Bekas suami nak ambil hak hadhanah anak autism saya tapi dia nak suruh mak dia jaga dekat kampung. Bekas suami duduk KL

Kami sah cerai pada December 2022. Beberapa bulan sebelum cerai, saya ada terjumpa salinan surat doctor yang merujuk kepada bekas suami pernah mengalami ketidakstabilan mental pada tahun 2018. Patutlah selama ni saya tertanya – tanya, suami saya ni giIa ke?

#Foto sekadar hiasan. *Kes di Mahkamah Syariah (Tuntutan nafkah anak dan isteri) Ini sambungan kisah saya dengan bekas suami.. *Defendan (Bekas suami) *Part 1 : Berbulan suami jadi biawak hidup, simpanan aku dia kikis, cincin kahwin pun dah digadai. Mertua suruh aku kerja cashier

Ibu mertua saya pernah menyatakan bahawa tiada standard untuk saya memiliki kereta berjenama Myvi. Disebabkan pernyataan itu telah disuarakan berulangkali oleh ibu mertua saya (ketika saya dan defendan masih lagi suami isteri)

Dan juga saya telah disuruh untuk menjual kereta myvi milik saya (Pinjaman bank ‘hire purchase’ telah selesai sebelum saya berkahwin) supaya dapat dijadikan deposit untuk membeli kereta yang lebih berjenama dan yang lebih gah.

Saya mengambil penyataan itu sebagai penanda aras iaitu pihak keluarga defendan yakin bahawa defendan mampu memiliki dan membiayai kereta yang lebih mahal daripada jenama MYVI. Semestikan mereka (pihak keluarga defendan) yakin bahawa defendan mampu memberi nafkah yang setanding dengan itu.

Selain itu, bekas ibu mertua saya beberapa kali memperlekehkan bekas suami kepada kakak kandung defendan yang hanya memiliki kend3raan berjenama Saga walaupon bekerja sebagai engineer. Saya mengambil penyataan ibu mertua saya itu sebagai penanda aras bahawa keluarga kandung defendan yakin bahawa defendan sebagai anak lelaki dalam keluarga mereka lebih berkemampuan dari segi pendapatan untuk menyediakan keperluan nafkah yang setanding dengan apa yang dinyatakan itu.

Saya ketika sarat mengandung, juga telah dijanjikan oleh defendan (pada bulan december 2020) di hadapan ibu mertua, kakak ipar dan abang ipar, bahawa defendan mampu untuk membiayai kos saya bersalin di hospitaI swaswa (KPJ).

Apabila defendan menjanjikan perkara tersebut, saya mengambil penyataan itu sebagai penanda aras bahawa defendan mampu bekerja dan berusaha lebih untuk mencari nafkah setanding dengan apa yang dijanjikan beliau.

Pada October 2021, iaitu selepas saya memfailkan cerai kali pertama pada Sept 2021, pihak keluarga defendan (ibu mertua, kakak ipar dan abang ipar) telah datang ke rumah keluarga saya. Pada ketika itu saya dan pihak keluarga saya telah menyediakan peluang pekerjaan dan juga memberi peluang kepada defendan untuk memulakan perniagaan kerja kayu secara online.

Defendan sebelum itu menganggur tidak bekerja selama beberapa bulan. Ibu mertua saya memberi penyataan bahawa anak lelaki beliau tidak patut bekerja sebegitu dan menyatakan peluang perkerjaan yang pihak keluarga saya sediakan itu tidak setaraf dengan kemampuan defendan yang mampu mendapat tangga gaji yang lebih tinggi.

Penyataan ibu mertua saya ini memberi tanggapan kepada saya bahawa defendan lebih berkemampuan untuk mencari nafkah dan pekerjaan yang bergaji lebih tinggi daripada apa diperolehi pada ketika itu.

Pada 12/11/2023, pihak keluarga defendan telah datang ke rumah keluarga saya, ibu defendan menyatakan di hadapan saya, ibu saya dan kakak kandung defendan bahawa terkini, defendan bekerja sebagai interior designer yang bergaji 10k sebulan.

Saya dilahirkan di dalam keluarga yang berstatus kelas sederhana. Arw4h ayah saya merupakan Pesara Pegawai Polis yang berjawatan ‘Assistant Superintendent Police’ dan merupakan sosok yang dikenali dan dihorm4ti di tempat keluarga saya mastautin iaitu di xxx.

