Bekas isteri asyik goda suami aku sedangkan dia dah ada suami. Satu hari, aku sengaja jemput perempuan tu datang majlis

Bekas isteri hari-hari mesej suami aku guna alasan anak. Nak throwback kisah lama. Suami tak layan, tapi perempuan tu mesej aku marah – marah tanya mana suami aku? Kenapa tak jawab mesej, call..

#Foto sekadar hiasan. Part 1 >> Aku dapat 2 madu serentak, suami minta izin nak kahwin dengan kekasih lama. Mertua pulak p4ksa suami kahwin dengan bekas isteri. Ramainya yang minta part 2. Sabar – sabar… aku sambung lah ni.

Cuma admin lambat post pasal story, jadi lambat lah nak tunggu part 2 nya. Kita ikut turn okay. Sebelum aku nak sambung cerita ni ke part 2, ade benda yang aku nak jelaskan pasal anak tiri aku si abang. Ada pulak yang kata aku mak tiri kaut reta bapak.

Padahal tu adalah harta sepencarian aku dengan laki aku selagi mana aku isteri, aku ade hak. Sebenarnya, aku tak pernah lupakan untuk meninggaIkan bahagian buat abang. Ikut mana pun, abang anak pertama aku. Sebelum aku ada anak sendiri, abang lah permata hati aku yang pertama.

More info pada yang bercakap aku mak tiri kaut reta ayahnya, meh aku cerita apa yang aku providekan pada anak – anak aku dari abang sampai si bongsu.

1. Aku ambik hibah 300K jika m4tinya aku ni semua dapat. 10% laki aku , 10% mak aku dan anak – anak dapat 20% setiap sorang termasuk abang.

2. Medical card untuk anak – anak aku juga yang provide dan bayar. Tapi aku bayar untuk 3 orang anak je. Abang dan 2 anak perempuan aku. Sebab apa sorang anak aku tak dapat? Sebab aku ade anak s4kit kr0nik sorang.

3. Apa – apa urusan abang ulang alik pergi dan balik ke rumah kami, aku yang keluar kan kos tanpa minta claim balik dengan bapak atau mak dia.

4. Segala urusan sekolah abang dari tadika hingga lah dia spm ni, aku yang uruskan panjat sana sini. Sampai abang nak masuk mrsm pon aku yang uruskan all in. Kenapa bapa dia tak buat? Memang bapa dia serahkan pada aku je dan abang pon apa – apa dia akan bagitau aku dulu.

Mak dia si Lily tu memang tak tau apa – apa ye pasal nak isi form ke urusan anak ke memang dia blur dan bila aku buat atau take over dia juga yang mer0yan (aku pon tak faham).

5. Aku kalau tak suka si abang dari hari pertama aku dah tak jaga dia tapi tak aku sanggup berhenti belajar semata – mata nak membesarkan dia tapi dalam masa yang sama Allah bagi aku zuriat sendiri.

6. Segala nafkah abang tak pernah suami aku culas. Setiap kali payment memang suami aku akan serah kan resit pada aku dan aku print isi dalam 1 fail khas (NAFKAH ABANG) sehingga Jan 2025 ni abang masih di beri nafkah ye walaupon dia dah bekerja.

7. Kalau dulu abang takde akaun bank sendiri kami setiap bulan akan datang pada abang serahkan duit by cash. Kalau jumpa abang kami akan invest dia dengan 2 benda barang lain cash lain. Cash saja tak lari RM500 – 800 per month ye untuk abang. Aku tahu dan aku tak marah memang itu selayaknya abang dapat. Aku selalu pesan dekat laki aku nak murah rezeki jangan kedekut dengan anak bini.

8. Travel. Kami takkan travel kalau abang tak cuti. Jadi ikut mana pun, mesti abang cuti kami akan travel 1 family. Tak pernah lagi abang balik sini kami tak travel. Mesti pergi merata kami pergi ikut kewangan dan bajet yang ade ketika tu.

