Bekas suami tak tahu saya sedang mengandung tapi saya janji lepas bersalin, saya akan bagi anak ni dekat dia

Seorang cikgu datang melamar saya lepas SPM, sebab saya anak yatim piatu tak ada sesiapa, saya setuju kahwin. Tapi lepas sebulan dia berubah siap bawa perempuan lain balik rumah. Dia kata bakal isteri dia dan ceraikan saya dengan taIak 2. Sekarang saya mengandung dan ada k4nser tahap 2. Saya tak mampu..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, tolong hide Fb ni sebab saya guna fb kawan saya. Nama saya Linda. Saya sebenarnya sedih dengan takdir hidup saya. Entah apa salah saya saya dibesarkan dari sebuha keluarga yang miskin.

Saya berkahwin pun kerana terp4ksa. Mak saya meninggaI dunia kerana k4nser sewaktu saya berusia 16 tahun dan saya adalah anak tunggal. Setahun saya meratapi pemergian mak, ayah yang jaga saya. Saya takde sesiapa, makcik pakcik beIah mak dan ayah saya tak suka kami, mungkin sebab kami miskin kot.

Pada usia saya 17 tahun ayah pula meninggaIkan dunia kerana ser4ngan jantung. Masa tu gelap dunia saya, saya hampir giIa tapi saya kuatkan semangat walaupun berkali – kali saya reba, saya hilang arah, saya down. Saya tak semangat untuk ke sekolah tanpa mak dan ayah tapi kehidupan harus diteruskan.

Perbelanjaan harian saya dibantu oleh guru – guru sekolah, biasiswa dan jiran – jiran. Alhamdulillah, saya mendapat keputvsan cemerlang dalam SPM 7A 3B. Saya mendapat tawaran asasi matrik dan diploma namun saya sedih kerana tiada duit untuk saya pergi belajar, lagi pun jiwa saya tersiksa kerana hilangnya tempat mengadu, hidup saya penuh dengan tr4uma.

Tiba – tiba pada suatu hari Allah kenalkan kepada saya seorang lelaki berusia 29 tahun yang bekerja seorang guru. Dia ingin menikahi saya namun alasan saya belum bersedia dan dia terus melamar saya. Saya berfikir panjang akhirnya saya menerima dia sebagai suami saya.

Saya menerima dia kerana saya dah tiada ada sesiapa dah. Ikutkan hati saya, saya memang nak belajar kerana saya adalah murid cemerlang di sekolah, pelajaran amat penting pada saya namun setelah mak dan ayah pergi menghadap Ilahi, semuanya berubah sekelip mata.

Akhirnya saya menjadi isteri dia yang sah diusia saya umur 18 tahun. Selepas sebulan kami bernikah suami saya seolah – olah membenci saya. Saya pelik dan terus tertekan, dia mengh1na saya seawal sebulan bernikah. Saya tanya dia, dia tak jawab malah dia meng4muk.

Saya sedar saya insan yang h1na hadir dalam hidup dia. Hari demi hari per4ngai suami saya terus berubah, dia mudah panas dengan saya, dia selalu pukuI saya sekiranya ada kesilapan yang saya lakukan seperti lambat bukak pintu bila dia pulang dari kerja.

5 bulan kemudian, suami saya dah mula jarang pulang ke rumah. Bila ditanya, dia t4mpar saya. Ya Allah.. Azabnya hidup saya. Apa yang Allah nak tunjukkan pada saya? Suami saya pulang lewat malam dan dia terus masuk tidur dalam bilik tamu bukan dalam bilik kami.

Dia lebih rela tidur sorang – sorang. Saya ada kemas – kemas beg dia dan terjumpa sebiji handphone. Hati saya rasa nervous tapi saya buka juga dan saya melihat dalam handphone tu rakaman suami saya bersama perempuan luar.

Malah ada perbualan Iucah dengan perempuan tu. Luluh hati saya namun saya terus memujuk hati saya bahawa saya hanyalah menumpang sahaja dalam hidup dia. Apa yang saya lihat malam tu saya tak bertanya pun kat suami saya, cukuplah biar saya yang mengenali siapa dia sebenar.

Saya terus mejalani rutin – rutin yang sedih dan memeritkan. Walaupun muka saya terus senyum di depan dia tapi hati saya h4ncur seh4ncurnya, Allah yang tahu. Apa yang lagi memeritkan, pada suatu malam suami saya membawa perempuan lain masuk ke dalam rumah saya dan wajah perempuan itu adalah perempuan yang ada dalam rakaman video yang saya lihat pada malam itu.

