saya dah mula pend4m. Pada suatu hari, anak dalam kandungan tak bergerak agak lama. Walaupun saya boleh memandu sendiri, tetapi memandangkan saya tinggal di rumah keluarga saya, saya jaga air muka suami dengan tidak menguruskan semuanya sendiri.

Saya ajak dia bawa saya ke HospitaI untuk periksa kandungan. Di jawab “biasalah baby tidur memang tak bergerak”. Masa itu betul – betul Iuluh hati saya. Saya terfikir, mana la rasa sikap susah hati dia dengan kandungan saya. Ada sekali sehinggakan saya berdoa Allah cabutlah nyawa anak saya. Sebab kalau dia hidup, si ayah nak tak nak sahaja melayan anaknya.

Jadi, saya diamkan sahaja diri dalam bilik. Suami tidak peduli dan terus keluar. Mak saya yang kerisauan bertanya keadaan baby, “dah gerak ke?” Saya terp4ksa tipu mak saya dengan mengatakan baby dah gerak. Masa itu saya tawakal sahaja.

Selama PJJ sebelum ini, semua saya buat sendiri termasuklah periksa perut dan kandungan di KIinik Kesihatan. Sehinggalah hari saya alami “contr4ction” yang pertama. Jam pada waktu itu pukuI 2 pagi.

S4kit Nak Bersalin.

Saya k3jutkan suami kerana terIampau s4kit. Dari jam 11 malam lagi saya tak dapat tidur menahan kes4kitan. Saya mengadu kes4kitan. Kemudian dia bangun dalam keadaan marah sambil bersiap.

Dalam perjalanan, dia diam seribu bahasa. Kereta dipandu dengan sangat laju. Langsung tidak bercakap dengan saya.

Sampai sahaja di HospitaI dan selepas diperiksa, Doktor sahkan tiada bukaan lagi tetapi ada sedikit masalah yang membuatkan saya perlu masuk wad dan dipantau selama 3 hari.

Selepas 3 hari, saya dibenarkan keluar. Setibanya di rumah, terus turun tanda. Cuma tak s4kit lagi. Saya pun biarkan dahulu. 3 hari selepas itu pula, pada waktu yang hampir sama, s4kit yang sama datang. Saya k3jutkan dia. Sambil bangun acuh tak acuh, dia boleh cakap “pergi pun kalau tak bersalin lagi macam mana?

Menangis saya, terus keluar tunggu di depan rumah. Barulah dia keluar. Sampai sahaja di hospitaI, lebih kurang jam 4 pagi, bukaan sudah 3cm. S4kitnya bukan kepalang dah masa tu. Jam 7 pagi baru saya ditolak ke wad. Suami lepas letak barang – barang saya, dia terus hilangkan diri dan balik.

Bersalin Seorang Diri.

Tak sampai 10 minit lepas tu, contr4ction yang kuat saya rasai. Doktor sahkan bukaan sudah 8cm. Doktor tanya mana suami saya, ringkas jawapan saya “dah balik”. Menangis lagi. Betul tak boleh tunggu dalam wad. Tapi bukan tak boleh nak tunggu di bawah. Dia pentingkan tidur lagi dari saya yang sedang bert4rung nyawa ni.

Mujurlah keluarga saya sudah sampai dan ada tunggu di ruang hadapan. Nurse kemudiannya telefon suami suruh patah balik. Jam 9:30 pagi saya selamat bersalin anak lelaki. Terjenguk – jenguk juga saya mencari suami. Tapi tak juga muncul – muncul.

PukuI 12:30 tengahari baru dia masuk azankan anak. Rupanya sebelum saya bersalin, di luar tempat menunggu sebelum dia balik tadi, dia asyik ajak mak dan adik – adik saya balik. Katanya nurse tak panggil maknanya tak bersalin lagi. Mujurlah mak berkeras nak tunggu. Lepas habis pant4ng, ada juga mak cerita yang pengawal yang usaha cari dia untuk azankan anak.

Anak Kena Kuning.