9. Barang – barang yang ada pada tubuh badan abang harganya lagi pricey dari anak – anak aku sendiri. Abang baju sekolah seluar slack tak beli dekat kedai biasa – biasa, baik tenten ke hari hari ke, brand lagi mahal dari canggih. Memang aku tak pernah belikan barang dia dekat kedai biasa. Sebab tu yang selayak abang dapat.

10. Phone yang abang pakai dari dulu hingga kini aku yang invest dan upgrade dari masa ke semasa. Mak atau ayah dia sendiri tak pernah nak keluarkan duit. Jadi aku yang keluarkan. Abang call nak pakai laptop dan printer.

Aku juga yang invest untuk abang janji abang selesa dan boleh berlajar tanpa tercicir sikit pon. Abang ni aku letakan ikon dalam rumah untuk anak – anak aku jadikan contoh. Abang walaupon dia minta aku macam – macam tapi dia bukti kan apa yang aku bagi dia tak sia – siakan.

11. Motor yang abang ade sekarang. Ikutkan laki aku nak beli second. Aku tak bagi. Aku cakap belilah baru. Aku keluarkan separuh simpanan aku untuk dia. Abang dapat motor baru untuk dia ulang alik pergi sekolah dan solat jumaat.

12. Persiapan raya tetap aku yang beria siapkan abang punya dulu. Lagi – lagi kalau turn tu dia berapa dengan mak nya si Lily. Tetap ade baju raya dia untuk di sini ye. Sebab raya ke-3 dia dah start raya dengan kami. Macam tu juga turn dia dengan kami raya ke-3 dia dah raya dengan maknya. Jadi tiap tahun abang tetap ade baju melayu walaupun dia tak beraya hari pertama bersama kami. Ni baru raya belum lagi cakap bab hari jadi abang.

13. InnSyaaAllah untuk dia sambung study tak lama lagi pon akan ada untuk abang. Aku dengan laki aku ade buat saving untuk anak – anak.

Jadi jangan lah kata aku ni pentingkan diri sendiri sedangan semua yang aku tuntut tu hak aku dan anak – anak termasuk abang. Jangan lah normalise kan yang MAK TIRI JE JAHAT! Apa kau ingat Lily suka ke aku provide anak dia macam ni? Tak weyh.

Dia siap pakej m4ki aku lagi kata aku butakan anak dia dengan duit. Tapi aku diam je malas nak layan. Kalau dilayan Lily tu memang tak ke mana. Dia insecure dengan aku sebab apa yang aku bagi pada family aku. Tu belum cite b0dohnya dia pakai medical card abang masa dia s4kit.

Dia boleh call aku tanya kenapa dia tak boleh pakai medical card abang untuk dia? Hahahaha keb0dohan apakah yinii.. sebab tu aku provide kan banyak benda untuk abang. Abang anak yang pandai, anak yang baik, anak yang soleh.

Back to normal. Kesinambungan apa jadi antara Lily dan Tijah. Dah alang – alang terbuka cerita pasal abang ni, jom lah kita mula dengan si Lily dulu. Lily ni ikutkan tida hak penuh hak jagaan pada abang tapi disebabkan dah berjanji dengan abang dan Lily umur abang 13 yang boleh duduk dengan ibu penuh. So tu sebab Lily dapat abang di bawah jagaan dia penuh.

Banyak benda yang berubah pada abang sejak – sejak dia duduk dengan Lily. Lily ni kaki jalan tapi memang tak pernah ye dia bawak abang ke laki dia ke anak – anak tiri dia ke, memang jarang sangat. Kecuali ade event melibat beIah laki dia tu baru lah semua terlibat.

Perubahan yang aku boleh cakap banyak side negative kadang – kadang aku yang risau beria kalau abang nyimpang jauh tapi abang anak yang baik. Dia cakap dia cuma str3ss je tengok ibu dia. Aku dengan Lily tak pernah nak ade timbul apa – apa isu termasuk isu abang.