Sebelum berkahwin, status kewangan saya dan kehidupan saya sangat stabil. Saya mempunyai pekerjaan tetap di sebuah syarik4t mengelola acara (event management) dalam bidang ratu cantik malaysia dan antarabangsa.

Saya bekerja di syarik4t tersebut melebihi 10 tahun. Saya juga menjalankan perniagaan secara online sebagai pekerjaan kedua dan juga menjalankan shelter haiwan jalanan / gelandangan (kucing) secara persendirian. Selain itu, saya juga membuat khidmat pet taxi dan juga khidmat pet sitting secara sambilan.

Gaji kasar saya pada ketika itu anggaran melebihi 5k sebulan. Saya berkahwin dengan defendan, setelah defendan menjanjikan dan meyakinkan saya bahawa beliau mampu berusaha lebih untuk menyediakan kehidupan yang setaraf dan selesa.

Walaupun pada ketika itu saya pernah menolak untuk meneruskan akad pernikahan (ketika itu kami dalam fasa pertunangan) kerana khuatir tidak sekufu dari segi pendapatan dan taraf hidup. Ketika itu defendan juga telah mengugvt saya untuk melakukan beberapa hal giIa dan juga beliau mengugvt dia nak pergi m4ti.

Kami sah cerai pada December 2022. Beberapa bulan sebelum cerai, saya ada terjumpa salinan surat doktor yang merujuk kepada defendan pernah mengalami ketidakstabilan mental pada tahun 2018. Hidup saya ni disia – siakan selama 3 tahun (sepanjang perkahwinan), disebabkan pihak keluarga defendan rahsia pasal defendan ni pernah mental tak stabil.

Kalau tahu, memang saya tak kahwin la dengan dia ni. 3 tahun tu jugak la saya jadi bingung kenapa bekas suami saya ni per4nngai tak normal. Selalu juga terpikir dia ni giIa ke? Rupanya betul la, relapse belum 24 bulan dari surat doctor yang saya jumpa tu.

Ya Allah, engkau kuatkan la semangat aku untuk hadapi dugaan ni. Majlis Sulh pada 07/01/24, defendan memaklumkan pada mahkamah, dia tak setuju dengan jumlah tuntutan saya, kalau nak duit, dia nak bagi 300 sebulan ja untuk nafkah anak.

Lepas tu dia cakap dia nak ambil anak saya (Autism), campak ke ibu dia jaga di Perlis, defendan tinggal dan bekerja di KL, saya stay di Perak ketika ini. Mak dia juga tengah mengasuh 2 orang anak kakak kandung defendan.*Ini draf sahaja, luahan hati… belum serah kepada peguam. – Anonymous (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Noorzatul Iqmar : Daripada apa yang saya baca penulisan sis dari part 1 dan part 2 ni, bekas suami sis sejenis lelaki yang langsung tak tahu malu dan tak layak jadi lelaki pakej dengan family dia sekali. Mak dia mungkin sebenarnya cari orang untuk bela anak dia saja dengan mengani4ya anak orang lain. Saya doakan sis menang dalam kes sis ni.. Amin YRA.

Siti Mariam : Dalam penceraian jika tiada sebarang permasalahan dari pihak ibu secara auto ibu akan dapat hak penjagaan anak. Simpan bukti appointment card dari hospital / clinic sebagai bukti Ex s4kit mentaI. Untuk nafkah anak dan mutaah tuntut sampai habis. Untuk nafkah anak bagi satu amount yang valid untuk taraf hidup zaman sekarang. Sebab anak m4kin lama m4kin membesar dan m4kin banyak pakai duit.

Zie Sakura : Tuntut semuanya. Anak jangan bagi dapat ke laki biawak macam dia, mental pun tak stabil macamana dia nak jaga anak? Tu pun duk kata nak bagi mak dia jaga maksudnya dari segi kewangan, dari segi emosi mental dia pun out dah. Jenis macam ni ntah sampai ke tua pun asyik keje – resign, keje – resign. Dari awal nikah dah tak bertanggungjawab. Duit hantaran pun gagal penuhi. Memang bermasalah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.