BCL Nekad Bekerja Walaupun Hati Masih Berduka, Netizen Pula Persoal Tentang Hal Ini

Pemergian Ashraf Sinclair nyata telah merentap separuh jiwa Bunga Citra Lestari, sehingga kini difahamkan penyanyi Indonesia itu masih setia menziarahi pusara suami tercinta, di San Diego Hills, Kawarang, Jawa Barat.

Masih terpukul dengan kehilangan suami,  BCL walaubagaimana pun masih mengamalkan sikap profesional dan dikatakan bakal menyambung semula beberapa pekerjaannya yang tertunda.

Menurut Rizky daripada Media Relation Fullcolor, memaklum bahawa BCL akan meneruskan persembahan konsertnya, yang akan diadakan Pullman Central Park, Jakarta Barat, pada 29 Februari 2020.

“Walau sedang berduka, BCL memastikan secara profesional dirinya tetap tampil pada konser bersama Ronan Keating…”

Malah, difahamkan BCL yang juga merupakan juri tetap bagi Indonesian Idol 2020 dikatakan bakal kembali bertugas selepas selesai urusan majlis tahlil selama tujuh hari.

Menjengah pula ke IG kenalan artis BCL, penyanyi Rossa, sempat memuat naik foto terbaru bersama BCL. Di dalam entrinya, sejak pemergian Ashraf Sinclair, Rossa dan rakan-rakan yang lain kerap melawat BCL.

Bagaimanapun, di ruangan komen rata rata netizen mempersoalkan mengenai tempoh eddah yang sepatutnya BCL lakukan.

Eddah mana boleh keluar rumah

Bagi perempuan yang kematian suami, diwajibkan ke atasnya ihdad (berkabung) selama empat bulan sepuluh hari jika dia tidak hamil. Jika dia hamil maka wajib dia ihdad sehingga dia melahirkan anak yang dikandungnya.

Kewajipan ihdad dan larangan yang terdapat di dalamnya ada disebutkan dalam sebuah hadits daripada Ummu ‘Athiyyah Radhiallahu ‘anha, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Tidak berkabung seorang perempuan ke atas orang yang meninggal dunia lebih daripada tiga hari kecuali ke atas suaminya, (dia berkabung) selama empat bulan sepuluh hari, dan dia dilarang memakai pakaian yang dicelupkan warna kecuali pakaian yang sederhana, dan dilarang memakai celak mata dan memakai wangian kecuali untuk bersuci (selepas membersihkan darah haidh), iaitu diusap sedikit sahaja daripada haruman atau wangian.”
(Hadits riwayat Muslim)

Jelas daripada hadits di atas, perempuan yang kematian suami dilarang untuk berhias pada tubuh badan dan pakaian dan berwangi-wangian kecuali untuk bersuci atau membersihkan darah haidh,dan diwajibkan menetap diam di rumah suaminya yang meninggal dunia atau rumah tempatnya tinggal dan tidak boleh meninggalkan rumah itu selama dia masih dalam tempoh ‘iddah.

Semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan hati buat BCL dan juga anak lelakinya, Noah Sinclair, untuk meneruskan hidup tanpa kehadiran suami tercinta.

Kehidupan harus diteruskan

Boleh start buka bab eddah

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber:OMM & Dataranilmiah

Kredit: rimbabara

Kongsi Artikel Ini :