Dia nak baik dengan aku. Aku baik dengan dia. Bukan tak pernah aku invest skit duit aku dalam business dia. Lily ni ade kedai cosmetic ye. Dari mula dia kawen dengan laki aku memang dia berniaga. Dulu 50% gaji laki aku kena bagi dekat dia untuk roll modal niaga.

Sampai lah berpisah pon dia minta juga dengan laki aku. Cuma laki aku ni cerdik sikit, dia tak bagi. Dia ade hutang dengan AIM, duit abang pernah jadi m4ngsa kena bayar duit AIM. Sebab dia ingat dia kawen dengan laki baru, laki baru nak bantu dari segi modal. Rupanya apa pon tarak.

Dah lah pjj tambahan pulak business semua kena usaha sendiri. Sampai kereta yang laki aku bagi hadiah dekat Lily masa depa laki bini pon Lily pergi jual sebabnya nak pakai duit. Actually masa dia berpisah dengan laki kedua dia, dia memang dah niat ye nak jadi bini laki aku.

Tapi macam aku cakap lah dia nak singkir kan aku. Dulu aku dengan Lily duduk 1 tempat yang sama cuma dia taman lain aku taman lain. Tapi beza perjalanan tu 10 minit je. Isu Lily ni aku paling banyak bersabar. Lily ni aku rasa dia jadikan aku idola dia kot. Hahaha sebab apa?

Apa aku buat semua dia nak buat. Apa yang aku ada semua dia nak ada juga sebab tu bila dia tak mampu nak jadi aku dia nak laki aku untuk dia dapat sama macam aku dapat. Kau bayangkan lah sampai tahap gambar wasap pon duk tiru.

Aku buh gambar anak – anak dia pon buh gambar abang. Aku buh gambar laki aku dia pon buh gambar laki dia. Aku pakai shawl dia pon pakai shawl (actually Lily ni old school tak pandai sangat mix & match baju make up pon so so je)

Lily sangat insecure ye dengan aku sampaikan kulit muka aku pon dia nak sama kan. Lily ni gelap manis. Jujur aku cakap Lily manis je muka dia tapi bila dia try hard untuk putih tu buatkan dia jadi tak lawa. Jujur aku kesian dengan Lily ni tapi tulah datang tantrums dia kang buat aku hilang sabar.

Selama Lily buat aku, aku tak pernah nak cakap buruk Lily terutama depan abang. Ikut mana tu mak abang. Aku nak dia terima aku macam mana dia terima mak dia. Masa aku duduk dekat dengan Lily dulu. Boleh kata hari – hari Lily mai rumah tapi aku boleh bertahan tinggal dekat rumah lama, 2 tahun je. Aku minta laki aku posting untuk kebaikan bersama, Alhamdulillah Allah permudahkan.

Lily ni punya penangan sampai main b0moh ye. Dan dia mengaku kat aku yang dia berusaha macam – macam benda nak dapatkan laki aku. Tapi semua tak berjaya. Ni dia confess masa dia tengah mood honeymoon baru kawen dengan laki no 3.

Jadi masa tu juga dah nak tukar hak jagaan abang pada Lily. Masa tu dia cakap, dia memang ada hati pada laki aku memang nak kembali pada laki aku. Tapi aku jadi penghalang sebab tu dia kawen dengan laki lain. Lily ni pattern dia masa dia bahagia sangat dengan laki dia memang kau akan nampak dia akan meleser je dengan laki dia macam kucing minta makan dengan bibiknya.

Sampaikan depan kami ni pon sama meleser – leser, kita tengok pon boleh tahu dia bahagia ke tak. Lagi 1 Lily ni jenis suka ambik kesempatan atas kebaikan aku dekat dia. Aku ni puas giIa sabar dengan Lily. Sampai family day beIah laki aku, mertua aku boleh ajak dia.

