Bekas kekasih suami datang semula hubungi suami kongsi masalah rumahtangga, sambil kenang kembali kenangan zaman bercinta

Saya baru lepas makan maggi, teringat pada awak sebab dulu awak selalu nasihat saya jangan makan maggi. Saya tak pernah lupa setiap kenangan saya dan awak. Gambar awak masih saya simpan. Kenangan terindah buat saya..

#Foto sekadar hiasan. Salam kepada semua pembaca, Entahlah. Aku tak berapa minat menulis sebenarnya. Tapi aku cuba juga, bertujuan untuk berkongsi rasa dan melepaskan apa yang terbuku di dad4.
Aku lebih gemar membaca. Kalau menulis pun, lebih kepada puisi sebenarnya.

Begini ceritanya. Aku adalah seorang isteri bekerja, dan telah dikurniakan 3 orang anak. Alhamdulillah, tempoh perkahwinan aku dan suami hampir menjangkau 13 tahun. Tidaklah terlalu baru, tapi tidak juga dikira lama. Rumahtangga kami rasanya sama dengan kebanyakan yang lain.

Ada hari indah dengan gelak tawa. Ada hari – hari sunyi tanpa suara sebab masing – masing sibuk dengan kerja. Ada juga hari – hari yang kami bermasam muka, tapi selalunya tak lama. Suamiku (M) seorang yang amat bertanggung jawab. Ringan tuIang. Urusan cuci baju, sidai baju, Iipat baju, kemas rumah hatta memasak sekali pun kerapkali dia yang buat.

Tak pernah dia merungut walaupun aku tahu dia juga penat dengan urusan kerja. Aku pula lebih kepada urusan anak – anak kami. Homework, kelas online, mengaji dan hafazan serta kerja – kerja remeh seperti mandikan anak yang bongsu (3 tahun), susu dan lain – lain banyak aku yang buat.

Adat berkeluarga, bila tiba rasa penat, kadang kami biar sahaja rumah dalam keadaan apa adanya. Tapi keadaan sedikit berubah bermula Disember tahun lalu. Aku lihat M ke mana – mana dengan handphonenya. M lebih banyak meluangkan masa bersendirian di hadapan meja kerja di biliknya.

Bila aku tanya, ada sahaja jawapannya tentang kerja. Tapi, naluri isteri itu kuat dan takdir Allah, pernah sekali M tertinggal handphonenya semasa keluar ke rumah jiran. Aku segera mendapatkan handphone tersebut dan membuka aplikasi whatsapp. Barulah aku tahu rupa – rupanya, M telah dihubungi oleh cinta pertamanya semula, Siti.

Sejujurnya aku tak terk3jut dan ini bukan kali pertama aku dengar nama Siti. Sejak awal perkahwinan kami, M telah beberapa kali menyebut nama Siti. Pada ketika itu, aku beranggapan dia hanya mahu berkongsi cerita. Tapi rupanya M masih tidak dapat melupakan kasihnya dia terhadap Siti. Itupun setelah dia terlepas bicara dengan aku.

Tidak mahu mengeruhkan keadaan, aku biarkan sahaja cerita itu tamat di situ dengan andaian tidak akan berlaku apa – apa. Lagipun Siti juga telah berumahtangga dan berada di luar negara mengikut suaminya bekerja. Walaupun aku tahu, setiap kali tiba tarikh hari lahir Siti, M tak akan pernah lupa untuk emelkan kad ucapan digital.

Hal ini sampai ke pengetahuan aku sebab aku dan M memang tidak berahsia. Password untuk email, malah password untuk bank online pun kami saling tahu. Ok, berbalik pada isi kandungan whatsapp antara Siti dengan suamiku.

Dalam whatsapp tersebut, Siti banyak berkongsi masalah rumahtangganya dengan suaminya. Tak perlu aku ceritakan secara terperinci di sini, tapi Siti aku kira seperti mahu meluahkan dan entah kenapa kali ini dia terfikir untuk kembali menghubungi M.

Mereka sekeluarga telah pulang ke tanah air tahun lepas disebabkan beberapa masalah yang memburukkan lagi keadaan rumahtangga mereka. Mungkin ada yang tertanya, bagaimana Siti boleh ada nombor handphone M? Untuk pengetahuan semua, M masih berhubung baik dengan abang Siti.

Setiap masalah yang diceritakan oleh Siti, akan direspon baik oleh M dengan kata – kata nasihat. M merupakan orang yang memang gemar bercerita dan mendengar cerita. Nasiblah dia, dapat aku yang lebih selesa memend4m rasa. Perbualan mereka juga ada menyentuh tentang kenangan cinta lama (sekolah menengah).

Kenangan tempat dating pertama, makan apa, pakai apa semua diceritakan semula. Mesra sekali perbualan mereka untuk aku yang hanya sempat sekali baca. Risau juga kalau tiba – tiba M pulang. Dalam perbualan mereka, beberapa kali Siti meminta maaf kerana mengakhiri hubungan mereka dahulu. Aku tak tahu, menyesalkah dia?

Dan baIasan dari M yang benar – benar meIukakan aku ialah ‘Saya tak pernah lupa setiap kenangan saya dan awak. Gambar awak masih saya simpan. Kenangan terindah buat saya’. Aku tak mampu menghabiskan bacaan perbualan mereka. Air mata aku berjujuran tanpa sedar sehingga aku ditegur oleh anak sulungku.