Sekali lagi saya down tapi saya buat tak tahu apa – apa dan saya cuba tanya suami saya dengan nada yang lemah siapa perempuan ni. Suami kata perempuan tu adalah bakal isteri dia. Saya hanya mampu mengalir airmata dan saya menjerit sekuat hati.

Kenapa buat macam ni pada saya? Saya menjerit hingga hampir nak pitam, suami terus menolak saya hingga jatuh di hadapan perempuan tu. Pada malam itu juga suami meluahkan kepada saya sebenarnya dia tidak bernafsu melihat saya pada malam pertama lagi kerana fizikaI saya masih lagi seperti budak – budak bawah umur dan dia bagitau saya juga dia tak akan berbuat baik kepada saya kerana bimbang sekiranya saya ingin mengikis hartanya.

Mungkin dia fikir macam tu sebab saya orang miskin, anak yatim. Akhirnya suami saya bagitau saya untuk menfailkan penceraian. Selepas suami saya membuat permohonan cerai di mahkamah saya disahkan bercerai taIak 2.

Bayangkan pada usia 20 tahun saya sudah bergelar janda. Saya kembali semula ke kampung saya. Saya redha dengan takdir hidup saya. Sebulan dari tarikh bercerai, saya mengalami keletihan, munt4h – munt4h dan rasa tak sedap badan.

Saya tak ada sesiapa untuk minta tolong, hidup saya sebatang kara dah. Hari demi hari saya terus munt4h dan saya ke hospitaI. Doktor mengesahkan saya mengandung dan kandungan saya berusia 7 minggu. Saya bersyukur dengan penuh dengan linangan air mata.

Bila kandungan masuk saya 6 bulan, doktor mengesahkan saya menghidap k4nser otak tahap 2. Tak hairan la saya sebab mak saya pun meninggaI dunia kerana k4nser. Saya redha dengan berita tu, tapi doktor pun tak pasti samada saya dan baby dalam perut ni mampu bertahan ke tak.

Kandungan saya berisik0 untuk saya dan baby. Sampai sekarang bekas suami tidak tahu yang saya sedang hamil anak dia. Dan saya juga janji selepas bersalin saya akan serahkan anak ini pada bapanya nanti. Saya dah tak ada kudrat lagi nak jaga anak ini.

Saya pun tak tahu berapa lama saya mampu bertahan. Saya tak nak bagi anak ini susah sama – sama dengan saya. Walaupun saya rasa hidup saya susah, tapi saya syukur orang kampung yang banyak bantu saya. Doakan saya sahabat – sahabat semua. Semoga Allah kuatkan saya..amin..

Komen Pembaca :

Salina Bugar : Allahhu akhbar… sebak rasa baca kisah adik, berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Adik insan yang terpilih untuk diuji. Sesungguhnye Allah sayang kamu dik. Semoga adik diberi kekuatan untuk meneruskn kehidupan bersama anak yang bakal lahir nanti. Semoga Allah permudahkan segala urusan adik di dunia dan juga di akhir4t.

Farah Fairul : Ya Allah. Beratnya ujian hidup awak. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga Allah kurniakan syurga yang penuh nikmat buat awak saya doakan setulus hati saya. Allah sentiasa sayang awak. Sebab tu Allah keep on going menguji awak. Sesungguhnya rahsia dan rahmat Allah tu amat besar buat awak percayalah. Keep strong saudari. Hugs dari saya.

Raihanah Sumayyah : Allah sayang kamu dik. Sebab tu dia uji kamu. Ade ganjaran untuk kamu walau tidak di dunia, inshaallah di akhir4t. Bersabarlah. Ade syurga untuk orang sabar. Sabar itu tidak mudah, tapi bile kamu redha, in shaa Allah kamu sabar.

ByzuRa Wawa : Allah.. siksa hidup awak sis. Nasihat saya lepas bersalin jangan bagi anak pada laki tu. Silap – silap anak tu jadi m4ngsa dia. Sebab dari awal dia tak boleh terima sis sebagai isteri. Ni kan anak dari d4rah daging sis. Biarpun tu anak kandung dia sendiri. Teruskan hidup. Jangan putvs asa. Cari rakan keluarga angkat ikhlas sedia membantu sis.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?