Tapi abang ipar aku jenis tegas dia cakap, “kalau mak bawak dia. Kami semua takkan pergi.” Mertua aku memang tak berani lah. Tiap kali raya Lily mesti akan buat alasan tiket bas dari rumah adik di ke pantai timur habis (Lily stay dekat pantai timur, rumah adiknya di selatan sebeIah negeri aku je) jadi tiap kali raya dia akan datang rumah adik dia.

Pastu minta nak tidur rumah mertua aku atas sebab takde tiket dari sana ke rumah dia. Tapi dari tempat aku ke rumah dia tiba – tiba je ade tiket. Aku mula dulu layan je lama – lama aku cakap, aku yang uruskan tiket pergi balik anak kau selama ni tak yah lah nak sembang tiket bas takde. Tapi demi abang aku okay je.

Aku okay je dia mai rumah mertua aku, takde halangan. Tapi ade adik beradik dan ipar duai yang tak suka akan kehadiran Lily. Bak kata depa, ‘past is past.’ Takde keperluan pon untuk Lily datang balik. Nak ziarah boleh, cukup datang dan balik, tak perlu nak tidur situ.

Tapi Lily ni memang selamba badak dia je. Dia tak kisah orang suka ke tak suka ke dia memang akan buat apa yang dia nak buat. Ikut rasa hati dia. Lily ni 3 tahun pertama dia kawen dengan laki no 3 aku dengan dia memang helok. Sembang bab abang je. Tapi lama – lama takde dah.

Ikutkan Lily ni patut contact aku je tak perlu contact laki aku sebab semua orang tahu aku yang menguruskan abang head to toe. Tapi Lily ni taknak dia cakap lagi selesa contact dengan laki aku. Jadi dari pihak aku takde masalah pon sebenarnya janji kau tahu kedudukan kau kat mana. Tapi m4kin lama m4kin menjadi – jadi.

Sejak Lily ni tahu yang bukan saja bersaing dengan aku malah dia kena bersaing dengan Tijah. Dia sendiri pon tahu yang laki aku memang suka sangat dengan Tijah kan. Tapi kelebihan dekat dia mertua aku tak suka kan Tijah.

Jadi dia rasa dia masih ada harapan untuk menang lah. Padahal awal – awal dia dah patut tarik diri sebabnya masih status bini orang kot. Mentanglah laki dia tu dah memang patut sign up w4rga emas, suka – suka dia je nak buat hukvm sendiri.

Syarat yang aku bagi tu aku tak serahkan pada Lily thru by my side tapi laki aku yang serahkan pada mertua aku. Laki aku cakap, “kalau mak nak sangat saya kawen dengan Lily. Lily kena hadam semua ni dan kena tahu kedudukan dia di mana.”

Bila aku baca balik syarat tu, laki aku pergi ubah yang waktu penggiliran bermalam dan juga penggiliran raya. Segala harta sepencarian semua seperti biasa. Terbeliak mata mertua aku. Terus dia call aku bising – bising kenapa aku letak syarat macamni?

Kenapa nak kena bawak ke mahkamah atau pejabat agama? Kenapa itu kenapa ini? Mertua aku memang tak puas hati ye. Tapi aku hadam je apa yang mertua aku cakap. Katanya aku tak perlu cemburu sebabnya Lily yang pertama pernah jadi bini laki aku.

Katanya aku tak patut buat macam tu pada Lily dan laki aku sebabnya Lily pon pernah bersusah payah. Masalahnya tu dulu bukannya sekarang. Ikutkan hati aku nak je cakap, “alah Lily dulu berpaling tadah pon sebab abang tu susah. Mana datangnya susah senang bersama – sama” tapi kenangkan tu mertua je. Kalau tak berbakul – bakul aku nak cakap.