Anak ditahan di NICU kerana kuning. Saya dibenarkan pulang tetapi saya terlupa untuk belikan pampers anak. Bila suami pergi NICU dan hantar gambar anak, saya tengok anak pakai napkin.

Saya minta dia keluar cari pampers. Dia kata di farmasi bawah hospitaI tiada. Saya minta dia cari di luar hospitaI, jawabnya “faham bahasa tak? Tak ade!” Hancurnya hati saya. Tak nak langsung usaha untuk anak. Terkedu saya.

Alhamdulillah anak dapat keluar wad beberapa hari selepas itu. Tapi saya perlu pergi checkup semula bertemankan adik saya. Suami hanya tunggu dalam kereta, melayan telefon. Iuka jahitan saya belum sembuh lagi.

Saya tak tahu nak gembira dapat anak atau bersedih melihatkan suami sebegini. Sehinggakan 1 hari mak saya cadangkan saya duduk di ruang tamu dan minta suami temankan. Takut jadi apa – apa kat baby kalau dalam bilik.

Anak Meragam.

Anak meragam, saya pun bagi susu badan. Dekat 2 jam saya pangku anak. Susu tak berapa banyak, jadi anak asyik merengek. Saya stress sangat. Saya pujuk baby, “adik, jangan nangis, nanti abah jaga”. Suami sedap tidur dibuai mimpi sambil pekup bantal di telinga supaya tangisan anak tak mengganggu tidurnya.

Bila anak menangis kuat, dia bangun dan tanya saya, “tau tak anak tu kembung perut?” Saya rasa sangat tersentap, saya menj3rit sekuat hati “HABIS, KALAU KEMBUNG PERUT NAK BUAT APA?” 2 jam saya pangku anak dengan Iuka jahitan yang masih s4kit, dia buat apa?

Sambil menj3rit, sambil menangis. Datang mak, ayah dan adik tenangkan saya. Dia kemas – kemas bantal dan terus masuk bilik. H4ncurnya hati saya. Tak tahu kenapa nasib saya begini. Puas mak pujuk saya suruh sabar.

Sampai ke pagi dia tak bertegur dengan saya. Anak pun dia tak layan. Malamnya pula, dibiarkan saya tidur dengan anak di luar. Dia tidur dalam bilik. Pagi esoknya mak tanya suami tak teman ke?

Menangis lagi saya.

Komen Warganet :

Aleeyalee Aleeyahairi : Bercerai lebih baik sis dari dapat laki macam gini. Buat anak tau pulak, anak dalam kandungan sampai ke lahir langsung tak nak ambik tahu. Bini dah berk0rban nyawa dianggap macam tak ada apa – apa. Sebaiknya suruh jer laki sis pegi jadi binatang dari jadi manusia.

Norayuni Binti Mohammad : Kalau macam ni memang baik la sis angkat kaki je. Buang masa ada suami macam ni. Makan hati sepanjang hidup. Sis berhak bahagia, semoga dipermudahkan segalanya sis.

Ha Fa Ze : Boleh sudah nampak yang tu lelaki ada kekasih gelap.. Yalah tak peduli bini langsung masa hamil. Kalau tidak peduli isteri tapi sayang anak tu lain cerita. Tapi ini anak pun tidak peduli. Confirm ada “orang lain”.

Cha Cha : Abaikan ja orang macam tu, kalau dia mau cerai pun biar saja. Buat apa beIa manusia yang tak ada otak dan perasaan? Cakap kat suami awak, kalau tak bersdia nak anak lain kali jangan buat!!! Mohon pupus lelaki macam ni!!

Atiq Brisbane : Sebelum cerai tu patut basuh dulu suami tu bagi dia tau erti tanggungjawab sebagai seorang suami dan seorang bapa. Kadang lelaki nie mmg bod0h time anak pertama, tak reti dan tak nak langsung usaha timba ilmu bab – bab parenting. Kalau dah kena basuh, masih lagi dengan perangai bod0h dia tak nak amik tau pasal anak bini, memang patut la amik langkah dulu.

Apa kata anda?