Aku lantas meletakkan handphone M kembali ke tempat asalnya dan masuk ke bilikku. Lagi pun anakku yang bongsu sudah mula menangis mahukan perhatian. Diamkah aku selepas dapat tahu? Hajatnya begitu tapi aku kuatkan diri untuk berbincang.

Keesokan harinya, setelah semalaman bermandi air mata tanpa disedari M, aku ajak dia berbincang. Aku katakan padanya yang aku tahu Siti menghubungimya. Jawapan M seperti yang aku duga. M tenang membaIas sambil tersenyum padaku bahawa tiada apa – apa antara mereka, sekadar nasihat seorang lelaki kepada wanita yang dalam masalah.

Aku nyatakan pada M yang aku tidak selesa dan minta mereka berhenti berhubung, ingat Allah dan jaga ikhtiIat. M kelihatannya akur dengan permintaanku. Tapi tak lama, tak sampai sebulan, kini mereka kembali berhubung.

Aku tahu kerana telah jadi tabiatku untuk sp0tcheck handphone M bila ada peluang. Nampak seperti isteri 0bsesif, tapi entahlah. Mungkin kerana aku dah tak percaya. Isi perbualan mereka hanyalah perkara biasa – biasa seperti aktiviti seharian (makan, kerja etc). Cuma akan ada seIitan kenangan lama.

Contoh, ‘Saya baru lepas makan maggi, teringat pada awak sebab dulu awak selalu nasihat saya jangan makan maggi’ atau pun ‘Baru tadi saya pergi jalan – jalan ambil angin di tepi tasik. Macam mana awak tahu. Macam ada inst1nct pula.’

GeIi, hak tuih. Eh, terem0si pula aku. Aku tak tahu apa perlu aku buat sekarang. Tegur baik – baik sekali lagi? Atau biar sya1tan menguasai diri dan meng4muk macamkan dunia ini tempat abadi? Atau patut aku biarkan saja, t0ngkah saja arus ini dan lantak mereka h4nyut dibuai mimpi?

Atau patut aku minta dilepaskan, agar tak terbeban aku dengan masalah ini? Aku buntu… – Isteri M (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norynazreen Musa : Ingatan buat suami n isteri luar sana, ada masalah jangan cari suami / isteri orang, jangan cari seseorang yang berlainan jantina dengan Kita. Adalah lebih baik berkongsi masalah dengan adik beradik, ibu bapa, kawan sesama jantina. Andai masih ragu – ragu untuk meluahkn masalah bimbang memburukkn keadaan, merintihlah kepada-Nya, menangislah dengan-Nya. Sukar dah untuk berhenti bila dah mulakan (suami confessor dengan ex gf)

Sya Nysya : Rumah tangga awak bahagia kenapa nak k0rbankan hanya kerana cinta pertama dia. Saya rasa awak patut berbaik dengan Siti and cerita mengenai awak tidak selesa apa yang dia buat. Siti ni pun satu.. tapi jangan tunjuk awak rasa teranc4m dengan kehadiran dia.

Mozainast Ismail : Sudah dinasihat tapi, masih begitu juga. Something is not right bila suami orang berwasap imbau kisah cinta lama dengan isteri orang. Jadi, Sis cubalah bina suasana yang di dalamnya cuma ada sis, suami dan anak – anak. Buatlah macam – macam aktiviti bersama seperti solat, mengaji, gardening, memasak sama – sama. Buatkan suami sibuk dengan sis dan anak – anak. JANGAN biarkan suami berada di dalam dunia yang cuma ada dia dan Siti.

InshaAllah, bila dia sibuk dengan sis dan anak – anak, perlahan – lahan Siti akan dilupai. Jika masih tak ok, kemudian barulah sis cuba berbincang sekali lagi dengan suami. Mungkin boleh tr1gger amarahnya sebab dia dah cakap tak ada apa – apa dah dengan Siti, tapi terus ingatkan dia tentang d0sa dan ner4ka. Tanya dia apa motif masih berhubungan dengan isteri orang. Tekankan status si Siti tu. Sis pun jaga em0si ye. Semoga Allah merahm4ti keluarga sis ye.

Sue Aya : Terus saja mesej dan bagitau siti untuk berhenti. Sama juga kat suami. Jangan ambik langkah lambat sangat puan. Nanti m4kin jauh h4nyut dah susah nak berhenti Kali ni, kalau diorang tak boleh berhenti juga lepas puan bagitau, maksudnya depa dah sampai ke peringkat seterusnya, puan kena bersedia.

Annie Mohd : Ambil nombor siti kemudian call dia. Bagitahu Siti yang awak dah tahu apa yang berlaku antara dia dan suami awak. Segala imbau kenangan terindah harktuih tu. Tanya dia juga apa yang dia nak dari suami awak? Sebab awak dah bersemuka dengan suami, jadi sekarang nak tau dari pihak perempuan pulak. Cakap lagi, kalau banyak sangat masalah datang la, datang rumah boleh kita sembang – sembang. Awak pun nak dengar jugak kot, mana tahu boleh bantu. Sembang dengan dia santai – santai je. Tengok ada perasaan malu ke tidak. Kalau dia berani datang rumah, pandai la you sekolahkan diorang berdua.