Lily hari – hari duk wasap laki aku, benda pertama akan hantar gambar abang. Contoh: bawak abang pergi makan ni. Ingat tak dulu kita rajin makan kat sini bla bla bla. Tapi laki aku tak layan. Pastu nanti keluarlah ayat dia, “kau seakan lupa yang dulu kita pernah bahagia. Tapi sejak kau bersama dengan ecah kau lupa terus aku ni” ( Kim4k betul! Oopss maaf)

Bila laki aku tak baIas wasssap, Lily akan wasap aku. Tanya mana laki aku pergi kenapa tak baIas chat atau angkat call dia. Aku jawab senang je. “Oh laki aku keluar dengan Tijah. Harini Tijah datang sini jumpa laki aku. Agaknya tengah duduk bawah bulan purnama kot duk sembang masa depan depa. Takyah lah kacau.”

Lily apa lagi mer0yan lah. Tapi ayat dia “kau tak marah ke Tijah tu ganggu rumahtangga kau?” aku tanya balik, “apa bezanya kau?” Terkedu member. Lily banyak kali minta no Tijah dekat aku sebab dia minta dengan laki aku dan dia juga minta dengan mertua aku. Tak dapat.

Yang mertua memang tak tahu. Cubaan minta dengan aku dan laki aku pon tak dapat. Lily ni dia benak skit bab – bab nak jadi stalker sampai akar umbi. Dia tak macam aku. Aku korek sampai habis. Antara Lily dengan Tijah aku boleh tolak ansur lagi si Tijah.

Walaupon apa dia buat tu tak sepatutnya tapi dia masih lagi hormat aku sebagai isteri pada pakwe dia. Tapi Lily tak. Haritu aku hampir nak saman si Lily ni menjaja cerita pasal aku dengan laki aku. Padahal dah berbelas tahun depa berpisah dia punya nak kan simpati lelaki dalam tiktok tu.

Habis semua drama dia buat. Sampaikan hal dalam kain dia berair tak berair pon dia cite kat orang. Ni lah sebab kenapa aku sendiri pon tak boleh terima Lily lebih dari mak kepada abang. Masa kedaan pandemic dah okay. Aku pernah jemput Tijah untuk datang kenduri dalam masa yang sama aku ajak si Lily.

Tapi buat dekat rumah mertua aku. Aku takkan pernah ajak depa mai rumah aku. Taknak cemarkan rumah aku dengan kedatangan depa. Si Lily ni punya lah merenyam bertongek dia duk nak melayan laki aku. Laki aku pulak macam orang sawan tak keruan aku ajak dedua orang tu.

Dah tak tahu nak layan yang mana. Aku? Santai melihat drama sekalian alam. Mertua aku cubit aku, kata aku gatal merenyam pergi ajak Tijah. Aku cakap senang je. “mak… abang memang nak kan Tijah dia taknak Lily, jadi mak terima lah hakik4t ye”.

Memang tak lah dia nak terima si Tijah tu. Sebabnya Tijah ni macam ade kena mengena dengan keluarga bapak mertua aku. Mak mertua aku ni kalau benda tu ada kaitan dengan bapak mertua aku memang dia tentang habis.

Aku pon tak tahu sebab apa dia tak suka the whole family beIah bapak mertua aku. Mertua aku siap takutkan aku lagi kata Tijah tu nak harta laki aku. Dia tak tahu ke aku dah letak syarat semua. Aku cakap senang je, “sama je syaratnya dengan Lily tapi Tijah terima je mak. Yang tak terima sekarang ni si Lily. Jadi mak boleh bagitahu Lily untuk dia patahlah balik. Lebih baik dia focus ambik hati laki dia yang pra w4rga emas tu dari dia sibuk nakkan laki orang. Cermin lah diri dulu.”

Tergamam mertua aku. Dia ingat aku tak turut semua kemahuan dia? Pastu asyik ulang kesian kat abang tu. Nak sangat dia tengok mak dia kembali bersama dengan bapak dia. Abang tu konon tak boleh terima Tijah tu.

Padahal hakik4tnya, abang pon tak berapa suka mak dia balik kepada bapak dia. Abang pernah confess dekat aku. Dia minta aku jauhkan diri dari mak dia. Jaga keluarga elok – elok jangan bagi bapak dia terjebak dengan maknya.

“Mak sekarang masih status isteri orang mama. Abang tahu hukvm hakam. Tapi abang dah nasihat kat ibu. Tapi ibu tetap dengan kelakuan dia yang macam tu. Abang minta maaf mama. Abang malu dengan mama. Tapi abang percaya mama kuat. Mama tetap mama abang.”

Sebab macam ni lah aku sayang sangat dengan abang. Sebab macam ni lah aku pendam je apa mak dia buat pada aku. Masa depa bersemuka dalam kenduri aku tu, abang Alhamdulillah salam Tijah dengan elok. Siap borak dengan Tijah. Lily comfirmlah tergugat, “ehh anak aku borak dengan perempuan ni”.

Tijah ade je inform aku yang mertua aku dengan Lily ade je jumpa dia. Dia mengadu yang mertua aku minta dia jauhkan diri dari laki aku. Laki aku dah bahagia dengan aku. Dia tak perIukan orang lain untuk jadi isteri. Tapi Tijah ni menjawab. “makcik tak bagi sebab makcik nak satukan Lily dengan abang kan?” terus diam mertua aku.

“Macam ni lah makcik, saya dengan ecah takde masalah pun. Abang pon bukannya suka Lily, makcik tanya lah dia apa dia cakap pada ecah. Belum jadi bini dah halau bini orang tu, saya walaupon nak kawen sangat dengan anak makcik tu saya masih hormatkan si ecah.” meroyan lah mertua aku dengan si Lily ni.

Mertua aku konon nak bagi Tijah ni terasa mertua aku pon pujilah si Lily ni, “cantiknya anak mak, malam ni tidur dengan mak ye,” Lily ni punya layanan sampaikan dia boleh tidur sebilik dengan mertua aku. Walaupon dalam tu ade bapak mertua aku.

Aku? tak pernah sekali aku jejak kaki aku dalam bilik mertua aku. Masa nak balik Tijah datang jumpa aku, dia cakap, dia tak tahu sama ade dia boleh bertahan ke tak untuk stay dengan laki aku. Pastu drama juga lah dia dengan laki aku.

Laki aku pon pergiIah jumpa dia. Sedangkan aku? Memerhati melihat kelakuan dia. Bini mana yang tak terasa tapi abang datang peIuk bahu aku cakap, “abang ada untuk mama. Kami semua ada dengan mama.” Jujur malam tu sekali lagi aku menangis.

Banyak sangat aku nak cerita tapi InnSyaaAllah kalau ade yang nak part 3 aku akan tulis lagi. Tapi part 3 part last lah.. – Aisyah (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Azany Afzan Bt Zakaria : Walaupun hubungan Abang dan Ecah anak tiri dan mak tiri tapi hubungan korang yang paling berharga. Semoga Abang terus menyayangi Ecah dan adik – adiknya sehingga ke akhir hayat. Yang lain – lain tu semak je. As for Ecah, Insyaallah ganjaran kebahagiaan dunia dan akhirat. Terus menjadi cerdik dan sayang anak – anak.

Didi Adibah : Sambung part 3 cepat, ecah. Suka sangat dengan tindakan ecah, suka baca hubungan ecah dengan semua orang juga terutama abang. Cara penulisan pun lancar buat senang dan seronok nak baca.

Yang tak paham si Mak mertua nak ye bermenantukan Lily. Dia tak tengok ke TikTok Lily tu. Dia tak boleh nak agak ke per4ngai Lily dengan masih bersuami tapi merenyam kat anak dia. Dia rasa helok ke per4ngai macam tu. Tak boleh brain aku.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.